TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 9

Monday 21 June 2021


Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na

Production Company : YG Entertainment

Distributor : tvN, Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013

Video : 


Happy dan emosi sikit tengok episod 9 ni sebab dah Last Battle dah. Dalam episod ni dua-dua team pergi fan meeting Hand Touch dekat shopping mall. 3,000 orang fans datang dari kedua-dua team. Kelakar tengok muka JuNe masa ni sebab first time jumpa fans sampai dia cuak tak tahu nak react macam mana. Kang Seung Yoon yang handle the crowd sebab dia dah debut dan jumpa dengan peminat. 

Nasib baik ada bodyguard masa tu sebab crowd menggila masa jumpa Team A dengan Team B. Jarang lah trainee nak ada fans macam ni melainkan YG Entertainment. Masa 2NE1 dulu pun sama jugak. Big Bang je tak dapat treatment macam ni siap kena buli lagi dengan studio production lagi. Sebab tu YG tak berapa ngam dengan ramai produser dan jarang hantar artis dia join mana-mana show.


Untuk Battle pusingan akhir ni, kedua-dua team kena sediakan original song. B.I dah stress sebab performance sebelum ni tak capai expectation dia bila YG tukar lagu last minute. Team B cuba cari stunt baru sebagai highlight dalam performance nanti. DK cuba buat tumbling sampai yang lain naik risau takut dia injured. Kalau seorang injured, susah nak buat performance macam Team A kena dekat Battle pusingan kedua dalam Episod 8

Stress je tengok lagu yang Mino buat untuk original song battle nanti hilang lepas 9 jam perah otak. Dia tinggal nak save je tapi computer shut down tiba-tiba. Kalau jadi dia dah mengamuk gila dah. 9 jam kot! Nasib baik dia dah ingat beat dengan lirik so tak ada masalah sangat nak buat balik. Tapi bukannya team dia guna pun haha tu lagi sedih lah

Dalam episod ni menangis bila DK pergi jumpa ayah dia. Pelik kenapa dia beli bunga kecik je pastu baru teringat yang ayah dia dah meninggal masa dia umur 8 tahun. Dalam iKON TV dia nak jumpa ayah dia masa dekat pusat hypnosis tu. 

Belah petang diorang ada group photoshoot dekat stadium. Gambar tu akan digunakan untuk album cover kalau diorang menang. Bak kata YG, habis je survival show ni memang terus buat kerja. Kesian dekat yang kalah la sebab gambar photoshoot tu masuk tong sampah je nanti. Masa Jay cakap tu dah tergelak dah sebab gambar tu memang diorang tak guna pun haha

Malam sebelum Battle tu, Team dengan Team B ada BBQ sama-sama. Happy tengok diorang spend time sama-sama sebab sebelum survival show ni pun memang diorang train sama-sama setiap hari. Dekat dalam WIN ni je terpaksa jadi agresif untuk menang sebab masing-masing pun nak debut. Masa Jay cakap jom pergi jumpa YG pastu cakap nak debut 11 orang dalam satu group sekali. Semua sokong tapi bila dia nak pergi betul-betul semua tak nak haha

Mino rapat dengan Bobby dari trainee lagi even sampai sekarang pun diorang bekerja sama-sama. Masa dalam Kingdom : Legendary War tu Bobby call Mino masa dia baru bangun tidur. Comel je tengok diorang. Lagu iKON dalam Kingdom tu pun Mino compose sama-sama dengan Bobby. 

‘We’ve been Battling but also monitoring Team B’s performance. We’ve learn a lot from you guys.’ - Kang Seung Yoon

Bagus jugak diorang spent time sebelum Battle tu sama-sama sebab masing-masing ingat balik friendship diorang sejak 3 tahun lepas sebagai trainee YG Entertainment. Tak kisah team mana yang debut sebagai WINNER pun, friendship diorang tetap kekal sampai bila-bila. Diorang tetap YG Family. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.