TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 2

Sunday 20 June 2021


Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na

Production Company : YG Entertainment

Distributor : tvN, Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes :11 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013

Video : 


Permulaan Episod 2 ni Mnet tunjuk rating survival show WIN - Who Is Next? dekat tangga pertama sebab ramai yang excited untuk tengok team mana akan debut sebagai WINNER lepas 8 tahun Big Bang naikkan nama YG Entertainment. Press conference untuk WIN diadakan dengan kehadiran 150 orang wartawan. Ramai yang excited sebab ni kali pertama YG Entertainment letak keputusan di tangan penonton sedangkan semua group ditentukan oleh YG sendiri. 

‘They’re all really young but extremely talented. People are wondering whether they will really be disbanded and I already said they will be disband on this program. So I won’t debuting the eliminated team right away.’ – Mr. Yang

Dalam episod 1 kedua-dua kumpulan perform vocal dan dance ikut lagu yang dipilih oleh setiap kumpulan. Team B dipilih sebagai team yang bagus oleh YG sendiri. Dalam episod 2 pula kedua-dua team pergi ke press conference sebagai sesi suai kenal kepada pihak media dan bersiap sedia untuk penilaian pada bulan Jun. 

Team A ada masalah dengan lagu yang dipilih sebab Nam Tae Hyun tak dapat nak bawa key yang sepatutnya sedangkan dia main vocal. Masa practice dengan guru vocal pun dia bagitahu yang dia tak suka lagu tu. Sebelum ni Team A tak ada leader tapi bila Song Min Ho naik sebagai leader, dia terlampau keras pula dengan team member sampai bergaduh. Tambah pula dia lebih muda dan tak berpengalaman macam yang lain. 

Team B pula makin bertambah baik walaupun DK ada masalah untuk nyanyi dengan key yang betul masa dalam kelas vokal. Lepas beberapa kali guru vokal dan Bobby ajar, dia dah dapat nyanyi dengan high note macam guru vokal tu nak. 

YG bawa DK masuk sebagai trainee walaupun dia tahu DK tak ada style hip-hop yang dia nak tapi dia tahu DK mampu sebab ada passion dan semangat yang tinggi. Dia letak DK satu team dengan B.I yang bagus sebagai leader, Bobby bagus dalam rapping dan Jay yang bagus dengan vokal. Teamwork dalam Team B yang selalu menjadi tumpuan YG sebab untuk bergerak sebagai kumpulan, faktor ni yang jadi peranan utama. 

‘With B.I, Jay and Bobby’s help they improved in just a few months. Every month that I saw them, they got so much better. It was pretty amazing.’- Mr Yang

 Dalam episod ni tak ada performance untuk penilaian bulanan tapi YG buat spotcheck mengejut untuk tengok performance kedua-dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan pun gagal bagi impression yang baik sebab terlampau nervous. Team B terlampau cuak sampai banyak kali tengok reakction YG manakala Team A pula tak ada teamwork. 

Sebab tu YG hantar Team A pergi berkayak untuk tingkatkan kerjasama dalam kumpulan dan tunjuk betapa pentingnya bekerjasama dalam semua benda yang diorang buat. Selain tu YG nak diorang berkomunikasi lebih banyak instead of focus dengan practice. 

‘I don’t pick leader based on their age but based on their capability and talent.’ - Mr Yang

Zico Block B datang untuk lawat Min Ho dan bagi advice dengan tunjuk ajar macam mana nak jadi leader yang bagus walaupun usia lebih muda. Masa tengok episod ni menangis tengok scene Bobby skype dengan mak dia dekat U.S sebab dia datang sorang ke Korea untuk jadi penyanyi. Paling muda dalam family tapi berkorban paling banyak untuk keluarga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.