TV Show Review | Kingdom : Legendary War Episode 8

Sunday 6 June 2021

Presenter : Changmin & Yunho TVXQ

Cast :  BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez

Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia

Genre : Reality / Survival

Running Episodes :  10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]

Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021

Emosi buat review Episod 7 sampai dah bagitau keputusan dance unit padahal Changmin TVXQ reveal dekat Episod 8. Tapi memang dah agak pun akan kalah sebab Mnet nak team pilihan dia menang. Sebab tu rating Kingdom makin lama makin jatuh sebab ramai fandom marah sedangkan Mnet minta iKON dengan BTOB join Kingdom sebab banyak idol group yang reject untuk join. Bila dah join kena sabotaj pulak. 

Untuk pusingan terakhir, vocal unit akan buat persembahan. Dari team It’s One – Jay, June, Inseong & Jaeyoon SF9, Sang Yeon dengan New The Boyz join untuk tonjolkan kekuatan vocal masing-masing.  Part Inseong jumpa Jay dekat studio label diorang tu comel sebab Inseong dah lama nak tegur Jay tapi tak dapat. Bila dapat nyanyi sekali satu stage, dapat la peluang dia untuk berkawan dengan Jay. Bila tengok Kingdom ni baru nampak yang Jay famous dalam kalangan rookies. Mungkin sebab dia main vocalist iKON so dia lebih menyerlah. 

Untuk performance vocal unit, It’s One pilih lagu Spark nyanyian Taeyon SNSD. Sebelum ni June famous dekat mata iKONics je tapi dalam Kingdom ramai yang nampak suara dia unik sebab husky dan ada banyak layer. Suara dia banyak membantu emosi dalam penceritaan lagu tu. 


Sayang performance It’s One terjejas sebab Inseong tak mampu nak tarik high note. Patutnya diorang tak boleh diam lepastu biarkan Dawon tarik sorang sebab moment of silence tu akan tambahkan level nervous dia. Kalau diorang tarik secara bertangga then biar Inseong finish dengan high notes, part tu nampak lagi cantik dan tonjolkan kerjasama antara ahli.  

Macam Eunkwang buat masa Seungmin Stray Kids dengan Seungkwan Ateez nyanyi lagu Love Poem nyanyian IU. Walaupun suara Eunkwang tak seunik June tapi teknik dengan pengalaman dia ada tu terserlah dalam persembahan. Harmoni dari mereka bertiga jelas menonjolkan kerjasama antara member. Screen presence pun kuat dengan lighting dan kabus yang meninggalkan impak mendalam. Bila tengok rasa goosebump. Bila keluar result, memang layak sangat diorang menang.  


Untuk part pertama, 15,000 markah akan diberikan dari team rap, dance dengan vocal kemudian bersambung ke part kedua dengan 25,000 markah bila 25% dari group evaluation (setiap 6 idol group dalam Kingdom boleh pilih 3 persembahan terbaik), 25% dari experts evaluation dengan background dalam bidang Kpop entertainment industry, 40% dari online voting oleh fans via Korea apps dan 10% dari online views di global apps (Youtube). Setiap idol group diberikan peruntukan bajet sebanyak 4 juta won untuk persembahan on stage. 

since Mayfly menang untuk semua unit so Ateez, BTOB dengan Stray Kids dapat 15,000 markah setiap group. Kalau jadi team It’s One memang down gila sebab huge gap dalam markah masing-masing. Nasib baik lah team It’s One memang join sebab nak gain experience dan tambah kenalan. 

Episod 8 diteruskan dengan part kedua bila iKON perlu buat persembahan dengan tema No Limit. Untuk ketengahkan kreativiti dan identity iKON, diorang pilih lagu Pretty Savage dari Blackpink dan jemput Lisa Blackpink untuk buat rap solo. Tajuk lagu pun ditukar kepada Classy Savage untuk match dengan lirik yang digubah oleh Mino dan iKON. 


Lepas tengok performance iKON ft Lisa ni confirm tangan tekan repeat dekat Youtube. Sebab part "S.A.V.A.G.E keep it Classy Classy Savage’ tu lit af! Lirik ‘if you mad, stay mad we no alike!’ dari Bobby pun padu. Kalau dengar atau baca perkataan savage je confirm teringat lagu Classy Savage ni. Sebelum ni layan Pretty Savage tapi impak dia biasa je tapi bila layan versi iKON ni jadi syok pulak. 


Last performance dari Stray Kids menggunakan lagu Blackpink jugak tapi digabungkan dengan lagu diorang, God’s Menu sebab ada persamaan Du Du Du. Stray Kids guna konsep ala Deadpool untuk performance. For me personally I tak berapa suka sangat sebab lagu God’s Menu tu fast pace lepastu Korean fans je lah boleh layan. Non-Korean boleh follow part Du Du Du hahaha. Congrats Stray Kids dapat perhatian dari Deadpool sebenar. Memang mencanak la views diorang. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 7.4/10

1 comment

  1. Terus berubah lagu Pretty Savage tu bila iKon bawa.. Sedap.. Bila Lisa muncul tu lagi gempaklah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.