TV Show Review | iKON Idol School Trip (2017)

Monday 14 June 2021


Director : YG Entertainment

Writer : YG Entertainment

Cast :  iKON (B.I, Bobby, Jay, Ju-ne, Yunhyeong, Donghyuk, Chanwoo), Tanabe Kaho, Sugimoto Miho, Oguri Kako, Nomura Nao, Suzumi Kanon, Kawazu Asuka, Nishida Hirari, Kim Shin Young, Jung Hyung Don, Jo Se Ho

Production Company : YG Entertainment

Distributor : jTBC

Genre : Variety Show

Running Episodes :  6 episodes (60 minutes per episode)

Release Date : 5 November 2017 – 10 December 2017

Memandangkan iKON tak pernah merasa school trip sebab semua dah start jadi trainee sejak zaman remaja lagi, YG Entertainment hantar semua iKON members ke Pulau Jeju selama 5 hari dalam rancangan ni. YG siap bagi duit belanja untuk semua termasuklah tetamu jemputan, Tanabe Kaho, Sugimoto Miho, Oguri Kako, Nomura Nao, Suzumi Kanon, Kawazu Asuka, Nishida Hirari yang berasal dari Jepun. Semua dari bidang entertainment sama ada girl group, pelakon ataupun model. 

School trip ni antara bucket list iKON members sebab diorang memang susah nak dapat pergi vacation sejak debut. Sebelum album Return keluar dan jadual diorang pack dengan konsert dan fan meeting, YG penuhi impian mereka bertujuh. Lagipun tahun 2016 iKON debut dekat Jepun so tak ada masalah untuk kenal dengan lebih dekat artis dari sana. 

Dalam rancangan iKON Idol School Trip ni iKON dengan peserta perempuan dari Jepun akan dijaga dan dipantau oleh 3 orang cikgu Kim Shin Young, Jung Hyung Don dan Jo Se Ho tapi ada je berganti dengan cikgu lain ikut kepakaran masing-masing. Sesuai dengan nama tajuk rancangan, kesemua peserta kena pakai baju sekolah pada hari pertama dan dilarang sama sekali bawa barang terlarang macam wine ataupun arak. Murung iKON bila barang diorang kena rampas padahal dah sorok baekkkk punya.

Memandangkan bukan semua ahli iKON pandai berbahasa Jepun, pelajar perempuan kena pakai translator device supaya boleh faham sepanjang school trip ni. Semua pelajar perempuan tu takut nak jumpa dengan iKON sebab imej diorang agak ganas on stage tapi masing-masing ramah je kot. B.I, Jay dengan June paling care sekali dengan diorang. Bobby dengan Chan memang sejenis pemalu. Yunhyeong dengan Donghyuk ikut keselesaan diorang. 

Best tengok rancangan ni sebab Pulau Jeju memang tempat perlancongan utama di Korea Selatan. Laut cantik tu payah cakap lah, dalam MV, movie atau drama pun memang dah banyak kali tengok keindahan panorama Pulau Jeju. 

Hari pertama : Ice Breaking (siang), Showcase Talent (malam). 

Hari kedua : Sukaneka dekat pantai untuk kuatkan teamwork

Free time untuk have fun dekat pantai

Appreciating Nature Lesson

Rumah Hantu untuk mental dan physical training

Hari ketiga : Yoga class, Jet boat, Cooking Battle, Community Game Event (malam)

Hari Keempat : Tangerine Field Love Letter, Korea-Japan Community Game

Hari Kelima : Jeju Various Entertainment, Black Pig Party – Merciless Point & Talk

Rasanya setiap hari jadual diorang padat dengan aktiviti especially belah malam sebab game event tu ada banyak game berpasangan. Yang paling penat haruslah iKON sebab peserta perempuan main game yang ringan-ringan je. Sukaneka dekat pantai tu kelakar gila, banyak kali tengok pun tetap berdekah tengok perangai masing-masing. 

Jeju Various Entertainment tu best lah sebab diorang spend time have fun dekat tempat pilihan diorang. Ada 3 tempat yang available - muzium dan taman botani, theme park ataupun wind rider dekat area pantai. Rasa macam nak join diorang pergi school trip sebab best sangat spend time dekat Pulau Jeju. 

Dah la banyak makanan famous Korea dekat situ lepastu tteobokki pun bersepah diorang jual. Pusing kiri nampak makanan, pusing kanan pun nampak makanan. Dekat tangan diorang makanan sentiasa ada. Mulut pun sentiasa mengunyah. Berapa kali telan liur tengok diorang makan tu tak payah cakap lah. Bukan peserta dari Jepun je dah pandai cakap mashisoyo, yang tengok ni pun berapa kali dok menyebut perkataan tu. Perkataan Oishi pun sama. 

Dalam rancangan iKON Idol School Trip ni boleh tengok mak Jay sebab family dia duduk dekat Pulau Jeju. Kecik comel macam dia jugak. Since Jay memang tinggal dekat situ, priority dia bukan untuk berjalan sangat pun tapi jaga semua pserta perempuan lepastu jadi translator sebab dia fasih bahasa Jepun. Bila dah masuk episod last rasa sedih kena balik dah. School trip ke company trip ataupun pergi bercuti mesti tak best bila nak kena balik. 

Rancangan iKON Idol School Trip ni ada dekat Youtube dengan english subtitle. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. Ada tengok sikit first episod.. nantilah sambung balik.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. love their tv show sbb they are silly but cute

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.