Shopee | Cosmetics Organizer Multilayer Shelf

Tuesday 8 June 2021

Masa belek dekat Tik Tok ternampak makeover bedroom lepastu dekat chest drawer dia ada multilayer cosmetic organizer. Nampak cantik dia letak semua skincare dia dekat situ. Bila search dekat Shopee terus jumpa macam yang kita nak. 


Shelf ni tak besar pun sebab nak letak skincare je. Takde lah sampai 20 jenis product nak tempek dekat muka. Cukup ada toner, moisturizer, night cream, serum dengan sunscreen. Masa beli dekat kedai no10mart tu, shelf macam ni ada dua jenis pilihan warna. Ada rose gold macam dalam gambar ni ataupun yang warna emas. Disebabkan warna emas dia cair, pilih la yang rose gold. 


Tak ambil masa yang lama pun untuk seller pos multilayer shelf ni. Packaging pun bagus sebab masuk dalam kotak. Nak pasang pun senang je, tak sampai 5 minit pun. Harga rose gold 2-tier cosmetic shelf ni RM28.90 tapi tak tahu la kalau masa sale boleh dapat lagi murah. Kalau nak beli boleh tengok dekat sini

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.