Telemovie Review | Legenda Puteri Bulan (2021)

Friday 22 January 2021

Pengarah :  Bob Husaini

Penulis Skrip :  Eenaz Mokhtar, Farah Alya As’ari, Syadhafiza Rosli

Pelakon : Uyaina Arshad, Putri Hanan, Ropie Cecupak, Nabil Aqil, Amerul Affendi, Bell Ngasri, Naim Shamshol, Rozita Che Wan, Zizan Razak, Johan As’ari

Syarikat Produksi :  Shutterspeak

Pengedar :  Astro Ceria HD, Astro Ceria , Astro Go

Genre : Fantasi / Komedi

Durasi Tayangan :  60 minit

Tarikh Tayangan : 6 Januari 2021

Trailer :

Di negara Sukalangka lahirnya seorang puteri yang berdarah putih dan mampu mengubat manusia dengan darahnya. Bukan sahaja cantik rupawan malah Puteri Zaleha (Uyaina Arshad) berjiwa rakyat juga sopan budi pekertinya. Adiknya, Puteri Mariam (Putri Hanan) pula berdarah merah dan cintakan pada dunia perubatan. 

Puteri Mariam selalu merasakan Puteri Zaleha mengabaikan dia dan tak pernah mampu berdiri sama tinggi dengan kakaknya yang mempunyai kuasa istimewa. Tapi tidak pernah pula dia iri hati dengan kejayaan Puteri Zaleha. Bak kata Raja Fir (Rozita Che Wan), kisah ni tak sama dengan Bawang Putih Bawang Merah. 

Légénda Puteri Bulan diinspirasikan daripada kisah Puteri Lindungan Bulan yang terkenal di negeri Kedah. Kisah tentang Puteri Zaleha berdarah putih anak kepada Sultan Sulaiman Shah yang menjadikan Kota Seputeh  bukan saja popular di Kedah malah melangkaui seluruh Nusantara termasuk ke pengetahuan raja Aceh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. 

Dalam telemovie ni Puteri Zaleha merupakan anak sulung dan ayahanda Sultan Sukalangka (Ropie Cecupak) telah berjanji dengan Sultan Achewah untuk kahwinkan Putera Alaudin (Nabil Aqil) dengan puterinya bila tiba waktu. Malangnya kerana kejelikan wajah putera di dalam poster menyebabkan Puteri Zaleha teragak-agak untuk menerima lamaran tersebut. 

Malangnya keadaan Sukalangka sebagai negeri yang lemah membuatkan Sultan Sukalangka, Laksamana (Bell Ngasri) dan juga Bendahara (Naim Shamshol) berfikir banyak kali. Puteri Mariam pula cuba selamatkan kakak dia dengan bertukar tempat sebagai isteri bila dapat tahu padah menolak lamaran hingga menggadaikan nyawa rakyat jelata. 

Disebabkan telemovie ni diterbitkan di Astro Ceria so jalan cerita agak ringan dan santai, jauh berbeza dari cerita asal yang lebih dark bila mana Sultan Sulaiman Shah menukarkan Puteri Mariam dengan Puteri Zaleha dan sorok di kubu bawah tanah sebab taknak kahwinkan puteri kesayangan dia dengan lelaki yang suka bertukar isteri. Walaupun cahaya bulan terang menerangi kawasan kubu tetapi askar Raja Acheh tetap tak jumpa pintu masuk. Sebab tu lah Puteri Zaleha digelar Puteri Lindungan Bulan. 

Penggambaran Legenda Puteri Bulan mengambil masa tujuh hari di beberapa lokasi yang berkonsepkan taman dalam hutan untuk menghidupkan suasana zaman dahulu kala seperti Perkampungan Budaya, Taman Botani Negara, Shah Alam dan juga di Kem Isi Rimba, Kemensah. 

Memang sesuai sangat Uyaina Arshad berlakon sebagai Puteri Zaleha sebab dia cantik dan ayu. Dari awal movie sampai bloopers pun dok ralit tengok dia. Dah la memang cantik, busana yang dikenakan pun menaikkan seri seorang puteri. Sama juga dengan Puteri Hannan. Aksesori yang diguna pakai pun menampakkan kekayaan hiasan warisan Melayu. 

Dalam kisah legenda ni ada beberapa scene yang menggunakan khidmat CGI dan suntingan agak kemas bila Puteri Mariam dapat tahu kuasa sakti dia. Sinematografi pun cantik walaupun ada beberapa shot yang agak merimaskan bila diulang berkali-kali. Soundtrack dari Sam Jayasamri bertemakan balada sesuai dengan suasana dendangan Marsha dalam lagu berjudul Terang.

 

Walaupun telemovie ni untuk kanak-kanak tapi orang dewasa pun boleh je layan sekali. Cuma tu lah, one time watch je lah sebab tak berapa suka dengan komedi yang berunsurkan teknologi dalam dialog semua watak. Format komedi telemovie ni sama lah dengan Suatukala. By the way, nice attempt from Astro untuk menghidupkan kembali mitos, legenda dan hikayat kepada Generasi Alpha. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.7/10

1 comment

  1. i excited juga nak tgk cita ni, tapi tak la expect to be wow ! cuma rasa mcm santai watch would be amazing

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.