Drama Review | My Lecturer, My Husband Episod 1

Saturday 16 January 2021

Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip :  QueenB

Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  iflix, WeTV

Genre :  Romantik / Komedi / Drama

Episod : 8 episod 

Durasi Tayangan :  35 minit

Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020 

Trailer :

Dah lama nampak drama My Lecturer, My Husband yang diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya Gitlicious ni. Malam ni habis running semua episod baru kita pulun marathon sampai habis. Malangnya kalau tengok secara percuma dekat WeTV ni boleh tengok sampai episod 6 je. Kena ikhtiar cara lain lah gamaknya. 

Mengisahkan tentang Inggit (Prilly Latuconsina) yang menyampah dengan perangai pensyarah yang cerewet, Sadewa Bentara Arya (Reza Rahadian). Sudah lah mengajar subjek penting dalam semester tu, markah assignment dapat C sedangkan dah buat sehabis baik cukup lengkap dengan rujukan kukuh sebagai penguat teori. 

Kekasih dia, Tristan (Kevin Ardilova) dah pesan jangan terburu-buru ikut emosi, nanti buruk padahnya tambah pula masing-masing tengah menjaga pointer untuk grad. Sebab sabar lah Inggit masih berlembut dengan Pak Arya. Kalau ikutkan imaginasi dia, memang dah main kasar sampai angkat tangan ataupun buat cara kotor. 

Bila diberi peluang kepada dari Pak Arya, Inggit dengan rakan-rakan dia stay up siapkan assignment sama-sama. Dah selesai satu masalah, datang satu masalah baru bila ayah Inggit masuk hospital dek serangan jantung. Bergegas Inggit pulang ke Jogjakarta tapi malangnya dia terpaksa berkahwin dengan calon pilihan keluarga. Dari poster pun dah tahu siapa kan? ;)

Tak pasti kalau industri Indonesia dah mula keluarkan web series ataupun dah lama dalam perancangan sebab drama diorang kan sama panjang dengan drama Hindustan sampai boleh tukar pelakon. Bagus lah ada web series macam ni, memang puas lah nak tengok muka Reza Rahadian haha tu je point dia. 

Untuk episod 1 so far memang kelakar tengok watak Inggit dengan Pak Arya bergaduh cuma tak faham kenapa penulis QueenB buat cerita terpaksa kahwin kerana permintaan terakhir ayah dia, Wahyu Promono (Tegar Satrya) untuk tengok Inggit dikahwinkan dengan lelaki yang bagus. Sedangkan Inggit muda lagi masih belajar di kolej dan boleh berdikari sebab watak dia bekerja di café lepas habis kuliah.

 

Mungkin ada alasan yang disembunyikan di episod 2 nanti sebab watak Pak Arya ada bagitahu Inggit dia ada sebab kenapa dia terima dan akan melepaskan bila sahaja Tristan dah sedia terima Inggit sebagai isteri. Sementara tu biar dia yang jaga sebagai isteri. Simpati dengan watak Tristan sebab diuji dengan lamaran Inggit walhal dia dah bagitahu dia tak dapat pergi ke Jogjakarta sebab ada exam penting. Lagipun masing-masing muda lagi, ada impian perlu dikejar dalam hidup.

Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power -  MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Lagipun genre santai, so tak lah berat sangat. Props cantik macam wedding scene Pak Arya dengan Inggit. Busana kahwin pun cantik walaupun serba ringkas. 

The only complaint I have is the music album of My Lecturer, My Husband. Lagu pembukaan, Lecture with Love nyanyian Billy Simpson tu mood dia agak cringe macam lagu Telenovela. Montaj pun sama haha! Ingatkan satu lagu je rupanya semua soundtrack lebih kurang je genre dan runut bunyi dia. Dari romantic jadi kelakar terus. Anyway tak sabar nak tengok episod seterusnya dekat WeTV. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

13 comments

  1. lambat kalau nak tengok free di wetv, try cari di telegram episod seterusnya :)

    ReplyDelete
  2. aida x nak baca semua review citer ni, fana :)
    sebab minat plak nak tgk dulu.
    mau carik la.
    citer cinta gini, aida prefer tonton sorang.
    tak brape suka kalau anak-anak folo tonton.
    tak brape selesa.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Suka tengok reza rahadian tu aje. LH kenal dia sebab cerita van der wijck tu. Tapi first time Indonesia buat web series. Maju dah hahaha

    ReplyDelete
  5. perangai inggit ni annoying sgt la, belum tengok lagi last episode. tgu season 2 la baru maraton semua..hehe

    ReplyDelete
  6. belum tengok lagi cite ni. tapi sounds funny. teringat kat kawan sendiri. dia kawen eengan lecturer kitorang hehe

    ReplyDelete
  7. Teringat masa zaman sekolah dulu, suka tengok sinetron. Tapi sinetron waktu tu kebanyakannya mengarut dan jalan cerita entah apa2. Mungkin sekarang drama bersiri Indonesia dah banyak improve kot.

    ReplyDelete
  8. Dah nampak dah movie ni lalu lalang kat timeline. Baca sinopsis best! Ok nanti nak tonton...

    ReplyDelete
  9. i am so in love with the main character. he is super talented and it's like every movie with him automatically makes me more excited to watch haha

    ReplyDelete
  10. Boleh tengok ni, sebab 8 episod aje ek.. tak macam cite Dewi yang baru Sis tengok, perghh banyak gile episodnya hahahaha

    ReplyDelete
  11. tajuk dia agak cringe sikit. hahahaa. biasalah kalau cerita melayu tajuk mmg tak berapa nak berkenan. semua profession nak jadikan tajuk. hahahhaa

    ReplyDelete
  12. Okay, kena tengok juga drama ni.. Big fan of cite2 macam ni.. aduiii reminds me of zaman jiwang dulu2 time study kat university... tak pernah miss drama macam ni ye... :P

    ReplyDelete
  13. Adik yaya tengok cerita ni and dia kata best gila! Maknanya yaya pun kena tengok jugaklah ni haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.