Movie Review : Happy Year Old

Wednesday 8 April 2020


Director : Nawapol Thamrongrattanarit
Writer : Nawapol Thamrongrattanarit
Cast : Chutimon Chuengcharoensukying, Thirawat Ngosawang, Sunny Suwanmethanont, Sarika Sathsilpsupa, Apasiri Nitibhon
Production Company : Very Sad Pictures, Happy Ending Film
Distributor : GDH 559, GSC Movies, Golden Village Pictures, Netflix
Genre : Drama
Running Time : 115 minutes
Release Date : 13 February 2020  
Trailer :


Bertemakan konsep move on, Happy Old Year mengisahkan tentang Jean (Chutimon Chuengcharoensukying) yang tekad dengan keputusan dia untuk buang semua barang yang tak perlu dalam rumah dia dan ubah menjadi home office. Jean baru pulang dari Sweeden selepas 3 tahun di sana dan mula jatuh cinta dengan konsep minimalis.


Berbeza dengan keadaan rumah dia yang sesak dengan barang-barang lama sama ada dari keluarga, kenalan dan juga bekas teman lelaki dia, Aim (Sunny Suwanmethanont). Nak buang barang yang kita simpan bukan mudah tambah pula bila ada barang mempunyai sentimental value yang tersendiri. 


Plot cerita yang berpaksikan 6 stage dalam decluttered, menggambarkan situasi Jean dan abang dia, Jay (Thirawat Ngosawang) dalam mengemas dan membuang kesemua barang yang tak diperlukan. Dalam masa yang sama mereka berdua perlu ajar mak diorang (Apasiri Nitibhon) untuk move on. Tak ada guna bergantung harap dengan orang yang dah pergi. 


Awalnya Jean digambarkan sebagai seorang yang hati batu dengan membuang semua barang yang diberikan sebagai hadiah. Tapi bila Pink dapat tahu hadiah dia dibuang, Pink terasa hati dengan Jean tambah pula dengan alasan yang Jean bagi. Betul, tak ada yang guna CD lagi tapi kalau dah tak perlu, pulangkan balik kepada tuannya. 

Bila Jean nampak abang dia buang flannel yang Jean kait dulu, dia mula faham apa yang Pink rasa. Dia cari balik semua barang yang dipinjam dari kawan-kawan dia dan kembalikan semula kepada mereka. Tapi satu barang yang susah untuk dia pulangkan ialah barang Aim. 


Bila parcel yang dia hantar enggan diterima, Jean pergi sendiri ke rumah Aim dan minta maaf dengan apa yang dia buat pada Aim sebelum dia pergi ke Sweeden. Aim pula dah move on dan tinggal dengan Mi (Sarika Sathsilpsupa). Tak lama lepas tu Aim pula pulangkan semua barang Jean yang ada di rumah dia. 


Makin lama makin susah untuk Jean buang semua barang yang ada di rumah dia bila kebanyakannya ada momento tersendiri. Bak kata abang dia – sparks joy. Tambah pula bila mak dia taknak buang barang-barang yang berkaitan dengan ayah dia. 

Plot cerita Happy Old Year ni simple je dan lebih elok kalau ditukarkan kepada short film sebab slow pace dan dialog yang biasa tanpa menambahkan apa-apa impak kepada jalan cerita. Scene kelakar cuma ada dua dan emosi bila mak Jean ketuk pintu berkali-kali dan tuduh dia selfish. 


Indeed she is. Apa perlunya dia buang dan bertegas dengan konsep minimalis sedangkan pada awal movie lagi mak dia dah tegaskan yang tu rumah dia. Kenapa Jean tak pindah keluar dan apply konsep minimalis di rumah dia sendiri? Kenapa dia perlu buang piano tu sedangkan dia pandai main piano dan boleh diletakkan sebagai perhiasan antik dengan value tinggi? 


I’m quite disappointed dengan ending lepas Jean dah go through semua stage dengan bantuan Jay tapi baru dia sedar yang minimalis tak ada makna bila tak ada jiwa. Pointless sebab dia dah rasa benda tu masa first half lagi. But she back to square one. Mungkin ending movie ni akan bagi tamparan besar kepada Jean dan manusia berhati batu seperti Jean. Sorry for the spoiler. 


Nothing much for visual and music score. Like I said movie ni plain dan slow. I wish director portray lebih lagi part Sunny Chutimon tapi sayangnya screentime Sunny agak limited dengan dialog yang biasa. Tak banyak yang dia mampu deliver. Boleh kata director cuma guna popularity Sunny untuk lariskan movie. Not really recommend this unless fans Sunny. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10

6 comments

  1. movie ape pulak ni.. ingat lagi budak perempuan tu dalam cerita yang meniru exam tu.. ape entah tajuk dia......

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Pana, why not pindah rumah lain and apply konsep minimalis tu kat rumah sendiri instead of rumah family dia, kan?

    ReplyDelete
  3. Macam best pulak movie ni..

    ReplyDelete
  4. degil betul kerekter dia ye.. nak buat dekat rumah mak dia pula tu..

    ReplyDelete

  5. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  6. hmm.. menarik, tapi mungkin tak cukup menarik untuk saya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.