Malang Promotion Fashion Files | Disha Patani

Wednesday 1 April 2020

Movie Malang dah pun keluar bulan Feb lepas and yes of course promotion dah start dari bulan Januari sampai release date. As for heroin dalam movie Malang, Disha bawa watak sebagai gadis yang free-spirit, girl-next-door and aktif. 


Same goes to her true self, perwatakan dia pun tak banyak beza so style dia lebih kepada chic and trendy tapi tak la selalunya menarik hati sebab kadang-kadang dia terlajak. Kadang terlampau simple. So let's check her wardrobe for Malang. 

1. Trailer Launch Event


I'm not really a fan of bling bling tambah pula bila waktu siang. Surely she grabs attention but for tacky reason. Halter neck, asymmetry dress yang berwarna hijau lumut rekaan Yousef Al Jasmi.  Strap heels transparent tak sesuai dengan dress. Tapi dandanan rambut kerinting halus dan lepas bebas dengan makeup smokey dan wing eyeliner nampak cantik. 

2. Beyonce Looks


Diinspirasikan dari gaya Beyonce dalam shoot untuk koleksi terbaru IVY, Disha mengenakan hug mini drss berwarna pink dengan potongan asymmetrical dan dipadankan dengan boot hitam. Aksesori anting-anting emas dari One Nought One One. Disha looks damn hot dengan rambut wave lepas bebas dan makeup dengan contoured tebal di bahagian jawline dan cheekbone. 

3. Beautiful In Black


Untuk program promo di Indian Idol, Disha memilih off shoulder plain black dress dengan potongan tinggi di bahagian kaki dengan hiasan bunga emas rekaan Aiisha Ramadan. Dipadankan dengan strap heels berwarna hitam dari koleksi Ego. 

Aksesori anting-anting dan cincin dari koleksi Irasva and Diamantina Fine, hairstyle lepas bebas, celak hitam tebal, light-hued eye shadow, glossy pink lips buat Disha nampak cantik dan berseri baik dalam gambar studio ataupun di luar. 

4. Sweetheart Dress


Fresh look dari Disha bila dia pilih untuk menggayakan abstract offshoulder neckline strapless dress berwarna hijau putih rekaan Tadashi Shoji. Menambahkan drama dari midi dress bila di bahagian tepi ada lipatan dan juntaian kain. Not a fan of her Truffle Collection India heals but love that strap. Highlighted cheekbones, kohled eyes and red lip makes Disha looks adorable!

5. Frizzie Party


Fashion police alert!!

Off-shoulder top dengan sharp V-neckline berwarna royal blue ni nampak tak kena sangat dengan Disha. Everything apart that top, looking fab walaupun I dah bosan dengan strap heels Disha. 

6. In Pantsuit


Gigih jugak cari gambar Disha pakai pantsuit sebab warna pantsuit dia cantik and dia pun tak pernah pakai. Actually dia pakai untuk promo events jugak tapi dia up video dekat IG je. Lepas habis promote dia pergi lunch date dengan Tiger Shroff. 

7. Athleisure


Padanan pink crop top, semi-top berwarna putih, pink como joggers, sneakers high ankle warna grey dan rambut curl lepas bebas. She rocks this outfit with ease! 

8. Boho Chic


Beautiful summer dress! High slit lace neckline plunging dress berwarna putih dari koleksi Rat & Boa dipadankan dengan strap heels Eridani. Melengkapkan gaya dengan hiasan aksesori multi-layered necklace berwarna emas dari koleksi Anaqa rekaan Nishant Tulsiani dan Black Balloon. Disha tampak cantik dengan heavy makeup di bahagian mata dan pink gloss. 

9. Sporty Look


Disha memilih untuk mengenakan top plain berwarna putih dan seluar berwarna merah dengan ankle boots berwarna putih. Hiasan aksesori seperti cincin, bracelet dan necklace. Not a fan for her makeup sebab smokey eyes nampak tak sesuai dengan gaya outfit dia. Wish she opted for natural makeup look supaya nampak fresh. 


10. In Denim


Ahh I love this look! What a trendy in denim. Dia repeat pakai ankle boot sebelum ni but that looks totally fine sebab boots tu nampak perfect dengan padanan white top, denim jacket dan denim pants. She aced this look with her frizzle hair and natural makeup look. Perfect!

11. Looking Stylish 


Ringkas mengenakan off shoulder top berwarna coklat dengan details seperti korset dan seluar pendek berwarna hitam. Disha memilih sport shoes berwarna putih untuk melengkapkan gaya. Aksesori beberapa necklace halus dan gaya rambut lepas bebas dengan makeup minimal buat Disha nampak menarik untuk promote Malang di Big Boss 13. 

12. Red Alert, Smoking Hot!


Red dress material satin dengan belahan tinggi di sebelah tepi bahagian kaki adalah pilihan tepat untuk serlahkan potongan badan Disha. Wavy hair, bright red lipstick and gold earrings dan beberapa hiasan aksesori di jari serlahkan gaya Disha.


She looks great for the whole outfit except her flat sandals. Lebih sempurna kalau Disha guna strap heels ataupun pointed heels sebab dress nampak meleret bahagian depan.

All in all, Disha did her best walaupun ada beberapa outfit yang nampak tacky dan tak sesuai untuk ktampil di promo events. She definitely have a great body to flaunt dan tak ada masalah langsung untuk kenakan pelbagai jenis outfit untuk tampak cantik.

2 comments

  1. Suka denim look tu.. memang nampak wow sangat..
    and Farhana tertinggal satu gaya.. red alert tu tak ada gambar..

    ReplyDelete
  2. orang lawa pakai apapun lawa.. kenot dinaiii laaa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.