Movie Review | Chehre (2021)

Sunday, 17 October 2021

Director : Rumy Jafry

Writer : Ranjit Kapoor, Rumy Jafry

Cast : Amitabh Bachchan, Emraan Hashmi, Annu Kapoor, Raghubir Yadav, Dhritiman Chatterjee

Production Company : Anand Pandit Motion Pictures, Saraswati Entertainment Private Limited

Distributor : Pen Marudhar Entertainment, Amazon Prime Video

Genre : Mystery / Thriller

Running Time : 139 minutes

Release Date : 27 August 2021

Trailer :


Filem arahan dan penulisan Rumy Jaffrey yang diadaptasikan dari novel German, A Dangerous Game hasil karya penulisan Friedrich Dürrenmatt dan diterbitkan pada tahun 1965. Sebelum Chehre ditayangkan, industry perfileman Marathi dah terbitkan Shantata! Court Chaalu Aahe (1971), industri Kannada dengan Male Nilluvavarege (2015) dan yang terbaru, industri Bengali yang menerbitkan Anusandhan (2021). 

Jadi konsep dan penceritaan bukan lagi sesuatu yang unik dan baru sebab dah berulang kali dibikin mengikut selera dan olahan kreatif para pengarah. But that’s okay lah sebab masih lagi baru untuk I sebagai penonton since I only watch Hindi films. Kalau dilihat pada poster dan trailer, Chehre menampilkan dua pelakon berbakat besar di Bollywood iaitu Amitabh Bachchan dan Emraan Hashmi. 

Cuma yang tak syoknya bila pengarah dan penulis adalah Rumy Jaffrey ditambah pula dengan Rhea Chakraborty sebagai pelakon sampingan. Kalau ikutkan tak nak tengok movie ni sebab ada Rhea since dia suspek utama dalam kes Sushant tapi disebabkan dia pelakon sampingan je dan watak dia tak penting mana pun, so I buat tak nampak je lah. Niat utama tengok movie ni sebab ni pertama kali Emraan Hashmi berlakon dengan Big B. 

Berbalik kepada filem Chehre, ceritanya ringkas bila Sameer Mehra (Emraan Hashmi) terkandas dalam ribut salji kemudiannya terjumpa dengan Paramjeet Singh Bhuller (Annu Kapoor) yang dalam perjalanan menuju ke rumah tamu milik kawan baik dia, Hakim Jagdish Acharya (Dhritiman Chatterjee). Di sana Sameer berjumpa dengan Anna (Rhea Chakraborthy), pembantu di rumah tersebut, Joe (Siddhanth Kapoor) yang bekerja sebagai penjaga, Hariya Jatav (Raghubir Yadav) peniup seruling dan Lateef Zaidi (Amitabh Bachchan).

Ikutkan Sameer hanya nak menumpang untuk bermalam di situ sementara ribut salji reda tapi dia terpaksa ikut bermain permainan mock trial oleh Lateef dan yang lain. Mereka semua handal dalam ilmu perundangan dan Lateef adalah salah seorang peguam jenayah yang terkenal di Delhi. Syarat permainan nampak mudah tapi makin lama makin banyak rahsia Sameer yang berjaya dibongkarkan sehinggalah dia bertindak untuk melarikan diri dari rumah tamu tersebut. 

Genre movie ni thriller tapi momentum flat disebabkan kebanyakan babak bergantung dengan perbualan dramatik di antara kesemua watak yang terlibat. Ada babak yang menarik tapi tak cukup kuat untuk buat kita berminat untuk tahu kenapa dan mengapa sekumpulan pesara petugas perundangan bertindak sedemikian. Boleh jadi diorang bosan atau mungkin diorang gila. 

Filem ni patutnya dipendekkan lagi durasinya terutamanya pada closing argument dalam mock trial tu. Big B macam try hard sangat nak tambat emosi penonton dengan cerita syahdu yang tak berkaitan pun dengan kes selama 13 minit. Hakim pun seolah-olah berpihak dengan dia sejak awal perbicaraan. Sama juga pada intro scene bila Big B bersyarah panjang tentang rupa dan identiti. What a bore. Mungkin Big B dah boleh keluar dari watak melankolik sebab watak Lateef dah mengikut karakter Big B yang sebenar. 

Nasib baik watak Sameer bagus walaupun dialog dia ada kalanya mintak penampar. Dah la tak syak something fishy langsung dari awal sampai habis. Patutnya masa dia tengok papan tanda ke Delhi ada dua arah dengan beza jarak 2km tu dah boleh pertikaikan dah. Lepastu mengeluh pasal jalan shortcut yang malang. Masa Ana gelak tu pun patutnya dia dah patut pelik dah kenapa cringe benar bunyinya. Dah la suka lukis gambar ngeri. 

Kelemahan terbesar yang kedua dalam movie Chehre bila visual nampak seperti kartun sebab kebanyakan scene salji bergantung sepenuhnya dengan green screen. Mungkin sebab nak menghidupkan suasana ribut salji tapi kalau tak mampu buat je lah cara tak mampu kan? Daripada membazir duit laburkan dekat CGI tapi hasilnya buruk dan mencacatkan cerita. 

Plot percintaan pada second half agak merepek dan terlampau ringan diceritakan sedangkan boleh jadi konflik berat dan menarik. Lakonan Krystle D'Souza memburukkan lagi keadaan dan begitu lah juga lakonan Rhea. Rasa nak skip je setiap kali dua pelakon ni muncul sebab harapkan muka semata je tapi bakat tak ada langsung. Kesian Emraan penat nak kena cover semua scene dengan diorang berdua ni. 

Sayang lah movie ni jatuh dekat tangan pengarah Rumy Jafry yang tak ada kredibiliti sebagai pengarah apatah lagi pada genre thriller. Kalau movie Chehre ni dibikin oleh Shoojit Sircar ataupun Sujoy Ghosh, mungkin end product lebih mantap. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.2, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 2.9/10

Movie Review | Sanak (2021)

Director : Kanishk Varma

Writer : Ashish Prakash Verma

Cast : Vidyut Jammwal, Rukmini Maitra, Neha Dhupia, Chandan Roy Sanyal

Production Company : Zee Studios, Sunshine Pictures

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Action / Drama

Running Time : 117 minutes

Release Date : 15 October 2021

Trailer :


Lepas kejayaan dan penerimaan positif movie Khuda Haafiz (2020), kali ni Vidyut Jammwal muncul lagi di platform yang sama dengan movie Sanak (Madness). Dalam Khuda Haafiz, ramai yang kecewa sebab tak banyak babak aksi dari Vidyut sedangkan dia baru je lepas buat kolaborasi dengan Tony Jaa. Jadi kali ni dia topup balik dengan watak dia sebagai MMA trainer menentang sekumpulan pengganas di sebuah hospital. 

Selepas 3 tahun berkahwin, Anshika (Rukmini Maitra) terpaksa melakukan pembedahan jantung sebelum tiba-tiba berhenti tanpa sebarang simptom. Pembedahan tersebut berjaya dan Vivaan Ahuja (Vidyut Jammwal) dalam perjalanan untuk buat pembayaran terakhir dan ambil ubat di farmasi. Dalam masa yang sama sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Saju (Chandan Roy Sanyal) masuk ke hospital dan tutup semua laluan masuk dan keluar. 

Vivaan yang berada di basement terpaksa mencari jalan untuk naik ke tingkat 9 untuk selamatkan Anshika tanpa dicederakan oleh ahli-ahli pengganas yang berjaga di setiap tingkat. ACP Jayanti Bhargav (Neha Dhupia) ditugaskan untuk kes tersebut dan mengetahui anak perempuan dia dipakaikan vest yang sarat dengan bom buatan. Permintaan mereka mudah, lepaskan Ajay Pal Singh (Kiran Karmarkar) dan sediakan sebuah bas juga sebiji helikopter dalam masa 1 jam. 

Jalan cerita movie Sanak arahan Kanishk Varma boleh dijangka dan ringkas sahaja sebab genre aksi jadi tak lah fokus sangat dengan plot dia. Tapi beberapa persoalan muncul juga bila watak Vivaan ada kelemahan setiap kali diserang nervous attack or body shutdown. Tak tahu apa punca badan dia jadi macam tu tapi yang audience boleh tahu dia perlukan gula untuk kembali normal. 

Mungkin penulis Ashish Prakash Verma patut buat flashback atau cukup dengan monolog. Macam geram pulak bila tengok badan dia jadi macam tu bila penulis nak dia jadi macam tu untuk tambahkan elemen saspen dan drama pada beberapa babak. 

I faham kalau Vidyut nak gerak solo dalam movie ni dengan tapau semua pengganas tapi buat cerita tu biarlah logik sikit. Dalam satu babak ACP Jayanti arahkan supaya 2 orang sniper di hadapan bangunan hospital untuk tahu apa yang berlaku tapi tak ada susulan langsung dari sniper tu. Sama jugak lah dengan babak dia suruh pakar IT cari maklumat ataupun try hapuskan network jammer. Takkan lah orang government kalah dengan villain padahal berapa minit je orang tu boleh hack sistem hospital bila sekuriti dia lemah. Pasukan komando pun entah pergi mana. 

Watak Anshika tu kalau penulis nak buat dia tak function, buat la fizikal dia lemah sampai perlukan orag untuk papah bila berjalan. Dah la muka tak pucat langsung dengan kening terletak, rambut pun boleh curl. Wahhh letops kau eh duduk hospital. Masa Vivaan tengah bergelut dengan Saju tu dia menjerit je lah tak sudah. Ambik la screwdriver tikam la leher Saju tu. Pegang kaki Vivaan buat apa, kalau dia jatuh, semua pun jatuh. Apoooo

Sinematografi dari Pratik Deora membuatkan stunt choreography yang Vidyut paparkan dalam movie nampak kemas, tangkas dan tajam. Dia tak brutal macam franchise Commando ataupun Junglee tapi syok je nak layan. Music album Sanak best tapi kebanyakan lagu diorang buat untuk promo je.  Lagu romantik dari Jubin Nautiyal berjudul Suna Hai je ada dalam movie. 

Chemistry Rukmini dengan Vidyut comel lah tapi dua-dua pun tak mampu nak deliver babak emosi dengan bagus. Pendek kata movie ni untuk Vidyut fight dari awal sampai habis je. Untuk fans Vidyut macam I memang layan lah haha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Gerald's Game (2017)

Director : Mike Flanagan

Writer : Mike Flanagan, Jeff Howard

Cast : Carla Gugino, Bruce Greenwood, Chiara Aurelia, Carel Struycken, Henry Thomas, Kate Siegel, Bryce Harper

Production Company : Intrepid Pictures

Distributor : Netflix

Genre : Horror / Drama

Running Time : 103 minutes

Release Date : 19 September 2017 (BFI Southbank), 29 September 2017 (United States)

Trailer :


Sebelum ni dah pernah baca review menarik dari blogger Maizan untuk movie Gerald’s Game yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama hasil karya penulis terkenal, Stephen King. Pengarah dan penulis Mike Flanagan dah lama mencari peluang untuk buat movie adaptasi dari novel tersebut sejak zaman sekolah menengah lagi. Tak hairan lah kalau karya dia diberikan sepenuh perhatian dari segala aspek dengan sebaik mungkin. 

Mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Gerald (Bruce Greenwood) dan Jessie (Carla Gugino) cuba untuk selamatkan alam perkahwinan mereka dengan cara yang luar dari kebiasaan. As you can see in the poster, Gerald goes that way. Tapi percubaan menuju kebahagiaan tu bertukar tragedi malang bila Gerald kena serangan jantung tanpa Jessi mampu berbuat apa-apa sebab tangan yang digari di katil. 

Tak lama kemudian anjing liar datang dan makan sedikit demi sedikit anggota badan Gerald dan menunggu Jessi sebagai santapan seterusnya. Tak mungkin Jessi mampu lepaskan dari gari tersebut dan badan dia semakin lemah akibat kekurangan air dan makanan. Sementara menunggu bantuan, dia berhalusinasi dan berbicara dengan Gerald dan diri dia sendiri. 

Gerald yang muncul adalah watak ciptaan Jessi dan karakter suami yang dia harapkan digabungkan dengan karakter sebenar. Ada masanya Gerald akan tunjukkan simpati dan prihatin tapi dia juga manipulative dan agresif. Manakala Jessi adalah diri dia yang optimis dan tenang supaya dapat cari jalan untuk keluar dari kemelut tersebut. Dinamik karakter dan kekuatan lakonan Carla Gugino dan Bruce Greenwood buatkan beberapa babak drama meninggalkan impak tersendiri. 

‘Everybody's got a little corner in there somewhere; a button they won't admit they want pressed. Year after year, I barely gave you a glimpse of mine.’ - Gerald

Walaupun filem ni cuma berkisar tentang survival strategy Jessi tapi sepanjang 103 minit, filem ni tak rasa bosan pun sebab sentiasa ada rahsia dan plot yang pengarah paparkan untuk buat penonton teruja nak tahu apa akan jadi seterusnya. Terutamanya rahsia Jessi (Chiara Aurelia) dengan Tom (Henry Thomas) masa gerhana bulan. Licik dan manipulatif untuk sorokkan jenayah dia sampai tinggalkan trauma yang mendalam kemudiannya dorong Jessi untuk berkahwin dengan Gerald. 

‘The people who were supposed to protect you from the monsters turned out to be monsters themselves...’ – Jessi 

Kehadiran Moonlight Man (Carel Struycken) a.k.a Crypt Creeper pula mengerikan dan mengelirukan sebab tak pasti sama ada Jessi berhalusinasi ataupun lelaki tersebut benar-benar wujud. Kalau dia wujud kenapa dia tak bunuh Jessi? Kalau dia cuma ilusi, kenapa anjing liar tersebut menyorok dan takut? 

‘People are safe from ghouls and ghosts and the living dead in the daylight. And they're usually safe from them at night, if they're with others. But a person alone in the dark... women alone in the dark are like open doors, Jessie, and if they scream for help, who knows what might answer. Who knows what people see in the moment of their solitary death. Is it so hard to believe that some of them might have died of fear? No matter what the words on the death certificate say... died of fear... because they saw, at their bedside, the Moonlight Man. Maybe that's just what death looks like.’ – Gerald 

Watak Moonlight Man dicipta dari pembunuh sebenar Ed Gein pada tahun 1950 di mana dia membunuh 2 orang perempuan dan mencuri barang kepunyaan mayat yang baru meninggal di tanah kubur. Jenayah yang dilakukan menjadi inspirasi kepada beberapa filem seperti Psycho, The Texas Chainsaw Massacre, dan The Silence Of The Lambs.

Novel Stephen King kebanyakannya berkisarkan tentang trauma dan ketakutan yang dialami pada zaman kanak-kanak yang kemudiannya memberi impak sehingga dewasa. Sama juga dengan movie Gerald’s Game bila trauma yang dialami Jessi membuatkan hidup dan perkahwinan dia sengsara. Selain dari menyelamatkan diri dari mati kebuluran, anjing liar, pembunuh bersiri, Jessi juga perlu keluar dari trauma toxic parenting. Totally love the ending. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Movie Review | There's Someone Inside Your House (2021)

Saturday, 16 October 2021

Director : Patrick Brice

Writer : Henry Gayden

Cast : Sydney Park, Théodore Pellerin, Asjha Cooper, Jesse LaTourette, Diego Josef

Production Company : Atomic Monster, 21 Laps Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Teen / Crime / Mystery

Running Time : 96 minutes

Release Date : 23 September 2021 (Fantastic Fest), 6 October 2021 (United States)

Trailer :


Diadaptasikan dari novel There's Someone Inside Your House yang dikarang oleh Stephanie Perkins dan diterbitkan pada tahun 2017, movie ni berkisarkan tentang pembunuhan kejam yang berlaku di bandar kecil Nebraska. Watak utama, Makani Young (Sydney Park) berpindah dari Hawaii dan tinggal Bersama dengan neneknya di sana. 

Makani ada kisah silam hitam yang ingin dilupakan tapi tak sangka pula di bandar kecil ni terjadinya pembunuhan bersiri di mana mangsanya mempunyai dark secret yang disembunyikan dari pengetahuan orang lain. Macam pembunuhan pertama di mana Jackson (Markian Tarasiuk) dibunuh di rumahnya dengan kejam kerana pernah membuli seorang pelajar ketika sedang mabuk. 

Sebagai audience, hint yang kita dapat dari team production bila pembunuh tersebut mempunyai akses untuk hack IP Address para pelajar Osborne Hugh supaya boleh gali semua rahsia yang disembunyikan dan pembunuh memakai topeng muka 3D mengikut acuan muka mangsa dia. Means, bila dia nak bunuh Jackson, dia akan pakai topeng muka berupa Jackson. 

Memandangkan movie ni teruk dan dapat rating yang rendah baik dari critics ataupun audience so tak ada salahnya kalau I sepahkan spoilers dekat sini sebab jimat lah masa korang daripada layan movie merepek yang ditayangkan di Netflix. I layan sebab saja nak cari content untuk blog hshshs typical content creator ye dak? 

Okay, back to the paragraph where I mentioned pasal hint tentang pembunuh tu sebenarnya tu adalah spoiler terbesar untuk movie ni. Spoiler ni wujud pada first half movie lagi. Tak pasti lah penulis skrip ataupun pengarah yang tak bijak olah untuk sembunyikan misteri ni ataupun team production rasa target audience yang layan movie ni tak bijak sebab either way, kesimpulannya tetap tak bijak lah. 

Masa pembunuhan pertama lagi I dah tahu pembunuh ni adalah orang kaya dekat bandar Nebraska tu sebab 3D printer kau ingat murah ke? $4000 for one unit. Tu yang paling cikai tau. Udah le duduk dekat Nebraska, ingat penduduk dekat situ kaya beno ke nak beli printer cenggitu. Starbucks pun nan hado. Second hint pasal IP Adress tu pulak watak pembunuh tu yang mention tapi tu lah tak ada siapa pun yang ambik port sebab diorang lagi suka buat cara bangang dengan dedahkan rahsia masing-masing dekat party dengan harapan tak dibunuh. 

Dekat second half pengarah ada cuba untuk wujudkan kekeliruan kepada audience dengan cipta watak yang mempunyai kemungkinan sebagai pembunuh bersiri tapi tak cukup kuat. Kita dah ada hint yang pembunuh tu kaya due to 3D printer tapi watak suspek kedua ni miskin. Like, are you kidding me? You cannot just throw some facts and justify it with tons of crap. Sepatutnya dia buat lah watak suspek kedua tu kerja dekat kedai printing 3D ke apa sebab budak sekolah suka berparti dan guna costume so possible lah kalau diorang akan order topeng 3D. 

So I pun tak faham sebenarnya priority diorang ni dekat mana? Nak kata dekat pelajaran memang tak lah sebab semua pun jenis malas belajar. I tak rasa nak faham jugak karakter Makani Young ni sebab dia layan Ollie (Theodore Pellerin) macam sampah. Kenapa dia nak cuak dengan Ollie just because dia jumpa pistol dalam kereta boyfriend dia? Pembunuh bersiri tu bunuh pakai pisau bukannya pistol. 

Lain cerita lah kalau dia jumpa taser gun, boleh lah nak menggelabah sebab kawan dia Rodrigo (Diego Josef) kena bunuh dengan taser gun yang hilang dekat balai polis. Dia sebenarnya nak buang Ollie dari hidup dia je sebab tu cari alasan untuk lari. Merepek je perangai. 

Plot paling merepek dalam movie terbitan Atomic Monster dan 21 Laps Entertainment ni walaupun ada kes pembunuhan bersiri, polis tak tingkatkan keselamatan bandar tu. Penduduk dekat situ pun tak improve house protection. Kenapa politician (William MacDonald) tak jadikan kes pembunuhan sebagai batu loncatan dia untuk menang pilihanraya? Yakin benar diorang kalau tak ada rahsia boleh selamat. Rahsia tu cuma alasan untuk membunuh je sebab pembunuh bersiri memang akan cari jalan untuk puaskan nafsu membunuh dia. What’s the need to justify all the killings? Bullshit. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.2/10

 

Director : McG 

Writer : Dan Lagana, Brad Morris, Jimmy Warden, McG

Cast : Judah Lewis, Emily Alyn Lind, Jenna Ortega, Robbie Amell, Andrew Bachelor, Leslie Bibb, Hana Mae Lee, Bella Thorne, Samara Weaving, Ken Marino.

Production Company : Wonderland Sound & Vision, Boies/Schiller Film Group

Distributor : Netflix

Genre : Teen / Black Comedy / Horror

Running Time : 101 minutes

Release Date : 10 September 2020

Trailer :


Lepas Cole (Judah Lewis) terselamat dari rencana jahat Bee (Samara Weaving) dan pengikut ajaran sesat yang lain, dia meneruskan kehidupan macam biasa. Masih lagi seorang loser dan bertambah teruk dipulaukan oleh rakan sekolah yang lain sebab tak ada seorang pun yang percaya cerita dia kecuali Melanie (Emily Alyn Lind). 

Archie (Ken Marino) dan Phyliss (Leslie Bibb) dah mula risaudngan keadaan anak mereka sampai nak daftarkan ke pusat rawatan psikologi. Bila Cole ternampak brochure tersebut, dia ambil keputusan untuk join Melanie ke boat party di Kawasan terpencil. Terkejut bila kejadian 2 tahun lepas berulang lagi bila Max (Robbie Amell), John (Andrew Bachelor), Allison (Bella Thorne) dan Sonya (Hana Mae Lee) muncul depan mata dia. 

‘OK, look, I... i know this is gonna sound crazy, but basically, they're a blood cult, and they made a deal with the Devil, and in exchange for their souls, they get any life they want.’ - Cole

No wonder lah polis tak jumpa mayat mereka semua sebab boleh menjelma balik walaupun dah meletup. Kalau sebelum ni Cole ada jugak lah strategi dan tahu dekat mana nak menyorok sebab kena serang dalam rumah sendiri tapi kali ni tak ada senjata dan tak kenal sesiapa. Nasib baik ada Pheobe (Jenna Ortega), pelajar baru di sekolah dia dan dipinggirkan kerana masalah juvana. 

Jalan cerita sekuel dari pengarah yang sama, McG agak pelik lah sebab kalau dia nak kata parents Cole dan pihak sekolah tak nak percaya pasal Bee dan pengikut ajaran sesat tu bila tak jumpa bukti, then takkan lah pihak polis tak siasat mana hilangnya 2 orang pegawai polis yang dihantar ke rumah Cole? 

I expect The Babysitter: Killer Queen terbitan Wonderland Sound & Vision dan Boies/Schiller Film Group ni akan jadi lebh menarik sebab penghasilan skrip dibikin oleh 4 orang penulis berbanding sebelumnya, The Babysitter (2017) cuma seorang sahaja. Production house pun dah bertambah sebab installment pertama dapat pujian dari critics dan penonton yang ramai. Tak sangka cerita dia mehhh je. Tapi boleh nampak yang Cole akan jatuh cinta dengan Pheobe sebab cara dan perangai dia sama sangat dengan Bee. Dia pun tak boleh move on lagi dengan Bee walaupun dia have crush dengan Melanie. 

But still I boleh maafkan sebab Judah Lewis makin handsome walaupun loser. I mean lepas tragedi tu dia tak rasa macam nak join martial art or something ke? Lagi satu, kenapa Bee dan kawan-kawan dia masih target Cole untuk dapatkan darah virgin sedangkan dia dah masuk alam remaja? Kalau Cole kebetulan ternampak upacara diorang lagi sekali mungkin logik sikit lah daripada bergantung pada possibility yang tipis. 

Since pengarah McG pernah jadi director untuk movie Terminator Salvation (2009), ada lah beberapa reference dalam beberapa babak. Sama dengan first installment, dalam The Babysitter: Killer Queen pun ada lagu dari band Queen berjudul Killer Queen di penghujung movie. Just like the previous, sinematografi memang cemerlang dan menghidupkan suasana ngeri dan seram. 

Walaupun sekuel kurang menyengat tapi tetap tunggu last installment sebab McG dah janji nak buat trilogy untuk franchise The Babysitter so I hope skrip untuk movie terakhir akan bertambah baik lah dan bukan makin merepek. Hopefully Cole akan jadi watak yang bad ass sebab dah dapat semangat dari Pheobe. Can’t wait!

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10