CBSKD Carboot Sale @ Kota Damansara
Tuesday, 5 May 2026
![]() |
| Lightstick Kpop dengan album pun ada jual hshshs |
![]() |
| Lightstick Kpop dengan album pun ada jual hshshs |
IZZUE ISLAM SANGGUP PERTARUH SEGALANYA DEMI ANAK MURID | Cahaya Anak Lorong Angkat Perjuangan Bangkit Dari Kegelapan
Kuala Lumpur, 5 Mei 2026 – “Kau kena masuk frekuensi mereka, baru kau boleh ubah hidup mereka.” Di sebalik label ‘anak lorong,’ tersimpan kisah yang jarang didengar serta seorang guru yang memilih untuk memahami, bukan menghukum. Cahaya Anak Lorong bakal bersiaran mulai 7 Mei 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3.
Diterajui Izzue Islam sebagai Cikgu Amir, bersama Ranea Ezreen, Fariz Isqandar, Syad Mutalib dan Areef Amran, drama ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Mache Allstar United. Sepanjang 13 episod, Cahaya Anak Lorong merangkum emosi, realiti kota dan ancaman jenayah dalam penceritaan yang menyelami dunia remaja terpinggir, dekat di depan mata namun jarang benar difahami.
Dipindahkan ke Sekolah Bimbingan Kasih (SBK), Cikgu Amir (Izzue Islam) hanya mahu keluar secepat mungkin. Di situ, dia berdepan pelajar yang hidup di luar norma, bermasalah dan tiada arah.
Sofea (Ranea Ezreen), Bad (Fariz Isqandar) dan Mok (Azrell Iskandar) ialah anak-anak lorong yang hidup dengan cara sendiri, termasuk menyeluk saku untuk bertahan. Kelicikan mereka menarik perhatian Hakimi (Areef Amran), pemuda setempat yang merekrut golongan jalanan sebagai keldai dadah. Sofea yang berjiwa memberontak pula sering mengenakan guru-guru di SBK, termasuk Cikgu Amir yang dilabel sebagai “kekwat”.
Apabila tekanan memuncak, Amir cuba memohon untuk ditukarkan. Namun, dia diberi syarat untuk memastikan pelajar-pelajar tersebut lulus ujian 3M, membaca, menulis dan mengira. Dari situ, dia mula mengenali mereka. Dalam dunia yang penuh manipulasi dan bahaya, mampukah dia benar-benar keluar, atau segalanya akan menariknya lebih dalam?
Menurut Izzue Islam, watak Cikgu Amir bukanlah seorang hero sempurna. Dia datang dengan ego dan persepsi sendiri, tetapi perlahan-lahan belajar untuk melihat dunia dari sudut yang berbeza. “Kadang-kadang kita terlalu cepat melabel orang. Tapi bila kita benar-benar dengar cerita mereka, kita sedar hidup mereka tak pernah beri pilihan yang mudah,” katanya.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Cahaya Anak Lorong mulai 7 Mei 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.
Sepanjang tayangan Pewaris Susuk yang bermula pada 30 April lalu, filem ini semakin mencuri perhatian bukan sahaja kerana elemen seramnya tetapi juga kekuatan penceritaan dan produksi yang ditampilkan. Jika anda masih ragu-ragu, ini lima sebab kenapa Pewaris Susuk wajib masuk dalam senarai tontonan anda.
1. Barisan Pelakon Hebat Yang Menghidupkan Cerita
Dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Alya Iman, filem ini menggabungkan pengalaman dan tenaga baharu dalam satu naskhah yang padat emosi. Setiap watak dibawakan dengan intensiti yang tinggi, menjadikan konflik yang dipaparkan terasa lebih realistik dan dekat dengan penonton.
2. Nilai Pengajaran Yang Mendalam
Pewaris Susuk bukan sekadar kisah menakutkan. Ia membuka perspektif tentang susuk bukan hanya sebagai simbol kecantikan tetapi berkait rapat dengan kuasa, risiko dan akibat yang mampu memusnahkan diri. Di sebalik elemen mistik, terselit mesej yang mendalam tentang pilihan dan pengorbanan.
3. Lagu Tema Yang Melekat Di Jiwa
Alunan “Di Balik Pintu” bukan sekadar melengkapkan babak, malah menjadi elemen penting yang memperkuatkan suasana misteri. Lagu ini membantu membina emosi dan ketegangan, menjadikan pengalaman menonton lebih mengasyikkan dan berbekas.
4. Visual & Atmosfera Yang Menghantui
Dari sudut visual, Pewaris Susuk tampil dengan kualiti yang memukau. Setiap babak dirangka dengan suasana gelap dan misteri yang konsisten, membuatkan penonton seolah-olah terperangkap dalam dunia filem tersebut. Ia bukan sekadar ditonton tetapi dirasai.
5. Kisah Yang Dekat Dengan Kepercayaan Masyarakat
Mengangkat amalan susuk yang sinonim dengan kepercayaan turun-temurun, filem ini terasa lebih dekat dengan realiti. Elemen ini menjadikan ketakutan yang dipaparkan lebih relevan, kerana ia berakar daripada sesuatu yang pernah didengar atau mungkin dipercayai.
Gabungan semua elemen ini menjadikan ia bukan sekadar filem seram thriller biasa, tetapi sebuah pengalaman sinematik yang lengkap denghan emosi, misteri dan budaya dalam satu naskhah. Dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan filem Pewaris Susuk di pawagam berdekatan.
Petaling Jaya, 4 Mei 2026 – Demam Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia makin panas, platform penstriman digital Tonton terus memperkukuh kedudukannya dalam arena esports tempatan menerusi kerjasama strategik bersama Moonton dengan penstriman eksklusif MPL Malaysia Season 17 kepada peminat di seluruh negara.
Inisiatif ini bukan sahaja membuka akses lebih luas kepada aksi kompetitif bertaraf profesional, malah mengukuhkan Tonton sebagai destinasi utama komuniti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) tempatan. Seiring dengan itu, Tonton memperkenalkan kempen “Tonton & Menang: MPL MY S17”, sebuah peraduan tonton dan menang yang berlangsung dari 29 April hingga 7 Jun 2026 bagi meningkatkan penglibatan pengguna serta mengukuhkan pertumbuhan platform.
Kempen ini menawarkan cara penyertaan yang amat mudah dan mesra pengguna. Berikut merupakan syarat serta langkah penyertaan yang perlu diikuti oleh peserta untuk mengambil bahagian dalam kempen ini:
Antara tarikan utama kempen ini termasuk sistem mata berasaskan jumlah jam tontonan melalui leaderboard, yang membuka peluang kepada peserta untuk memenangi sehingga 4,450 Diamonds in-game serta Skin Chests eksklusif. Peserta juga boleh menikmati penstriman tanpa gangguan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Tonton.
Tunggu apa lagi? Ayuh saksikan MPL Malaysia Season 17 di Tonton dan rebut peluang untuk menang ganjaran eksklusif! Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.