Iced Matcha Coconut Latte, HULU Seksyen 13 Shah Alam

Thursday, 28 May 2026

 

Lepas habis dekat open house, kitorang pergi ke HULU untuk minum matcha sebab Laila kata matcha dekat sini sedap. Sejak demam haritu macam dah lama tak minum matcha. Lama tu maksudnya seminggu. Sepatutnya matcha ni kita consume daily untuk menghindar dari rasukan jin dan matchalah manusia. 

😕: Bukak ke HULU ni? Risau pulak tutup sebab raya. 
😀: Tapi kak ana, dalam Google dia kata open. 
😔: Tapi sign dia closed Laila. Balik je lah.
😀: Sabar semua, kita try call dulu. 

**********
😀: Hello, HULU cafe bukak tak hari ni? 
😉: Kita buka je semalam lambat sikit sebab raya.
😀: Hari ni?
😉: Bukak.
😀: Sekarang?
😉: Bukak.
😀: Tapi sign dekat pintu tu kata closed.
😉: Hah?! Ye ke? Alamak saya lupa flip lah tu. Buka buka. 

Dari insiden ni I belajar untuk jadi gigih macam Laila tapi I lah orang yang kalau dah nampak tutup tu, baik balik je. 











Shikin nak order Iced Matcha Strawberry Latte tapi tak ada, mesin frappe pun rosak then barista cadangkan untuk order Iced Matcha Blueberry Latte  sebab rasa dia tak lari jauh pun. First time lah jumpa kombinasi matcha dan blueberry. Menarik tapi bukan untuk dicuba pada kunjungan ini.


Disebabkan Laila tak makan daging dekat open house tadi, dia order salad sebab lapar. Aiesyah dengan Shikin nak order fries tapi habis sebab semalamnya, masa Raya Haji kemain ramai yang datang ke cafe. So diorang ambil curly fries je. I dah kenyang so minum matcha je. 



I order Iced Matcha Coconut Latte with Hazelnut Syrup sebab rindu nak minum Matcha Cloud Latte ZUS punya. Dekat HULU tak ada pun menu tu tapi I custom lah sendiri sebab dah tahu apa ingredients ZUS letak kan. 


Rasa diaaaaaaa..... mantap! I suka yang HULU cafe ni sebab dia tak ada aftertaste dekat tekak sebab bukan versi cloud macam ZUS. Happy lah custom order I menjadi dan lepas ni boleh order lagi dekat cafe lain juga. 

Disebabkan kitorang berempat selsema, tak ada lah sesi sharing is caring. Aiesyah kata Iced Matcha Misu dia kurang kick sebab Aiesyah suka ada rasa pahit matcha. Laila dengan Shikin kata Iced Matcha Blueberry Latte ni sedap bila dah cair sikit baru gabungan rasa tu menjadi tapi Shikin prefer Iced Matcha Strawberry Latte sebab ada manis-manis masam dia. 


😀: Eh 1 dengan 2 haribulan ni kita cuti rupanya.
😒: Ya Allah slownya shikin, sebab tu lah Shah Alam ni kosong.

Jangan makan daging korban banyak sangat gais nanti pening macam shikin 😝



Hari Selasa dapat jemputan dari Dato' Nasri untuk open house dekat Masjid Glenmarie tapi sebenarnya Dato' Nasri ajak Managing Partner. Datuk Hisham dengan En Fendy dekat kampung makan kitorang lah jadi wakil sebab muka-muka ni yang ada dekat office sepanjang Raya Haji. 


Masjid Glenmarie dekat je dengan Oasis Square Ara Damansara so pukul 11.30 pagi dah bergerak keluar ke tempat majlis. Jarang masuk area Glenmarie ni even pergi ke office client pun tak pernah. Baru pertama kali jejakkan kaki ke Masjid Glenmarie ni. Cantik dan bersih tempatnya. 


Moden betul siap ada cafe dekat sini. Cantik pulak tu. Nasib baik kitorang gerak lewat sikit sebab parking limited dalam kawasan masjid ni. Cun je lah timing kitorang sebab ada 3 parking kosong depan masjid. Jalan sikit dah jumpa ruang legar tempat Dato' Nasri hidang makanan. 


Menu untuk tengahari ni ada dua - nasi daging dengan bihun sup utara. Cadangnya nak makan dua-dua menu tapi masa tak sihat ni mampu makan sikit je. Happy dapat makan nasi daging dia sebab daging lembu fresh, ayaq asam pulak sedap berasa. Gulai dalca dia je dapat yang hujung-hujung, kentang dah habis. 



😀: wehhh ada bihun sup lah
😐 : haáh dekat tepi tu.
😔 : u nak ke shikin?
😀: tak nak
😔 : u tak nak sebab I tanya ke? ke u tak nak sebab tak nak?
😀 : sebab I taknak

Kalau shikin cakap nak, I dah pergi beratur dekat bihun sup sebab I nak tapi pressure betul makan sorang 😆

Tak lama lepas tu kitorang jumpa Dato' Nasri untuk bergambar tanda hadir sebagai wakil. Tunjuk muka jugak lah sebab jarang-jarang dapat jumpa Dato' walaupun top client. 


😀: Dato' kitorang dari Ram Reza & Muhammad
👨: ehhhh mana Datuk Hisham dengan En. Fendy?
😀: diorang dekat kampung so kitorang lah jadi wakil. 
👨: ohhhhh, dah makan dah?
😀: dah dah, baru je selesai
👨: ni semua lawyer ni, dok buat kes aku (sembang dengan orang sebelah), betul ni dah makan?
😀: betul betul makan dekat sana tadi. kitorang nak bergambar dengan Dato' nak hantar report dekat boss
👨: haaa boleh boleh jom


Actually Dato' Nasri selfie guna hp dia lepastu kitorang minta gambar guna hp sendiri sebab dah tahu gambar tadi tak mungkin akan sampai dekat kitorang balik hshshs

Dah selesai makan, tengah melenggang menuju ke kereta ada makcik panggil dari belakang. 

🙍: adik adik adik
😟: kita ke?
🙍: dik, nak daging tak? daging korban?
😟: eh takpe takpe, kitorang bukan orang sini
🙍: takpe, ambik je. Ada banyak daging lebih ni
😐: tapi kitorang nak balik ke office. 
🙍: ambik je, nanti bagi dekat orang office
😮 : tapi dekat office tak ada peti ais nak letak. 
🙍: ambik je dik
😟: takpe takpe, terima kasih
😠 : eh dik, ambik je lah. daging korban ni berkat tau. tak nak ambik berkat ke?

Dan kitorang pun berlari masuk dalam kereta sebab takut lahhh menekan-nekan. 

Drama Review | Thariq Ridzuwan: His Treasure (2025)

Wednesday, 27 May 2026


Pengarah: Eyra Rahman
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pelakon: Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Noki K-Clique, Afiq Hamidon, Darien Aeldra, Edaman Othman, Thompson Goh, Nasuha Sulaiman, Ezlisa Loy, Mia Sara Shauki, Sharifah Zarina, Nazia Mustafar, Myra Afrina, Manan Sulaiman, Safura Ya'cob, Reen Rahim, Fezrul Khan, Arash Mohamad, Adrea Abdullah, Imran Aqil, 
Syarikat Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.   
Penyiaran: Astro Ria, Netflix
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod: 16 Episod (minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2025 – 11 September 2025
Trailer: 


Thariq Ridzuan (Meerqeen), seorang ejen elit dari unit Holy Dragon, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Husniya Radwa (Qasrina Karim), bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri. Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya. 

Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.


Drama arahan Eyra Rahman diadaptasikan dari novel Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure karya penulisan Huda Najwa yang menjadi pilihan pembaca pada tahun 2024. I tak pernah baca novel dia so this review solely based on drama lah. 

Masa pergi premiere Thariq Ridzuwan: His Treasure dah boleh nampak chemistry antara Merqeen dan Qasrina. Even pengarah sendiri bagitahu yang dia bersyukur dapat bekerja dengan Merqeen dan cast lain sebab berjaya deliver watak sebaiknya. 


Betul lah yang dia kata tu sebab I tertarik dengan personaliti Thariq Ridzuwan sebagai penjaga Treasure dia yang tersangatlah damsel in distress. Radwa ada anxiety dan depression yang teruk gara-gara menjadi punca penculikan adik bongsu dia. Punca di sini adalah kerana tak jaga adik dengan baik walaupun dia cuma manusia biasa. 

Konflik ni sama macam yang watak utama hadap dalam drama Family By Choice (2024). Jadi mudah lah untuk faham kenapa Radwa ada mood swing yang teruk bila membesar dalam environment yang toksik. Along (Reen Rahim) dengan Raudhah (Myra Afrina) pun bermasalah sebab Umi memang dah ajar anak-anak dia untuk buli Radwa. Lagi menyakitkan bila dia ada Abah (Manan Sulaiman) yang berdiam diri. 


Dekat awal drama rasa geram lah juga kenapa Husniya Radwa rasa terharu bila Thariq selamatkan dia tapi tak lama lepas tu dia emosi bila teringat Thariq bertunang dengan Anita (Alicia Amin). Kalau jadi Radwa pun geram juga sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bertunang dengan orang lain. Lepastu hilang kemudian ajak kahwin. Nak tunggu Thariq dengan Radwa selesaikan konflik tu pun makan masa. Olahan pengarah pun tak menarik buatkan kita rasa bosan dan menyampah dengan permainan tarik tali antara watak utama. 


Unit Holy Dragon pun tak kuat sebagai plot sampingan walaupun ada konflik yang menarik bila menyiasat kes pemerdagangan kanak-kanak di rumah anak yatim. Tak pasti kenapa komando kena menyiasat kes jenayah macam ni sedangkan kes tu level polis jenayah. 


Mungkin kes tu sebenarnya besar tapi disebabkan kelemahan olahan pengarah dan penulis buatkan babak Holy Dragon tampak dangkal. Dekat Episod pertama pun sniper gagal tembak Chi Beng (Fezrul Khan) sedangkan clear shot. Babak Thariq terkejut Farez (Evertts Gomes) hidup lagi padahal dah kena bunuh tu merepek sangat sebab dekat flashback, dia tak beria pun bunuh dan pastikan watak antagonis mati. 


Merepek betul bila Holy Dragon terlibat dalam konflik Thariq-Radwa dan keluarga Radwa. Faham lah brotherhood tapi masing-masing macam tak ada life. Babak Raudhah boleh selesai dalam masa 5 minit tapi drag sampai satu episod. Babak aksi pun tak lah menarik sangat tapi Merqeen in uniform is a bless so layan je lah. Lagu Alangkah - Hael Husaini dengan P. Ramlee dan Saloma - ALPHA sebagai lagu latar pun function teruk.



Ramai yang tak suka tengok Qasrina berlakon dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure tapi I sebaliknya. Qasrina cantik sangat sebagai Husniya Radwa dan tak hairan lah kalau Thariq boleh jatuh cinta walaupun sentiasa meroyan. Kelakar tengok babak dia bunuh diri dalam bath tub sebab dah tenggelam lepastu timbul sekejap ambil oksigen then next minute dia terlangkup pulak then keluar dari bath tub. 


Kali kedua tengok Evertts Gomes berlakon lepas drama Dorm 403 (2026) dan boleh nampak  potential dia sebagai pelakon. Dia ada versatile boleh lakonkan pelbagai watak dan emosi sebab watak Farez agak mencabar juga kecuali babak dia bergocoh dekat lorong lah. Dah macam tengok drama China dengan kot labuh dan rambut panjang dia. Cuma tak diceritakan macam mana dia boleh jadi kaya dan berkuasa dalam dunia Thariq Ridzuan ni. 


Pace penceritaan Thariq Ridzuwan: His Treasure tak konsisten, ada babak yang laju, ada yang draggy. Episod 15 paling menyampah sebab nak kena tengok dunia khayalan Thariq dengan Radwa. Nasib baik dekat Episod 16 pengarah masukkan babak-babak kelakar. 

Lega dah berjaya habiskan drama paling kontroversi tahun lepas dan harapnya tak akan wujud lah drama untuk setiap ahli unit Holy Dragon. Harapnya lepas ni akan ada future project antara Qasrina dengan Merqeen dalam naskhah yang lebih berkualiti.

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 4.5/10

DATO’ ADI PUTRA DIUJI DENGAN PENGKHIANATAN CINTA?

Tuesday, 26 May 2026

DATO’ ADI PUTRA DIUJI DENGAN PENGKHIANATAN CINTA? | “Luka Di Hujung Setia” Uji Pengorbanan Isteri & Kesetiaan Suami 

Kuala Lumpur, 26 Mei 2026 – Sebuah keputusan yang dibuat demi menyelamatkan keluarga akhirnya membuka ruang kepada keretakan yang tidak pernah dijangka. Luka Di Hujung Setia, drama terbaharu slot Akasia TV3, membawakan kisah penuh emosi tentang seorang isteri dan ibu yang sanggup berhijrah ke ibu kota demi keluarga, namun pengorbanan itu perlahan-lahan mula menggugat rumah tangga yang dibina selama ini.

Merupakan terbitan Country & Universal Sdn Bhd, drama 28 episod ini menampilkan gandingan Dato’ Adi Putra dan Zara Zya sebagai pasangan suami isteri, bersama barisan pelakon lain seperti Irfan Zaini, Cahaya Nilam, Angella Joliey, Puteri Khareeza dan ramai lagi. Luka Di Hujung Setia akan bersiaran mulai 2 Jun 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

Dhia (Zara Zya), seorang isteri dan ibu, nekad meninggalkan kampung halaman demi membantu suaminya, Irsyad (Dato’ Adi Putra) yang kehilangan kerja tetap  dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang sambil menanggung hutang adiknya. Demi memastikan keluarga mereka terus bertahan, Dhia sanggup berjauhan daripada anak dan keluarga buat pertama kali demi mencari kehidupan yang lebih baik.

Dalam masa sama, Irsyad pula merelakan isterinya berhijrah walaupun keputusan itu sedikit demi sedikit mula menguji ketahanan rumah tangga mereka. Namun tanpa diduga, kehidupan Dhia di ibu kota mula berubah apabila dia semakin rapat dengan pengurus projeknya, Faris (Irfan Zaini), yang banyak membantunya ketika berdepan tekanan hidup, tanpa menyedari lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin dengan Nuha (Angella Joliey).

Hubungan yang pada awalnya sekadar persahabatan akhirnya bertukar menjadi punca keretakan antara Dhia dan Irsyad. Selepas rumah tangga mereka musnah, Irsyad terpaksa membesarkan anak mereka, Aira, seorang diri di kampung sambil memendam luka yang masih belum sembuh. Dalam pada itu, kehadiran Zulin (Cahaya Nilam), yang banyak membantu menguruskan Aira dan kehidupan Irsyad, perlahan-lahan membuka ruang baharu buat Irsyad untuk meneruskan hidup.

Menurut Dato’ Adi Putra, watak Irsyad hadir dengan cabaran emosi yang tersendiri apabila perlu berdepan situasi rumah tangga yang goyah tanpa ruang untuk benar-benar meluahkan apa yang dirasai. “Irsyad bukan seorang lelaki yang melawan dengan kemarahan. Dia lebih banyak menanggung, memendam dan cuba mempertahankan keluarga walaupun dirinya sendiri terluka. Itu yang buat watak ini sangat berat,” katanya.

Sementara itu, Zara Zya menyifatkan watak Dhia sebagai antara karakter paling kompleks pernah dibawanya kerana penonton akan melihat bagaimana tekanan hidup mampu mengubah seseorang. “Dhia bukan seorang wanita jahat, tetapi dia membuat keputusan yang salah ketika berada dalam keadaan emosi yang rapuh. Saya rasa penonton akan banyak marah, kecewa dan mungkin juga simpati dengan perjalanan hidup dia,” ujarnya. 

Luka Di Hujung Setia membuka sisi getir sebuah perkahwinan apabila beban kehidupan dan kesunyian kian menghakis hubungan yang dibina atas dasar cinta dan pengorbanan. Jangan ketinggalan menyaksikannya bermula 2 Jun 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. 

Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

TARUNG: UNFORGIVEN RAIH RM20.3 JUTA, FENOMENA FILEM AKSI TEMPATAN PALING HANGAT TAHUN INI! | Siri Jelajah di Utara ‘Menggila’, Ribuan Peminat Banjiri Setiap Lokasi 

Kuala Lumpur, 26 Mei 2026 - Filem aksi tempatan TARUNG: Unforgiven terus mencatatkan kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih kutipan terkini sebanyak RM20.3 juta di pawagam seluruh negara. Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling berjaya dan hangat diperkatakan sejak ditayangkan mulai 7 Mei tahun ini.

Pengarah dan Penulis Skrip merangkap Penerbit Eksekutif TARUNG : Unforgiven, Razaisyam Rashid menyatakan “Apa yang paling menyentuh hati saya bukan hanya angka kutipan, tetapi peluang untuk melihat sendiri bagaimana TARUNG: Unforgiven diterima oleh penonton. Sepanjang siri jelajah filem, saya dan Aedy berpeluang berjumpa sendiri dengan ramai peminat, berbual secara berdepan dan mendengar sendiri pandangan serta pengalaman mereka selepas menonton filem ini. Saya berharap kejayaan ini dapat membuka lebih banyak ruang untuk filem aksi tempatan terus berkembang.”

Sejak mula ditayangkan, TARUNG: Unforgiven dilihat konsisten menarik kehadiran penonton dan menjadi topik perbualan hangat di media sosial. Antara faktor yang turut menyumbang kepada momentum ini adalah pendekatan barisan pelakon Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Azira Shafinaz, Amir Ahnaf, Bront Palarae, dan ramai lagi yang aktif turun padang melalui siri jelajah serta berinteraksi lebih dekat dengan peminat.



Hujung minggu lalu telah berlangsungnya sesi jelajah di negeri Perlis, Kedah, Penang dan Perak yang berlangsung penuh gamat. Fenomena ini benar-benar mengagumkan apabila ribuan penonton dan peminat hadir memberikan sambutan luar biasa kepada barisan pelakon serta penggiat filem, sekali gus menjadikannya satu gerakan bersama yang hidup antara filem dan penonton. 


Kredit Gambar :faezizzuddin

Malah, di media sosial seperti Threads dan TikTok, barisan pelakon juga dilihat mesra berkomunikasi bersama penonton dengan membalas komen, berkongsi reaksi serta menghargai setiap sokongan yang diberikan. Pendekatan ini secara tidak langsung mewujudkan pengalaman yang lebih peribadi buat penonton, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan emosi mereka kepada filem ini. 

Pelakon, Penerbit dan Penerbit Eksekutif TARUNG: Unforgiven, Aedy Ashraf, “Sepanjang perjalanan TARUNG: Unforgiven, antara perkara yang paling saya ingat ialah peluang untuk melayan dan berjumpa sendiri dengan peminat. Dari siri jelajah yang dipenuhi penonton, suasana sorakan dan sokongan yang luar biasa, sampailah ke platform Threads dan media sosial di mana ramai masih berkongsi komen serta pendapat mereka, dan semua itu memang sangat bermakna buat kami. Melihat reaksi penonton secara berdepan memberi satu perasaan yang berbeza kerana kami dapat rasa sendiri semangat dan sokongan mereka. Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan kepada yang belum menonton, sekarang masanya untuk alami sendiri TARUNG: Unforgiven di pawagam.”

TARUNG: Unforgiven membariskan bintang hebat tanah air, Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Razib Salimin, Shaharuddin Thamby, Wak Ruzaidi, Theebaan G, Akmal Asyraf serta petarung sebenar, Jai JMT dan Ijam Asri.


Untuk perkembangan terkini, klip eksklusif dan pelbagai kandungan menarik berkaitan TARUNG: Unforgiven, boleh ikuti semua platform digital Alpha47, Icon Pictures dan Astro Shaw. Gunakan #TarungUnforgiven untuk berkongsi pengalaman anda dan terus menjadi sebahagian daripada fenomena TARUNG di seluruh negara.

Cannes 2026 Fashion Files | Urvashi Rautela

Monday, 25 May 2026

 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Urvashi Rautela, the Miss Universe legend yang akan merasmikan hari pertama Filem Festival Cannes. Tahun ni tak ada pula airport looks Urvashi, know know arrive. Know know dah berjalan dekat karpet merah. 

1. Opening Festival


Outfit pertama Urvashi adalah custom couture dari JoliPoli untuk tayangan perdana filem La Venus Electrique. Persalinan khas yang direka oleh pereka fesyen Vietnam menggunakan sulaman kristal dan manik untuk menghidupkan kesan fairytale dan dreamy kepada si pemakai. Gabungan warna lavender cerah dan silver menguatkan lagi elemen magis pada persalinan tersebut.

Hiasan utama pada bahagian korset dan di bahagian leher menggunakan motif rama-rama dan swirling sculpture. Hiasan di bahagian bahu pula menggunakan motif rama-rama bertindih sesuai dengan posisi di bahagian tersebut. Dress berwarna lavender cerah ini ditemani oleh shoulder drape diperbuat dari material organza yang sarat dengan juraian sulaman kristal. 


Urvashi tampil memukau dengan perhiasan di kepala dan clutch berbentuk carousel dan perhiasan lain seperti anting-anting berjurai dan bangle dipenuhi dengan kristal. Menambahkan lagi elemen dramatik pada penampilan pertama, eyeliner tebal berwarna silver dipadankan dengan nude makeup dan lipstick. 

Outfit pertama Urvashi sama dengan pelakon Soniya Bansal tapi rasanya dia purchase sendiri dekat butik Joli Poli sebab gambar dia tak masuk dekat feed butik pun. Walaupun cantik dia pakai tapi lagi suka Urvashi punya sebab ada headpiece menarik dan lebih bergaya. 

2. Sparkling Pearl


Penampilan kedua Urvashi sekali lagi memukau dalam persalinan berwarna nude dari butik Tasmim Zobaear untuk tayangan perdana filem Fatherland arahan Paweł Pawlikowski. Seluruh bahagian disulam dengan mutiara dan manik untuk menonjolkan ilusi dreamy. Outfit Urvashi yang dirias oleh Komal Ehsan mempunyai 3 bahagian di mana bahagian atas menggunakan konsep halter neck dengan penggunaan manik yang lebih gelap mencipta sempadan di antara bahagian utama. 

Bahagian belakang atau long train menggunakan kain yang lebih lembut dan dihiasi oleh manik juga mutiara yang sama pada bahagian baju di bahagian hadapan. Urvashi menggunakan perhiasan dari Amayra Jewels. Melengkapkan gaya dengan clutch berbentuk tiara yang dipakai oleh Princess Diana dari butik Judith Leiber. 


Make-up berona coklat perang dan hairstyle ponytail tinggi dan sedikit curl menjadikan Urvashi tampil elegan dan menawan di persisiran French Riviera. 

3. Gold Chinkari


Penampilan ketiga Urvashi menjadi bualan kerana seakan sama dengan sari rekaan khas Abu Jani Sandeep Khosla yang dipakai oleh Gigi Hadid ketika majlis perasmian Nita Mukesh Ambani Cultural Centre tahun lepas. 


Urvashi mengenakan sari berona putih dan emas dari Mihir Designer studio untuk tayangan perdana El Ser Querido arahan Rodrigo Sorogoyen. Tak pasti kenapa Urvashi dan Komal Ehsan pilih beg berbentuk pokok di dalam baldi sebab nampak tak padan dengan outfit utama. 

Make-up pun tone down banyak dari penampilan-penampilan sebelumnya. Macam tergesa-gesa nak berjalan dekat karpet merah pun ye jugak. Antara penampilan Gigi dengan Urvashi, dah tentulah Gigi menang sebab Indian vibe lebih terserlah dengan chinkari yang lebih halus pembuatannya dan bangle berona emas dan susunan drape yang lebih kemas. 

4. Silver Studded


Urvashi mengenakan dress dari butik Qirat berwarna silver diselangi organza hitam pada bahagian skirt untuk majlis makan malam anjuran Chopard. Bahagian atas direka seakan korset dengan tali bersaiz besar di bahagian belakang untuk kesan vintaj. 

I'm not a fan untuk bahagian skirt sebab nampak messy bila berselang-seli antara material utama dan organza. Juraian kain di bahagian bawah lagi mencacatkan pandangan. Kali ni Urvashi lebih selesa dengan clutch yang ringkas berwarna perak. 

5. Glitter and Feathers

Disebabkan tak ada gambar rasmi, terpaksa lah letak reels dari akaun rasmi Urvashi sendiri. Tak faham kenapa gambar tak keluar lagi padahal outfit ni cantik juga. Sesuai lah dengan imej Urvashi yang menggoda dan menawan. 

Outfit dari butik Joli Poli sekali lagi menjadi pilihan Urvashi untuk diperagakan pada majlis makan malam Amfar yang dianjurkan oleh Chopard di  Hôtel du Cap-Eden-Roc. Hugging dress dari koleksi pengantin 2025-2026, Pantheon Aurorae yang sarat dengan manik kristal di bahagian korset menjadi perhatian utama sementara manik di bahagian hujung skirt menjadi pelengkap gaya yang penuh drama dan elegan. 


Persalinan ini ditemani oleh cape yang sarat dengan bulu pelepah berona putih dan juga clutch berbentuk Espresso Martini rekaan popular Judith Leiber. Sharp wing eyeliner dan bold make-up dipadankan dengan bun tinggi berbentuk reben mini bersama juntaian curl menampilkan penampilan terakhir yang memukau. 

Keseluruhannya, Urvashi tampil menawan sepanjang berada di Cannes kecuali penampilan ketiga. Tak pasti lah apa yang jadi pada hari kejadian tapi dia berjaya menjadi sebutan sebagai diva nombor satu Bollywood. 

JUALAN AWAL TIKET ”POLONG” DEKAT TGV & GSC DAH MULA SOLD OUT!

Saturday, 23 May 2026

Belum pun tayangan rasmi bermula, tapi aura #Polong dah mula terasa kuat. Beberapa sesi tayangan awal di TGV dan GSC dilaporkan habis terjual, membuktikan filem seram tempatan ini semakin mencuri perhatian penonton menjelang tayangan rasmi pada 28 Mei ini.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, Polong membawa kisah Maria Hadi, seorang wanita yang dibelenggu amalan ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang terus menghantui pewarisnya.

Menampilkan barisan pelakon seperti Mimi Lana, June Lojong, Fad Anuar, Namron dan Nadiya Nisaa, filem ini turut menjadi bualan ramai menerusi reaksi awal netizen yang menyifatkan aura filem ini lain macam.

Ada yang tertarik dengan elemen kisah mistik dan kisah benar, malah ramai juga yang sudah bersedia menguji keberanian masing-masing di pawagam nanti.

Pembelian tiket kini dibuka untuk tayangan bermula 28 Mei 2026.

Kepada yang belum secure seat… better pre-book awal.

Jangan tunggu last minute, nanti tinggal front row je.

#Polong #DiaKembali

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial mencuri perhatian ramai apabila memaparkan detik cemas melibatkan kemalangan jet ski ketika sesi latihan filem aksi Konspirasi di Sungai Melaka. Rakaman tersebut menunjukkan sebuah jet ski meluncur laju membelah arus sebelum berlaku pelanggaran mengejut yang menyebabkan individu terlibat tercampak ke dalam sungai. 

Menurut pihak produksi, kejadian berlaku apabila stuntman yang terlibat dipercayai membuat pusingan mengejut ke arah kanan ketika mengendalikan jet ski, menyebabkan Dato’ Adi Putra gagal membrek tepat pada masanya sebelum berlaku pelanggaran yang mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam sungai. 

Pasukan penyelamat yang berada di lokasi segera memberikan bantuan sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Pada peringkat awal, keadaannya dilaporkan agak serius sehingga memerlukan pemantauan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menerima rawatan awal di Melaka sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan susulan dan pembedahan. Hasil pemeriksaan turut mendapati terdapat kemasukan air kotor ke dalam paru-paru, namun keadaan tersebut disahkan tidak serius dan dijangka pulih secara semula jadi. 

Kecederaan utama dilaporkan melibatkan bahagian tulang pipi kiri yang retak akibat hentakan kuat ketika insiden berlaku, selain beberapa kecederaan luaran dan lebam ringan pada anggota badan. Pihak produksi turut mengesahkan semua kos rawatan ditanggung sepenuhnya dan bersyukur apabila mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan pada otak. Selepas hampir tiga bulan menjalani proses pemulihan, keadaan stuntman tersebut kini dilaporkan semakin baik. 

Insiden itu sekali gus memperlihatkan cabaran sebenar yang perlu dihadapi pasukan produksi dan pelakon lagak ngeri dalam menjayakan babak aksi berisiko tinggi demi menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih realistik buat penonton. 

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, Konspirasi menampilkan barisan pelakon seperti Dato’ Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Amir Nafis dan Che Puan Sarimah Ibrahim. Filem tersebut kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.