KARNIVAL JOM HEBOH KEMBALI GEGARKAN WARGA BORNEO! | JOM SERTAI KEMERIAHAN KARNIVAL JOM HEBOH SEGULAI SEJALAI SARAWAK DI DATARAN PERAYAAN PETRA JAYA, KUCHING!
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2025 – Khabar gembira buat warga Bumi Kenyalang! Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak bakal kembali memeriahkan Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching dari 5 hingga 7 September 2025 (Jumaat hingga Ahad), menjanjikan hujung minggu penuh hiburan, tawaran menarik dan pelbagai aktiviti mesra keluarga yang meraikan semangat kebersamaan masyarakat Sarawak.
KJH Segulai Sejalai Sarawak kali ini menampilkan deretan tarikan seperti Konsert Jom Heboh dua malam berturut-turut, pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti pertandingan karaoke, permainan pentas dan sesi ramah mesra bersama selebriti drama TV3 serta personaliti Media Prima. Kerjasama strategik bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) turut membuka peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan pelbagai agensi di bawah naungan mereka, termasuk Jabatan Muzium, Lembaga Pelancongan Sarawak, Majlis Seni Sarawak, BeSarawak, Majlis Kraf Sarawak serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Kesemua agensi ini bakal menganjurkan pelbagai aktiviti menarik khusus buat pengunjung Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 2025.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh cuba NSTP Racing Sim Experience, Pertandingan Ratu Etnik Drama Sangat, Spin Fighters Challenge, Zumba, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pemeriksaan Kanser Serviks, Bola Sepak Jalanan, Soopa Doopa, Aktiviti Jom Memanah, Lengkap dengan Love Food Festival, tawaran jualan istimewa dan acara penuh jiwa seperti Sembang Santai. Inilah peluang sekali setahun untuk rasai kemeriahan hiburan, gaya hidup dan kebersamaan masyarakat Sarawak.
Studio Tonton Drama Sangat menampilkan personaliti Media Prima seperti Mior Abdul Malik, Naz Habibur Rahman, Farah Nabilah Wazer, Fatin Hamimah, Asri Badrun, Fadzly Fuad, Barr Zaizan dan Syamira Nazir, selain peluang bertemu artis drama kegemaran anda seperti Wanie Ooi, Mark Adam, Ezzanie Jasny, Apich Lo, Jazmy Juma dan Marsha Milan. Bukan itu sahaja, antara pengisian menarik yang lain adalah termasuk Pertandingan Ratu Etnik Drama Sangat (Ahad, 7 September – peserta wanita berusia 18 hingga 35 tahun), Pertandingan Jaguh Kartun, serta kemunculan maskot popular Ejen Ali. Jangan lepaskan peluang, serbu ke reruai Studio Drama Sangat dan rasai sendiri kemeriahan bersama artis kegemaran anda!
Kumpulan Naqiu semakin menunjukkan taringnya apabila sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan pertama tiga kali berturut-turut di minggu suku akhir. Bukan sahaja mereka, tetapi Kumpulan Nikki Palikat turut menggenggam kedudukan kedua buat kali ketiga, mengejutkan semua penonton dengan persembahannya bersama Pasha dengan lagu Bukan Lagi Kita nyanyian asal Nadeera Zaini.
Minggu suku akhir ini bertemakan COLLAB GOALS! – membawa penyanyi-penyanyi popular tanah air sebagai rakan duet setiap Kumpulan, dan turut membawa barisan artis popular sebagai jemputan khas dalam beberapa persembahan seperti pelakon Amir Ahnaf dan Eric Fuzi.
Minggu ini turut menampilkan Ajai sebagai juri jemputan disamping Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah. Tiada penyingkiran dilakukan dalam minggu ini, membawa semua Kumpulan ke minggu separuh akhir yang lebih mencabar.
SENARAI LAGU
- Naqiu, Iaman & Kumpulan Saputra - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
- Usop, Alif & Yusuf - Romacinta (MOJO)
- Niki Palikat, Adawiyah & Iman - Bukan Lagi Kita (Nadeera)
- Acey, Rayyan & Dahlia - Gerhana (Dato' Hattan) + Terharu (Mawi ft Dato' Jamal Abdillah)
- Tuju, Loca B, Fana, Elysha - Gemilang (Jaclyn Victor)
INFO PROGRAM THE CHOSEN ONE XTRA
• The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.
• Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.
• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.
• Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.
• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my.
Siapakah yang bakal menjadi The Chosen One XTRA musim ini? Saksikan episod baharu setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), serta secara On Demand di Astro GO dan sooka.
KEMERIAHAN SAMBUTAN MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN | Ganjaran Berterusan dan Aktiviti Patriotik Terus Menceriakan Pengunjung!
PUTRAJAYA, 29 OGOS 2025 – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, Pusat Beli-Belah Alamanda di Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman kini rancak dengan kempen Merdeka yang penuh warna-warni. Kedua-dua pusat beli-belah ini menyemarakkan semangat patriotik dengan ganjaran istimewa serta pelbagai aktiviti bagi menyatukan komuniti dalam meraikan detik bersejarah ini.
PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA
Pusat Beli-Belah Alamanda meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68 dengan kempen Merdeka sehingga 1 September 2025. Seluruh pusat beli-belah dihiasi dengan Jalur Gemilang, mewujudkan suasana meriah dengan pengalaman membeli-belah yang istimewa serta ganjaran eksklusif untuk para pengunjung.
• Ganjaran Merdeka: Pengunjung yang berbelanja RM500 ke atas dalam 2 resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima T-shirt edisi terhad Merdeka ke-68.
• Ganjaran ’High Spenders’: Pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam 2 resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima T-shirt edisi terhad Merdeka ke-68 serta e-Baucar Alamanda bernilai RM50.
MESRA MALL
Mesra Mall turut menganjurkan kempen Merdeka sehingga 8 September 2025, dengan hiasan bertemakan Hari Merdeka termasuk ruang foto dan paparan Jalur Gemilang yang menyemarakkan suasana patriotik di seluruh pusat beli-belah.
• ‘Shoppers Rewards Programme’: 500 pengunjung pertama yang berbelanja RM350 ke atas dalam 2 resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus T-shirt edisi terhad Mesra Merdeka 2025.
• Hadiah Istimewa Hari Kebangsaan: Pada 31 Ogos 2025, 100 pengunjung pertama di kaunter Concierge pada jam 2.00 petang akan menerima pelekat kereta Jalur Gemilang.
“Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68, kami berbangga dapat berkongsi semangat Merdeka bersama para pengunjung di Pusat Beli-Belah Alamanda dan Mesra Mall. Kempen yang dianjurkan ini bertujuan menghargai pelanggan setia kami serta menyatukan semua dalam meraikan warisan dan perpaduan negara. Kami menjemput orang ramai untuk bersama-sama memperingati detik bermakna ini serta menikmati ganjaran istimewa dan aktiviti menarik yang telah disediakan,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Untuk info lanjut, layari:
i. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
ii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
*************************
Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda
Pusat Beli-belah Alamanda, dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, mempunyai keluasan lantai kasar 1,056,000 kaki persegi dengan keluasan boleh disewa bersih 921,443 kaki persegi. Dengan kira-kira 12 juta pengunjung setiap tahun, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dua bangunan parkir khas (3,000 petak parkir), kemudahan mesra OKU, dan surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tengah Putrajaya, Alamanda menyajikan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.
Selain runcit, Alamanda juga merupakan pusat gaya hidup dan hiburan yang dinamik. Tarikan terbaru, Escape Putrajaya di Esplanade, adalah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, taman ini menawarkan pengalaman yang mengujakan dengan tarikan seperti Zip Coaster, Flying Lemur, Banana Flip, Slingshot, Coco Climb, dan banyak lagi. Ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Bagi meningkatkan lagi pengalaman hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung.
Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur dua tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.
Mengenai Mesra Mall
Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.
Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.
TEROKAI DUNIA SINEMATIK YANDY LAURENS, DARI KELUARGA CEMARA KE SORE
Thursday, 28 August 2025
Jika anda mencari pengalaman sinematik yang mendalam dan menyentuh hati, karya-karya Yandy Laurens adalah pilihan yang tepat. Sebagai pengarah dan penulis skrip, Yandy telah menghasilkan beberapa filem yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi kesan mendalam kepada penonton. Saksikan beberapa hasil karya beliau sebelum menikmati filem terbaharunya, Sore: Istri Dari Masa Depan, yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 25 September 2025.
Salah satu karya ikonik beliau ialah Keluarga Cemara (2018), adaptasi daripada siri televisyen popular Indonesia. Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang kehilangan segala harta mereka dan terpaksa memulakan hidup baru di sebuah desa. Dengan sentuhan Yandy, filem ini berjaya menggambarkan nilai kekeluargaan dan kasih sayang yang tulus. Keluarga Cemara mendapat sambutan hangat dengan lebih daripada 1.7 juta penonton dan memenangi beberapa anugerah, termasuk Piala Citra dan Piala Maya. Filem ini juga boleh ditonton melalui platform penstriman seperti Netflix.
Seterusnya, Falling in Love Like in Movies (2023) menampilkan kisah seorang penulis skrip filem romantik yang bertemu semula dengan cinta lamanya dan berusaha meyakinkannya untuk jatuh cinta seperti dalam filem. Filem ini memenangi tujuh anugerah Citra, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, dan Skrip Asal Terbaik, dan turut ditayangkan di Netflix.
Selain itu, 1 Kakak 7 Ponakan (2025) menceritakan tentang seorang lelaki muda yang terpaksa menjaga tujuh anak saudaranya selepas kematian kakak dan iparnya, menghadapi cabaran membesarkan mereka sambil mengekalkan kerjaya dan kehidupan peribadi. Filem ini dipilih sebagai penutup Festival Filem Jogja-NETPAC 2024 dan mendapat liputan media kerana tema “sandwich generation” yang jarang diangkat.
Filem terbaharu beliau, Sore: Istri Dari Masa Depan (2025), adalah adaptasi daripada siri web 2017 dan menggabungkan elemen sains fiksyen romantik. Ia mengisahkan seorang lelaki muda di Croatia yang bertemu dengan seorang wanita yang mengaku sebagai isterinya dari masa depan, membantu beliau mengubah gaya hidup dan pandangan hidupnya. Filem ini telah mendapat perhatian di pawagam Indonesia dan bakal ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 25 September 2025.
Sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi, Primeworks Studios dengan bangganya membawa naskhah fenomena dari Indonesia ini untuk tontonan peminat di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sore: Istri Dari Masa Depan di pawagam seluruh Malaysia bermula September ini.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.
Movie Review | Abah Saya, Uncle Mike (2025)
Wednesday, 27 August 2025
‘ABAH SAYA, UNCLE MIKE’ KASIH SAYANG KELUARGA BUKAN SEKADAR PERTALIAN DARAH | Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar Seorang Lelaki Berbangsa Cina Menjaga 3 Anak Melayu
26 Ogos 2025, Kuala Lumpur – ‘Abah Saya, Uncle Mike’, sebuah filem penuh emosi yang pasti mengundang air mata, mengangkat erti kasih sayang keluarga yang melangkaui pertalian darah. Berbeza dengan kisah kekeluargaan tipikal, filem ini menampilkan dinamika keluarga yang terbentuk daripada latar bangsa, agama dan budaya yang berbeza, sekali gus menjadikannya sebuah naskhah yang belum pernah diterokai dalam sinema tempatan. Inilah kisah tentang keluarga yang tidak lahir daripada ikatan darah, tetapi daripada kepercayaan, penerimaan dan kasih sayang tanpa syarat.
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama 7 Up dan Mirinda ini diinspirasikan daripada kisah sebenar seorang lelaki berbangsa Cina, Michael Tong Wai Siong atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike yang membesarkan tiga anak berbangsa Melayu. Penonton boleh menyaksikan filem ini di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2025.
Abah Saya, Uncle Mike menyelami emosi tiga adik beradik yatim piatu yang hilang tempat bergantung selepas kehilangan ibu bapa. Rafei iaitu anak sulung, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang penuh dengan penderaan bersama adik-adiknya, Rasyid dan Rahman demi mencari kehidupan lebih baik. Namun, apabila mereka dipisahkan, Rafei diselamatkan buat sementara oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Uncle Mike. Dalam usaha Rafei menyatukan kembali keluarganya, dia dan adik-adiknya bersama Uncle Mike berdepan dengan makna sebenar sebuah keluarga dan menyedari keluarga bukan sekadar pertalian darah.
Setiap babak dijayakan dengan penuh jiwa oleh barisan pelakon berbakat besar seperti Andy Teh, Idan Aedan, Nor Merah, Umar Shakur, Pauline Tan, Chew Kin Wah, Mandy Chong, April Chan, Han Zalini, Nadiya Nisaa, Sobri Anuar, Songbill, Taqim Zaki, Shahkimin, Chris MJ dan Bidin Al Zaifa.
Andy Teh yang sebelum ini sinonim dengan watak-watak aksi, menyerlahkan sisi berbezanya menerusi lakonan penuh drama dan emosi. Gandingan serasi bersama pelakon muda Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur menguatkan penceritaan dan meninggalkan kesan.
Abah Saya, Uncle Mike merupakan filem cereka pertama arahan Ezrie Gazali yang sebelum ini mengarahkan program realiti tv, iklan komersil, serta drama bersiri popular ‘Kiblat ke Syurga’. Dikendalikan produksi Le Mediator Studios, skripnya ditulis Muzzamer Rahman, Nik Naemah, Ezrie Gazali, Kyle Goonting, Yoke Yeng, Catalina Mae Hubbard dan Samuel Sin.
Menurut Penerbit Eksekutif Abah Saya, Uncle Mike dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kisah Uncle Mike mencerminkan nilai sebenar masyarakat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian bangsa dan agama. Kisah murni ini harus diangkat dan dipersembahkan kepada semua kerana ia mampu memberi inspirasi dalam memperkukuhkan lagi erti perpaduan dan nilai kemanusiaan.












.jpg)
.jpg)


.jpg)
