Hyunsuk's Black Hair Is Back!

Monday, 3 April 2023


Dalam paling banyak-banyak warna rambut Hyunsuk, warna hitam lah yang paling menawan untuk dia. Last dia guna rambut warna hitam masa My Treasure era, awal tahun 2021 lepastu dia start dengan blonde sebab nak nampak cool macam GD dengan Mino WINNER. Tapi bila dia buat rambut blonde, tetap lah nampak comel jugak. 

Masa live minggu lepas, dia buat surprise dengan tunjuk rambut hitam. Ramai la yang komen 'Is that Choi Hyunsuk?!' sebab happy dapat tengok rambut hitam balik. 


















For me, rambut Hyunsuk warna apa pun tetap lah nampak segak dekat dia sebab dia memang segak. Bab cool atau swag tu, dia buat gaya apa pun tetap swag tapi bila makan, dia nampak comel sebab genggam jari bila makan sedap. Bukan warna yang jadi pengukur ketampanan Hyunsuk tapi panjang rambut dia sebab Hyunsuk ada habit suka selak rambut atau comb hair bila rambut dia panjang macam dalam rap part MV I Love You. Macho teruk, macam boy crush zaman 90s. 

Banyaknya Komen Masuk Spam


I perasan daripada minggu lepas ada banyak komen dekat bahagian Spam tapi komen semuanya dari tahun 2018 hingga ke 2021. Nak kata Blogger tengah ada masalah tak juga sebab jumlah komen sedia ada tak berkurang pun. Kiranya komen yang hilang dulu dah mula menjelma balik. Ada komen yang bagitahu pasal menang giveaway pun masuk spam ni. 

Saja nak update pasal ni sebab kalau ada yang rasa macam I tak membalas kunjungan, ni lah sebabnya hahaha. 

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini. Astro Kasih dengan kerjasama pihak Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya telah menyediakan juadah Bubur Lambuk sebanyak 1000 bungkus kepada komuniti di sekitar kawasan penduduk yang disertai oleh barisan pelakon dan selebriti tempatan termasuk Duta Kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.

Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran daripada personaliti-personaliti Astro Radio termasuk Fazziq (ERA), Putra (SINAR), Rea (GEGAR), Lin Ariffin (ZAYAN), Raianna (Go Shop) dan penampilan pelakon dan selebriti Hawa Rizwana dan Wafiy Ilhan.

Turut diraikan ketika menghadiri majlis ini ialah anak-anak dan ibu tunggal dari 2 Persatuan Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal: Hajah Kamariah dan Nur Hikmah yang menghimpunkan seramai 120 orang untuk sesi tazkirah dan ceramah yang disediakan oleh pihak Astro Kasih, bertempat di perkarangan Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan Petaling Jaya.

Penganjuran program adalah inisiatif pihak Astro Kasih untuk mendekati komuniti setempat dan sejajar dengan slogan Ramadan tahun ini #BukalahHati.

Blog Performance March 2023


First of all, selamat berpuasa semua rakan blogger dan readers blog. Semoga amal ibadah di bulan Ramadhan ni diterima dan diberkati oleh-NYA. 

Memandangkan dah start bulan puasa jadi blog pun tersasar lah dari landasan. Sekarang makin banyak event lepastu makin tak sempat lah nak catch up semua benda. Sampai dah ada yang tanya kenapa jarang update movie review. Jangankan update review, tengok movie pun tak sempat T.T

1. PV


Kalau tengok pada entry Blog Performance February 2023, total PV cecah 107k tapi masuk bulan March punya dia jadi 103k. Mungkin sebab capture lambat kot masa tu so dia tercampur dua bulan sekali. Bulan Mac bertambah sikit tapi still menurun lah graf PV tu sebab tahun lepas ada yang cecah 120k. Nak pula sekarang ni bulan puasa, lagi lah tak ramai yang berkunjung ke sini sebab sibuk dengan urusan seharian. 

Untuk all time stats, for now dah cecah 3.8 juta jadi dalam sebulan dua lagi boleh lah nampak angka 4 pula. 

2. Posts


Kalau PV bulan Februari meningkat sebab press release High Council, bulan Mac pula sebab press release dan review untuk High Council. Sama juga dengan filem Pulau yang ada kontroversi. Entri makanan pun masuk juga dalam Popular Posts. 

Entry yang ada senarai movie atau lagu pun masuk Popular Post tapi sampai sekarang belum berjaya buat lagi senarai filem Bollywood untuk tahun lepas padahal award events dah start dah pun. Hopefully raya nanti I sempat lah nak update hshshs

3. Audience


Bulan Mac ni majoritinya ditapau oleh readers dari Malaysia. I perasan jugak banyak entry yang ada komen dari unknown. Kalau dulu dari kawan-kawan blogger tapi sekarang dah nampak ada readers baru. It's a good thing lah untuk blog ni. 

4. Bilangan Entri

Makin lama makin sikit ye bilangan entry dekat blog ni. Bila I nak pulun untuk cover balik yang tak mencecah gol ni? 50 tu pun sebab ada entry fillers supaya tak rasa bersalah sangat tak update haha. Bulan Mac I rasa yang terpaling sikit update review. Nak suruh orang updatekan? Google Adsense pun baru sekali dapat withdraw hahaha

Anyway thanks to everyone yang berkunjung ke sini. Selamat berpuasa and take care :)

Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia telah menandatangani perjanjian akses dengan Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. ("CT Sabah"), sebuah syarikat yang menyediakan Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Sabah.


Perkongsian ini membolehkan Astro menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi bersama pakej TV Astro kepada potensi 118,000 rumah di Sabah merentasi bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Penampang, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Putatan, Ranau, Tenom dan Tuaran.

Melalui perkongsian ini, Astro akan dapat menyediakan perkhidmatan jalur lebar kendiri dan bundle sebagai tambahan kepada pakej TV Astro kepada lebih ramai pelanggan di Sabah tanpa perlu membina infrastruktur baharu sambil meneruskan tawaran sambungan internet berprestasi tinggi dan penyelesaian komprehensif kepada pelanggannya melalui Penyelesaian Capaian Internet dari CT Sabah.

Astro Fibre menawarkan hiburan dan nilai terbaik kerana para pelanggan juga boleh memilih untuk mencipta pakej hiburan mereka sendiri dengan menambah pada Pek TV Astro kami dan menikmati rebat pakej sehingga RM39.00/sebulan. Astro Fibre yang digabungkan dengan Pek TV bermula dari RM139.99/sebulan dengan rangkaian internet sebanyak 50Mbps untuk menyampaikan pengalaman penstriman yang paling menakjubkan serta Pek Primary yang terdiri daripada lebih daripada 80 saluran, koleksi Video on Demand yang pelbagai, akses kepada Astro GO dan 200 jam Cloud Storage. Perkhidmatan Astro Fibre ke kawasan ini dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun 2023.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Astro Fibre, sila layari www.astro.com.my/fibre.

Rangkaian Kumpulan Suria KLCC melancarkan sambutan kempen Hari Raya yang bakal membawa pengunjung mengimbau suasana perayaan berinspirasikan suasana perkampungan nelayan di pantai timur untuk tahun ini. Kempen Hari Raya Suria KLCC akan berlangsung mulai 24 Mac sehingga 1 Mei 2023 berikutan dari sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 dan 23 April 2023.

Dekorasi tahun ini disesuaikan untuk memberikan para pengunjung cetusan detik kenangan silam selain dari menghadirkan rasa syukur dengan keindahan bersederhana yang dapat dirasai melalui kehidupan di kampung nelayan.

Reka bentuk “Rumah Kampung” tradisional bakal menjadi titik tumpuan di laman “Centre Court” yang mana merupakan pusat perayaan di Suria KLCC. Keunikan pelbagai dekorasi bakal mengundang memori indah di suasana kampung yang hadir dengan tata landskap jendela yang gah serta atmosfera kampung yang ditemani dengan kewujudan replika pokok kelapa.

Aktiviti interaktif “Wayang Kulit” bakal memberikan para pengunjung pengalaman langsung dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir. Melalui pengalaman ini, pengunjung berpeluang untuk menyingkap pengalaman bercerita melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu.

Pengunjung juga berkesempatan untuk meluangkan masa melaui aktiviti interaktif lain seperti permainan tradisional kanak-kanak iaitu teng teng, permainan gasing dan juga congkak yang juga boleh didapati di laman “Centre Court”.

Alunan muzik lebaran yang akan dilayarkan di sekitar perkarangan pusat membeli belah bagi menerikan suasana sambutan Hari Raya. Di samping itu, para pengunjung juga turut berpeluanguntuk menari bersama-sama melalui persembahan tarian tradisional yang akan di persembahkan di laman “Centre Court” dan “Ramlee Mall” sepanjang tempoh kempen perayaan.

Sebuah kiosk foto akan disediakan untuk para pengunjung mengambil gambar bersama yang tersayang. Pengunjung yang bergambar akan menerima cetakan gambar percuma berserta salinan digital bagi mengabadikan detik bermakna semasa membeli-belah di Suria KLCC.

Replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki bakal membuat penampilan sekali lagi di laman “Esplanade KLCC”. Replika pelita yang gah ini berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.

“Sebagai destinasi utama dan terkemuka untuk membeli-belah di Kuala Lumpur, kempen ini merupakan pendekatan kami untuk membawa tradisi dan norma masyarakat Melayu untuk dipertontonkan buat pengunjung Suria KLCC yang majmuk dan berbilang bangsa yang bukan sahaja terdiri dalam Malaysia malahan dari serantau dunia pada setiap tahun setiba nya bulan Ramadhan dan Syawal.

“Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, kami berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan menjadi lebih istimewa dengan ganjaran dan penjimatan yang ditawarkan pada musim Hari Raya kali ini. Bermula dari 30 Mac sehingga 24 April, para pengunjung yang berbelanja RM1,000 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC. Tempoh tebusan e-Baucar tersebut akan berlangsung sepanjang tempoh kempen Hari Raya.

Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, 100 pembeli utama yang membat pembelian Suria KLCC e-Baucar yang bernilai RM1000 semasa kempen perayaan kali ini akan menerima tambahan e-Baucar yang bernilai RM 100.

Sepanjang bulan Ramadhan, pegawai perkihdmatan pelanggan yang bersedia di kaunter “Concierge” akan memberikan buah kurma kepada para pengunjung untuk persiapan berbuka puasa.

Melalui inisiatif program kesedaran kesihatan mental yang masih berterusan, Suria KLCC akan menyumbangkan hasil penjualan “Suria Ribbon Pin” kepada badan atau pusat pertubuhan bukan kerajaan yang mengendalikan gerak kerja kesihatan mental. Pin tersebut yang dijual di kaunter “Concierge” bernilai RM10 bagi setiap satu.

PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA

Bermula dari 31 Mac sehingga 21 April 2023, Pusat Beli-Belah Alamanda akan menganjurkan kempen Hari Raya yang akan menampilkan tema Desa Nelayan.

Para pengunjung yang berbelanja RM700 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai program tebusan yang menawarkan set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda sebagai ganjaran. Tebusan ini terhad untuk setiap satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.

Pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang lebih besar bermula dari RM1,500 ke atas akan menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda.

Para pengunjung juga akan dihiburkan melalui persembahan tarian tradisional seperti pencak silat, dikir barat, tarian gamelan, caklempong dan juga kompang berirama.

Dalam menyambut ketibaan Hari Raya, Pusat Beli- Belah Alamanda akan melancarkan inisiatif menyumbang semula kepada masyarakat dengan menjemput kanak-kanak dari Pusat Jagaan

Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah untuk bersama-sama menyertai sesi berbuka puasa. Kanak- kanak ini akan menerima sumbangan duit raya selain daripada membeli-belah persalinan baju raya dan menonton pelbagai persembahan tradisional menarik.

Tidak ketinggalan, ahli VIKIds juga berpeluang untuk menyertai bengkel menghias biskut raya dan sampul hari raya di bengkel seni dan kraftangan.

MESRA MALL

Tema Desa Nelayan juga bakal membuka tirai di Pusat Beli-Belah Mesra Mall yang berlokasi Kemaman, Terengganu. Sebuah reka bentuk perkampungan kecil yang menjadi pusat penempatan nelayan juga akan menjadi tema dekorasi dan hiasan di Pusat Beli-Belah Mesra Mall. Suasana nostalgik ini dapat menyentuh memori dan kenangan kehidupan yang sederhana yang lazim di sesebuah perkampung nelayan Melayu.

Para pembeli yang berbelanja RM500 melalui 3 resit melalui kedai-kedai terpilih berpeluang untuk menebus sebentuk ganjaran premium Hari Raya berserta set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Mesra Mall.

Pusat Beli-Belah Mesra Mall juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk ahli VIKIds yang mana antaranya adalah pertandingan kraf yang akan diadakan pada 7 April jam 2:30 petang. Kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 9 tahun berpelung menyertai Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan, manakala mereka yang berusia 10 sehingga 12 tahun boleh menyertai pertandingan Reka Bentuk Sampil Raya menggunakan kain “Felt”. Semua hasil kraftangan akan dipaparkan di perkarangan pusat beli-belah bermula dari 9 sehingga 27 April.

Kanak-kanak perempuan yang berumur 3 sehingga 10 tahun berpeluang menyertai pertandingan peragaan baju raya iaitu “Miss Little Raya” pada 14 April. Kesemua ahli yang bertanding berpeluang untuk di tata rias oleh jurusolek dari The Body Shop. Sementara itu, pemenang yang memperagakan baju raya terbaik akan membawa pulang ganjaran daripada TMC Supermarket.

Bagi kanak-kanak lelaki dari peringkat pendidikan rendah, mereka berpeluang untuk memperlihatkan bakat tarian mereka melalui pertandingan tarian pada 7 April. Pertandingan ini terbuka untuk kumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada 5 orang ahli. Pemenang berpeluang memenangi hadiah menarik daripada TMC Supermarket.

Kesemua pertandingan adalah eksklusif untuk ahli VIKids. Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk menjadi ahli, boleh membuat pendaftaran hanya dengan berbelanja RM50 sebelum sesi pertandingan.

Pengunjung dewasa pula akan dihiburkan dengan barisan persembahan hari raya yang bakal berlangsung mulai 8 sehingga 15 April. Persembahan pencak silat akan diadakan pada jam 2 petang dan tarian tradisional Hari Raya pada jam 3 petang.

Tidak kurang dari itu, aktiviti tutorial memakai “shawl” dan persembahan peragaan busana akan dipersembahkan oleh Rasa Sayang, FOS dan Siti Khadijah serta Kidz pada 7 April jam 4 petang. Persembahan yang julung dan eksklusif ini adalah terbuka untuk kesemua pengunjung.

Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran pada 8 April, Pusat Beli-Belah Mesra Mall akan mengedarkan 500 paket bubur lambuk yang ditaja bersama rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra Mall. Sesi edaran bubur lambuk tersebut akan di adakan bermula dari jam 11 pagi sehingga 5 petang.

Dalam meraikan kehadiran Ramdahan dan Hari Raya kali ini, pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Mesra Mall dengan kerjasama badan penguatkuasa tempatan akan menaja program buka puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik. Program buka puasa tersebut akan dihadiri oleh anak yatim dari Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman. Program sumbangan semula kepada masyarakat ini membawa tema “Jalinan Mesra” yang akan diadakan pada 6 April bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam di perkarang Pusat Beli-Belah Mesra Mall.

Untuk info lanjut, sila layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Unboxing ANAS Mystery Box

Tuesday, 28 March 2023


Minggu lepas dengar Ain bercerita pasal ANAS Mystery Box yang tengah viral dekat TikTok, dia dah order satu box katanya. Bila balik rumah tup tup mystery box yang sama sampai jugak. Rupanya adik I beli jugak. Memandangkan dia takkan update entry so biar I update haha

Sebelum ni pun ANAS dah pernah buat mystery box ni dengan harga RM50 sekotak tapi box dia warna pink plain je. Kali ni ANAS guna konsep vintage di mana menggunakan konsep klasik nusantara macam you guys boleh nampak dekat kotak tu. Bila buka dekat dalam pun kesemua kotak menggunakan corak yang sama. 


So apa yang ada dekat dalam ANAS Mystery Box ni?

i. 2 box Inai Che Ta - Red Velvet Special Edition 10ml

ii. ANAS Velvet Cream Liquid Lipstick 2ml

iii. ANAS Magic Lip balm Watermelon 10g

iv. ANAS Magic Lip Scrub Bubblegum 10g

v. ANAS Apam

vi. ANAS Lip Moist Serum 2ml

vii. ANAS Velvet Liptint 5ml

Berbaloi ke tidak beli ANAS Mystery Box? For me, I rasa tak berbaloi sebab harga semua product ni bila you beli dekat luar lebih kurang je. Lepas tu warna dengan perisa product tu pihak ANAS yang akan tentukan dia nak letak apa. Kalau yang jenis kulit cerah, boleh masuk dengan semua warna mungkin rasa berbaloi lah main tikam macam ni tapi kalau yang kulist brownish and dusky atau memang tak berapa gemar warna yang keluar dari kebiasaan, sangat lah tidak disarankan untuk join the hype. 

Kuantiti produk pun haruslah sikit je, sesuai dengan harga dan tu antara sebab kenapa I rasa tak berbaloi. Ada produk yang berat pada packaging semata. Kebanyakan lip product dia boleh pakai dalam 4-5 calit tapi depends pada orang kan, ada yang suka calit banyak kali once dia apply. Ada yang calit sikit dah puas hati. 

Untuk peminat jenama ANAS ni mungkin happy lah kot dapat semua produk dia. Benda dah beli, kita pakai je lah hshs

IN2IT Primer++ Worth Every Penny!

Monday, 27 March 2023


Sebelum ni bila makeup tak pernah pakai primer, just letak toner banyak lapis supaya muka kekal lembap walaupun seharian apply makeup. Tapi bila dah masuk 30-an ni kulit muka makin kering jadi nak tak nak kena juga tambah primer dalam koleksi. 

Kebetulan masa pergi Watson ternampak IN2IT Primer++, produk baru dari IN2IT. Kulit muka I jenis sensitif dan kering. Ngam lah dengan produk IN2IT so tak rasa takut langsung nak guna walaupun harga dia mahal sebab satu tiub primer dengan kuantiti sebanyak 15g ni RM35. But I don't think it's expensive lah sebab dia ada ++ jadi mesti bahan pun lebih berkualiti dari yang biasa kan?


Ingredients:

Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Acrylates/Polytri-methylsiloxymethacrylate Copolymer, Isododecane, Silica, CI 77891, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Bisabolol, Tocopheryl Acetate, CI 77492, Water, Aluminium Hydroxide, CI 77491, Triethoxycapryl-Yesilane, Fragrance, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Canola Oil, Butylene Glycol, CI 77499, Perfluoro-octyl Triethoxysilane, Glycerin, Rosa Damascena Flower Water, Trehalose, Urea, Taraxacum Officinale (Dandelion) Extract, Pentylene Glycol, Serine, Alteromonas Ferment Extract, Algin, Caprylyl Glycol, Disodium Phosphate, Glyceryl Polyacrylate, Phenoxyethanol, Pululan, Sodium Hyaluronate, Ethylhexylglycerin, Citric Acid, Potassium Phosphate, Potassium Sorbate. 

Pentingnya pakai primer ni bila dia menjadi penghadang supaya peluh dan minyak tak kacau foundation yang kita apply sebagai base. Primer++ ni claim boleh tutup lubang pori dan lembapkan kulit muka. Bila try pakai, betul lah tu apa yang dia claim. Pakai makeup dari pagi sampai malam pun tak bercapuk. Muka rasa lembut je, tak rasa belengas ataupun tak selesa. Bila ambik gambar pun tak nampak langsung jerawat ataupun acne scar. 



Kalau dah makeup memang jarang lah pakai filter kecuali nak ada butterfly effect ataupun bunga dekat muka. I suka makeup yang nipis je, cukup tutup blemish dengan jerawat. Kalau tengok dekat senarai bahan tu ada pewangi jadi bau primer ni sedap lah. Tak la bau bahan kimia tapi more to floral scent. Siapa yang tengah mencari primer baru, boleh try IN2IT Primer++ ni. But depends dengan kulit muka jugak, kalau tak sesuai pakai brand ni, ignore je entry ni. 

Movie Review | Jagat Arwah (2022)

Sunday, 26 March 2023


Pengarah : Ruben Adrian
Penulis Skrip: M. Rino Sarjono, Ruben Adrian
Pelakon : Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif, Muhammad Khan
Syarikat Produksi: Visinema Pictures, Infinite Studios, Jagartha, Blibli, Astro Shaw
Pengedar: Visinema Pictures, Astro Shaw
Genre: Seram / Fantasi
Durasi Tayangan: 107 minit
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2022
Trailer :


Filem Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo (Kiki Narendra) iaitu ayah kepada Raga (Ari Irham) yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Aditya yang menjaga batu Jagat Arwah sejak 6 generasi. Raga adalah Aditya keenam yang mempunyai kuasa paling hebat yang mampu mengawal ruang dan masa. 

Dibantu kawan baik ayahnya, Pakcik Jaya (Oka Antara) yang juga mempunyai mata batin dan mempunyai pembantu Nonik (Cinta Laura), Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya bermula di Hutan Kematian. Setiap keturunan Aditya mempunyai pengawal iaitu Genderuwo atau mesra dipanggil Dru (Ganindra Bimo) tapi kerana usia Raga yang muda, mereka sering berbalah.

 

Raga juga mula melihat Kunti (Sheila Dara) yang sentiasa mengekori dia ke mana saja sejak kecil. Kata Kunti, mereka berdua adalah jiwa yang terpisah dari kelahiran lampau namun Sukmo menghalang pertemuan mereka kerana Raga belum tahu identiti dia sebenar. Kunti juga sama seperti Nonik dan Dru, mempunyai kuasa yang tersendiri. 

Musuh mereka adalah raksasa yang membunuh Sukmo dan juga mempunyai niat jahat untuk merampas Jagat Arwah. Sebelum Raga mampu melawan raksasa tersebut, dia perlu tahu dan kawal kuasanya sendiri. Berjaya atau tidak, kena tengok lah filem ni. 


 Naskhah Jagat Arwah berlatarkan kehidupan penangkap hantu menerusi watak Sukmo dan Jaya yang bekerja secara sembunyi. Malah Raga juga tidak tahu pekerjaan bapaknya kerana Sukmo menyamar sebagai penjual ubat tradisional. Ikutkan Raga nak jadi penyanyi band tapi mahu atau tidak mahu, dia perlu galas tanggungjawab turun-temurun sejak Aditya pertama yang ditugaskan menjaga batu Jagat Arwah.

Seram tengok bila Kunti ikut Raga secara senyap dan sentiasa memerhatikan tindak-tanduk Raga setiap hari. Nasib baik lah dia bijak bertukar rupa lepas nampak Raga tenung muka wanita idealnya. Boleh kata filem Jagat Arwah tak lah seram walaupun ada kehadiran Kunti dan Genderuwo sebab Dru pun hantu yang cool dengan jaket kulit dan boot. 


Naskhah Jagat Arwah terbitan Visinema Pictures banyak bergantung dengan VFX dalam hampir kesemua babak. Semuanya tampak cantik dan kemas cuma sayangnya terlampau gelap untuk nampak apa yang berlaku. Macam babak Sukmo berlawan dengan raksasa di Gedung Aseng. Kemunculan Dru pertama kali pun macam terhad sebab pencahayaan yang kurang. 

Flow cerita Jagat Arwah yang perlu dijaga oleh keturunan Aditya ni lebih kurang sama dengan filem Satria Dewa: Gatotkaca (2022) dan juga Brahmastra (2022). Rasanya diambil dari cerita mitos yang sama sebab anutan agama yang sama. Penulis tak kembangkan dengan banyak dan secara terperinci pun dah boleh faham sebab I dah tengok dua filem tu tapi kalau sesiapa yang belum tengok pun boleh tangkap lah sebab plot dia simple je.


Cumanya ada loophole lah kenapa ada watak yang nak ambil kuasa Jagat Arwah sedangkan dia tahu Aditya Ketujuh ada kuasa yang lebih kuat dan banyak berbanding penjaga sebelumnya. Jaya ada sebut tentang ramalan jadi rasanya penulis akan cerita dekat sekuel sebab dekat hujung cerita ada watak antagonis makan petai berbincang tentang misi mereka seterusnya.
 
Kisah Raga mencari identiti diri sebagai Aditya nampak kurang menarik sebab perlahan dan tak faham apa yang dilalui untuk kawal kuasa tu. Mungkin sebab filem ni diadun dalam genre drama jadi tak banyak lah aksi yang menarik untukkita tengok. Kenapa Dru beria nak perlekehkan Raga pun nampak menjengkelkan sebab dia tak ada sebab pun untuk buat macam tu. Kelebihan Nonik dan Dru tak diserlahkan sepenuhnya dalam installment pertama. 


Banyak lagi perkara yang tak dikembangkan atau diolah dengan baik sampaikan banyak tertanya dari menerima. Pelik juga kenapa Raga nak bercinta dengan Kunti sedangkan dia perlu lahirkan Aditya kelapan. Ke dah tak ada Aditya kelapan sebab kuasa Jagat Arwah akan diserap sepenuhnya oleh Aditya Ketujuh? 

Excited nak tengok filem Jagat Arwah sebab ada Sheila Dara dengan Cinta Laura so hopefully sekuel nanti ada improvement. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Director : Kim Jae-won, Kim Na-hyun
Writer : Ji Hyun-suk, Lee Jung-hwa
Presenter : Hong Jin-kyung, Lee Da-hee, Cho Kyu-hyun, Hanhae
Contestants: Shin Ji-yeon, Kang So-yeon, Ahn Ye-won, Song Ji-a, Kim Su-min, Seong Min-ji, Kim Hyeon-joong, Moon Se-hun, Kim Jun-sik, Choi Si-hun, Oh Jin-taek, Cha Hyun-seung
Production Company : JTBC
Distributor : Netflix
Genre : Reality television, Dating show, Variety show
Running Episodes : 8 episode (57–82 minutes per episode)
Release Date : 18 December 2021 
Trailer: 


Lepas tengok Single’s Inferno Season 2, mesti lah excited nak tengok Season 1 sebab format dating show terbitan JTBC ni menarik perhatian selain dari dapat cuci mata. Kalau dalam Season 2 ada ramai peserta yang merupakan bekas peserta Ratu Cantik, Season 1 pula kebanyakannya adalah model dan duta produk. 

Sama juga macam Season 2, semua peserta single’s Inferno perlu tinggal di Inferno, pulau terpencil dan masak sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Dari awal lagi dah nampak yang Song Ji-a curi perhatian ramai jejaka di situ. Cara Ji-a macam Jennie Blackpink, jenis muka cantik bitchy savage face tapi manja bila bercakap. Comel bila dengar Ji-a gelak especially bila dia spend time dengan Hyeon-joong. 


Kalau dalam Season 2 invested tengok kisah cinta Jong-woo dengan Seul-ki, dalam Season 1 pula ada kisah cinta Moon Se-hoon dengan Shin Ji-yeon. Kelakar bila tengok Se-hoon patah hati sebab jiwa dia sensitif jadi semua presenter rasa kelakar bila dia duduk depan khemah pandang bintang merenung nasib mengenangkan Ji-yeon yang bahagia di Paradise. 


Kyuhyun paling terhibur sekali tengok perjalanan mencari cinta Se-hoon dalam Single’s Inferno Season 1 ni. Sementara Hong Jin-kyung pula terkejut dengan perubahan karakter Oh Jin-taek sejak dia pergi ke Paradise. Boleh tahan juga lah mulut manis dia mengayat peserta lain. Ji-yeon kata dia kelakar tapi tak tahu lah dekat mana kelakarnya tu. Mungkin masa diorang berborak dalam khemah tu banyak la kot Jin-taek buat kelakar sebab tak semua aktiviti peserta ditayangkan oleh editor. 


Season 1 kurang 2 episod berbanding Season 2, mungkin sebab rating tinggi dan feedback positif jadi produser tambah supaya banyak lagi interaksi yang boleh penonton tengok. Teringin nak tengok perkembangan antara Jun-sik dengan Ye-won sebab Jun-sik pendiam orangnya. Nak tahu juga macam mana dia buat pilihan dan kenapa dia pilih Ye-won. Comel tengok Jun-sik terkejut Hyun-seung bagitahu Ye-won antara gadis yang dekat dengan ideal type dia. Member dah la jarang bercakap tahu-tahu ada yang nak sailang.


Single’s Inferno Season 1 ni memang banyak plot twist sampaikan dekat Episod 9, masa peserta perempuan nak pilih sama ada nak terima proposal peserta lelaki pun boleh bikin terkejut. Dari awal sampai habis susah nak agak siapa yang akan pilih siapa walaupun kita nampak si A serasi dengan si B.
 
Conversation diorang nampak real bukannya scripted jadi tak la terasa macam tengok show yang mengejar rating semata. Boleh nampak macam mana So-yeon stress dengan Jin-taek, Se-hoon tercalar ego bila So-yeon confront ataupun Si-hun yang jadi penjaga pintu sebab stress dengar Hyeon-joong cerita pasal Ji-a. 


Set dekat Inferno memang cantik lah dengan keindahan alam semulajadi tapi kesian lah dekat peserta sebab dah serupa masuk survival show instead of dating show. Se-hoon nak menyembang dengan Ji-yeon pun tak boleh lama sebab Ji-yeon asyik mengadu panas. Rasanya dekat Season 2, team production dah selesa sebab ternampak air mist dalam khemah peserta perempuan. 

Setiap kali tengok Single’s Inferno ni bukannya rasa sedih jadi single tapi sedih sebab gemuk. Body memasing tak nak kalah, nak pula masa Ye-won, Hyoon-joong dengan Se-hoon berjemur dekat pantai. Setiap pagi ada yang jogging dengan workout, makan pun sembang pasal protein apa semua. Selain kisah cinta, dapat juga inspirasi untuk jadi cantik. Tak sabar nak tengok Season 3 pulak nanti, hopefully lebih banyak interaksi, drama, game dan plot twist. 


p/s: Lepas dah habis show macam syok pula tengok karakter Ye-won. Chemistry dia dengan Hyun-seung pun attractive, tak terkejut kalau both of them bercinta. Eikksss comel!



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10