Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) semakin menghampiri. Seiring dengan itu, tema busana rasmi bagi edisi istimewa tahun ini kini diumumkan.
Bertemakan “Black Tie - Stardust Gala,” konsep yang diperkenalkan mengetengahkan gabungan gaya yang elegan, mewah dan penuh prestij, bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-40 acara muzik paling berprestij tanah air yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026.
Inilah peluang untuk semua yang hadir menggayakan busana yang paling menyerlah dengan kreativiti masing-masing dan bersama-sama memeriahkan malam penuh gemilang yang meraikan empat dekad perjalanan muzik Malaysia.
📢PERINGATAN MESRA!
Semua penonton wajib mematuhi kod pakaian dan penampilan mengikut jantina masing-masing.
#AJL40 #GENERASISELAMANYAJUARA


kadanga kadang terfikir teringin nak berada dalam majlis anugerah macam ni untuk merasai suasananya
ReplyDeletewow..mesti glamour masing2..every year memang looking forward dgn AJL ni
ReplyDeletebagus...details ye..dress mengikut jantina masing2 .... good!
Wah, tak sabar nak tengok fesyen fesyen glamour bertema Stardust Gala di malam kemuncak AJL40 nanti!
ReplyDelete