Movie Review | Rego Nyowo (2025)

Friday, 1 August 2025


Pengarah: Rizal Mantovani
Penulis Skrip: Riheam Junianti
Pelakon: Sandrinna Michelle, Ari Irham, Cassandra Lee, Diah Permatasari, Erwin Moron, Robert Chaniago Timor
Syarikat Produksi: Hitmaker Studios, Legacy Pictures, Masih Belajar Pictures
Pengedar: Antenna Entertainments (Malaysia)
Genre: Seram / Drama
Durasi Tayangan: 105 minit
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2025 (Indonesia), 07 Ogos 2025 (Malaysia)
Trailer:


Lena (Sandrinna Michelle) datang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Malang, Indonesia. Setibanya di sana, dia dijemput oleh Benhur (Ari Irham), abangnya yang sudah 6 tahun dalam jurusan architecture di universiti tersebut. Tapi ketibaan Lena tidaklah begitu disenangi oleh Ben kerana dia dianggap menyusahkan namun kerana pesanan orang tua, Lena dibawa tinggal di Indekos Bu Satri. 

Di rumah sewa tersebut, terdapat 8 orang lagi penyewa yang lain, bercampur lelaki dan perempuan. Tak semua penyewa adalah mahasiswa seperti Ben dan Lena kerana ada juga yang sudah bekerja. Rumah sewa milik Bu Astri (Diah Permatasari) dan suaminya, Pak Wiryo (Erwin Moron) menjadi pilihan ramai mahasiswa di situ kerana murah dan sentiasa diselenggara oleh anak tunggal mereka, Rian (Robert Chaniago Timor). Setiap malam Sabtu pula semua penyewa dipanggil untuk makan malam bersama di rumah Bu Astri dengan menu makanan yang dimasak sendiri oleh wanita cantik tersebut.

Tapi baru saja Lena senang hati dengan keadaan dan suasana di rumah sewa tersebut, dia terdengar perbualan Bobi (Zayyan Sakha) bersama Yamin (Rassya Hidayah). Bobi berkeras ingin keluar dari rumah sewa tersebut kerana sering diganggu oleh makhluk halus sementara Yamin memujuk supaya kuat semangat kerana mereka baru saja berpindah ke situ. 

Selepas makan malam di rumah Bu Astri, keadaan Bobi semakin teruk bila mengalami demam panas. Malam tu juga Bobi keluar dari rumah sewa tersebut lalu pulang ke Jakarta. Sejak Bobi keluar, Lena mula diganggu oleh pocong yang berada di kebun pokok pisang di belakang rumah sewa. Kelakuan Bu Astri dan penyakit Rian juga menghadirkan syak wasangka Lena tentang misteri di rumah sewa tersebut. 

Filem seram Rego Nyowo arahan Rizal Mantovani merupakan kisah benar tentang rumah sewa yang pernah viral di social media berlaku di Malang, Indonesia. Menggunakan pocong sebagai entiti seram utama di dalam filem seram baru terbitan Hitmaker Studios, Rizal Mantovani ingin bawa pocong yang moden dan lain dari yang lain. 

Pocong yang dimasukkan tak lagi mengganggu dengan melompat tapi boleh terbang, membunuh dengan ganas dan menggunakan lidah sebagai cara untuk membunuh mangsa. Penggunaan CGI juga dimasukkan untuk menambahkan pengalaman visual yang seram dan mengerikan peminat filem seram.
 
Dari awal filem Rego Nyowo lagi babak seram dimasukkan diselangi beberapa misteri yang akan dirungkai tanpa sengaja oleh watak utama. Pelik juga kenapa Lena boleh perasan beberapa benda pelik yang berlaku sebab dia tak ada apa-apa keistimewaan pun. Watak Bobi yang ada intuisi kuat dan sensitif dengan gangguan tapi penulis lebih fokus kepada Lena. 

Masuk separuh masa kedua, Rego Nyowo dah mula meleret. Pocong dah kurang munculkan diri, genre filem pula bertukar ke arah drama. Hubungan kekeluargaan antara Lena dengan Ben pun gagal untuk tarik emosi tentang masalah keluarga. Mungkin watak Ben yang dibikin lemah atau babak drama tu macam terpaksa masuk. 

Kalau penulis beri fokus pada perjalanan Bu Astri dan Pak Wiryo struggle untuk dapat Rian mungkin lebih menarik. Keterdesakan manusia dan rasa putus asa lebih padu sebagai elemen drama. Filem Rego Nyowo tentang pocong yang mengganggu tapi keluarga lain pula yang dapat screentime lebih. Babak seram patut ditambah lebih banyak terutamanya untuk watak Benhur yang dah 6 tahun hidup selesa di rumah sewa tu.

Apapun, filem Rego Nyowo masih enjoyable untuk ditonton kerana hasil sutradara Rizal Mantovani yang popular dengan filem Kereta Berdarah (2024) atau Racun Sangga: Santet Pemisah Rumah Tangga (2024) tahun lepas. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5.5/10

PASANGAN BASS BAKAL RAIH KEMENANGAN PERTAMA? | ADAKAH INI BAKAL JADI KENYATAAN DI MALAM KEMUNCAK AMT2025 NANTI?

Menjelang kemunculan Syed Saddiq dan Bella Astillah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025), fenomena BASS terus membuktikan bahawa tidak semua pasangan selebriti mengundang kecaman. Sebaliknya, kemesraan di antara YB dan Bella diterima baik oleh peminat yang menggelar kehadiran mereka sebagai vitamin BASS, satu panggilan yang menggambarkan personaliti mereka yang bersahaja dan menyenangkan. 

Kategori Selebriti Couple Goals Terhangat di AMT2025 menyaksikan saingan hebat daripada pasangan popular seperti Fattah & Amira, Syafiq & Mimi, Dini & Janna, serta Nabil & Ayda. Namun, keakraban Bella Astillah dan YB Syed Saddiq tetap menyerlah. Gurauan manja YB dan keselesaan yang terpancar dalam hubungan mereka menjadikan pasangan ini unik dan antara calon terkuat merebut gelaran tahun ini.

Mereka tidak hanya serasi di mata, tetapi seolah-olah dua jiwa yang ditemukan pada waktu yang tepat untuk saling melengkapi. Populariti yang tercetus secara semula jadi inilah yang mendorong mereka tersenarai sebagai calon dalam kategori Selebriti Couple Goals Terhangat, sekali gus menempatkan mereka sebagai pasangan paling mencuri tumpuan di AMT2025. 

Syed Saddiq yang berpengalaman dalam politik dan debat kini kelihatan serasi bersama Bella Astillah, yang telah lama bertapak dalam dunia hiburan. Dari dua dunia berbeza, mereka ibarat melodi seiring, dua jiwa yang ditemukan tepat pada waktunya.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Selebriti Couple Goals Terhangat? Segalanya kini di tangan peminat. Saksikan detik bersejarah ini pada 3 Ogos 2025 di pentas penuh prestij Anugerah Melodi Terhangat 2025, yang meraikan Sehebat Prestasi, Sehangat Sensasi, Bakat Tersendiri dalam dunia hiburan tanah air.

#ANUGERAHMELODITERHANGAT #AMT2025 

Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

ASTRO SHAW KONGSI IMEJ EKSKLUSIF FILEM-FILEM TERBARU 2025 | Termasuk ‘Abah Saya Uncle Mike’, ‘Wantugo’, ‘Malam Terlarang’ Dan ‘Papa Zola The Movie’ 

Astro Shaw terus bersedia memeriahkan industri perfileman tempatan dengan deretan filem baharu yang penuh dengan aksi luar biasa, emosi, dan kejutan, yang seterusnya menjanjikan pengalaman sinematik yang berbeza. Tiga filem Astro Shaw yang akan menemui penonton di pawagam pada suku ketiga dan keempat tahun ini adalah ‘Abah Saya Uncle Mike’, ‘Malam Terlarang’, dan ‘Wantogo’. Sementara itu Astro Shaw turut berkerjasama dengan penerbit-penerbit besar tempatan untuk filem ‘Legasi Wira Merah’, ‘Magik Rompak’, ‘3 Hajat’ dan ‘Papa Zola The Movie’. 

Setiap filem membawakan cerita segar dengan genre berbeza. Usaha ini mencerminkan keberanian Astro Shaw dalam meneroka dimensi baharu penceritaan, sekali gus memperluaskan landskap perfilem tempatan dengan kandungan yang pelbagai dan berkualiti. 

Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Di Astro Shaw, kami sentiasa percaya bahawa kisah yang menarik layak untuk diangkat dan diceritakan dengan baik kepada penonton. Oleh demikian, kami berbangga untuk menyokong filem-filem yang berani mengambil risiko kreatif, meneroka genre baharu, dan mencerminkan kepelbagaian suara rakyat Malaysia.

Memasuki suku tahun ketiga, kami teruja untuk meneruskan momentum ini bersama rakan-rakan strategik kami, dengan barisan filem yang merangkumi pelbagai genre seperti drama emosi, seram, aksi, animasi sehinggalah ke ‘battle royale’. Namun, apa yang menjadikannya benar-benar bermakna ialah individu-individu di sebalik karya ini. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan bakat-bakat kreatif terbaik dalam industri.

Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan rakan-rakan strategik yang mempercayai dan merealisasikan kisah-kisah ini bersama kami. Kami rasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan rakan penerbit seperti Monsta, Infinitus Gold, Infinitus Productions, Multimedia Entertainment, GSC, ACT 2 Pictures, Le Mediator Studios, Artisans serta rakan pemasaran strategik kami, Etika.

Kami berharap penonton Malaysia akan terus menyokong filem tempatan dan meraikan kisah-kisah yang berani, jujur, dan di luar jangkaan yang dipersembahkan kepada mereka.

1. Legasi Wira Merah


Filem aksi thriller arahan James Lee ini mengangkat semangat perjuangan pasukan Bomba dan dijayakan oleh pelakon Ben Amir, Nas Muammar Zar, Henley Hii, Nia Atasha, Amar Alfian. Amir, anggota bomba termuda dalam pasukannya, berdepan dengan trauma silamnya. Ketika insiden kebakaran pencakar langit tertinggi di ibu kota, Amir diberi tanggungjawab untuk mengetuai misi menyelamat. 


Dengan nyawa orang awam dan rakan sepasukan dalam bahaya, Amir harus mengatasi ketakutannya dan membuktikan bahawa semangat wira sejati. 

2. Abah Saya Uncle Mike


Sempena bulan kemerdekaan, Astro Shaw membawakan sebuah naskhah yang meraikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia, ‘Abah Saya Uncle Mike’. Filem arahan Ezrie Gazali ini mempertaruhkan kisah menyentuh hati yang diinspirasikan daripada kisah benar seorang lelaki berbangsa Cina yang membesarkan tiga anak angkat berbangsa Melayu sejak kecil. Filem ini menceritakan tentang perjalanan Rafei, sebagai anak sulung daripada tiga adik-beradik yatim piatu, yang ingin mencari jati diri dan harapan serta mengimpikan masa depan yang lebih cerah. 


Selepas menemui kasih sayang dalam keluarga Uncle Mike, dia berusaha untuk bersatu semula dengan dua adik lelakinya yang terpisah. Membariskan pelakon semakin melonjak naik, Andy Teh, Idan Aedan, Nor Merah, Umar Shakur, Chew Kin Wah, Mandy Chong, April Chan dan Pauline Tan. 

3. Magik Rompak


Filem arahan pengarah pecah panggung, Adrian Teh dan menampilkan gandingan bintang terkenal tanah air, Sharnaaz Ahmad, Zul Ariffin, Nadhir Nasar, Amelia Henderson. Seorang ahli silap mata bergabung dengan sekumpulan pencuri yang mahu membalas dendam terhadap individu yang berkuasa, Tan Sri Hamdan. 


Sasaran mereka adalah ‘Hati Kesuma’, rantai berlian lagenda bernilai jutaan ringgit, yang bakal dipamerkan di majlis persaraan mewah Tan Sri. Namun ketika rompakan, misi mereka diancam dengan khianat dan sifat tamak. 

4. Malam Terlarang


Satu-satunya filem seram dari Astro Shaw tahun ini, ‘Malam Terlarang’ bakal menemui penonton Oktober depan. Ia membawakan kisah kepercayaan mistik dan tradisi ritual yang wujud dalam kalangan masyarakat tempatan. Berlatarkan tahun 1987, seorang gadis yang sedang meratapi kematian kakaknya mengesyaki keluarganya dihantui entiti misteri. Pencariannya untuk membongkar kebenaran membawa kepada penemuan mengejutkan. 


Filem arahan Norhanisham Muhammad (Labu) menggandingkan pelakon Zul Ariffin, Shasha Abedul, Sofia Jane, Sabri Yunus, Amir Nafis, Aila Azizul, Sadiq M Jamil, Normah Damanhuri dan Hasnul Rahmat. 

5. 3 Hajat



Sebuah filem penuh emosi lakonan mantap Eman Manan dan Amerul Affendi, dan diarahkan oleh Zul Huzaimy. 3 Hajat menyaksikan terbitan bersama Artisans dan Astro Shaw. Setelah bebas dari penjara, seorang bekas banduan berhajat untuk memulihkan semula hubungannya dengan anaknya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

6. Wantugo 


Sementara itu, Wantugo merupakan filem pertama Malaysia yang membawakan genre ‘Battle Royale’ dan membariskan deretan pelakon terkenal tanah air seperti Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Sky Iskandar, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Nia Atasha, Yusof Hashim (Ucop), Arfie Shah dan ramai lagi.


Wantugo mengisahkan tentang sekumpulan individu yang diletakkan dalam satu persekitaran dan dipaksa bertarung di antara satu sama lain dalam permainan maut. Film ini turut diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu). 

7. Papa Zola The Movie


Astro Shaw bekerjasama dengan produksi animasi tempatan, Monsta dalam mempersembahkan filem aksi animasi, ‘Papa Zola The Movie’. Filem ini bakal menghiburkan penonton seisi keluarga dengan adegan penuh gelak tawa dan aksi Papa Zola semasa muda. 


Dijadualkan tayangan pada Disember nanti, teaser treler bagi filem francais Boboiboy ini telah dilancarkan pada Mei lalu dan berjaya mencatat kejayaan luar biasa apabila meraih lebih dua juta tontonan di seluruh platform digital dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan. 

Blog Performance July 2025

 

Cepat betul masa berlalu, know know dah masuk bulan Ogos. Bulan terakhir yang tak ada langsung public holiday. Walaupun ada 31hb nanti tapi dah hujung waktu, nak masuk bulan September dah. Rasanya bulan Ogos akan sibuk dengan event dah kerja hakiki juga sebab banyak benda nak uruskan. Invitation untuk event pun dah mula rancak. 

But first, kita settlekan dulu report card sebagai rekod perjalanan bulan Julai 2025.

1.PV


Macam I pernah cakap dalam entri report card bulan Mei 2025, bila banyak cuti maka banyak lah aktiviti yang dibuat dan berkurang lah perhatian kepada blog. Bulan Julai tak ada cuti jadi pageview meningkat sikit. 

Berbanding pageviews bulan Jun 2025, bulan lepas ada peningkatan bila pageviews mencecah 151461 views. Pertambahan 30k views dari peminat program realiti dekat Astro dan juga TV3. Entri personal pun menyumbang juga walaupun tak banyak I update. Hopefully figure ni boleh maintain untuk bulan Ogos atau bertambah sikit. 

2. Posts


Bulan lepas ada beberapa post berkenaan rancangan TV3 yang masuk ke Popular Post macam telemovie arahan Janna Nick dan Fattah Amin. Banyak peningkatan lah juga sebab nak bandingkan dengan bulan Jun 2025, entri paling atas dekat Popular Post tak mencecah 1,000 views pun tapi untuk bulan Julai, ada 7 entri yang cecah. 

3. Keywords


Keywords mungkin tak sama lah dengan Popular Post sebab I ambil trending keywords untuk bulan ni. Kalau bulan Jun ramai yang mencari tentang Rampas Cintaku, untuk bulan Julai pula ramai yang mencari tentang drama Pengantin 100 Hari. Ada tayangan semula ke? Tapi masa I layan drama ni dulu dekat Youtube TV3 kalau tak silap. 

I perasan juga setiap bulan akan ada keywords dari drama yang akan naik tapi memandangkan I tak ada TV dekat rumah so susah untuk jangka apa yang akan muncul. Since blog I ni berpegang pada konsep update hari ni, naik views kemudian so I tak cara sangat nak update ikut trending keywords. Niche yang I pilih akan sentiasa ada so kita tak payah kalut hshshs

4. Bilangan Entri

Baru je nak pilih untuk tukar target entri kepada 30 entri sahaja tiap bulan, universe tells otherwise gituhhhh. I stay je lah dengan 60 entri sebulan sebab dah ada banyak draft yang menanti untuk dikarang. Harapnya bulan Ogos boleh mencecah target juga atau mungkin lebih lagi. 

Terima kasih kepada yang selalu datang berkunjung dan baik hati tinggalkan komen. I appreciate sangat tindakan itu. Kalau ada rezeki lebih, insya-allah akan berkongsi dengan 5 orang yang rajin. Have nice month ahead and do take care of yourself 💕