Pelakon: Morgan Oey, Omara Esteghlal, Hana Malasan, Endy Arfian, Fatih Unru
Syarikat Produksi: Amazon MGM Studios, Come and See Pictures
Pengedar: Amazon Prime Videos
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 17 April 2025 (Indonesia)
Trailer:
Berlatarkan rusuhan kaum yang berlaku di Jakarta pada Mei 1998 yang tercetus kerana isu ekonomi dan rasuah, penduduk tempatan mula menunjukkan sifat benci terhadap etnik Tionghoa kerana kepercayaan masyarakat di mana etnik Tionghoa hidup mewah.
Pada tahun 2009, sekali lagi rusuhan kaum berlaku di Jakarta lalu mengakibatkan Silvi, pelajar SMA dirogol dalam perjalanan pulang ke rumah. Adiknya, Edwin (Theo Camillo Taslim) cuba untuk menghalang namun dipukul hingga pengsan. Apabila sedar, Edwin segera pulang ke rumah namun apartment yang didiami mereka sekeluarga dibakar.
Menginjak tahun 2027, Edwin (Morgan Oey) bekerja sebagai guru di SMA Bukit Duri, sekolah yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar nakal namun Edwin tiada pilihan kerana dia sudah bekerja di lima buah sekolah di Jakarta namun tidak kekal lama. Lagi pula, Edwin dalam misi mencari anak Silvi (Lia Lukman), hasil dari pemerkosaan 17 tahun lepas.
Baru hari pertama mengajar di kelas 3F, Edwin diserang oleh Jefri (Omara Esteghlal) yang suka membuli pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Jefri juga merupakan ketua dalam kumpulannya. Sakit hati dengan Edwin yang tak terkesan dengan gertakannya, Jefri mengajak kumpulannya untuk bunuh Edwin.
Dalam masa yang sama, Edwin berkenalan dengan Diana (Hana Pitrashata Malasan), guru wanita di SMA Bukit Duri dan mula tertarik dengan karakter wanita tersebut. Edwin berkongsi tentang misi dia mencari anak Silvi dan dia percaya pelajar 3F iaitu Kristo (Endy Arfian) adalah orangnya kerana wajah yang ada iras juga kerana bakat seninya.
Filem Pengepungan di Bukit Duri arahan dan penulisan Joko Anwar memenangi 5 anugerah di Festival Film Indonesia untuk kategori Pemeran Pendukung Pria Terbaik, Pengarah Sinematografi Terbaik, Penata Efek Visual Terbaik, Penata Musik Terbaik dan Penata Rias Terbaik.
Sebelum layan filem berunsur racism ni, tak pernah tahu pun yang negara Indonesia juga ada rusuhan kaum seperti yang pernah berlaku di Malaysia. Tapi bila tengok filem Pengepungan di Bukit Duri, I rasa rusuhan di Indonesia lebih teruk berbanding Malaysia sebab dekat Malaysia, kaum Cina masih boleh berbual dalam Mandarin atau Hokkien tapi dekat Indonesia, bangsa lain harus fasih berbahasa Indonesia. Correct me if I’m wrong on this.
Sebab tu bila ada dialog atau babak yang risaukan Edwin, I boleh faham ketakutan dan kerisauan tu. Bila Jefri cuba untuk kacau Edwin, situasi rusuhan di permulaan filem dah mula terngiang-ngiang sebab tak ada orang yang akan tolong watak utama tambah pula ada ramai yang menyokong tindakan Jefri tanpa perlu dia justify kenapa. Tindakan Jefri dengan mudahnya akan dapat sokongan penuh dan sesiapa sahaja untuk menunggang keadaan tu.
Walaupun menggunakan genre aksi sebagai genre utama tapi rasa berdebar dan drama terasa lebih kuat mencengkam setiap kali Edwin berada di kawasan sekolah ataupun di luar. Latar tempat yang digambarkan oleh Jaisal Tanjung benar-benar mengangkat idea Joko Anwar untuk mencipta Jakarta yang menakutkan hanya kerana perbalahan perkauman. Sayangnya babak aksi tak lah banyak sangat dan tak juga menarik untuk ditonton.
Lakonan Morgan Oey sebagai Edwin yang sentiasa dalam keadaan bersedia dan juga keseorangan digambarkan dengan cemerlang. Walaupun watak Jefri agresif dan baran tapi Edwin tetap tenang dan tegas. Pelakon sampingan juga menggalas tanggungjawab dengan baik walaupun tak punya ruang yang banyak kerana kebanyakan masanya dipenuhi oleh watak-watak utama.
Kelemahan filem Pengepungan di Bukit Duri terletak pada second half bila Edwin cuba berunding dengan Jefri sekaligus buatkan momentum filem turun mendatar. Watak Rangga (Fatih Unru) juga mengganggu proses dengan keadaan gelisah dia. Bukan rasa gelisah dia yang salah tapi fokus pengarah yang buatkan I rimas dan rasa draggy. Kita nak tengok Jefri dan Edwin tapi bingit dengan babak Rangga. Mungkin sebab tahu dia kaum majoriti jadi tak akan ada apa-apa masalah pun kalau dilepaskan keluar. Ada babak yang sengaja dibikin melebih-lebih padahal boleh selesai dengan mudah.
Bila dah ke hujung cerita, baru nampak yang filem ni tak ada mesej yang berat pun cuma untuk ceritakan pengalaman Edwin bertemu dengan Jefri yang mempunyai masalah tumbesaran. Kalau dua watak ni bertemu bukan pada latar masa yang berpaksikan rusuhan, filem Pengepungan di Bukit Duri akan jadi filem drama biasa atau mungkin akan jadi seperti filem Galaksi (2023) atau Dilan (2018). Si Omara ni memang suka berlakon watak pelajar tak ada harapan ke? Dalam filem Budi Pekerti (2024) pun sama kan?
It's a good watch anyway.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10
Vikramaditya Bhonsle (Harshvardhan Rane) merupakan seorang ahli politik yang berpengaruh dan bakal bertanding dalam pilihanraya untuk merebut kerusi Menteri Besar. Ketika temuramah sebelum masuk ke lapangan terbang, semua media berlari ke arah kereta Adaa Randhawa (Sonam Bajwa), bintang terkenal di Bollywood.
Jatuh cinta pandang pertama, Vikramaditya selamatkan Adaa dari pihak media lalu perkenalkan diri sebagai Aditya, nama yang digunakan oleh orang terdekatnya. Adaa menyambut salam perkenalan tersebut tanpa sebarang syak wasangka dan teruskan hidup seperti biasa.
Tanpa dia sedar semua jadualnya telah dikosongkan semata untuk menemani Vikramaditya ke semua kem tentera. Terkejut dengan situasi tersebut, Adaa berjumpa dengan Vikramaditya tapi dengan mudahnya dia bersetuju untuk turut serta dalam konvoi politik supaya tiada sebarang perbalahan tercetus antara mereka berdua.
Di sana, Adaa dapat tahu niat sebenar Vikramaditya yang ingin mengahwininya namun dia tidak bersetuju. Semakin Adaa menolak, semakin Vikramaditya berkeras dan memaksa untuk menjadi pengantin perempuannya.
Sakit hati dengan tindakan dan obsesi Vikramaditya yang semakin melampau, Adaa cabar semua lelaki yang ada untuk bunuh Vikramaditya. Sekiranya lelaki tersebut berjaya, Adaa akan tidur satu malam bersama lelaki tersebut.
Dari awal promosi filem Ek Deewane ki Deewaniyat dah mencuri tumpuan dengan beberapa buah lagu yang menarik seperti Deewaniyat, Mera Hua dan Bol Kaffara Kya Hoga dari barisan penyanyi terkenal seperti Arijit Singh, Neha Kakkar, Sunidhi Chauhan, Sonu Nigam, Shreya Ghoshal, Jubin Nautiyal dan ramai lagi.
Disebabkan lagu Mere Hua makin tak sabar nak tengok full movie walaupun geram dengan PR filem yang sengaja nak guna taktik kotor bila tayangan filem Ek Deewane Ki Deewaniyat keluar seminggu selepas filem Thamma (2025).
Penceritaan tentang perasaan Vikramaditya yang cintakan Adaa bergerak laju di separuh masa pertama filem. Penulis terangkan dengan baik kenapa watak Vikramaditya tak boleh terima tidak sebagai jawapan dan kenapa dia guna pelbagai cara untuk paksa Adaa dan keluarga terima lamaran dia.
Masuk pertengahan filem, watak Adaa berubah jadi keras dan melawan bila tak ada sesiapa yang nak pertahankan dia. Keluarga dia pun mudah sangat mengalah sampai dia kena buat cabaran yang melampau untuk selamatkan diri dari Vikramaditya. Tapi dari plot ni sampai ke hujung dah mula merepek perjalanannya.
Filem ni boleh jadi menarik kalau penulis buat watak Vikramaditya dan Adaa bekerja sama dalam satu projek kemudian Vikramaditya jatuh cinta sampai obses sebab Adaa seorang sahaja yang layan dia dengan baik dan nampak sisi lemah lembut or whatever personal side yang dia sorok dari mata awam.
Bila penulis buat Vikramaditya jatuh cinta pandang pertama hanya sebab Adaa tu cantik, obsesi melampau tu dah jadi merepek. Kalau setakat nak muka, pergi lah cari pelakon Bollywood yang lain. Memalukan betul tengok ahli politik jadi lemah sebab cinta padahal berguna kepada penduduk sekitar dan disanjung tinggi.
Tak jauh beza pun watak Shankar dalam filem Tere Ishk Mein (2025) dengan watak Vikramaditya, dua-dua jenis tak faham bahasa bila perempuan tak nak sampai merosakkan keadaan dan kehidupan kedua-dua pihak.
Lakonan Harshvardhan Rane yang menghidupkan watak Vikramaditya walaupun ada masanya berlebihan but still acceptable to watch. Dari awal lagi dah faham kenapa watak dia sejenis yang agresif sebab dari lahir lagi dah diabaikan oleh ayah dia. Membesar pula tanpa kehadiran ibu atau entiti perempuan jadi dia memang kasar. Reaksi dia kelakar juga lah bila semua approach yang dia guna tak menjadi padahal dalam filem kebanyakannya macam tu.
Sonam pula biasa saja selain dari cantik onscreen. Sayang lah sebab watak Adaa Randhawa ni sebenarnya kuat tapi Sonam tak mampu nak deliver babak dramatik dan terdesak tu. Babak Sonam kena ganggu dengan orang parti Vikramaditya pun tak banyak untuk wujudkan ketegangan antara dua watak utama.
Tapi chemistry Sonam dengan Harshvardhan Rane menjadi sampai I pun terpengaruh untuk tengok filem ni. Sepanjang tengok Sonam dalam filem ni, perasan juga muka dia ada iras Kim Sharma, bekas teman wanita Harshvardhan. Mungkin sebab tu kisah cinta tak kesampaian ni menjadi sebab male lead all out.
Pelakon sampingan yang dimasukkan semuanya berlakon ala kadar macam keluarga Adaa yang tak membantu langsung rasa gerun dan helpless bila diganggu. Mak Adaa tu menangis pun tak keluar air mata sebab tu ada yang tak faham kenapa watak Adaa ni beria tolak lamaran Vikramaditya padahal dia tak pernah berkasar atau sentuh Adaa pun. Shaad Randhawa dengan Sachin Khedekar saja yang boleh diharap tapi kadang-kadang diorang pun rimas tengok obsesi Vikramaditya tu.
Kelemahan utama filem Ek Deewane Ki Deewaniyat terletak pada penulisan dan olahan pengarah tapi nak sembang lebih pun tak boleh sebab Milap Zaveri punya cerita memang merepek. Idea filem ni dah menarik cuma jatuh di tangan Milap Zaveri yang berduit tapi tak tahu berkarya. Makin seronok lah dia buat filem sebab filem Ek Deewane Ki Deewaniyat jadi filem ke-12 tertinggi kutipan untuk tahun 2025.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10
Pelakon: Yu Shi, Wang Yinglu, Huang Yan, Liu Yang, Sun Yiming, Zhai Yujia, Yi Ljing, Zheng Jiabin, Zhang Xuzhen, La Hongsang
Syarikat Produksi: Alibaba Pictures Group, Momo Pictures
Pengedar: TGV (Malaysia)
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 05 Julai 2024 (China), 09 Julai 2024 (Malaysia)
Trailer:
Gara-gara patah hati selepas putus cinta, Chen Xiaozhou (Yu Shi) pilih cara ekstrem untuk berhenti merokok. Dia pergi dapatkan rawatan renjatan elektrik dengan doktor (Jiu Kong) yang meragukan. Nak dapatkan hasil maksimum punya pasal, Xiaozhou pusing tombol untuk renjatan yang paling kuat. Akibatnya, dia koma selama 3 hari.
Setelah tersedar dari koma, Xiaozhou tak boleh melihat warna kuning atau tidak semua orang di sekelilingnya akan berubah menjadi itik getah. Keadaan tersebut mungkin sekejap atau memakan masa sehingga dua atau tiga jam lamanya. Dia mengadu dengan doktor tapi tak ada apa yang doktor boleh lakukan kerana kejadian tersebut terhasil dari traumanya.
Nak tak nak, Xiaozhou terpaksa hidup dengan keadaan tu sehingga dia kembali pulih. Untuk mengelakkan masalah, dia terpaksa pakai cermin mata berwarna merah terang. Tapi tak semua tempat dia boleh guna bantuan kacamata merahnya kerana di pejabat, apabila berdepan dengan pihak atasan dalam mesyuarat atau pembentangan untuk idea pemasaran, dia terpaksa tanggalkan dan berlagak normal.
Satu hari rakan baiknya, Liu Yiding (Huang Yan), minta tolong untuk gantikan tempatnya di set penggambaran bersama vlogger makanan terkenal bernama Feng Jia-nan (Wang Yinglu). Melihat rakannya terdesak lain macam, Xiaozhou terpaksa bersetuju. Anehnya setiap kali bertemu dengan Jia-nan, dia tak ada masalah langsung dengan warna kuning. Dari situ dia sedar yang dia jatuh cinta dengan Jia-nan.
Naskhah romantik komedi Welcome To My Side arahan dan penulisan Song Haolin mempunyai jalan cerita yang unik dengan ketengahkan trauma akibat putus cinta. Elemen komedi sepenuhnya datang dari konsep manusia yang bertukar kepada itik getah.
Comel dan kelakar dalam masa yang sama sebab tak ada siapa yang faham apa yang itik getah cakap selain quack quack. Ekspresi muka pun tak nampak sebab semuanya sama. Berdekah bila staf restoran stress bercakap dengan Xiaozhou nak tukar menu atau cancel tapi Xiaozhou tak boleh nak faham sebab staf tu dah bertukar jadi itik.
Kekuatan naskhah romantik komedi ni terletak pada lakonan Yu Shi yang bergelut dengan masalah peribadi. Dia buatkan watak Xiaozhou nampak hidup pada separuh masa pertama filem ni sampai kita pun rasa lega bila dia berjumpa dengan Jia-nan. Filem ni ada elemen saspens dan kejutan walaupun cuma dari small details macam babak rider hantar makanan pakai baju warna kuning. Kita yang frust dia dah berjaya elak tapi kuning ada di mana-mana.
Lakonan Yu Shi bersahaja dan tampak natural ditambah dengan chemistry dengan Wang Yinglu bila masuk second half filem. Watak Jia-nan tak ada banyak warna sebab dia serius bekerja walaupun nampak mesra depan kamera tapi hakikatnya pasif in real life. Dari awal berjumpa dengan Zhao pun dia dah emosi sebab perubahan saat akhir. Semakin cerita bergerak, semakin kita kenal siapa watak Jia-nan. Lakonan Huang Yan menguatkan karakter dia yang kelakar sekaligus menjadikan penceritaan Welcome to My Side menghiburkan walaupun screentime dia agak terhad.
Sinematografi Welcome to My Side dari He Shan menghidupkan lagi dunia Xiaozhou dan Jia-nan yang sebenarnya biasa tapi berubah jadi luar biasa akibat trauma yang dialami. Latar tempat yang digunakan pun cantik especially apartment tempat Jia-nan tinggal dan bekerja. Penggunaan CGI untuk itik getah besar nampak real dan smooth dalam filem ni. Color grading Welcome to My Side more to dreamy dan warmth untuk kuatkan suasana romantik dalam hidup Zhao dan Jia-nan.
Lagu-lagu yang dimasukkan oleh Liu Yanjun, dan Fu Kang mempunyai lirik yang romantik sekaligus menguatkan lagi elemen romantik dalam Welcome to My Side. Suka lagu You Are the Only Way sama ada versi lelaki atau perempuan. Lagu yang Zhao nyanyi akustik dekat balkoni rumah Jia-nan tu pun best tapi tak jumpa tajuknya apa.
Sayangnya ending scene dalam Welcome to My Side macam merepek sebab extra nampak macam patung celana dekat belakang main lead. Patutnya biar Zhao kejar dekat lapangan terbang daripada beria panjat tiang dan kacau event orang. Babak ni draggy padahal penulis boleh masukkan future Zhao dengan Jia-nan sebab ada projek pemasaran yang besar untuk syarikat Zhao.
Credit scene comel sebab banyak gambar Yu Shi dengan Wang Yinglu masa shooting filem Welcome to My Side. Sebab filem ni rasa nak tengok filem Yu Shi yang lain.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10
Pelakon dan pelawak popular, Yassin Yahya meluahkan rasa syukur dan terharu menerusi hantarannya di Instagram selepas berkongsi sambutan positif hari pertama tayangan filem terbaharu lakonannya, Duyung Legenda Aurora, yang mencatat kutipan menghampiri RM300,000 di pawagam seluruh negara.
Yassin menyifatkan sambutan awal itu sebagai sesuatu yang tidak disangka-sangka, sekali gus menjadi suntikan semangat besar buat dirinya. “Alhamdulillah, hari pertama Duyung 2 mencecah RM300,000. Terima kasih kepada semua penyokong, khususnya peminat Orix yang sudi datang menonton,” katanya.
Beliau turut mengakui dirinya benar-benar tersentuh dengan sokongan berterusan yang diterima, termasuk mesej serta maklum balas daripada peminat yang meluahkan rasa rindu terhadap watak ikonik Orix, yang sinonim dengan namanya. Menurut Yassin, sokongan tersebut membawa makna yang amat besar buat dirinya pada fasa kerjaya ketika ini.
“Terus terang, saya benar-benar terharu. Di usia sebegini, tak pernah terlintas masih ada yang mahu menonton dan setia menyokong,” tulisnya.
Kembalinya Yassin sebagai Orix dalam Duyung Legenda Aurora nyata mencetuskan keterujaan penonton sejak awal, khususnya mengenai sisi baharu serta pendekatan skrip yang dibawakan dalam filem terbaharu ini. Yassin turut berseloroh, “Manalah tahu kalau tercetus idea untuk buat filem Orix sahaja. Kalau anda setuju, tekan komen,” katanya.
Antara lokasi utama yang mencatat sambutan memberangsangkan termasuk Sabah, Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Kedah, dengan keseluruhan tayangan melibatkan 87 lokasi pawagam di seluruh negara.
Dihasilkan oleh KRU Studios dan 8 Bit Studio, dengan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, filem arahan Dato’ Prof. Ts. Dr. A. Razak Mohaideen ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani, Anna Jobling, Ayie Floor88 serta Datuk Yusry Abdul Halim.
Sebagai sebuah naskhah komedi mencuit hati, Duyung Legenda Aurora menggabungkan elemen kekeluargaan, persahabatan dan nilai kebersamaan. Dengan jalan cerita yang mudah difahami serta dialog santai, filem ini direka sebagai tontonan ringan yang mudah dinikmati tanpa memerlukan penonton berfikir terlalu berat.
Sesuai sebagai pilihan hiburan hujung tahun dan sepanjang musim perayaan, Duyung Legenda Aurora kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Dapatkan tiket anda segera!
Gunakan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.
DATO SERI VIDA JADI DUYUNG | Teruja Terlibat Dalam OST Filem Duyung Legenda Aurora
Usahawan dan personaliti terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV), kembali menghangatkan industri muzik tanah air menerusi single terbaharunya berjudul “Lagu Happy”. Lagu ini merupakan salah satu runut bunyi bagi filem fantasi komedi keluarga, “Duyung Legenda Aurora” yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025.
Dicipta oleh Syahmi Muffin dengan lirik hasil nukilan Neo, “Lagu Happy” menampilkan melodi yang segar, bertenaga dan sarat dengan elemen positif. Susunan muzik yang ringan serta vibe ceria menjadikan lagu ini mudah dihayati, sekali gus menyampaikan mesej motivasi agar pendengar melepaskan tekanan dan menghadapi segala cabaran hidup dengan hati yang tenang. Secara tidak langsung, lagu ini turut mengimbau kenangan terhadap lagu ikonik “Aspalela” dan “Yahoo” daripada filem Duyung pertama.
Kisah bermula dengan babak Meera Bhansal (Chitrangda Singh) menemui sekawan gagak di kawasan belakang rumah gara-gara bangkai kepala babi yang diletakkan di atas keratan akhbar tentang keluarganya. Gerun dengan ugutan tersebut, Meera buat laporan polis. Inspektor Jatil Yadav (Nawazuddin Siddiqui) ditugaskan untuk siasat ugutan tersebut.
Keluarga Bhansal mempunyai perniagaan keluarga dan nama baik yang digeruni oleh penduduk sekitar. Dalam sebuah rumah agam, ada ramai ahli keluarga yang tinggal bersama. Tak cukup dengan itu, rumah agam tersebut dihuni juga oleh guru maa (Deepti Naval) yang disanjungi oleh Meera. Kerana guru maa, dia tak lagi murung setelah kehilangan anak sulungnya yang meninggal kerana jangkitan kuman.
Penyiasatan Inspektor Jatil mula mendapat jawapan lalu dia pergi ke rumah Bhansal namun dia terjumpa perkara yang mengerikan. Seisi keluarga dibunuh dengan kejam. Inspektor Jatil terjumpa Meera yang terkejut dan trauma dengan kejadian tersebut. Meera ceritakan apa yang berlaku pada malam tersebut dan dia menjadi saksi utama pembunuhan yang dilakukan oleh Aarav.
Walaupun kes pembunuhan tersebut jelas dan terang motif dan pembunuhnya namun beberapa persoalan ditimbulkan oleh Inspektor Jatil hingga buatkan DCP Sameer Verma (Rajat Kapoor) arahkan ketua forensik, Dr. Rosie Panicker (Revathi) untuk analisa semula kes dari perspektif yang lain.
Setelah 5 tahun, sekuel kepada filem Raat Akeli Hai (2020) arahan Honey Trehan ditayangkan di Netflix dengan kes pembunuhan yang lebih besar dan lebih mendalam hingga membongkar rahsia besar legasi keluarga. Senarai suspek lebih ramai dari sebelumnya dan menggunakan konsep yang sama, tiada jawapan yang boleh diberikan selagi persoalan belum terjawab. Honey sekali lagi bekerjasama dengan Smita Singh untuk menyingkap pembunuhan yang mempunyai banyak cabang motifnya. Boleh jadi Guru Maa juga terlibat supaya dapat bolot semua harta keluarga Bhansal.
Sepanjang 132 minit persoalan demi persoalan muncul supaya kita menyelesaikan misteri dari segala aspek dan suspek. Sama macam Raat Akeli Hai (2020), babak penyiasatan dipaparkan dengan jelas namun jawapan hanya diberikan di hujung filem. Vibe filem Raat Akeli Hai: The Bhansal Murder mungkin tak gloomy macam sebelumnya walaupun sinematografi mendukung tajuk franchise. Kebanyakan babak juga dibikin kelam kerana kejadian yang berlaku pada waktu malam, jawapan juga muncul pada waktu malam.
Tak pasti kenapa filem Raat Akeli Hai: The Bhansal Murders lebih pendek sebanyak 18 minit dari instalment pertama sedangkan ada banyak material dan plot yang boleh dikembangkan. Watak Guru Maa nampak menarik untuk dikembangkan dengan lebih lagi tapi Inspektor Jatil dismissed hint yang dia bagi sebab Jatil cuma terima fakta dan bukannya petunjuk spiritual. Walaupun tak percaya dengan Guru Maa, pendirian Jatil sendiri tergugat bila dengar apa yang diberitahu oleh Guru Maa especially ending scene.
Lakonan Chitrangda Singh sebagai Meera Bhansal juga meninggalkan impak pada penceritaan sampai susah nak percaya dengan penyataan sebagai saksi. Ada sesuatu yang buatkan dia lebih layak digelar suspek dan bukannya mangsa. Bila situasi demands performance dia sebagai mangsa, dengan mudah dia zahirkan watak tersebut tapi terus hilang persona mangsa bila dia dengan yakin terangkan motif Aarav.
Smita masukkan watak Radha (Radhika Apte) dari Raat Akeli Hai untuk kuatkan lagi watak Inspektor Jatil yang dah naik rimas dengar bebelan mak dia (Ila Arun) tentang kahwin. Jatil dengan Radha tak ada banyak masa bersama tapi chemistry dan dinamik Nawazuddin dengan Radhika cukup kuat untuk paparkan kisah cinta mereka dalam ruang yang terhad.
Pace filem ni sama macam sebelumnya, perlahan dan bersifat slow burn. Nasib baik tayang dekat Netflix so boleh layan dengan speed 1.5x. Kalau yang suka dengan misteri whodunnit boleh pertimbangkan Raat Akeli Hai: The Bhansal Murder sebab jalan cerita sekuel lebih strong dengan kreativiti pengarah mengimbangkan elemen misteri, perjalanan cerita dan persembahan barisan pelakon senior dalam industri. Worth to watch.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10
Pelakon: Miles Teller, Elizabeth Olsen, Callum Turner, John Early, Olga Merediz, Da'Vine Joy Randolph
Syarikat Produksi: Apple Studios, Star Thrower Entertainment
Pengedar: A24
Genre: Romantik / Komedi / Fantasi
Durasi Tayangan: 114 minit
Tarikh Tayangan: 7 September 2025 (Toronto), 09 November 2025 (Stockholm International Film Festival), 26 November 2025 (United States)
Trailer:
Teruja nak layan filem Eternity sebab team production raised question yang menarik untuk perempuan yang pernah berkahwin sebanyak dua kali atau lebih. Dekat syurga nanti nak habiskan masa dengan suami yang mana satu? Tak pernah lagi jumpa filem yang guna idea menarik macam ni ditambah dengan barisan pelakon yang visually attractive.
Kisah bermula dengan babak Larry Cutler (Barry Primus) dan Joan (Betty Buckley) berbual tentang majlis sosial yang semakin banyak macam gender reveal party, graduation untuk sekolah tadika dan lain-lain. Larry tak suka bersosial dan rasa majlis macam ni buang masa sementara Joan pujuk dia untuk enjoy the moment. Sebelum berjumpa dengan anak-anak, Larry ingatkan Joan untuk bertenang dengan rahsia mereka berdua simpan di mana Joan tak punya banyak waktu gara-gara kanser.
Di parti tersebut, mereka berborak tentang Luke (Callum Turner), suami pertama Joan yang meninggal semasa berkhidmat dalam Perang Korea. Tak lama kemudian Larry tercekik pretzel yang dimakan kemudian meninggal.
Larry (Miles Teller) terjaga dalam keadaan fizikal yang lebih muda dan berada di dalam sebuah keretapi menuju ke kawasan yang dipenuhi dengan bangunan. Di sana dia bertemu dengan Anna (Da'Vine Joy Randolph), Afterlife Coordinator yang akan terangkan tentang perjalanan dia ke Eternity. Konsep mudahnya, kawasan tersebut adalah alam barzakh dan semua roh akan menetap selama seminggu untuk buat keputusan Eternity yang mana mereka akan tinggal untuk selamanya.
Larry minta untuk tunggu Joan sampai ke alam tersebut kerana isterinya mempunyai kanser dan tak akan bertahan lama tapi Anna tegaskan yang Larry tak boleh tinggal lebih dari seminggu. Dalam perjalanan ke Beach Eternity yang dipilih oleh Larry, dia terserempak dengan Joan (Elizabeth Olsen). Bahagia Larry cuma sekejap sahaja kerana Joan juga bertemu dengan Luke yang telah menunggu selama 67 tahun.
Filem romantik yang ditayangkan secara perdana di Toronto International Film Festival arahan dan penulisan David Freyne menggunakan tema fantasi untuk kisah cinta tiga segi antara Joan, Larry dan Luke.
Walaupun dari awal lagi dah boleh agak yang Joan akan pilih Larry tapi penulis sengaja masukkan kisah cinta Luke dan Joan supaya klimaks lebih dramatik dan tegang. Konflik dan kekeliruan yang dimasukkan oleh penulis tak lah kuat sangat sebab kisah cinta Joan dengan Luke sekejap sangat untuk lawan kisah cinta Joan dan Larry yang mengharungi perlbagai cabaran ketika hidup bersama sebagai suami dan isteri.
Watak sampingan yang dimasukkan agak menjengkelkan sebab komedi dari watak Anna dan Ryan (John Early) try hard untuk nampak kelakar. Apa perlunya masukkan watak perempuan berkulit hitam dalam dunia kulit putih? Nak kata untuk hiburan pun tak juga, sebab watak dia tak kelakar. Da’Vine did well as Anna tapi watak tu sendiri dah lemah. Macam mana boleh jadi AC tapi tak brief klien betul-betul? Dia nak kata dia sibuk apa semua tapi klien dia tinggal seminggu sahaja dekat situ. Elemen komedi agak lemah dalam filem Eternity tak kisah lah dari watak atau props, banyak yang gagal. I mean 'Finally you can touch Uranus.' Really? Your anus? Ada juga poster Dunia Kapitalis and I was like😑
Konsep alam barzakh dekat dalam filem Eternity ni dah menarik cuma tak dikembangkan sangat sebab ada beribu dunia yang diwujudkan supaya roh boleh pilih. Penulis masukkan secara dasar sebab ruang yang terhad. Masa tengok filem Eternity ni rasa terganggu sebab ada kanak-kanak yang pilih brochure World of Satanism. Kau dah kenapa dik nak masuk neraka? Dekat dalam filem Eternity ni, neraka tu macam tempat cool untuk lepak. Bukan seorang yang pegang tapi I perasan ada dua kali babak extra consider nak masuk neraka. I okay je kalau roh tu memang jahat tapi kenapa nak consider? Kalau memang tempat dia dekat neraka kenapa tak tarik je masuk? Lahh tiber sembang pasal babak extra.
Berbalik kepada watak utama, dari awal lagi dah nampak hala tuju Joan sebab bila dia spend time dengan Larry walaupun dekat tempat yang crowded tapi babak tu rasa tenang dan awwdorable. Memang lah Luke kacak, jenis lelaki ideal tapi tak boleh lawan ketenangan yang Joan rasa dengan Larry. Sembang pasal mundane life je pun tapi chemistry Miles dengan Elizabeth buatkan momen tu jadi romantik. Body gesture Joan berbeza sangat dengan Larry dan Luke. Bila dia dengan Luke boleh nampak dia selalu nervous tapi dengan Larry, dia nampak tenang dan selesa.
Of course, Elizabeth ada chemistry yang kuat juga dengan Callum sebab tu I faham bila dia keliru nak pilih mana satu. Callum did his part as Mr. Perfect cuma perkembangan watak dia tak banyak. Even watak dia pun tak mampu nak buat lebih untuk pengaruhi keputusan Joan sebab memori mereka berdua tak banyak pun.
Tak pasti kenapa watak Larry dan Joan berada dalam latar masa 60-an, mungkin sebab masa tu adalah masa terbaik mereka berdua sebelum munculnya anak-anak tapi I tak nak merungut banyak sebab wardrobe Elizabeth cantik sangat dari awal sampai hujung filem. Filem Eternity ni mungkin ada banyak kelemahan tapi romantic trope yang dimasukkan sangat kuat dan jelas walaupun cuma dari small gestures atau details.
p/s: Bila tengok Callum Turner dalam Eternity, dah boleh faham kenapa boleh jadi tunang Dua Lipa.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10
Pelakon: Im Yoon-ah, Ahn Bo-hyun, Sung Dong-il, Joo Hyun-young
Syarikat Produksi: Filmmaker R&K, Sanai Pictures
Pengedar: CJ Entertainment
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2025
Trailer:
Lee Gil-goo (Ahn Bo-hyun) merasa terbeban dengan kehidupan kerjayanya di syarikat korporat lalu berhenti dan menganggur. Dia mempunyai bakat unik di mana boleh dapat barang dalam mesin cekau. Kebanyakan masanya habis di arked tapi dia lebih gembira di sana.
‘Scan and choose your target. Aim with precision. Be decisive. That’s how you get what you want. As you gain experience, your skills grow. It’s simple and clear. But life’s not a claw machine. It’s way more complicated and difficult. Where did it all go wrong?’ – Lee Gil-goo
Satu hari, Gil-goo dapat jiran baru di tingkat bawah dan terpegun dengan kecantikan Jeong Seon-ji (Im Yoon-ah). Kalau ada bidadari di dunia, Seon-ji lah orangnya. Ketika pulang ke rumah selepas keluar makan dengan rakan baiknya, Gil-goo terserempak dengan Seon-ji dalam lif. Anehnya, karakter Seon-ji berbeza dengan apa yang dia lihat sebelum ni.
Seon-ji kasar dan perengus, penampilan dia juga berbeza dengan make-up yang lebih garang dan pakaian yang berwarna terang. Gil-goo berharap apa yang dia lihat semalam adalah mimpi tapi kalau mimpi, pertemuan dengan Seon-ji semalam macam terngiang di kepala. Dia turun ke bakeri milik jiran baru tersebut untuk cari tahu.
Seon-ji tak sebut langsung tentang pertemuan mereka tapi karakter dia lebih mesra dan lemah-lembut. Gil-goo buat keputusan untuk menghendap Seon-ji pada pukul 2 pagi di taman bawah apartment mereka. Di sana, dia berjumpa dengan Seon-ji yang ganas dan garang, sama macam dalam lif. Kantoi menghendap Seon-ji, ayahnya Jeong Jang-soo (Sung Dong-il) bagitahu Gil-goo, anak perempuannya dirasuk oleh roh perempuan yang berdendam dengan keturunan mereka.
Naskhah romantik komedi Pretty Crazy arahan dan penulisan Lee Sang-geun menggunakan idea unik tentang dua orang wanita berbeza dalam satu badan yang sama. Awalnya, ingatkan Seon-ji ada sakit mental dan berubah karakter pada waktu malam rupanya ada elemen supernatural dalam filem ni.
Watak Yoon-ah mencabar sikit lah dalam Pretty Crazy sebab siang kena jadi wanita yang sopan dan lemah-lembut tapi bila malam berubah karakter. Energy level pun berbeza sangat sebab roh perempuan tu aktif sampai semua orang dia jumpa, dia nak cari pasal. Rutin dia sama saja setiap hari, main buaian dekat taman kemudian pergi makan kek dekat kedai serbaneka.
Mungkin sebab makan gula tengah malam yang buat dia jadi hyper tapi kesian dekat ayah dia sebab kena jaga setiap malam sampai jam 4 pagi. Kalau ikutkan merepek lah juga sebab muka Seon-ji maintain cantik bila siang padahal kalau kita tak cukup tidur dah ada eyebag gedabak, mata merah tak pun mata panda. Seon-ji cantik elok siang atau malam. Badan pun tak lenguh walaupun aktif siang dan malam.
Penceritaan Pretty Crazy ringkas tapi menghiburkan sebab watak Seon-ji tu kelakar walaupun ada masanya dia over tapi not bad lah untuk genre komedi. Yoon-ah dah pernah bekerja dengan pengarah Lee Sang-geun dalam filem Exit (2019) so I guess dia selesa dengan watak dan genre komedi sebab comic timing dia menjadi. Gerun tengok muka dia bila naik gila tapi kelakar juga dalam masa yang sama. Macam mana Gil-goo tertipu dengan roh perempuan tu, macam tu lah juga I yang menonton.
Sebelum ni dah pernah tengok lakonan Ahn Bo-hyun dalam genre komedi tapi ini pertama kali dia berlakon dalam filem. Reaksi dan bahasa badan dia menghidupkan dunia Pretty Crazy dan mempunyai dinamik yang kuat dengan Yoon-ah. Comel tengok dia layan perangai Seon-ji waktu malam tapi angau di siang hari. Lakonan Ahn Bo-hyun sebagai Gil-goo menang anugerah Best New Actor di Blue Dragon Film Awards. Mungkin lepas ni makin aktif lah dia berlakon dalam filem.
Dekat first half filem Pretty Crazy, penulis kuatkan elemen komedi dan romantik tapi masuk dekat second half dah mula serius bila ada dukun yang cuba tarik roh yang ada dalam badan Seon-ji. Plot ni makin kuatkan hubungan Gil-goo dengan roh perempuan tu.
Dekat hujung pun macam tertanya-tanya sama ada Gil-goo suka dengan Seon-ji ataupun roh perempuan tu sebab penulis biarkan penonton berteka-teki hubungan mereka berdua. Kalau penulis perdalamkan lagi hubungan Gil-goo dengan Seon-ji sebenar mungkin lebih kuat elemen romantik tu. Anyway, it’s a fun watch.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10