Drama Review | Hilang (2022)

Monday 6 February 2023


Pengarah : Ghaz Abu Bakar, Sein Qudsi
Penulis Skrip : Qamarul Hassan, Arshad Adam, Farah Alya As'ari, Rahim Ramli, Omar Yunus, Taqim Zaki, Hariry Jalil, Bainun Waheeda
Pelakon : Khir Rahman, Siti Saleha, Aqasha, Jasmine Suraya Chin, Azhar Sulaiman, Farah Ahmad, Radhi Khalid, Rosdeen Suboh, Farid Amirul, Taqim Zaki, Mimi Ernida, Akmal Ahmad
Syarikat Produksi : The Media Hustler
Penyiaran : Viu
Genre : Seram / Thriller
Jumlah Episod : 10 Episod (50–60 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 17 November 2022
Trailer : 


Selepas 10 tahun bawa diri ke Mesir, Yusof (Aqasha) pulang ke Kampung Seri Daik untuk jaga ayahnya Pak Akob (Rosdeen Suboh) selepas dapat bayangan ayahnya dalam bahaya. Pak Akob merupakan seorang bomoh di kampung tersebut dan kerana perbuatan ayahnya yang sering bakar kemenyan di hadapan busut besar buatkan Yusof merajuk dan tenangkan diri di Mesir. 

Tapi Yusof balik untuk halang perkara bahaya terhadap ayahnya dan juga menyunting Wangi (Siti Saleha) yang tinggal dengan mereka sejak kecil. Wangi ditemui cedera kedua belah matanya sehingga buta. Sejak tinggal dengan Pak Akob, semua ilmu diturunkan kepada Wangi. Bertambah kerja Yusof untuk tegur perbuatan mereka berdua yang menyimpang dari ajaran agama. 


Dalam masa yang sama Inspektor Munir (Khir Rahman) pulang ke Kampung Seri Daik setelah 17 tahun menetap di bandar kerana tragedy pembunuhan kanak-kanak perempuan di tanah kubur. Inspektor Munir yakin Inspektor Cay (Jasmine Suraya Chin) terlepas pandang banyak perkara ketika menyiasat kes pembunuhan tersebut. 

Inspektor Munir syak Dato’ Jamil (Azhar Sulaiman) dan Dato’ Steven (Farid Amirul) terlibat dalam kes pembunuhan tersebut kerana berkait rapat dengan projek lebuh raya yang bakal dibina oleh mereka berdua. Satu demi satu pembunuhan membuatkan Inspektor Munir terpaksa percayakan Yusof kerana kelebihannya tapi dendam dan rasa marah atas kehilangan Maira menghalang dia. Berjaya tak mereka mencari pembuhuh yang terlibat, kena tengok lah di Viu.


Kali kedua pengarah Ghaz Abu Bakar bekerja dengan Sein Qudsi selepas drama Black musim 2 (2021) dan naskhah kedua juga mempunyai tema yang sama iaitu alam ghaib dan thriller. Cuma bezanya kali ni tak banyak aksi yang dipaparkan tapi lebih kepada aktiviti penyiasatan. 

Dekat awal cerita tak banyak sangat screentime untuk watak Pak Akob tapi bila Yusof mula buka hati untuk berkongsi masalah dengan ayahnya baru nampak orangnya bijak dan berpengalaman. Setiap kali dia bagi nasihat sama ada untuk Yusof ataupun Wangi, dialog dia penuh dengan isi dan nasihat. 


‘Kita ini manusia dikurniakan dengan akal fikiran dan anugerah untuk memilih. Dan pilihan kita itu ada baik buruknya. Macam berdendam. Dendam itu akan makan diri kita lebih daripada orang yang kita berdendam.’ – Pak Akob

'Kita ini manusia tak boleh hadam semua ilmu dalam dunia ini. Ayah pegang tauhid yang sama dengan kamu cuma cara ayah berbeza dengan apa yang kamu belajar.' - Pak Akob

Pak Akob: Kita ni hamba, Yusof. Kita kena redho. Redho dengan apa yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta Alam.
Yusof: Tapi kalau saya ditakdirkan untuk bantu orang yang saya nampak dalam mimpi tu?
Pak Akob: Kau yakin ke ajal semua orang di tangan kau?


Seronok tengok lakonan Azhar Sulaiman sebagai Dato’ Jamil yang dikategorikan sebagai antagonis dalam drama ni. Masa dia tampar Kamil (Taqim Zaki) yang lagi besar dari dia pun sampai jatuh terlentang. Belum lagi masuk part dia marah anak dia sampai kita terasa pedih di hati. Bertepek-tepek dia bagi kalau dah mula membebel. 

Walaupun bergenre seram tapi tak ada pun babak makhluk halus sampai takut nak tengok cuma ada la part jump scare sikit. Sinematografi yang berlatarkan Sungai Lembing juga nampak menarik, babak waktu malam pun tak dibiarkan gelap. Lagu tema, "Rasa Yang Hilang" oleh Heidimoru menaikkan impak pada jalan cerita yang bersifat misteri. 



Jalan cerita pada awal drama menarik dengan misteri busut yang dipuja, misteri pembunuhan dan penculikan yang berlaku juga jenayah gelap orang-orang besar di kampung tersebut tapi bila masuk ke penghujung drama dah mula longgar. 

Stress dengan cara penyiasatan Inspektor Munir dengan Inspektor Cay juga sebab buang masa berdua ke sana sini sedangkan suspek ramai untuk disiasat. Bila banyak klu diorang tak jumpa sampai watak antagonis berlangkah-langkah di hadapan, mula rasa geram sebab dekat Episod 1 kemain Inspektor Munir tempelak Cay yang tak menepati piawaian dia. Masa Munir, Cay dengan Yusof pergi ke busut selepas jumpa mayat korban, tiba-tiba tapak tu kemas walhal ramai lagi team forensik dekat situ sebelum diorang cari Husna. 


Pelik jugak kenapa team production letak tajuk Hilang, kenapa tak letak Bayangan. Bila tengok sampai hujung baru nampak yang drama ni bukan sembang tentang orang hilang macam Cikgu Laila (Mimi Ernida) yang hilang keluarga tapi juga Munir yang hilang kepercayaan pada Tuhan dan Yusof yang hilang rasa sayang pada ayahnya kerana salah faham. 

Apa pun, drama Hilang antara naskhah tempatan yang bagus untuk tahun 2022 walaupun jalan cerita dapat ditebak plot twistnya. Recommended to watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

3 comments

  1. Okay.. Boleh cuba tengok sebab Farhana kata tak ada babak hantu.. TQ Farhana..

    ReplyDelete
  2. Macam menarik pulak watak yg dimainkan Azhar Sulaiman tu.

    ReplyDelete
  3. poster dia mcm internasional level la

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.