Movie Review | Perahu Kertas (2012)

Sunday 17 January 2021

Pengarah :  Hanung Bramantyo

Penulis Skrip :  Dewi Lestari

Pelakon : Maudy Ayunda, Adipati Dolken, Reza Rahadian, Elyzia Mulachela, Sylvia Fully, Fauzan Smith, Tio Pakusadewo, Ben Kasyafani, Sharena Rizki, Titi DJ, Kimberly Ryder, Ira Wibowo, August Melasz

Syarikat Produksi : Starvision Plus, Mizan Productions 

Pengedar : Starvision Plus, Mizan Productions

Genre :  Drama / Romantik

Durasi Tayangan :  112 minit

Tarikh Tayangan : 16 Ogos 2012

Trailer :

Mengisahkan pertemuan Kugy (Maudy Ayunda) dengan Keenan (Adipati Dolken) yang mempunyai persamaan dalam citarasa dan artistik. Kugy suka menulis kisah-kisah dongeng dan menganggap dirinya ejen “Dewa Neptune”, Semua curahan hatinya ditulis dalam kertas dan dibentuk menjadi perahu kertas kemudian dihanyutkan di sungai. 

"Hai Neptunus, apakabar di laut biru? Perahu kertas yang kali ini akan membawakanmu kisah tentang perjalanan hatiku..." – Kugy Alisa

Keenan pula suka melukis dan memahat tapi dipaksa belajar dalam Ekonomi di kampus supaya dapat jaga business keluarga. Bersama Noni (Sylvia Fully R) dan pacarnya, Eko (Fauzan Smith), mereka berempat selalu luangkan masa bersama. Keenan dengan Kugy pula jatuh cinta dalam diam tapi Keenan mula menjauhkan diri bila dapat tahu Kugy sudah ada teman lelaki, Joshua (Dion Wiyoko) sejak sekolah lagi. Noni pula perkenalkan Wanda (Kimberly Ryder) kepada Keenan dan mereka mula rapat kerana keluarga Wanda suka pada seni dan exhibitor besar setiap tahun. 

Keenan mula mendalami bakat seninya di galeri kepunyaan Pak Wayan (Tio Pakusadewo). Kugy pula berkecil hati dan bawa diri menjadi sukarelawan di Sekola Alit di kawasan pedalaman. Selepas dipaksa memilih antara impian dia ataupun hidup bersama Joshua. Kugy move on dengan tinggalkan semua kenangan dan bekerja di syarikat advertising, AdVocaDo milik Remi (Reza Rahadian). 

Dalam masa 112 minit, ada banyak konflik di antara watak Kugy dan Keenan dan latar masa juga bergerak selama 5 tahun sejak 1999 sehingga 2004. Itupun movie Perahu Kertas arahan Hanung Bramantyo masih belum habis ceritanya sebab adaptasi dari novel Perahu Kertas karya Dee dengan helaian sebanyak 434 muka surat ni ada dua bahagian. 

"Hai 'Nus, manusia satu itu muncul lagi. Apa kabar ya dia? Tunggu perahu kertasku ya.. cerita ini belum usai..." - Kugy Alisa

Bila movie Perahu Kertas ni berkisar tentang seni, maka banyak tempat dan dekorasi yang mempunyai kesenian yang tersendiri. Macam bilik Kugy, Keenan ataupun rumah Wanda semuanya mengikut perosnaliti dan lifestyle masing-masing. Tapi yang paling mencuri tumpuan ialah galeri Pak Wayan yang terletak di dalam hutan dan menggunakan semangat alam untuk melahirkan kesenian tanpa batas. Tenang sangat supaya ilham tu bisa lahir tanpa gangguan. Memang terpesona dengan hasil lukisan ataupun seni ukiran dari galeri tu. Ada juga dipaparkan persembahan seni lakonan dan tarian di situ.

Di bawah label Trinity Optima Production, Perahu Kertas ada music album yang menampilkan 10 buah lagu yang sesuai dengan situasi penceritaan juga mood pada babak tertentu macam lagu How Could You bila Joshua kecewa Kugy buang dia lepas apa yang dia korbankan untuk bahagiakan Kugy. Soundtrack utama, Perahu Kertas pula dinyanyikan sendiri oleh Maudy Ayunda.

 

Walaupun movie Perahu Kertas lebih invest pada wataknya iaitu Kugy dan Keenan tapi sayangnya baik Maudy Ayunda dan Adipati Dolken gagal ekspresikan perasaan dengan baik dan mendalam. Chemistry antara pelakon utama yang menyandang genre romantic drama pun seolah tak wujud jadi susah untuk percaya yang mereka sesuai bersama. Nasib baik conversation Kugy dengan Keenan tentang mencari identiti diri dan perspektif kehidupan. 

Pace movie juga agak perlahan buatkan cerita agak hambar. Nasib baik Reza Rahadian datang sebagai penyelamat bila watak dia energetik sesuai lah sebagai boss di syarikat advertising yang senantiasa memerlukan idea baru yang kreatif. Maundy pun nampak lebih selesa dengan Reza sebab watak dia nampak hidup bila share screen dengan Reza. 

Tak pasti macam mana Perahu Kertas 2 tapi yang pastinya hati Reza kecewa sebab watak Kugy dengan Keenan sudah ditakdirkan bersama walaupun beberapa kali terpisah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 6.2/10

2 comments

  1. akak proceed baca review no 2 dulu ye...

    ReplyDelete
  2. Rasanya ada novel ini versi ebook atau buku.. Nak kena cari ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.