DARI DUNIA MISTIK KE DUNIA POLITIK: CHE PUAN SARIMAH DI TENGAH KONSPIRASI

Friday, 24 April 2026

Selepas mencuri perhatian menerusi naskhah seram Pewaris Susuk, Che Puan Sarimah Ibrahim kembali dengan transformasi berani dalam filem terbaharu Konspirasi, apabila beliau menggalas watak ahli politik yang kompleks dan sarat konflik dalaman, Datuk Suraya, seorang figura berpengaruh yang terperangkap antara ideologi, cita-cita dan tanggungjawab terhadap negara. Karakter ini tidak digambarkan secara jelas baik atau buruk, sebaliknya dibina dengan lapisan emosi dan dilema yang menjadikan setiap kemunculannya lebih hidup dan memberi kesan.

Konspirasi mengisahkan sebuah pasukan elit kerajaan yang berjaya mendapatkan akses kepada sebuah server rahsia, lalu membuka tirai kepada jaringan ahli politik korup. Dalam masa yang sama, peralihan Che Puan Sarimah Ibrahim daripada genre seram ke aksi politik memperlihatkan keberanian beliau meneroka cabaran lakonan yang lebih matang, menerusi watak Datuk Suraya yang menuntut kekuatan dialog serta penyampaian emosi secara halus, dan berjaya dibawakan dengan meyakinkan.

Menurut Sarimah, pengalaman membawa watak ini memberikan cabaran yang berbeza dalam kerjayanya. “Datuk Suraya bukan sekadar seorang ahli politik, dia seorang manusia yang sentiasa bergelut dengan apa yang betul dan apa yang perlu dilakukan. Itu yang menjadikan watak ini sangat menarik untuk saya,” katanya, sekali gus menggambarkan kedalaman karakter tersebut.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Konspirasi merupakan terbitan Elepfilm Entertainment & Asia Tropical Film Sdn. Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran. Filem ini tampil dengan gabungan aksi yang mendebarkan, emosi yang menyentuh serta elemen pengajaran yang lebih mendalam, menjadikannya sebuah naskhah yang bukan sekadar hiburan semata-mata. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konspirasi di pawagam bermula 21 Mei 2026.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Konspirasi, ikuti kami di Facebook, Instagram, X, Threads dan YouTube Primeworks Studios.

JOM SAKSIKAN ‘TARUNG’ SEBENAR DI BYON7 | Rematch Paling Panas Akhirnya Tiba Sabtu Ini!

Penantian hampir berakhir. Sabtu ini, 25 April 2026, World Trade Centre Kuala Lumpur bakal menjadi medan kepada satu pertembungan yang sekian lama dinanti. Dalam BYON COMBAT SHOWBIZ 7, tumpuan terarah kepada aksi ulangan antara Putra Abdullah dan Ronal Siahaan, yang sebelum ini berakhir tanpa pemenang mutlak selepas lima pusingan sengit.

Kali ini, segalanya kembali dipertaruhkan. Dengan kejuaraan Byon Kickstriking Asia Title menjadi rebutan, perlawanan ini melangkaui soal menang atau kalah. Ia tentang maruah, penebusan dan penentuan siapa yang benar-benar layak berdiri di puncak.

Namun, malam tersebut tidak hanya bergantung pada satu pertarungan. Kad perlawanan turut dihiasi aksi berintensiti tinggi, daripada pertembungan semula Fahri Alamsyah dan Kabilan Jelevan yang semakin memuncak, hinggalah perebutan gelaran antara Nidal Mahmoud dan Adam Maulana. Aksi Ammarul Shafiq menentang Haris Sofyan serta perlawanan wanita antara Winona Karamoy dan Emmabel Cassandra pula dijangka membawa tempo pantas dan agresif, memastikan setiap detik terasa padat dan mendebarkan.

Sebagai platform sukan tempur terkemuka dari Indonesia, BYON terus mengukuhkan kehadirannya di peringkat serantau dengan membawa acara ini ke Malaysia buat pertama kali menerusi kerjasama strategik bersama Kharisma Music International. Mengangkat konsep “combat showbiz,” acara ini menggabungkan pertarungan kompetitif dengan elemen hiburan moden, disokong oleh produksi bertaraf antarabangsa yang memperkaya pengalaman penonton secara keseluruhan.

Dengan sokongan rangkaian platform di bawah Media Prima serta penstriman eksklusif di Vidio, keterujaan menjelang BYON7 kini berada di kemuncaknya. Sama ada mahu merasai sendiri suasana di lokasi atau menonton dari mana sahaja, akses kini tersedia dengan lebih mudah.

Kalau ada satu acara yang tidak patut dilepaskan hujung minggu ini, inilah dia! Dengan hanya RM17 di Malaysia, peminat kini boleh menyaksikan kehangatan BYON7 di mana sahaja, bila-bila masa.

“POLONG” CETUS GELORA, PENONTON MULA TAK SENANG DUDUK 3 JUTA TONTONAN DALAM SEHARI

Wednesday, 22 April 2026

Belum pun menjengah pawagam, Polong sudah mula “menghantui” ruang digital. Dalam tempoh kurang 24 jam selepas teaser dilancarkan, filem seram tempatan ini berjaya meraih lebih 3 juta tontonan di media sosial. Satu angka yang bukan sahaja mengagumkan, malah mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Menariknya, perhatian bukan sekadar pada jumlah tontonan, tetapi reaksi yang mengiringinya. Media sosial kini dipenuhi pelbagai respons penonton yang rata-rata mengakui rasa kurang selesa selepas menonton teaser tersebut. Ada yang menyifatkan visualnya terlalu real sehingga mengganggu emosi, manakala ada juga yang mengaku tidak berani menghabiskan tontonan.

Fenomena ini secara tidak langsung menambahkan aura misteri terhadap Polong. Tanpa banyak didedahkan, teaser tersebut berjaya meninggalkan kesan psikologi yang kuat, cukup untuk membuatkan penonton tertanya-tanya tentang kisah sebenar di sebalik naskhah ini.

Polong mengangkat kisah Maria Hadi, seorang wanita yang pernah terjerumus dalam amalan ilmu hitam sebelum berusaha mencari keampunan di penghujung hayatnya. Namun, seperti kebanyakan kisah yang terikat dengan dosa silam, bayangan masa lalu tidak mudah dilepaskan malah terus menghantui generasi seterusnya.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB), Polong dibarisi pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong dan Nadiya Nisaa. Dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran bersama Primeworks Studios, filem ini dijangka menjadi antara filem seram tempatan paling dinanti tahun ini.

Filem ini mengetengahkan tema legasi, penyesalan dan akibat daripada amalan terlarang yang merentasi masa. Gabungan elemen ini menjadikan ia bukan sekadar filem seram biasa, tetapi sebuah penceritaan yang sarat dengan emosi dan konflik dalaman.

Persoalannya kini…jika teaser pun sudah cukup mengganggu, sejauh mana pengalaman sebenar di pawagam nanti?

Jawapannya bakal terungkai apabila Polong menghantui pawagam seluruh negara bermula 28 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti kami di media sosial melalui Facebook, X, Instagram, Threads serta saluran YouTube Primeworks Studios.

#Polong #DiaKembali

Menjelang tayangan Pewaris Susuk pada 30 April 2026 ini, perhatian penonton mula terarah kepada tiga figura utama yang membawa nadi penceritaan filem tersebut iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman dan Datuk Rosyam Nor. Masing-masing hadir dengan pendekatan berbeza, namun berkongsi satu benang merah: karakter penuh misteri yang membentuk dunia gelap Pewaris Susuk.

Che Puan Sarimah Ibrahim Buat Comeback Layar Perak Dengan Watak Penuh Misteri

Che Puan Sarimah Ibrahim menandakan kepulangan ke layar perak dengan gaya yang lebih matang dan terkawal. Membawakan watak wanita misteri yang sarat rahsia, kehadirannya bukan sekadar comeback biasa, tetapi tampil dengan aura yang lebih tenang dan berlapis. Ekspresi yang subtle dan pendekatan lakonan yang tidak berlebihan menjadikan karakternya terasa lebih dalam, sekaligus menguatkan elemen teka-teki dalam naratif filem ini.

Penampilan Sulung Di Layar Perak  Alya Iman Perlihat Versatiliti

Dalam masa yang sama, Alya Iman muncul sebagai wajah baharu yang berani mengambil risiko. Penampilan sulungnya di layar perak bukan sekadar percubaan, tetapi satu langkah berani dengan memilih watak yang penuh emosi dan konflik. Gandingannya bersama Datuk Rosyam Nor turut mencuri perhatian, memperlihatkan dinamika yang kuat dan mencetuskan rasa ingin tahu penonton. Kehadiran Alya memberi nafas segar, membuktikan dia bukan sekadar pelengkap, tetapi antara kekuatan utama filem ini.

Bukan Rosyam Yang Biasa, Sisi Baharu Dalam “Pewaris Susuk

Sementara itu, Datuk Rosyam Nor pula tampil dengan sisi yang jarang dilihat. Dikenali dengan watak-watak tegas dan berkarisma, kali ini beliau membawa pendekatan yang lebih tenang, misteri dan bersahaja. Tanpa perlu emosi yang meluap-luap, lakonannya tetap berkesan membuktikan kekuatan sebenar terletak pada pengawalan emosi dan kehalusan persembahan. Kelainan ini memberi dimensi baharu kepada karakternya, sekali gus memperkayakan keseluruhan penceritaan.

Gabungan tiga pelakon ini menjadikan Pewaris Susuk bukan sekadar filem seram thriller, tetapi sebuah naskhah yang digerakkan oleh kekuatan karakter dan emosi. Dalam dunia yang dipenuhi rahsia, dosa warisan dan pengorbanan, persoalannya…siapakah sebenarnya yang mengawal permainan ini?

Jawapannya bakal terungkai di pawagam bermula 30 April 2026.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti kami di media sosial melalui Facebook, X, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios.

#PewarisSusuk #SehidupSemati

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 AKHIRNYA TIBA DI MALAYSIA | Kuala Lumpur Jadi Destinasi Debut Antarabangsa

Kuala Lumpur, siap sedia! BYON COMBAT SHOWBIZ 7 akhirnya tiba di Malaysia, menandakan kemunculan sulungnya di pentas antarabangsa menerusi kerjasama strategik bersama penganjur tempatan, Kharisma Music International.

Susulan kejayaan mencetuskan fenomena di Indonesia, kehadiran BYON ke ibu negara bukan sekadar membawa sebuah acara, tetapi memperkenalkan dimensi baharu yang menggabungkan intensiti sukan tempur dengan skala hiburan moden dalam satu pengalaman yang menyeluruh.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada 25 April 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur ini menyasarkan kehadiran lebih 3,000 penonton, mencerminkan keyakinan terhadap perkembangan pesat komuniti peminat sukan tempur tempatan. Sebagai platform sukan tempur 360 darjah, BYON mengangkat keseluruhan pengalaman, daripada disiplin seperti tinju dan “kickstriking” hingga ke cara ia dipersembahkan, dengan produksi visual bertaraf antarabangsa.

Kejayaan edisi terdahulu yang mencatat lebih 536,000 pembelian Pay-Per-View (PPV) serta ratusan juta tontonan digital terus mengukuhkan kedudukan BYON sebagai antara platform paling berpengaruh di rantau ini. Berbekalkan momentum tersebut, BYON kini dibawa ke Malaysia, membuka peluang kepada peminat tempatan untuk merasai evolusi baharu dalam dunia sukan tempur.

Paling dinanti, edisi kali ini menyaksikan barisan petarung elit dari Malaysia dan Indonesia berkongsi satu pentas, menjanjikan aksi berintensiti tinggi serta pertembungan berprofil besar yang ditunggu peminat di kedua-dua negara.

Selari dengan identiti “showbiz,” BYON COMBAT SHOWBIZ 7 melangkaui aksi di gelanggang dengan rangkaian aktiviti yang menghidupkan keterlibatan peminat. Antara pengisian termasuk sidang media rasmi, sesi “face-off,” “weigh-in” serta pelbagai aktiviti promosi menjelang hari pertarungan.

Penganjuran ini turut diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara Media Prima dan Vidio dalam memperluas capaian kepada penonton serantau. Dengan penstriman eksklusif di Vidio, peminat kini boleh menyaksikan sendiri kehangatan BYON7 pada harga RM17 di Malaysia, sekali gus membawa pengalaman “combat showbiz” yang penuh adrenalin terus ke skrin anda.

Nama Amir Nafis semakin mencuri perhatian dalam industri perfileman tempatan menerusi deretan filem baharu yang bakal menemui penonton tahun ini. Setiap naskhah yang dibintangi memperlihatkan sisi serba boleh sebagai pelakon yang berani meneroka pelbagai watak. Tidak terkecuali, filem Konspirasi yang bakal ditayangkan pada 21 Mei 2026 ini turut menyaksikan beliau menghidupkan watak antagonis yang penuh intensiti dan emosi.

Ini bukanlah percubaan pertama buat Amir Nafis. Sebelum ini, beliau pernah membintangi beberapa filem termasuk Blood Brothers bersama barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Syukri Yahya. Penglibatan tersebut membuka lebih banyak ruang buatnya untuk terus menonjolkan kemampuan lakonan yang versatil, sekali gus membentuk karakter yang semakin matang dan meyakinkan di layar perak.

Dalam Konspirasi, Amir Nafis sekali lagi menghidupkan watak antagonis dengan pendekatan yang lebih matang dan bersahaja, sekali gus mencerminkan perkembangan lakonannya yang semakin mantap. Digandingkan bersama nama-nama besar seperti Dato’ Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal dan Che Puan Sarimah Ibrahim, tumpuan kini terarah kepada sejauh mana beliau mampu mencuri perhatian dan meninggalkan impak yang lebih besar kepada penonton kali ini.

Skintific Centella Deep Cleansing Oil

 

Macam biasa lah terpengaruh dengan iklan dekat Shopee sebab murah know know dah buat payment dan on the way dah pun. Sebelum guna Skintific Centella Deep Cleansing Oil ni I pakai cleansing oil dari Anua sebab ramai beauty influencer yang pakai untuk hilangkan acne but dowsn't work that well on my skin. 

I mean, dia okay je as cleanser tapi tiny bumps atau blackheads tak keluar pun bila cuci muka. Tak kisah lah guna method apa pun. Harga pun boleh tahan mahal sebab tu saja mencuba nasib dengan Skintific. Tak sangka pulak melekat. Sekarang dah nak masuk botol ketiga. 

Ingredients: 
Ethylhexyl Palmitate, C12-20 Isoparaffin, Mineral Oil, PEG-20 Glyceryl Triisostearate, Isopropyl Myristate, Ethylhexyl Stearate, Aqua, Butylene Glycol, Sorbeth-30 Tetraoleate, Cetyl Ethylhexanoate, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Camellia Japonica Seed Oil, Centella Asiatica Extract, Ceramide NP, Ceramide NS, Ceramide AS, Ceramide EOP, Ceramide AP, Madecassic Acid, Asiaticoside, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Chamomilla Recutita Flower Extract, Rosmarinus Officinalis Leaf Extract, Asiatic Acid, Glycerin, Hydrogenated Lecithin, Ethylhexylglycerin, Caprylyl Glycol, Caprylic/​Capric Triglyceride, Phenoxyethanol, Aroma


Yang bestnya bila pakai cleansing oil Skintific Centella Deep Cleansing Oil ni bila dia melembapkan kulit sebab ada ekstrak Centella dan Chamomilla Recutita Flower Extract. Lepas pakai tak rasa tegang tapi soft je. Mata pun tak kabur sangat bila buang makeup guna cleansing oil ni. I pernah pakai cleansing oil Nutox tapi mata hampir jadi buta. Kena tunggu beberapa minit baru dia clear. Sebab tu dah berhenti pakai. 

Walaupun Skintific Centella Deep Cleansing Oil ada 3 jenis minyak - Mineral Oil, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Camellia Japonica Seed Oil tapi tak lah strong sangat bila bab keluarkan blackheads tapi I okay je sebab mungkin pati setiap bahan tu tak banyak jadi keberkesanan tu pun agak rendah. 

Masa awal-awal guna dulu I tak suka dengan bau dia sebab ada aroma perfume lelaki tapi sekarang dah adapt kot dengan bau tu so no longer a problem. Ambil masa juga nak sesuaikan diri but now dah okay like I don't have much option pun hshshs

POSTER SERAM TULAR MINGGU LALU TERJAWAB, TEASER RASMI POLONG KINI DIDEDAHKAN!

Monday, 20 April 2026

MISTERI TERUNGKAI… NAMUN KETAKUTAN BARU SAHAJA BERMULA. APA YANG TERSEMBUNYI, KINI MULA MENAMPAKKAN DIRI…

Misteri di sebalik poster seram yang tular akhirnya terjawab. Visual yang mencetuskan rasa tidak selesa itu rupa-rupanya adalah sebahagian daripada kempen filem POLONG, sebuah naskhah seram tempatan yang diinspirasikan daripada kes jenayah kontroversi di Malaysia.

Teaser rasmi yang baru dilancarkan kini membuka sedikit demi sedikit kisah sebenar di sebalik misteri tersebut. Apa yang disembunyikan selama ini mula menghantui satu persatu, mengheret mereka yang terlibat ke dalam permainan yang sukar untuk dilepaskan.

Namun… ini baru permulaan.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, filem ini menampilkan barisan pelakon hebat Mimi Lana, Fad Anuar, June Lojong, Nadiya Nisaa, Namron dan ramai lagi.

POLONG bakal merungkai segalanya tidak lama lagi. Bersedia untuk berdepan dengan sesuatu yang mungkin tidak sepatutnya dibangkitkan. 

#POLONG #DiaKembali 

JOM MAI BERAMAI-RAMAI! | Karnival Jom Heboh x Mega JPJ MADANI 2026 Gegar Batu Kawan dengan Hiburan, Aktiviti & Perkhidmatan Rakyat

Kuala Lumpur, 20 April 2026 – Karnival Jom Heboh (KJH), acara padang paling ikonik di Malaysia, kembali menghangatkan suasana dengan membuka tirai jelajah 2026 menerusi kolaborasi istimewa bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-80. Bertempat di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, karnival ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 April 2026 (Jumaat hingga Ahad), menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, hiburan tanpa henti serta inisiatif mendekati rakyat dalam suasana santai dan meriah.

Menggabungkan elemen hiburan dan perkhidmatan komuniti, penganjuran kali ini menjadi lebih istimewa apabila buat julung kalinya KJH menjalinkan kolaborasi bersama Karnival Mega JPJ Madani. Inisiatif ini bukan sahaja menawarkan pengalaman karnival yang dinanti-nantikan, malah membuka ruang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan agensi kerajaan dalam suasana santai dan mesra.

Lebih istimewa Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir bagi majlis pelancaran sambutan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 pada Sabtu, 25 April, bersama Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Seri Haji Zulkifli Long, serta Ketua Pengarah JPJ, YBhg Dato' Aedy Fadly Ramli. Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi negara ini pastinya akan menyemarakkan lagi acara serta menjadikan penganjuran ini lebih bermakna dan berprestij.

Pelbagai aktiviti menarik di bawah anjuran JPJ turut disediakan bagi memeriahkan sambutan ini. Antaranya termasuk JPJ Fun Run yang mengajak orang ramai untuk sama-sama menyertai gaya hidup sihat, selain inisiatif kebajikan seperti pertukaran helmet percuma serta servis minyak hitam motosikal secara percuma kepada pengunjung. Turut menjadi tumpuan ialah jualan nombor pendaftaran kenderaan yang menarik dan popular, yang pastinya mendapat perhatian para peminat nombor eksklusif.

Selain itu, acara Battle of the Band akan menyaksikan enam band terpilih dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan berentap pada malam Jumaat, 24 April, dengan persembahan bertenaga yang menjanjikan hiburan kepada para pengunjung, di samping perhimpunan kelab permotoran yang menghimpunkan komuniti peminat automotif dari pelbagai latar belakang serta pelbagai aktiviti menarik seperti zon permainan kanak-kanak Soopa Doopa, pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, Zumba Challenge, Pound Stick Fitness dan agihan 12,000 pek nasi kari secara percuma yang pastinya menambah kemeriahan sepanjang penganjuran acara ini.

Pelbagai aktiviti kekeluargaan turut disediakan, sesuai untuk semua peringkat umur. Tidak ketinggalan, lebih 150 reruai daripada jenama tempatan dan antarabangsa akan memeriahkan karnival dengan pelbagai promosi eksklusif, pensampelan produk serta tawaran hadiah menarik buat para pengunjung. Antara pengisian utama adalah seperti berikut:

Reruai Studio Tonton Drama Sangat (STDS)
Antara aktiviti menarik termasuk Pertandingan Karaoke Juara AJL yang berlangsung pada Sabtu, terbuka kepada peserta berumur 18 tahun ke atas sama ada secara solo, duo atau berkumpulan, dengan peluang memenangi wang tunai sehingga RM500. Turut memeriahkan acara ialah Karaoke Challenge yang terbuka kepada semua, serta Coloring Contest khas untuk kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah dengan pelbagai hadiah menarik menanti.

Pada Ahad pula, pengunjung boleh menyertai Explorace Ejen Ali yang terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 6 tahun ke atas, dengan tawaran hadiah wang tunai sehingga RM500. Tidak ketinggalan, sambutan ulang tahun ke-10 Ejen Ali turut diadakan bagi meraikan pengunjung yang lahir pada bulan April, menambah lagi kemeriahan sepanjang acara berlangsung.

Selain itu, pengunjung bakal diserikan dengan sesi Meet & Greet yang lebih meriah dan penuh keterujaan bersama barisan selebriti dan pelakon popular seperti Zazzleen, Zairi Aziz, Alya Iman, Muaz Zabir, Gabriella (Gbril), Siti Hariesa dan Nabil Aqil. 

Rumah Hantu Jom Heboh X Pewaris Susuk
Rumah Hantu Jom Heboh x Pewaris Susuk menjanjikan pengalaman seram yang penuh debaran buat para pengunjung, disertai peluang eksklusif untuk bertemu barisan pelakon utama seperti Rosyam Nor dan Alya Iman menerusi sesi meet and greet istimewa. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri aura misteri yang diinspirasikan daripada filem Pewaris Susuk, yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 30 April ini.

Studio Jom Heboh 
Selain dari pemberian hadiah percuma, antara aktiviti yang akan diadakan termasuk Segmen baharu iaitu Jom Cantik yang meraikan kecantikan, keyakinan dan ekspresi diri wanita secara menyeronokkan dan inklusif. Slot 1 jam setiap hari, termasuk perkongsian tentang kecantikan dan keyakinan serta sesi makeover. Elemen Environment, Safety and Governance (ESG) juga akan diterapkan melalui inisiatif kitar semula dengan menggalakkan pengunjung membawa botol air plastik terpakai. Sebagai penghargaan, mereka akan menerima lencana eksklusif KJH. Inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

New Straits TImes Press (NSTP)
Tahun ini, booth New Straits Times Press (NSTP) tampil lebih meriah dengan Dunia Kreatif NSTP, sebuah reruai interaktif untuk pengalaman keluarga yang menggabungkan kreativiti, literasi media dan aktiviti secara langsung. Reruai ini menjadi ruang untuk pengunjung, terutamanya kanak-kanak dan ibu bapa, merasai sendiri dunia kewartawanan dan seni dengan cara yang lebih dekat dan interaktif.

Antara tarikan yang disediakan termasuk Stesen Seni, Kraf & Origami menggunakan bahan surat khabar NSTP kitar semula, Photobooth Muka Depan NSTP yang memberi peluang kepada pengunjung menjadi “headline” hari tersebut dengan cetakan foto segera, serta Pertandingan ‘Wartawan Cilik’ yang menjadikan ruang karnival sebagai bilik berita kecil, memberi peluang kepada bakat muda menghasilkan kandungan

Konsert Jom Heboh


Kemuncak acara, Konsert Jom Heboh yang berlangsung selama dua malam berturut-turut pada Sabtu, 25 April 2026 dan Ahad, 26 April 2026 akan menampilkan barisan artis popular tanah air, dengan malam Sabtu dimeriahkan oleh Dato' Awie, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Shiha Zikir, Kristal X dan Wani Kayrie, manakala pada malam Ahad pula akan menampilkan Nadeera, Ara Johari, Hael Husaini, Mariam OIAM, K.O.I dan Floor 88 yang bakal menghiburkan para pengunjung dengan persembahan bertenaga masing-masing.

Love Food Fest
Selain itu, ini turut menampilkan pelbagai zon gaya hidup termasuk pesta makanan yang menghimpunkan vendor makanan viral dan tempatan, ruang interaktif keluarga serta aktiviti komuniti yang memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan pengunjung.

Penganjuran KJH terus mengekalkan reputasinya sebagai platform komuniti yang menyatukan masyarakat pelbagai lapisan, dengan kehadiran purata lebih 300,000 pengunjung bagi setiap lokasi. Dengan gabungan hiburan, gaya hidup dan perkhidmatan rakyat, edisi kali ini dijangka memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh dan bermakna kepada para pengunjung.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Karnival Jom Heboh x Mega JPJ Madani 2026 di Stadium Negeri Batu Kawan dari 24 hingga 26 April 2026 dan merasai sendiri kemeriahan yang hanya boleh didapati di Jom Heboh.

Gunakan tanda pagar rasmi #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh dan #KJH2026 untuk berkongsi detik menarik anda sepanjang karnival berlangsung. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti akaun rasmi media sosial @jomhebohofficial.

Best Bollywood Movies 2025

 

Award season dah nak ke penghujung dan bakal masuk tayangan perdana filem-filem baru untuk tahun 2026 so here is the list untuk yang tengah mencari filem apa seronok ditonton untuk tahun 2025. Mungkin tak banyak filem dalam senarai ni sebab I tak habis layan lagi filem-filem Bollywood tahun lepas but that's okay since I will update the entry from time to time. 


Pengarah: Abhishek Kapoor
Penulis: Ritesh Shah, Suresh Nair, Chandan Arora
Pelakon: Ajay Devgn, Diana Penty, Aaman Devgan, Rasha Thadani
Syarikat Produksi: RSVP Movies, Guy In The Sky Pictures
Pengedar: AA Films, Netflix
Genre: Sejarah / Aksi / Drama

Berlatarkan tahun 1920-an, zaman penjajahan British, keluarga Rai Bahadur membantu pihak British dengan tunaikan segala permintaan mereka. Jika pegawai British inginkan tanah di kampung tersebut, Tej Bahadur (Mohit Malik) akan mengusir orang kampung tanpa belas. 

Jika Lord Cummings (Dylan Jones) inginkan beratus lelaki untuk dihantar bekerja di Afrika, Rai Bahadur (Piyush Mishra) dengan segera fikirkan jalan. Pemuda bernama Govind (Aaman Devgn) bersama Azaad, kuda kepunyaan pemberontak Vikram Singh (Ajay Devgn) menentang penindasan askar British. 

2. Sky Force


Pengarah: Sandeep Kewlani, Abhishek Anil Kapur
Penulis: Sandeep Kewlani, Aamil Keeyan Khan, Carl Austin, Niren Bhatt
Pelakon: Akshay Kumar, Veer Pahariya, Sara Ali Khan, Nimrat Kaur
Syarikat Produksi: Jio Studios, Maddock Films, Leo Films UK Production
Pengedar: PVR Inox Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Action / Drama

Berlatarkan tahun 1971 di mana kem tentera udara India diserang oleh tentera Pakistan kemudiannya berjaya menangkap seorang juruterbang bernama Ahmed. Wing Commander K.O. Ahuja (Akshay Kumar) ditugaskan untuk menyoal siasat Ahmed lalu mendapat tahu tentera tersebut dianugerahkan pingat kebesaran kerana menembak tentera udara India dalam perang yang berlaku pada tahun 1965. 

3. Deva


Pengarah: Rosshan Andrrews
Penulis: Bobby–Sanjay, Abbas Dalal, Hussain Dalal, Arshad Syed, Sumit Arora
Pelakon: Shahid Kapoor, Pooja Hegde, Pavail Gulati, Pravesh Rana
Syarikat Produksi: Zee Studios, Roy Kapur Films
Pengedar: Zee Studios, Netflix
Genre: Action / Thriller

Inspektor Dev Ambre (Shahid Kapoor) yang berkhidmat di Mumbai terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga memorinya hilang. Doktor memaklumkan ingatan dia akan kembali sekiranya dia kembali ke rutin sebelumnya kerana muscle memory dia masih lagi kuat. DCP Farhan Khan, (Pravesh Rana) merangkap adik iparnya, cuba membantu dengan serahkan semula kes yang disiasat oleh Deva sebelum kemalangan. 



Pengarah: Advait Chandan
Penulis: Sneha Desai
Pelakon: Khushi Kapoor, Junaid Khan, Ashutosh Rana, Grusha Kapoor, Kiku Sharda, Aditya "Kullu" Kulshreshth, Devishi Madaan
Syarikat Produksi: AGS Entertainment, Phantom Studios
Pengedar: Zee Studios
Genre: Romantik / Komedi

Filem romantik komedi yang berkisar tentang ujian dalam perhubungan pasangan muda, Gaurav Sachdeva (Junaid Khan) dan Baani Sharma (Khushi Kapoor) di mana mereka berdua perlu bertukar handphone selama 1 hari untuk uji tahap kepercayaan masing-masing. Cadangan tersebut dilakukan oleh ayah Baani sendiri, Atul Kumar Sharma (Ashutosh Rana) apabila anaknya kantoi menjalinkan hubungan cinta. 



Pengarah: Arati Kadav
Penulis: Harman Baweja, Anu Singh Choudhary
Pelakon: Sanya Malhotra, Nishant Dahiya, Kanwaljit Singh
Syarikat Produksi: Baweja Studios, Jio Studios
Pengedar: ZEE5
Genre: Drama

Richa (Sanya Malhotra) berkahwin dengan Diwakar Kumar (Nishant Dahiya), seorang doktor sakit puan yang konservatif selepas diperkenalkan oleh kedua belah keluarga. Mereka berdua tinggal serumah dengan orang tua Diwakar. 

Setiap hari rutin Richa ialah memasak sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam untuk kesemua ahli rumah. Richa sentiasa dibantu oleh ibu mertuanya, Meena Kumar (Aparna Goshal) supaya rumah sentiasa kemas dan teratur seperti apa yang disukai oleh bapa mertuanya, Ashwin Kumar (Kanwaljit Singh). Rutin yang sama berulang dilakukan sehingga personaliti dia hilang. 



Pengarah: Boman Irani  
Penulis Skrip: Boman Irani, Alexander Dinelaris  
Pelakon: Avinash Tiwary, Boman Irani   
Syarikat Produksi: Irani Movietone, Chalkboard Entertainment  
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Drama 

Amay Mehta (Avinash Tiwary) hidup bersendirian di kota Mumbai dan bekerja sebagai arkitek muda di salah sebuah firma. Satu hari Amay terima khabar dari kakaknya, Anu (Puja Sarup) yang ibu mereka telah meninggal dunia. Amay segera pulang ke Navsari namun tak betah untuk tinggal lama kerana kurang selesa sebumbung bersama bapanya, Shiv Mehta (Boman Irani). 



Pengarah: Shivam Nair    
Penulis Skrip:  Ritesh Shah
Pelakon: John Abraham, Sadia Khateeb, Jagjeet Sandhu, Kumud Mishra, Sharib Hashmi, Revathy, Ashwath Bhatt  
Syarikat Produksi: T-Series Films, JA Entertainment, Wakaoo Films, Fortune Pictures  
Pengedar: Panorama Studios, AA Films, Netflix
Genre: Politik / Thriller

Berdasarkan kisah benar yang mengisahkan tentang pegawai diplomasi Kerajaan India menyelamatkan seorang wanita bernama Uzma Ahmed (Sadia Khateeb) di Pakistan. Uzma adalah rakyat warganegara India yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari kerja. Di sana dia bertemu dengan Tahir, seorang pemandu teksi yang baik hati. 

Selepas 6 bulan berkenalan, mereka bercinta lalu Uzma setuju untuk pergi ke Pakistan kerana di sana mempunyai rawatan secara alami untuk penyakit Thalassemia yang dihidap oleh anak perempuannya. Namun setelah berkahwin semua hajatnya musnah dan dikurung serta didera oleh Tahir juga keluarganya. 



Pengarah: Mudassar Aziz
Penulis Skrip:  Mudassar Aziz
Pelakon: Arjun Kapoor, Bhumi Pednekar, Rakul Preet Singh, Shakti Kapoor, Dino Morea, Aditya Seal
Syarikat Produksi: Pooja Entertainment
Pengedar: PVR Inox Pictures
Genre: Romantik / Komedi

Ankur Chadda (Arjun Kapoor) sentiasa dihantui oleh bekas isterinya, Prabhleen Kaur Dhillon (Bhumi Pednekar) selepas bercerai hingga menyebabkan orang sekelilingnya tidak selesa. Ayahnya (Shakti Kapoor) sarankan supaya dia pergi ke Rishikesh untuk finalize pembelian sebuah unit rumah di sana. Tanpa disangka Ankur bertemu dengan crush zaman kolej, Antara Khanna (Rakul Preet Singh).  Ketika Ankur dan Antara cuba mulakan hidup baru bersama, Prabhleen muncul semula untuk dapatkan kembali bekas suaminya. 


Pengarah: Raj Kumar Gupta
Penulis Skrip:  Ritesh Shah, Raj Kumar Gupta, Jaideep Yadav, Karan Vyas
Pelakon: Ajay Devgn, Riteish Deshmukh, Vaani Kapoor, Amit Sial, Brijendra Kala, Yashpal Sharma, Rajat Kapoor, Govind Namdev, Shruti Pandey
Syarikat Produksi: T-Series Films, Panorama Studios   
Pengedar: Panorama Studios, PVR Inox Pictures, Netflix
Genre: Drama / Thriller 

Income Tax Deputy Commissioner, Amay Patnaik (Ajay Devgn) dipindahkan ke pekan kecil bernama Bhoj di daerah Madhya Pradesh. Perpindahan ke-74 ini berbeza dengan alasan sebelumnya kerana Amay ditangkap ketika menerima rasuah dari Putera Raja. 

Penduduk di Bhoj menyanjung tinggi Dada Manohar Bhai (Riteish Deshmukh) kerana dia bermula dengan menjual kasut namun sering membantu orang kampung yang kesusahan dengan wang yang dia ada. Setelah dihina oleh Menteri Besar, orang kampung mengundi Dada Manohar Bhai dalam pilihanraya lantas menggantikan Menteri Besar di situ. Amay tahu ada sesuatu yang mencurigakan dengan perniagaan Dada Manohar Bhai dan mula menyiasat figura terkenal tersebut. 



Pengarah: Karan Sharma  
Penulis Skrip: Karan Sharma, Haider Rizvi 
Pelakon: Rajkummar Rao, Wamiqa Gabbi, Seema Pahwa, Sanjay Mishra, Raghubir Yadav, Zakir Hussain    
Syarikat Produksi: Amazon MGM Studios, Maddock Films  
Pengedar: Pen Marudhar (India), Yash Raj Films (International), Amazon Prime Video
Genre: Romantik / Komedi

Titli Mishra (Wamiqa Gabbi) dan Ranjan Tiwari (Rajkummar Rao) adalah sepasang kekasih yang berhasrat untuk lari dari kampung kerana cinta mereka tidak dipersetujui oleh keluarga. Tapi rancangan mereka tak menjadi kerana Titli tak mampu berjauhan dengan keluarga. 

Kerana anaknya beria memujuk, Brijmohan letak syarat yang Ranjan perlu dapatkan kerja Kerajaan dalam masa dua bulan. Semua orang tahu perkara tersebut mustahil untuk dilaksanakan jadi Ranjan beri rasuah kepada Bhagwan (Sanjay Mishra) untuk dapat tempat dalam mana-mana Jabatan. Tak lama kemudian Ranjan dapat jawatan yang diidamkan namun kerana dosa dia, Ranjan tersangkut dalam tarikh yang sama setiap hari. 

11. Aap Jaisa Koi


Pengarah: Vivek Soni    
Penulis Skrip:  Radhika Anand, Jehan Handa
Pelakon: R. Madhavan, Fatima Sana Shaikh, Ayesha Raza, Manish Chaudhary, Namit Das  
Syarikat Produksi: Dharmatic Entertainment 
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama 

Filem romantik terbaru Netflix membawakan kisah seorang guru bahasa Sanskrit bernama Shrirenu Tripathi (R. Madhavan) yang kesunyian setelah menginjak umur 40-an. Dari zaman sekolah lagi Shri tak pandai bersosial lantas menyukarkan dia mencari seseorang yang istimewa. Sudah lah sunyi, kehidupan Shri juga sering dipandang rendah oleh pelajar-pelajarnya. Satu hari dia bertemu dengan guru bahasa Perancis bernama Madhu Bose (Fatima Sana Shaikh) dan perkenalan mereka menimbulkan bibit cinta antara mereka. 



Pengarah: Mohit Suri 
Penulis Skrip:  Sankalp Sadanah, Rohan Shankar
Pelakon: Ahaan Panday, Aneet Padda 
Syarikat Produksi: Yash Raj Films   
Pengedar: Yash Raj Films, Netflix
Genre: Romantik / Drama / Muzikal

6 bulan Vaani Batra (Aneet Padda) mengurung diri selepas Mahesh Iyer (Shaan Groverr) batalkan perkahwinan mereka dan terbang ke San Francisco untuk mulakan kehidupan baru bersama kekasih baru, anak kepada taikun bisnes dalam industri muzik. 

Setelah dipujuk oleh keluarga baru lah Vaani berani keluar dari rumah dan mencari kerja baru sebagai penulis di sebuah majalah. Di sana dia berjumpa dengan vokalis sebuah band indie bernama Krish Kapoor (Ahaan Panday) yang berang dengan ulasan dari editor. Takdir pertemukan mereka unuk bekerja bersama dan jatuh cinta sebelum takdir menguji dengan sesuatu yang berat untuk ditanggung oleh kedua-duanya. 



Pengarah: Shazia Iqbal  
Penulis Skrip: Rahul Badwelkar, Shazia Iqbal  
Pelakon: Siddhant Chaturvedi, Triptii Dimri, Zakir Hussain, Saurabh Sachdeva, Deeksha Joshi, Vipin Sharma, Saad Bilgrami 
Syarikat Produksi:  Zee Studios, Dharma Productions, Cloud 9 Pictures  
Pengedar:  Zee Studios, Netflix
Genre: Romantik / Drama

Mengisahkan tentang Neelesh “Neelu” Ahirwar (Siddhant Chaturvedi), pelajar jurusan undang-undang jatuh cinta dengan rakan sekelasnya, Vidhi Bharadwaj (Triptii Dimri), wanita dari kasta tertinggi. Selepas dibelasah oleh keluarga Vidhi, Neelu cuba untuk jarakkan diri dan putuskan hubungan mereka kerana dia membawa harapan keluarga dan orang kampung untuk ubah nasib hidup mereka di bandar besar tersebut. Namun Vidhi masih juga berdegil kerana rasa sayang yang mendalam terhadap jejaka tersebut. Dia pasti keluarganya akan terima hubungan cinta mereka. 



Pengarah: Tushar Jalota
Penulis Skrip: Tushar Jalota, Gaurav Mishra, Aarsh Vora  
Pelakon: Sidharth Malhotra, Janhvi Kapoor, Sanjay Kapoor, Siddharta Shankar, Tanvi Ram, Manjot Singh, Abhishek Banerjee
Syarikat Produksi: Maddock Films   
Pengedar: Pen Marudhar, Amazon Prime Videos
Genre: Romantik / Komedi 

Param (Siddharth Malhotra) bertemu dengan Shekhar (Abhishek Baneerjee), developer kepada apps Soulmate. Kerana Soulmate, Param dipadankan dengan Sundari (Janhvi Kapoor) yang menetap di Kerala, India. Sundari merupakan pemilik sebuah homestay di Kerala dan mengajar tarian secara sambilan di ruang rumah inapnya. Dari Delhi, Param bersama rakan baiknya, Juggy (Manjot Singh) tinggal di Kerala selama dua minggu untuk tawan hati Sundari dan juga bisnesnya. 



Pengarah: Neeraj Ghaywan  
Penulis Skrip: Neeraj Ghaywan, Varun Grover, Shreedhar Dubey
Pelakon: Ishaan Khatter, Vishal Jethwa, Janhvi Kapoor, Harshika Parmar  
Syarikat Produksi: Dharma Productions   
Pengedar: Dharma Productions   
Genre: Drama

Dilahirkan dalam keluarga berkasta rendah, Shoaib (Ishaan Khatter) dan Chandan (Vishal Jethwa) Shoaib dan Chandan sentiasa dikeji tak kira lah sebagus mana mereka dalam apa yang diceburi. Jalan untuk mereka berdua keluar dari kehidupan tersebut ialah dengan menjadi pegawai polis walaupun hanya 3,500 orang akan dipilih dari 2.5 juta calon yang mengambil ujian kelayakan sebagai konstabel polis. Melihat keadaan yang sesak dan padat dengan calon ujian lain, Chandan mula patah semangat namun Shoaib pujuk dia supaya jangan menyerah dengan impian mereka berdua. 



Pengarah: Shashank Khaitan 
Penulis Skrip: Shashank Khaitan, Ishita Moitra 
Pelakon: Varun Dhawan, Janhvi Kapoor, Sanya Malhotra, Rohit Saraf   
Syarikat Produksi: Dharma Productions, Mentor Disciple Entertainment   
Pengedar:  Dharma Productions, Netflix
Genre: Romantik / Komedi 

Selepas 2 tahun mempunyai hubungan istimewa, Sunny Sanskari (Varun Dhawan) ditinggalkan oleh Ananya (Sanya Malhotra) sebaik sahaja wanita tersebut pulang dari Itali. Ananya bakal berkahwin dengan Vikram Singh (Rohit Saraf), taikun bisnes di India. Tak putus asa, Sunny pujuk Tulsi Kumari (Janhvi Kapoor), bekas teman wanita Vikram untuk batalkan majlis perkahwinan Ananya dan Vikram. 

Plan mereka adalah untuk tinggal di hotel yang sama, tempat majlis perkahwinan Ananya dan Vikram diadakan. Di sana Sunny dan Tulsi akan muncul sebagai pasangan kekasih dan buat Ananya juga Vikram cemburu.



Pengarah: Aditya Sarpotdar
Penulis Skrip: Niren Bhatt, Suresh Mathew, Arun Fulara 
Pelakon: Ayushmann Khurrana, Rashmika Mandanna, Nawazuddin Siddiqui, Paresh Rawal   
Syarikat Produksi: Maddock Films
Pengedar: PVR Inox Pictures (India), Yash Raj Films (international), Amazon Prime Video
Genre: Komedi / Seram

Alok Goyal (Ayushmann Khurrana) merupakan seorang wartawan tapi menjadi meme di internet kerana gagal mendapatkan scoop menarik. Dia bersama rakan sekerja pergi healing di kawasan pergunungan kemudiannya tanpa sengaja masuk ke kawasan larangan hutan apabila dikejar oleh seekor beruang liar. 

Di dalam hutan tersebut dia berjumpa dengan Thadaka (Rashmika Mandanna), gadis cantik tapi tak pandai bersosial. Kerana kehadiran Alok ke hutan tersebut, dia dijadikan makanan korban kepada Yakshashan (Nawazuddin Siddiqui) yang sudah lama dahagakan darah manusia. 



Pengarah: Suparn Verma
Penulis Skrip: Reshu Nath
Pelakon: Yami Gautam Dhar, Emraan Hashmi, Vartika Singh, Sheeba Chaddha
Syarikat Produksi: Junglee Pictures, Insomnia Films, Baweja Studios
Pengedar: Junglee Pictures, Netflix
Genre: Drama

Berlatarkan tahun 1970-an di Sankhani, India, Haq mengisahkan kehidupan Shazia Bano (Yami Gautam Dhar) yang berkahwin dengan seorang peguam kacak bernama Abbas Khan (Emraan Hashmi). Kehidupannya bahagia sebagai isteri, suri rumah dan juga ibu kepada anak-anak mereka. 

Kemudian segalanya berubah apabila Abbas pergi ke Pakistan kerana kerja. Ketika pulang, Shazia bertemu dengan isteri muda bernama Saira Jahan (Vartika Singh). Shazia cuba beralah namun dia mula tahu perkara sebenar di mana Saira adalah cinta pertama Abbas. Sakit hati dengan kenyataan tersebut, dia pulang ke rumah keluarga dan Abbas pula menidakkan nafkah dia dan anak-anak. Shazia bawa perkara ini ke mahkamah untuk keadilan. 



Pengarah: Aditya Suhas Jambhale
Penulis Skrip: Aditya Dhar, Aditya Suhas Jambhale, Monal Thaakar 
Pelakon: Manav Kaul, Bhasha Sumbli, Arista Mehta, Rohaan Singh, Neelofar Hamid, Ashwini Koul, Vikas Shukla, Mir Sarwar, Priyank Tatariya, Kiara Khanna, Shahid Latief, Sanjay Suri
Syarikat Produksi: Jio Studios, B62 Studios 
Pengedar: Netflix 
Genre: Seram / Thriller

Berlatarkan Baramulla, Kashmir, seorang kanak-kanak lelaki bernama Shoaib Ansari (Ahmad Ishaq) telah hilang ketika menjadi sukarelawan dalam pertunjukan silap mata. Tiada siapa nampak ke mana perginya Shoaib namun yang tinggal hanyalah sebagaian rambut Shoaib yang digunting di dalam kotak tersebut. Kes kehilangan Shoaib, anak kepada bekas MLA ditugaskan kepada pegawai polis baru, DSP Ridwaan Shafi Sayyed (Manav Kaul) yang dipindahkan ke Baramulla.



Pengarah:  Honey Trehan
Penulis Skrip: Smita Singh 
Pelakon:  Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Chitrangda Singh, Sanjay Kapoor, Deepti Naval, Rajat Kapoor, Revathi, Priyanka Setia, Ila Arun, Aarushi Bajaj, Rahaao, Delzad Hilwale 
Syarikat Produksi: MacGuffin Pictures, RSVP  
Pengedar: Netflix
Genre: Jenayah / Misteri / Thriller

Kisah bermula dengan babak Meera Bhansal (Chitrangda Singh) menemui sekawan gagak di kawasan belakang rumah gara-gara bangkai kepala babi yang diletakkan di atas keratan akhbar tentang keluarganya. Gerun dengan ugutan tersebut, Meera buat laporan polis. Inspektor Jatil Yadav (Nawazuddin Siddiqui) ditugaskan untuk siasat ugutan tersebut. 

39 buah filem dari 134 filem Bollywood ditayangkan baik di pawagam atau streaming platform berjaya ditonton. Mungkin ada filem 2025 yang not bad cuma tak dapat masuk list sebab bawah dari rating 7 hingga 10. Happy watching guys!