Movie Review | Battleship Island (2017)
Saturday 24 February 2018
Director : Ryoo Seung-wan
Cast : Hwang Jung-min, So Ji-sub, Kim Soo Ahn, Song Joong-ki, Lee Jung-hyun and Kyoung-young Lee.
Genre : War/Thriller/Drama
Running Time : 132 minutes
Trailer :
Bertemakan Perang Dunia Ke-2, sebuah band yang diketuai Lee Kang-ok (Hwang Jung Min) dan anak perempuannya, So Hee (Kim Soo Ahn) mencari jalan
keluar dari Pulau Hashima yang dipenuhi 400 orang rakyat Korea yang ditipu, diculik, dibawa
secara paksa untuk melombong hasil galian di kawasan tersebut. Diseksa, masalah
kekurangan nutrisi, kerja sehingga mati tak kira kanak-kanak ataupun dewasa,
kehidupan di pulau tersebut seperti neraka.
Sesampainya di pulau, dia kenal dengan seorang gangster yang famous di Korea, Choi Chil Sung (So Ji Sub) dan seorang pelacur secara paksa Mal Nyeon (Lee Jung Hyun). Selepas insiden di bilik air bilamana ketua buruh memukul seorang buruh dengan sengaja Chil-sung menggertak
untuk berlawan dengannya. Dengan kemenangannya dan dipersetujui oleh pegawai
askar Jepun, dia menggantikan tempat ketua buruh tersebut. Dalam masa yang sama, Park Moo Young (Song Joong-Ki) askar latihan dihantar ke pulau tersebut untuk misi rahsia menyelamatkan ketua Korean Independence Movement, Hak-chul Yoon (Kyoung-young Lee) keluar dari pulau tersebut. Namun
setelah mengetahui agenda sebenar di pulau tersebut, Park berubah fikiran dan
mengajak semua buruh kasar di situ untuk melawan askar Jepun dan keluar dari
pulau tersebut.
We already know life during war world era is tragic and
awful so during watching this movie, my heart broke especially when involving
torturing scene from Japanese soldier. Pukul tu dah biasa tapi golek atas paku
sampai mati memang ngeri kot. Nobody deserves that. Bila tengok life diorang
dekat pulau ni memang rasa bersyukur sangat tak hidup pada era tu. Betapa
gigihnya director nak wujudkan kembali era tu sebab tujuan asal movie ni pun
sebab nak menghidupkan rasa patriotik dan cinta pada negara mereka. Emotion tu
memang sampai.
Tambah emosi bila tengok scene Jang-ok dengan anak perempuan
dia. Sehabis boleh dia akan buat apa saja cara untuk pastikan So-hee hidup
gembira di pulau tu tanpa gangguan dari askar Jepun dengan kebolehan berbahasa
Jepun dan ketua band. Tapi kedudukan dia tetap terancam sebab askar Jepun yang
kejam dan licik sentiasa mengugut untuk menjual So-hee sebagai geisha.
Walaupun Joong-ki muncul lambat dalam movie ni which is
during second half padahal nama dia digunakan during promotional events but he
proved his worth as an actor. Karakter Park sebenarnya watak fiksyen so tak
banyak referece yang Joong-ki dapat untuk hidupkan watak Park but Joong-ki
being Joong-ki. His persona as savior is delightful.
Sama jugak dengan pelakon utama lain, semuanya hebat belaka
even pelakon kanak-kanak yang pernah berlakon dalam movie Train To Busan.
Memang patut movie ni dapat rating tinggi sebab chemistry between them is
superb. Social message sampai, emotion is there walaupun storyline dia agak
serabut but still its enjoyable.
Walaupun movie ni katanya based on a true story tapi pihak
Jepun menafikan yang rakyat Korea dilayan secara kasar macam yang digambarkan
dalam movie Battleship Island walaupun betul ramai yang datang secara paksa.
Sekarang ni pihak Jepun tengah mengumpulkan bukti tentang kejadian ni tapi agak
sukar sebab ramai yang terselamat semuanya menetap di Korea Selatan.
Even Pulau Hashima ni wujud di Jepun dan menjadi tempat
tinggalan sejarah tapi team Battleship Island tak berlakon di sana sebaliknya
mencipta set yang seakan sama dengan Pulau Hashima di Chuncheon dan menelan kos 5x ganda dari bajet
asal. With great cinematography work from Lee Mo-gae, I can say its worth it
since this movie won 5 awards of Best Art Direction, Best Cinematography and
Visual Effects. Not only that, tapi banyak lagi kategori award yang BI menang antaranya
Best actor, Supporting Actress, Top 10 Film.
Recommended to watch? Obviously yes tapi jangan tengok kalau
lemah semangat ataupun tengah makan sebab banyak gore scene and pretty much
some of you guys cannot bear to watch.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10