Penulis Skrip: Zak Penn, Stuart Zicherman, M. Raven Metzner
Pelakon: Jennifer Garner, Goran Višnjić, Kirsten Prout, Will Yun Lee, Cary-Hiroyuki Tagawa, Terence Stamp
Syarikat Produksi: Regency Enterprises, Marvel Enterprises, New Regency Productions, Horseshoe Bay Productions
Pengedar: 20th Century Fox
Genre: Superhero
Durasi Tayangan: 97 minit
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2025
Trailer:
Setelah berada dalam keadaan nazak, Elektra Natchios (Jennifer Garner) diselamatkan oleh Stick (Terence Stamp) dan mempelajari ilmu mempertahankan diri kuno bernama Kimagure dengan lelaki buta tersebut. Elektra kemudiannya diminta keluar dari kem kerana dia tak mampu mengawal emosi dan melepaskan trauma yang pernah dilalui ketika kecil.
Selepas kejadian tersebut, Elektra bekerja sebagai pembunuh upahan dengan McCabe (Colin Cunningham) sebagai ejen yang berurusan dengan semua pihak yang terlibat. Satu hari Elektra mendapat tawaran untuk menghapuskan musuh dengan upah sebanyak USD2 juta. Dia perlu menetap selama sebulan di rumah tasik yang jauh dari bandar.
Di sana dia bertemu dengan remaja perempuan bernama Abby (Kirsten Prout) lalu berkenalan dengan ayahnya, Mark Miller (Goran Višnjić). Mereka menyambut Hari Krismas bersama sehingga lah Elektra menerima latar belakang mangsa yang perlu dibunuh iaitu Mark dan Abby. Elektra gagal menjalankan tugas lalu meminta untuk tarik diri.
Baru saja dia ingin keluar dari kawasan tersebut, dia berselisih dengan pembunuh upahan baru yang menerima kerja tersebut. Tanpa teragak-agak, Elektra menyelamatkan Mark dan Abby lalu bawa mereka berlindung di tempat yang dirasakan selamat.
Setelah kejayaan komik Elektra: Assasin karya Frank Miller pada tahun 1987, Marvel mencari skrip yang boleh diadaptasikan kepada live-action. Filem Elektra adalah spin-off dari filem Daredevil (2003) sebab dekat dalam tu ada cerita macam mana Elektra boleh cedera teruk tapi sebab tak tengok Daredevil, layan je lah apa yang dia cerita dalam filem ni.
Dalam filem Elektra ada pihak lawan bernama The Hand yang diketuai oleh Roshi (Cary-Hiroyuki Tagawa) dan mempunyai anak lelaki bernama Kirigi (Will Yun Lee) bersama pembantunya - Typhoid (Natassia Malthe), Stone (Bob Sapp), Kinkou (Edison T. Ribeiro) dan Tattoo (Chris Ackerman).
The Hand yang dimasukkan dalam filem Elektra adalah organisasi dipenuhi dengan ahli yang mempunyai kuasa yang menarik. Macam Tattoo ada simpan pelbagai jenis haiwan dekat tatu di badan. Bila dia perlukan khidmat helang untuk memantau pergerakan Elektra misalnya, burung helang akan keluar dari badan kemudian jalankan tugas.
Villain dalam filem Elektra memang kuat dan menakutkan sebab masing-masing ada kuasa tersendiri sedangkan Elektra cuma ada martial arts dan ilmu Kimagure yang belum dikuasai sepenuhnya seperti Stick. Mental health dia pun terganggu sebab trauma zaman kanak-kanak.
Lakonan Jennifer Garner sebagai Elektra menguatkan visi pengarah untuk watak yang feminin, elegan namun berbahaya. Jennifer delivered her best untuk siluet Elektra sekaligus menguatkan lagi sinematografi yang dibawakan oleh Bill Roe.
Masa tengok Elektra berlawan, rambut dia pun beralun tapi tak mengganggu langsung Elektra untuk serang musuh. Babak Elektra berlawan dengan cadar tu nampak cantik lah untuk visual. I rasa Elektra tak perlu guna fokus sangat sampai perlu ikat rambut pun sebab musuh dia pun ada kuasa minda yang kuat.
Kostum dia mengukuhkan lagi personaliti Elektra ditambah dengan senjata Sai yang tak lah berfungsi sangat sebagai senjata tapi lebih kepada signature style yang dibawakan oleh watak utama yang digelar urban legend.
Dekat awal filem, watak Elektra digambarkan sebagai seseorang yang menakutkan dan berkuasa tapi semakin filem bergerak, semakin lemah watak dia ditambah pula dengan mimpi ngeri dan ingatan tentang insiden hitam yang berlaku ketika Elektra (Laura Ward) kecil. Penulis macam sengaja tone down watak Elektra untuk bagi laluan pada kejutan dan elemen saspens padahal tak perlu pun. Boleh sangat bergerak seiring supaya jalan cerita kekal menarik dari awal hingga ke hujung.
I faham pengarah nak perdalamkan lagi hubungan Elektra dengan Abby yang berjaya bagi harapan untuk Elektra hidup tapi babak dua watak ni tak banyak pun untuk emosi tu mencapai tahap yang sepatutnya. It turns out messy than it should be. Jalan cerita jadi bercelaru dan makin keliru bila Elektra jatuh hati dengan Mark tapi pilih untuk tak bersama. Kenapa? Tak tahu. Ingatkan Elektra akan stay dan kuatkan lagi ilmu Kimagure bersama Abby rupanya tak pun.
Walaupun I suka dengan vision yang dibawa masuk dalam dunia Elektra tapi sakit mata tengok palette kuning melampau. Ada babak yang tenggelam dalam tona kelam yang dimasukkan. Music album dan background music filem Elektra pun macam tak sesuai dengan alur cerita.
Masa tengok filem Elektra ni, I tertanya-tanya sama ada organisasi The Hand dalam Elektra adalah organisasi yang sama dengan The Hand dalam filem Spiderman: Brand New Day (2026). The Hand dalam Elektra lebih mengerikan dan berbahaya kepada watak utama. Sekarang dah faham lah kenapa peminat komik Marvel dan Spiderman tak puas hati The Hand cuma muncul sekejap sahaja.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Thanks for your review
ReplyDeleteWOW! Nice review. Dah lama kita tak layan movie. So, bolehlah masuk movie ni dalam bucket list
ReplyDelete