Kilauan Emas Tampil Dengan Konsep Baharu, Himpun Selebriti Otai Malaysia Dalam Pertandingan Nyanyian

Wednesday, 5 August 2026

Kilauan Emas Tampil Dengan Konsep Baharu, Himpun Selebriti Otai Malaysia Dalam Pertandingan Nyanyian | Kilauan Emas Selebriti cungkil bakat terpendam selebriti otai Ogos ini di Astro Prima 

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2026 – Astro, selaku peneraju hiburan di Malaysia, kembali membawakan Kilauan Emas, kali ini dengan format lebih segar menerusi edisi terbaharunya, Kilauan Emas Selebriti, membawakan barisan selebriti otai terkenal Malaysia bermula 22 Ogos, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105), serta boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

Berbeza daripada format sebelum ini, Kilauan Emas Selebriti 2026 menampilkan peserta terdiri daripada personaliti terkenal dan bukannya penyanyi profesional. Bagi memastikan keaslian konsep pertandingan, peserta yang layak mestilah memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan, antaranya warganegara Malaysia berusia 50 tahun dan ke atas, bukan penyanyi profesional atau individu yang pernah menerima latihan nyanyian secara professional, tidak pernah menghasilkan atau menerbitkan album muzik. 

Menurut Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Melayu Astro, “Kilauan Emas Selebriti lebih daripada sekadar sebuah pertandingan nyanyian, ia turut membawa misi kemasyarakatan menerusi konsep “Talent That Gives Back”. Menerusi inisiatif ini, setiap kemenangan mingguan akan disertakan dengan sumbangan amal kepada rakan-rakan artis veteran yang memerlukan, sekali gus menjadikan program ini sebagai platform yang bukan sahaja meraikan bakat, tetapi turut memberi impak positif kepada masyarakat.”

Tambah beliau, “Selain itu, program ini turut membawakan segmen istimewa “Telan Kaset”, yang akan menampilkan kemunculan artis-artis legenda tanah air pada setiap minggu. Segmen khas ini direka bagi menghidupkan kembali nostalgia dalam kalangan penonton serta menyuntik nilai sentimental yang menjadi antara kekuatan utama Kilauan Emas sejak ia diperkenalkan.”

Musim ini bakal menyaksikan 10 selebriti otai terdiri daripada barisan selebriti veteran terkenal yang akan berentap di pentas Kilauan Emas bagi mengumpul sumbangan dari hasil kemenangan, dalam misi untuk menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. 

Kilauan Emas Selebriti 2026 juga akan digegarkan dengan penampilan khas Raja Azura sebagai pengacara utama. Beliau merupakan hos Kilauan Emas dari musim 1 hingga ke musim 5 dan kini kembali semula untuk memeriahkan suasana. Tidak berseorangan, beliau juga akan digandingkan Bersama Keanu Azman sebagai rakan pengacara Kilauan Emas Selebriti kali ini. Barisan juri pula menampilkan Jihan Muse sebagai juri tetap dan digandingkan bersama Datuk Yusry KRU, serta penampilan Istimewa juri jemputan setiap minggu. 

Penerbitan Kilauan Emas Selebriti 2026 turut disinarkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR sebagai rakan radio rasmi. Program ini boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan Sooka. Kilauan Emas Selebriti juga dibawakan khas oleh Arabic Gold - Inspirasi Sihat dari Timur Tengah, menerusi semangat “Emas Tetap Emas”, Arabic Gold meraikan nilai, pengalaman dan sumbangan insan yang terus berkilau seiring peningkatan usia.

Temui barisan filem, drama dan program Signature Live Astro yang akan datang di semua platform Astro, serta saksikan tayangan filem terpilih di pawagam apabila tersedia. Dapatkan Pek Astro X3, penawaran penstriman baharu tanpa memerlukan dekoder, pemasangan atau kontrak, bermula daripada hanya RM39.99* sebulan. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

PENJURIAN & TRIVIA ‘KILAUAN EMAS SELEBRITI 2026’
  • Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas Selebriti 2026’ akan diadili secara 80% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, dan juga 20% daripada undian para penonton di rumah.
  • Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.
INFO SIARAN ‘KILAUAN EMAS SELEBRITI 2026’ 


‘Kilauan Emas Selebriti 2026’ akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam selama  tujuh minggu bermula 22 Ogos 2026, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand, aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Segala telatah dan kisah di sebalik tabir, sesi latihan vokal, segmen misi bantuan kemasyarakatan serta persiapan peserta di pentas utama boleh disaksikan menerusi Diari Kilauan Emas Selebriti 2026 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.30 malam, bermula 17 Ogos 2026.

Selain itu, jangan lepaskan peluang mengikuti Podcast Kilauan Emas Selebriti yang dihoskan oleh Faliq, penyampai radio Sinar, yang akan membawa penonton menyelami kisah perjalanan dan pengalaman lampau para selebriti peserta musim ini. Podcast Kilauan Emas Selebriti bermula 14 Ogos 2026, pada jam 7.00 malam. 

PENAJA UTAMA:  ARABIC GOLD

Kilauan Emas Selebriti dibawakan khas oleh Arabic Gold — Inspirasi Sihat dari Timur Tengah. Diformulasikan berasaskan gabungan jus delima dan habbatus sauda, Arabic Gold merupakan minuman kesejahteraan premium yang membawa inspirasi ramuan warisan Timur Tengah dalam bentuk moden, praktikal dan mudah diamalkan, khususnya untuk golongan dewasa, ibu bapa dan warga emas. Menerusi semangat “Emas Tetap Emas”, Arabic Gold meraikan nilai, pengalaman dan sumbangan insan yang terus berkilau seiring peningkatan usia.

1 comment

  1. Rancangan macam ni yang membawa otai otai lama ke pentas, mesti menggamit memori silam tentang mereka. Semoga program ni mendapat sambutan, lagi2 pengacara Raja Azura, mesti happening ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.