Drama Review | My Name (2021)

Sunday 24 October 2021

Director : Kim Jin-min

Writer : Kim Ba-da

Cast :  Han So-hee, Park Hee-soon, Ahn Bo-hyun, Yoon Gyung-ho, Lee Hak-joo, Kim Sang-ho, Chang Ryul

Production Company : Studio Santa Claus Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Action / Crime/ Thriller

Running Episodes : 8 episodes (45 - 59  minutes per episode)

Release Date : 15 October 2021

Trailer : 


Kematian Yoon Donghoon (Yoon Gyung-ho) di hadapan mata anaknya, Yoon Jiwoo (Han So-hee) pada hari lahir ke-16 buatkan dia membesar dengan azam untuk balas dendam. Jiwoo tinggalkan sekolah dan berlatih supaya kuat dan mempunyai teknik bertarung di gym kepunyaan Choi Moo-jin (Park Hee-soon). Ketua gangster tersebut merupakan kawan baik Donghoon dan menyimpan beberapa bukti pembunuhan supaya Jiwoo dapat langsaikan hutang darah yang perlu dibayar dengan darah.

'Don't compete with strength. Regardless of training, you'll lose. Attack the vitals. The eyelids, upper lids, chin, solar plexus and genitals.' - Choi Moo-jin

Jiwoo kemudiannya bekerja sebagai anggota polis di Inchang Metropolitan Police Agency dan masuk ke bahagian Narkotik supaya dapat berjumpa dengan Cha Gi-ho (Kim Sang-ho), ketua bahagian yang mengarahkan supaya kes pembunuhan Donghoon ditutup serta-merta. Mudah juga untuk Moo-jin loloskan diri dari pihak Narkotik bila Jiwoo ada untuk selamatkan dia. 

Tapi tanpa pengetahuan mereka berdua, Do Gang-jae (Chang Ryul) cipta sejenis dadah baru di mana tidak akan dikesan setelah larut dalam air. Selain ingin merampas takhta Moo-jin sebagai kartel dadah yang berkuasa di Seoul, dia juga nak lunaskan dendam terhadap Jiwoo. 

Impressed betul dengan Han So-hee sebab makin lama dia makin berkembang dalam dunia lakonan. Bermula dengan watak sampingan sebagai perempuan perampas dalam drama The World of the Married (2020) kemudiannya dapat watak heroin dalam drama romantik Nevertheless (2020) dan menjadi main lead dalam drama aksi thriller, My Name terbitan eksklusif Netflix. Impressed juga dengan Netflix sebab dapat naikkan rating dengan koleksi filem dan drama menarik dari Korea Selatan. 

Walaupun jalan cerita My Name agak predictable tapi olahan yang menarik dengan cliffhanger pada setiap episod buatkan drama arahan Kim Jin-min menarik untuk ditonton dengan stunt choreography yang kemas dan padu. Cliché pun tak kisah sangat sebenarnya sebab teruja bila Netflix wujudkan watak wanita yang bad-ass di platform mereka. 

3 episod drama My Name ni ditayangkan di Busan International Film Festival ke-26 dan semestinya lah nama Han So-hee akan melonjak naik lepas ni. Bukan setakat cantik dan cemerlang dalam lakonan malah pandai juga pilih skrip yang berkualiti untuk tonjolkan bakat dia. Tak pasti kalau team production akan wujudkan Season 2 ataupun tak bila drama ni dapat pujian yang tinggi dan sambutan hangat. Kalau ada pun okay tapi kalau tak ada lagi bagus sebab dah habis dengan cantik. 

I personally tak setuju dengan keputusan pengarah untuk watak Jeon Pil-do (Ahn Bo-hyun) sebab dia ada peluang untuk dikembangkan lagi. Babak tu sengaja ditambah untuk menaikkan elemen drama sepertimana tindakan tipikal pengarah filem Korea. Dinamik Bo-hyun dengan So-hee antara rencah menarik dalam drama My Name sebab mempunyai personaliti dan dendam yang sama. Dua nasib yang sama tapi memilih jalan yang berbeza akibat perbezaan peluang dan layanan ketika berbuat keputusan.

Memandangkan drama ni berkisarkan dunia gangster dan kartel dadah jadi banyak adegan yang extreme untuk ditonton. Macam scene Gang-jae pecah masuk gym Dongcheon kemudiannya bunuh beberapa ahli gym dan tetak tangan Jung Tae-ju (Lee Hak-joo). Sinematografi menambahkan suasana misteri dan elemen saspen sepanjang 8 episod. Kebanyakan props dan makeup diberi perhatian supaya penceritaan nampak hidup dan sesuai dengan personality setiap watak yang wujud. 

Music score dari Hwang Sang Jun sesuai dengan genre drama My Name bila lagu tema diadun dalam rentak yang rancak dan techno. Awalnya ingatkan Sang jun adalah composer yang sama bekerja dalam drama Taxi Driver (2021) sebab runut bunyi tu lebih kurang sama rupanya dia pernah bekerja untuk drama Extracurricular (2020) terbitan Netflix juga. No wonder lah sounds familiar.

 

Kalau nak ikutkan pada jalan cerita, My Name bukanlah naskhah yang terbaik dek kerana kelompongan pada latar masa kewujudan Donghoon dalam organisasi tersebut dan betapa ringkasnya penceritaan watak dia bersama Choi Moo-jin tapi untuk peminat action thriller dan Han So-hee, drama My Name wajar diberikan perhatian. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10 

6 comments

  1. drama ni ganas betul, i tengok sambil tutup mata bila scene pacik mujin tu toreh muka dan scene dalam gim. tapi lakonan masing-masing sangat mantap, memang terbaik.

    ReplyDelete
  2. dah tgk dah.. layan jugak la sbb banyak action. suka sgt watak Moo Jin sbb cool sgt sbg gangster plus of coz la watak Ji Woo. watak Pil Do tu x de pun x pe, mcm x perlu sgt .. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak dia okay je sebab dia bagi perspektif baru dekat Jiwoo. Tapi part dalam kereta tu yang tak perlu. Pengarah tak relax

      Delete
  3. syok tengok drama ini.. tapi tak best bila hero mati kena tembak.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.