Small Reunion di Gloria Jean's Cafe, Oasis Square Ara Damansara

Thursday 2 July 2020


Bulan lepas dapat text nak lunch date sama-sama dekat area office. Kalau kawan datang melawat ni memang happy benar rasa sebab terperuk je dekat Oasis tak jumpa orang. Dah la tak boleh nak lepak sebab corona. 

Nak sembang hal kerja sekali sebab tu pilih lunch dekat Gloria Jeans sebab tempat lain agak noisy and sesak. Susah nak discuss kalau bising kan. 


Makan dekat Gloria Jeans ni, portion dia banyak so berbaloi sangat la kalau bayar lebih mahal sikit dari restoran biasa. 


Kebetulan masa pergi tu owner cafe buat menu baru set lunch asam pedas ikan pari. Rasa dia sedap lah, portion pun memang kenyang makan. Ikan pun rasa fresh.


I chose Nasi Beriani Burkha dengan Kari Ayam. Not sure kenapa nasi dia tak blend cantik or maybe guna scoop yang sama untuk nasi putih so termelekat sekali tapi yang penting nasi beriani dia sedap sangat. Terasa la rempah beriani tu bila makan. 

Even kari ayam compliment well this menu. Acar buah dia pun sedap la untuk orang macam I yang tak berapa nak gemar makan acar buah sebab manis but this one is sedap! Owner kata set nasi beriani dia beli dari Air Asia. Kenapa la dia tak beli Nasi Lemak Pak Naser sekali. 


Mood Anim haritu nak makan western je so dia ambik Creamy Carbonara Spaghetti. Puas hati makan spaghetti ni sebab creamy and penuh dengan ayam dan mushroom. 


For dessert, makan mushroom and chicken pie. Beria la nak berdessert bagai padahal perut dah penuh dah dengan main dish. Belum masuk drinks lagi. Nasib sembang agak panjang so tak la penuh sangat perut tu.



For drinks I ambik Mocha Cookies N Cream tapi rasanya I suka lagi Mocha Starbucks sebab tak pahit sangat lagipun dekat Gloria takde banyak pilihan sangat. 

Overall I have fun lunch dekat Gloria Jean's sebab staff service terbaik, dah la selesa, cantik pulak tu tempatnya. Before this pun dah pernah lepak dengan officemate dekat sini kalau nak pekena cheesecake sebab dekat sini sedap. 

1 comment

  1. Kalau kena bayar lebih tapi makanan sedap dan banyak, memang berbaloi.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.