Friday, 31 July 2020

Lirik Lagu Boneka - Ernie Zakri

Makin lama makin suka dengan lagu-lagu Ernie Zakri bila dia bersuara tentang penindasan terhadap wanita dalam lagu-lagu dia. 


“Ia berkisar tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasihnya tetapi dia sangat kuat dan tabah dalam menghadapi perpisahan tersebut kerana dia bukanlah ‘boneka’ yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki." - Ernie Zakri

Kudos to her team sebab berjaya bawa tema ni. Apart from lyric and song, MV dia pun kreatif dan bermain dengan warna. Untuk lagu kali ni Ernie siap ada dance. Teringat pulak dulu ada orang kata taknak pakai tudung sebab tak boleh menari lewlz Wany Hasrita & Ernie Zakri nailed it. 


LIRIK LAGU BONEKA 
Penyanyi: Ernie Zakri
Lirik : Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat
Komposer : Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmay
Studio : Rocketfuel Network


Aku bukan mainan tuk kau permainkan sesuka hati mu sahaja
Aku bukan wanita yang mudah kau cela
Yang mudah kau dera jiwa

Prechorus:
Biarkan tertutup
Pintu kamu yang telah rapuh
Bukalah matamu
Takkan mekar bunga yang layu

Chorus:
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka 
Seperti apa yang engkau mahukan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku

Aku takkan mengalah
Dihempas godaan
Dihembus bisikan halusmu
Aku takkan berdiam
Membiar kau rasuk
Membiar kau ragut mimpiku

Bridge:
Takkan aku terikat
Dengan jari jemarimu 
Meracunkan cinta
Takkan aku lepaskan
Jiwaku yang selamanya
Mengharapkan cinta sempurna

3 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!