Wednesday, 8 July 2020

Lirik Lagu Jaga Jaga - Azarra Band ft Beby Acha

Masa lagu ni keluar tak rasa nak dengar pun tapi bila Ayie buat cover dengan Baby Shima terus search lagu asal dia macam mana. Lagu nyanyian Azarra Band dengan Beby Acha rentak pop catchy lah dengan jalan cerita komedi. Tapi Ayie dengan Baby Shima tukar rentak kepada balada mungkin sebab tu kekuatan Ayie kot since semua lagu cover dia sebelum ni pun rentak balada.


Tak tahu la suka yang mana sebab dua-dua pun sedap tapi yang Azarra Band nyanyi dengan Beby Acha lagi sesuai la dengan lirik lagu. Tak pasti lah lagu ni debut song untuk adik arwah Achik dan kakak Tajul ataupun upcoming single nanti terbitan Harry Khalifah - Anje Beby. 

Anyway, suka dengar suara Ejai part intro lagu ni. Suka sangat dengar suara dia since dengar lagu Alalala. Kalau belum tengok MV lagu Jaga-Jaga yang cantik ni boleh klik dekat video bawah. Video cover Ayie dengan Baby Shima dekat bawah lirik okay. 



LIRIK LAGU JAGA-JAGA

Penyanyi : Azarra Band ft. Beby Acha
Lagu : Ejai Aziz
Lirik : Ejai Aziz, Kidz


Jaga-jaga jangan main mata
Nanti jatuh cinta angau 'kan melanda
Soal hati, jangan main gila
Soal cinta, jangan buat gila
Aduh-aduh aku dah kenapa?

Jeling-jeling jangan ditenung mata
Nanti 'kan hati mula berbunga
Ikut hati, rasa nak bercinta
Tapi hati, malu nak berkata
Jagalah hatimu untukku

Hai, seorang sajakah?
Ye, saya mengapa?
Mengapa sendirian?
Menunggu cik abang

Hai, siapa nama?
Beby Acha, cik abang
Aduh cantik namanya
Semanis wajahmu

Hai, seorang sajakah?
Ye, saya mengapa?
Mengapa sendirian?
Menunggu cik abang

Hai, siapa nama?
Beby Acha, cik abang
Aduh cantik namanya
Semanis wajahmu

Mari kupimpin tanganmu
'Kan 'ku kotakan janji 'ku padamu
Ikhlas hatiku katakan sungguh
Aku cinta ...
Aku cinta kepadamu

Jaga-jaga jangan main mata
Nanti jatuh cinta angau 'kan melanda
Soal hati, jangan main gila
Soal cinta, jangan buat gila
 Jagalah hatimu untukku

1 comment:

  1. Kami tengok video clip yang baby shima nyanyi.. baru tahu lagu ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!