Promo Body Mist Buy 2 Free 1 Bath Body Works

Sunday 12 July 2020

Bath Body & Works keluarkan series tropical sempena summer ni rasanya siap buat promotion beli 2 body mist dapat 1 free. Tak sure lah untuk semua BBW ataupun dekat Nu Sentral je. 


Tropical series ni kebanyakannya bau buah-buahan tropika macam kiwi, oren, guava, nenas macam tu lah. I suka packaging Bali tapi tak suka bau shea butter. Sementara Ain tengah busy nak pilih bau buah yang mana, I pergi belakang tengok bau mana yang best. 

Padahal dah borong masa raya haritu even body mist masa beli raya lepas pun tak habis lagi pakai. Jangankan yang BBW punya, body mist dengan roll on yang lain pun tak habis. Sebenarnya taknak beli tapi dah ada promo kan, beli je lah. Boleh tambah koleksi. Bosan  jugak kan guna body mist yang sama je? Hshshs


At first nak beli Hello Beautiful body mist yang saiz mini je sebab belum tentu nak habis kalau beli yang besar. Tapi sebab promo buy 2 free 1 tu terus tukar saiz besar. I pilih kejap je sebab raya haritu dah bertapa lama dekat sini. Banyak bau I dah test. Tapi Ain la dilemma nak pilih bau yang mana. Susah nak bantu sebab I tak suka bau manis tambah pulak bau buah meanwhile Ain suka yang manis-manis.


'Ana, yang ni okay tak?'

'Bau oren kuat sangat lah. I teringat raya cina'


Lepas dah test banyak kali finally berjaya juga ke kaunter dengan body mist ni. Tadaaaaa....


Balik rumah haruslah adik membebel zaman bila entah nak habis body mist tu hshshshs

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.