Danish's Birthday Celebration

Monday 13 July 2020


9 Julai lepas birthday our chambee, Danish so kitorang dari minggu sebelumnya dah discuss nak beli kek apa. Nak makan kek je sebenarnya hshshs tak lah Danish, gurau je. 

Selalunya kalau celebrate birthday dekat Ram Reza Muhammad Oasis ni kitorang buat simple je. Nyanyi happy birthday lepastu makan kek lepastu sambung kerja macam birthday Ain bulan lepas. Tapi kali ni alang-alang bila big boss ada meeting jam 3 dekat office, buat la proper sikit. 


Indulgence Secret Recipe


Ikutkan plan asal nak buat petang sikit tapi ada yang takde so try push runner untuk pickup cake and deliver time lunch hour. Tapi tak dapat sebab hujan lebat sudahnya tersangkut dekat Petronas Ara Damansara. 


Kebetulan girlfriend Danish hantar kek birthday jugak so kitorang tebalkan muka je guna kek yang girlfriend dia bagi. Thanks Aina, without your surprise our plan might failed. 


Cantik kan birthday cake Danish, caramel apa entah. Dah tak ingat dah flavor apa. Kitorang plan taknak wish Danish sampai kek sampai pastu nak buat surprise tapi kek Aina dah sampai dulu so Danish dah masuk happy mode dah. 
 

Problem kedua, nak celebrate masa lunch hour so kitorang makan lunch sama-sama tapi big boss dah makan dah sebelum datang office. Lepastu dia tak makan kek sebab gula dalam tu tak bagus untuk kesihatan dia. Segan la kitorang nak makan tapi big boss tak makan kan? So kitorang makan dulu lunch lepastu beli kuih dekat restoran. Nasib baik ada. Patutnya nak order murtabak dekat Kapitan tapi takde pulak. 


Sementara kitorang bancuh air Ribena kanak-kanak, Danish kena suruh buat ucapan lepastu lukis sendiri belon semua. Pasang lilin atas kek pun dia buat sendiri. 


Dah settle, nyanyi happy birthday terus bergambar ramai-ramai.




Lepas habis bagi ucapan, dia potong kek dia sendiri...... 



Saja je nak buli birthday boy buat semua benda sebab surprise kitorang tak menjadi haha

Since our birthday party sucks bak kata big boss, dia nak buat satu game untuk tambah lagi kebosanan yang ada. Dia bagi situasi lepastu kena teka apa mesej di sebalik cerita dia tu. Masa main game tu tak la dengar sangat cerita dia sebab kek yang kitorang nak bagi Danish tu dah sampai! 


Kisahnya Ain kata kek Chocolate Odyssey Secret Recipe ni sedap sangat. Bila google pun memang kek ni top 10 best seller Secret Recipe lah. Sebab busy punya pasal kitorang terlupa nak order 7hb. Petang 8hb tu baru teringat nak beli untuk Danish. 

Petang tu I call Secret Recipe Citta Mall, Subang Perdana, Star Avenue, Shah Alam even Kelana Jaya sebab Dayan nak pergi signing dekat sana. Alang-alang boleh singgah la kan tapi semua tak ada sebab delivery jam 6 petang untuk Chocolate Odyssey. Nasib baik lah Secret Recipe Kota Damansara ada itupun dia advise untuk cancel order. Best seller kan tssskkkk



Lega finally dapat jugak kek ni sampai ke office kitorang walaupun hujan lebat dan kemek sikit kat tepi. 


Walaupun birthday party sucks tapi lantak lah, kitorang dah pening kepala dari pagi nak make sure semuanya okay tapi shit happens kan haha

Anyway, to Danish semoga diberi kesihatan di musim pandemik dan hujan ni. Semoga murah rezeki dan berkat ilmu dan doa, Danish dapat jadi peguam litigation yang power dekat Selangor/KL nanti. 

4 comments

  1. Haha Asalkan ada celebration, it's more than enough.. Muda lagi Danish. Risik jadi adik ipar mau tak? Hahaga #jk

    ReplyDelete
  2. Banyak nya kek.. 3x belah kek ke tu? Hehehe.. Heppi Besday Danish anak muda tang tang tang lagi tu..

    ReplyDelete

  3. JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.