Malangnya Nasib Bila Guard Citta Mall Ambil Kesempatan!

Tuesday 14 July 2020

Lepas dah lunch dekat Waroeng Penyet Citta Mall then pergi ke bakery beli tart dengan pastry sebab dah lama tak makan. Nak pulak bila bau dia mengancam yakmat. Padahal baru lepas makan tengahari. Memang kelaut lah diet kan kalau macamni gaya. 

Dah settle membeli, lepas Kak Nora settle bayar duit parking, kitorang pun dah mode nak balik office, habiskan sisa hari Jumaat. Tapi malang betul nasib bila parking ticket kitorang hilang!


Puas cari dalam handbag kak Nora, dalam kereta, dalam plastik barang-barang dia beli dan check jugak handbag kitorang kot kot lah termasuk secara ajaibnya kan tapi takde. Kitorang dah gelabah lah tapi tetap rasional mencari tempat yang sama. 

Tak lama kemudian guard datang dengan basikal tanya 'Tiket parking hilang ke?'

Kitorang tanpa syak apa-apa terus mengangguk jawab ye je lah. Lepastu dia suruh pergi management office bayar untuk tiket hilang tapi kitorang taknak lah bayar RM30 sebab tiket hilang sedangkan dah bayar dah pun RM2 untuk 2 jam dekat situ. 

Then Ain ajak Kak Nora pergi cari balik dekat laluan yang kitorang lalu tadi sampai lah ke mesin Autopay. Tetap takde. Kalau tertinggal dekat mesin, mesti abang dekat belakang Kak Nora tu dah tegur kan?

Guard tadi tu datang balik bagi tiket dekat kitorang tapi dia kata bayar RM50. Eh mahalnya lepastu Kak Nora bagi RM10 je sebab takde duit. Dia tak nak, dia nak RM20. 


Bila Kak Nora ambil tiket tu nampak macam kitorang punya sebab timestamp dia sama. Sebab dah malas nak argue dengan dia, Kak Nora bayar je RM20 lepastu blah. Of course kitorang tak puas hati sebab mana dia tahu tiket kitorang hilang sebab kitorang cari dalam kereta je masa tu. So Kak Nora contact kawan dia yang kerja dekat management Citta Mall bagitahu guard dia ambil kesempatan. 

Lucky for Kak Nora, dia dapat duit dia balik RM20 since kitorang dah bayar duit tiket RM2 tu. Guard tu kena denda sebab buat perangai macam tu. Memang bagi pengajaran sangat la supaya tak tercicirkan tiket parking dah sebab kalau orang jumpa tak mungkin dia nak bagi secara baik. What a day T.T

7 comments

  1. perghh..nasib baik..klu xmelayang rm20..huhu

    ReplyDelete
  2. pandai ambil kesempatan guard. nasib boleh dapat balik duuit.

    ReplyDelete
  3. Tak baik la guard tu buat macam tu..

    ReplyDelete
  4. lerrrr giler betol guard tu..
    boleh pulak amek kesempatan..
    nk duit pnye pasal.. xbaik betol!

    ReplyDelete
  5. Haa.. Padam muka guard tu. Puas plak hati kita dengar dia kena denda. elok di buang keje aje orang mcam tu. sebab org mcm ni la, kita payah nk percaya guard2 luar sana. suka amik kesempatan. dah agak dah, mesti dia jumpa kad korang yg hilang tu

    ReplyDelete
  6. Pergh!! memang dia aimlah kalau macam tu.. Tak baiknya..

    ReplyDelete
  7. Amboi guard pun... Patut pun dia kena tindakan mcm tu.. Xbaik gila paw mcm tu ja sampai rm20

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.