First Time Pergi Menara SSM, KL Sentral

Saturday 11 July 2020

Sejak tak ada runner dan makin busy ni banyak dokumen kena hantar sendiri so minggu lepas I dengan Ain kena pergi ke Putrajaya settlekan hal PSU walaupun dah email semua pihak yang berkenaan tapi tak ada sebarang update pun. 


Company lain dah habis guna dah duit tu tapi kitorang still pending sebab Perkeso salah update dalam system bila dia tertukar number BRN dengan number acc bank. No wonder lah bank reject. 


Patutnya sampai awal dari yang sepatutnya tapi dah masuk musim tengkujuh ni terpaksa la drive slow je 60km/h sebab hujan lebat. Masa dah sampai tu nasib baik hujan dah seriyat so tak la basah sangat masa redah dari parkir ke Menara Perkeso.


Rasanya dah ramai yang datang sejak pkp ni sampai Perkeso letak Coway untuk keselesaan pengunjung hshshs thanks Perkeso. Bila dah jumpa pegawai pastu cari problemnya dekat mana, kena tunggu 7 hingga 14 hari untuk any updates dan payment advice dari pihak Perkeso. 

Settle satu hal, kitorang bergerak ke Menara SSM pulak untuk lodge document 76. Dari Menara Perkeso ke KL Sentral dalam setengah jam je. Hujan pun dah renyai-renyai so tak ada masalah nak drive dekat tempat sesak macam KL ni. Cuak jugak sebab dah nak masuk lunch hour. But everything went well and kitorang selamat sampai walaupun berpusing nak mencari parkir awam. 

Kitorang park dekat KL Sentral sebab nak lunch dekat situ. Masa sampai ni pun dah lapar tapi nak settlekan dulu kerja baru pergi lunch dengan tenang. Dah park dekat level M, kitorang keluar dari KL Sentral dan cross ke Menara SSM. 


Since this is our first time, memang tak tahu langsung mana satu bangunan SSM.


End up, kitorang masuk ke Cardio Vascular Hospital then ikut guidance staff dekat situ untuk ke SSM. Sebelum masuk bangunan hospital ni kena check temperature. Kalau safe to go, ada sticker merah kena lekat dekat lengan.


Tak tahu lah betul ke tak jalan yang kitorang pergi tu tapi bila dah nampak bas SSM, maknanya betul lah kan?



And tadaaaa...... dah sampaiiii!


Nak masuk dalam Menara SSM, macam biasa lah scan QR code guna apps MySejahtera lepastu ambil kad pelawat dekat kaunter sebelah. But since my phone storage dah full, I isi dekat borang biasa je all my details. 



Tinggi jugak lah nak pergi lodge document ni sampai ke tingkat 17 tapi lif dia laju okay, sekejap je dah sampai tingkat 17. Tak sempat nak bukak Twitter pun. 


Kalau nak lodge document 76 ni just pergi dekat kaunter nombor giliran lepastu bagitahu nak lodge document je. SSM akan cop acknowledgement dan ambil form. Semudah tu je tapi perjalanan kitorang penuh berliku. Tskkk

Lega bila dah settle semua kerja! Dekat Menara SSM ni bersepah indoor plants yang viral dekat bahagian luar. Kalau setakat nak pokok ni ambil je batang dia buat induk pastu biakkan sendiri dekat rumah. Tak payah la beria beli sampai berpuluh ringgit macam dekat socmed tu haha


Otw balik kitorang beli 6pcs Big Apple untuk diorang yang dekat office. 


Ni hentam je flavor yang ada sebab tak pernah makan Big Apple since I tak suka donut tapi not bad lah, semua flavor hentam tu diorang makan sampai habis. Lepas ni boleh la pergi Big Apple lagi hehe

1 comment

  1. Gambar last buat air liur meleleh...dah lah tgh lapar ni....

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.