Lunch Ala Jepun Di FoodCourt Nu Sentral

Sunday 12 July 2020

Lepas settle kerja di Menara SSM, pergi lunch dekat food court Nu Sentral sebab tak tahu nak makan apa. Bila dah menginjak pukul 2 petang ni tak lah ramai orang sangat. Makanan pun sekejap je dah siap.

Dah tawaf satu food court, kitorang rasa nak makan makanan Jepun. Sebab menu dia meriah pastu display pun mengancam haha


I order set kari jepun dengan omelette and crispy chicken spicy. Dulu dah pernah makan kari jepun ni dekat food court KLCC so rasa nak makan lagi sebab kari Jepun ni lain sikit dengan kari kita. Kuah dia pekat berempah pastu ada rasa manis sikit.

Kari Jepun KLCC

Kari Jepun dekat Nu Sentral food court ni tak syok sangat macam dekat KLCC sebab rasa rempah dia strong sangat. Tak well blend dengan rasa manis tu. Tapi ayam dia the best. Makan panas-panas krup krap la cerita dia.


Nasi dia sticky, nampak je sikit tapi sebenarnya dah cukup kenyang sangat dah bila makan. Harga satu set ni RM16 je. 


Set lunch Ain meriah siap ada buah bagai. Set ni RM18 je and I really think this set berbaloi sangat. Ada buah tembikai, nasi, teriyaki chicken, sayur, jeruk, seaweed soup, dumpling dan tempura. Ada green tea panas jugak dia bagi free. 

Kalau sebelum ni tekak memang tak boleh terima seaweed soup sebab rasa hanyir tapi this one memang sedap. Tak tahu la apa rahsia dia ataupun seaweed jenis apa dia pakai tapi memang sedap. Nasib dah kenyang, kalau tak dah mintak tambah dah sup tu. Kalau singgah Nu Sentral lagi dah tahu dah mana nak makan yeayyy!

6 comments

  1. Yang set bento tu murah jugak ya. Harga ala ala sushi king jugak tapi nak cuba yang lain apa salahnya kan. tapi yang farhanna punya ika teringin pulak nak cuba

    ReplyDelete
  2. Meriah juga makanannya. Kari jepun tu. Berselera tengok

    ReplyDelete
  3. Kari tu nampak sedap.. bento tu pun nampak wow!!!

    ReplyDelete
  4. perghhhhh sedapnyaa dua dua menu nii. memang mengancam batinku! ehhh bukan. mengancam selera dan nafsu makan ku! hahahaha

    ReplyDelete
  5. Set lunch Ain tu nampak meriah betul. kami kalau makanan jepun, memang amik set ala2 macam ni. rasa mcam lengkap semua benda

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.