Sunday, 19 July 2020

Movie Review : The Captain


Director : Andrew Lau
Writer : Yu Yonggan
Cast : Zhang Hanyu, Oho Ou, Du Jiang, Yuan Quan, Zhang Tian'ai, Li Qin, Zhang Yamei, Yang Qiru
Production Company : Bona Film Group Limited, Alibaba Pictures, Huaxia Film Distribution
Distributor : Bona Film Group Limited
Genre : Drama
Running Time : 111 minutes
Release Date : 30 September 2019 (China), 17 October, 2019 (Hong Kong)
Trailer :


Diadaptasikan dari kisah benar tentang tragedy yang menimpa Sichuan Airlines, pesawat 3U8633 pada 14 Mei 2018, Andrew Lau dan Yu Yonggan  come up dengan movie The Captain sebagai tanda mengingati dan menghargai jasa kapten dan crew yang berjaya membawa pulang 119 orang penumpang dengan selamat. 


Kejadian bermula bila penerbangan dari Chongquin ke Lhasa yang diketuai oleh Kapten Liu Changjian (Zhang Hanyu) dan dibantu oleh co-pilot Xu Yichen (Oho Ou ) dengan Liang Dong (Du Jiang) mula bermasalah bila kapal terbang Airbus A319 mencecah ketinggian 32,000 kaki. Disebabkan tekanan udara, wind shield di bahagian kokpit mula retak dan kemudiannya pecah.


Nasib Xu Yichen baik bila Kapten Liu Changjian sempat tahan dia dari terpelanting keluar walaupun dia cedera teruk di bahagian kepala dan muka. Bi Nan (Yuan Quan), ketua stewardess di bahagian penumpang mula perasan gegaran pesawat dan minta penumpang bertenang dan ambil langkah keselamatan. Bertambah teruk bila pesawat 3U8633 terputus hubungan dengan menara komunikasi. Masan i boleh tengok macam mana menara komunikasi bekerja dan macam mana pesawat lain boleh membantu.


Walaupun kita dah tahu macam mana tragedi ni bermula dan pengakhirannya bagaimana tapi tetap menarik untuk ditonton sebab drama dan intipati yang penuh emosi dan mendebarkan. Tambahan pula bila ada penumpang kecil seperti bayi dan kanak-kanak. For sure kita mudah sangat kesian bila baby menangis ketakutan.


Dalam situasi genting macam ni dekat mana-mana pun kita akan jumpa manusia yang selfish dan bahayakan nyawa orang lain serta menyusahkan kerja petugas. Cliché tapi penting untuk tambahkan drama. Sama juga dengan dialog yang terselamat dek kerana jalan cerita dan lakonan pelakon yang mantap. 

Semua pelakon dan team production dah minta tunjuk ajar dan train dengan beratus staff dari pelbagai department Civil Aviation Administration of China untuk nampak terlatih dan mahir dalam bidang penerbangan supaya watak dan suasana tampak hidup.


Andrew tunjuk macam mana semua airline staff lakukan perbincangan dan rutin kerja setiap kali sebelum terbang dan kenapa semua prosedur tu penting walaupun cabin crew bergurau ayat penenang kepada penumpang tu tak pernah guna sepanjang mereka bekerja. Malang tak berbau kan so kena la beringat sebelum terkena. Dalam masa yang sama nak bagitahu kepada public yang kemalangan ni bukan disebabkan kecuaian dari pihak penerbangan.


Bukan setakat tercalon dalam Hong Kong Film Award for Best Sound Design tapi The Captain turut tercalon dalam Hong Kong Film Award for Best Visual Effects bilamana penggunaan CGI yang sederhana sesuai dengan situasi bencana alam yang dialami pesawat 3U8633. Ada la beberapa scene yang nampak sangat kehadiran CGI tu tapi boleh tutup mata je.




Fun fact, producer film, Bona Film Company invested nearly 30 million yuan untuk bina simulator Airbus A319 dengan khidmat team Hollywood yang berpengalaman dalam VFX untuk movie "Star Wars" and "Captain America" dan "Thor 3" supaya nampak real onscreen. Hasilnya memang memuaskan!

Mesej sosial yang dipaparkan dalam movie The Captain tambahkan rencah kepada jalan cerita dengan tema kemalangan. Walaupun cedera tapi keselamatan penumpang jadi keutamaan dan buat yang terbaik dalam menjalankan tugas. Pengorbanan tu nampak remeh tapi menjaga nyawa memang tanggungjawab besar.


Since movie ni dibikin untuk tribute kepada crew pesawat 3U8633, dekat credit scene team production letak footage asal pesawat 3U8633 sebelum berlepas ke Lhasa dan selfie dengan semua pelakon yang menjayakan watak yang terlibat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

7 comments:

  1. Adoi.. mesti berdebar-debar tengok filem macam nie..

    ReplyDelete
  2. Best nih.. Nanti nak tengok la..

    ReplyDelete
  3. ooo haa teringat kes ni.. da ade movie based on the case..
    menarik la nak tengok.. tapi selalu tngk movie2 macam ni takut sikit..

    ReplyDelete
  4. Dah tengok dah. Serius memang best. Btw, jemput singgah https://njwajaff.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. menarik lah! nanti nk tgk juga lah :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!