Saturday, 4 July 2020

Mata Bella Bengkak - Thanks Nadia Vet!


Lepas balik kampung 2 minggu lepas, perasan mata Bella mula sepet dek kerana bengkak. At first mata dia cuma berair especially bila bangun tidur. Masa tu ingat dia selsema sebab badan dia panas pastu selalu bersin. 

Tapi bila mata sebelah kiri mula bengkak sampai nak tertutup mata tu, terus pergi Klinik Haiwan Nadia dekat area Subang Bestari. Terpaksa tunggu weekend nak pergi vet sebab weekdays tak sempat. Balik kerja dah 6.30 petang, bila sampai rumah dah pukul 7 lebih dah. Hari-hari cuma bersihkan mata dia supaya dia selesa. 



Dekat vet ni senang sebab payment guna debit even doktor tak la garang sangat. Vet pun tak banyak dekat sini. Nasib baik lah tak ramai sangat masa tu. Lepas cucuk termometer dekat jubur dia, timbang berat semua doktor bagi ubat titis mata untuk seminggu. Ubat selsema tu just in case temperature dia naik ataupun makin teruk. 


Doktor advise pakaikan kolar kalau Bella gosok mata lepas letak ubat. Sia-sia je letak kalau Bella tenyeh balik. Sebelum titis pun kena bersihkan dulu mata dia dengan kapas basah. Setiap hari sebelum pergi kerja letak ubat then tunggu dalam 5 minit or longer supaya dia tak tenyeh mata. Malam sebelum tidur pun letak. 


Beberapa hari lepas guna ubat titis mata tu, mata Bella dah makin okay dah. Bila mata dah cerah ni mula la aktif kemain lari sana sini dengan Loki.


Ni lepas seminggu, mata dia dah tak bengkak dah. Hidung tu je comot sebab suka main pasir dekat pasu. T.T


Sekarang ni Loki pulak problem sebab suka garu telinga sampai berdarah. Takut dia kena kutu telinga je ni sebab berpisah dengan mak takde yang nak cuci. Bila nak cuci telinga dia, mula la mengamuk. Kadang tu tunggu dia tidur baru boleh buat operasi. Nasib baik sekarang dah kurang menggaru. Lagipun dah potong kuku so tak la luka teruk sangat.

Nak tunggu masing-masing sihat untuk cucuk vaksin dan ubat cacing. Fuhhhh penat bela kucing ni wei.

7 comments:

  1. Cantik dah dia, mata pun dah elok ya

    ReplyDelete
  2. Anak Kucing mudah mata kene jangkitan. Alahai Omelnya..

    ReplyDelete
  3. Dah sihat, nahhhh comel betul mata dia..

    ReplyDelete
  4. alolo kesiannya kena infection ye

    ReplyDelete

  5. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!