Movie Review : KL Gangster Underworld - Rise to Power

Friday 31 July 2020


Pengarah : Faisal Ishak & Shafiq Yusof
Penulis Skrip : Nazri Annuar
Pelakon : Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Hasnul Rahmat, Nabila Huda, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Daniella Sya, Amerul Affendi, Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, A. Galak, Fikhree Bakar, Ridzuan Hashim, Tony Eusoff, Sharifah Sakinah
Genre : Aksi / Drama / Jenayah
Tarikh Tayangan : 19 September 2019
Syarikat Produksi : Skop Productions
Penyiaran : iflix
Trailer :



Spin-off dari drama KL Gangster Underworld menampilkan Madam Wong (Dynas Mokhtar) dengan flashback scene 10 tahun lepas dan menceritakan bagaimana Madam Wong dapat takluk Kuala Lumpur dan digelarkan “Ratu Bangsar” walaupun ramai lelaki yang kuat dan ganas terutamanya King (Ridzuan Hashim). Kalau dalam drama cuma ada mention nama sahaja, kali ni team production letak scene King yang berkuasa di Kuala Lumpur, sama seperti dalam filem KL Gangster 1. Ada juga cameo dari Mustapha Kamal dengan Zamarul Hisham. Mungkin watak-watak ni akan ada dalam musim kedua nanti. 


Movie KL Gangster Underworld - Rise to Power mengisahkan perebutan pengedaran arak di Lembah Klang antara kongsi-kongsi dan gangster di Kuala Lumpur. Kita dibawa untuk mengenal lebih sedikit tentang keluarga Madam Wong dan network yang dia guna untuk asah kuku supaya tajam. 

Ayah Zan (Hasnul Rahmat) pula masih muda lagi dalam dunia kongsi gelap ni. Perangai dia saling tak tumpah macam Shah (Beto Kusyairy) dalam drama. Kita tahu la macam mana Ayah Zan kenal benar dengan perangai anak dia yang sorang tu. Adi (Zahiril Adzim) pun macam ada ikut perangai gelojoh Ayah Zan waktu muda. Mungkin sebab tu Ayah Zan rapat dengan Adi. 


Rahsia yang Madam Wong bagitahu Ayah Zan di hujung episod dalam drama KL Gangster Underworld pun didedahkan dalam movie spin-off ni. Mark Francis, Pengarah Original Programming iflix kata team dia dah decide untuk buat series kedua dengan explore lebih lagi hubungan Ayah Zan dan Madam Wong. Mungkin spin-off movie ni cuma untuk test water dan bagi teaser untuk musim kedua. 


Bagus juga bila team production keluarkan movie ni sebab peminat franchise ni tak lupa watak-watak dan jalan cerita franchise KL Gangster Underworld. Since movie ni cuma ketengahkan kisah hidup Madam Wong, maka tak banyak lah scene Shah, Adi, ataupun Belut (Amerul Affendi). Tapi masing-masing tetap lakukan yang terbaik setiap kali muncul. 


Dalam movie KL Gangster Underworld - Rise to Power ada kemunculan Sharifah Sakinah sebagai Liyanna yang diamanahkan untuk jadi pengganti sementara Madam Wong sebab dia perlu ke Manila untuk selesaikan rahsia yang dia simpan dari semua orang. Dan rahsia ni mungkin akan dibawa ke Malaysia dalam drama musim kedua nanti supaya takhta dan kuasa Madam Wong kekal di atas. 


Jalan cerita yang jelas dengan lakonan mantap dari semua pelakon menghidupkan lagi suasana kehidupan kongsi gelap. Memang tepat pilihan director untuk letak Dynas sebagai central character bila dia mampu galas sepenuhnya dan immerse dalam karakter Madam Wong. Suka tengok Dynas converse dalam dialek Mandarin, English even Tagalog. Tak pasti diksi dan slang tu kena ataupun tak but for me, she did her best!


Oh brownie points for her gun fighting scene. Hopefully dalam drama musim kedua nanti dikembangkan lagi action stunt. Pakai body double pun okay sebab nak tengok kehebatan watak Madam Wong. Facial reaction and body language from Dynas pun mantap!

Kalau belum layan drama, jangan layan movie ni sebab pengarah bersilih ganti antara flashback dan present. Dan mungkin akan pening bila ada certain scene mention tentang strategi perang ataupun beberapa watak utama.


Overall team production did their best for this spin-off and yes taak sabar nak tunggu drama musim kedua walaupun mungkin terpaksa tunggu lama dari schedule asal dek kerana Covid-19. I wish franchise ni boleh wujudkan balik watak-watak dalam movie KL Gangster macam Ajib, Jai, Shark, Fadil, Malek, Zeti, Dragon dan lain-lain. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 8 /10

5 comments

  1. Wah, bestnya! Nak kena tengok ni

    ReplyDelete
  2. tak minat sgt tengok citer gengster tapi pelakon dia semua best.

    ReplyDelete
  3. menarikkkk ni lagipun dah lama tak layan action drama n movie melayu

    ReplyDelete
  4. Wah.. pelakon-pelakon dia mantap..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.