Friday, 24 July 2020

Craving Satisfied! Thanks Dave's Deli

Masa scroll Twitter ternampak pulak Chili Cheese Fries dekat cafe tu tapi tak nak order dekat situ sebab dah tahu dah level masakan dia cuma indah khabar dari rupa walhal hakikatnya jauh panggang dari api. 

Tapi malangnya bila cari menu Chili Cheese Fries ni tak ada pun yang jual. Kenapa la McD dengan KFC tak letak menu ni padahal both restaurants ada fries dengan cheese. Bukan susah pun. Lepas belek semua restaurant dekat dalam Grab tu finally jumpa jugak Cheesy Fries dekat Dave's Deli. Walaupun craving dengan chili cheese fries tapi dapat cheese fries pun dah nikmat. 


I tak pernah try lagi menu dekat Dave's Deli ni but since dekat sini je yang ada, lantak lah rasa dia macam mana. Yang tu belakang kira, yang penting kita order dulu. Tapi sayang la delivery charge kalau order satu menu je so kita pasangkan dengan cold pressed detox - apple, cucumber, romain lettuce dengan celery. 


Lepas 20 minit menunggu Grab sampai dekat office, and tadaaa dapat la merasa cheesy fries! Cheesy fries dekat Dave's Deli ni memang berbaloi lah duit tu sebab bekas dia besar. Kentang dia pun kena potong besar tak macam fries biasa. Selain dari cheese, dalam cheesy fries ni ada tomaty gravy dengan daging cincang. 

Memang sedap lah makan panas-panas masa hujan. Tak habis pun makan sorang so kongsi berdua dengan adik. Eh salah, kongsi berempat bila Bella dengan Loki pun menumpang sekali. Cheesy Fries ni around RM12 tak silap. 


For cold pressed detox juice ni at first macam ngeri jugak tengok warna dia sebab banyak sayur. Disebabkan taknak kembang tekak, sebelum minum masukkan dulu dalam freezer supaya dia sejuk kaw. Bila minum eh sedap pulak. Walaupun rasa macam minum sayur tapi manis apple tu dah potong rasa sayur. 

Bila dah sedap minum yang ni rasa macam nak buat sendiri pulak sebab harga sebotol RM8.90. Kenyang pulak tu bila minum juice ni. 

By the way, lepas ni kalau craving lagi dah tahu dah dekat mana nak cari. Menu lain dekat Dave's Deli pun macam menarik jugak. Cun jugak ni kalau lunch dekat sana. Hehehe

4 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!