Wednesday, 29 July 2020

Sushant Singh Rajput's Death Case : KK Singh's FIR

Gempar bila akhirnya ayah Sushant, KK Singh failkan FIR di balai polis Patna. Katanya sebelum ni dah buat laporan di balai polis Mumbai tapi ditolak. Dalam FIR tersebut disenaraikan ketidakpuasan hati keluarga Sushant terhadap teman wanita Sushant, Rhea Chakraborty dan juga 5 orang lagi yang tidak didedahkan identitinya. 


Image

Image

Sebelum ni keluarga Sushant ambil keputusan untuk berdiam diri dan tunggu laporan akhir dari polis Mumbai tapi setelah sebulan, belum ada kronologi sah dan kenyataan berubah-ubah setiap kali ada pertanyaan dari netizen. 

Post image

Dalam FIR KK Singh, Rhea Chakraborthy didakwa di bawah 5 seksyen di bawah Akta Indian Penal Code antaranya : 

  • Indian Penal Code 306 - Abatement of suicide
  • Indian Penal Code 340 - Wrongfully to confine
  • Indian Penal Code 380 - Theft
  • Indian Penal Code 406 - Breach of Trust
  • Indian Penal Code 420 - Cheating and dishonestly
Antara pertuduhan yang dikemukakan oleh KK Singh di dalam FIR beliau : 

i. Pertuduhan Pertama

Terdapat Rs17crore di dalam akaun bank peribadi Sushant tapi Rs15crore telah dipindahkan ke akaun yang tiada kaitan dengan Sushant. 

Image

Pihak polis Mumbai dah keluarkan arahan akan siasat Rhea sebelum ni pada 19 Julai 2020 disebabkan aliran wang kepunyaan Sushant dan juga credit card dan bank details milik Sushant dikawal oleh Rhea. 

ii. Pertuduhan Kedua 

Pergaduhan antara Sushant dan Rhea bila Sushant ambil keputusan untuk berhenti berlakon dan beli tanah di Coorg untuk wujudkan ladang tanaman organik. Tapi Rhea ugut Sushant akan dedahkan medical details dan bagitahu semua orang yang Sushant sebenarnya depressed/gila. 

Polis Mumbai dedahkan Rhea keluar dari rumah Sushant pada 8 Jun dan Sushant akan call dia setiap malam. Kawan Sushant bagitahu media yang dia ada plan untuk beli tanah dan bercucuk tanam. 

iii. Pertuduhan Ketiga

Sebelum tahun 2019 Sushant tak ada masalah kesihatan mental tapi sejak kenal dengan Rhea, Sushant disahkan kemurungan klinikal. KK Singh persoalkan apa yang berlaku dalam masa 14 bulan sampai Sushant depressed, ambil ubat anti-depressant dan bunuh diri? 

KK Singh sebelum ni bagitahu media yang dia tak tahu langsung anak dia kemurungan. Abang ipar Sushant dedahkan yang perjanjian Sushant dengan keluarga sebelum join industry Bollywood, Sushant perlu buat health checkup 3 bulan sekali dengan trusted doctors. 

iv. Pertuduhan Keempat

Kenapa Rhea boleh bagi persetujuan kepada doktor untuk semua medical treatment Sushant sedangkan hanya keluarga sahaja yang layak bagi kebenaran dan persetujuan. Kawan malah teman wanita tak dibenarkan sama sekali. 


Rhea bawa Sushant berjumpa dengan Dr. Kersi yang mana merupakan kawan kepada Mahesh Bhatt. Kemungkinan besar Rhea bagitahu media yang Sushant denggi walhal dia masuk wad sebab overdose. 

v. Pertuduhan Kelima

KK Singh persoalkan kenapa Rhea tak pernah maklumkan pada keluarga langsung tentang kesihatan mental Sushant? Kenapa Rhea tinggalkan Sushant bersendirian kalau betul Sushant sakit dan simpan semua medical records Sushant. 

Mukesh Bhatt pada petang 14 Jun 2020 keluarkan kenyataan yang The Bhatts dah nampak Sushant sakit sama macam Parveen Babi - depressed dan skizo. The Bhatts dah advice Rhea untuk tinggalkan Sushant. 



Salah seorang kakak Sushant, Priyanka dan suami dia merupakan peguam di Supreme Court jadi tak mustahil kalau keluarga Sushant come up dengan pertuduhan-pertuduhan di bawah 5 seksyen Indian Penal Code. 4 orang pegawai polis Patna dah pergi ke balai polis Mumbai untuk collect 5 journal Sushant dan semua dokumen penting berkaitan dengan kes ni. 

Lepas FIR ni didedahkan oleh pihak media, Rhea dikhabarkan tiada di apartment dia. So far Rhea melantik peguam hebat yang pernah dilantik oleh Sanjay Dutt untuk kes terrorist dan Salman Khan untuk kes langgar lari. Tak pasti duit yang digunakan Rhea adalah duit yang sama dicuri dari akaun bank Sushant atau kepunyaan dia sendiri. 

Image

Kakak sulung Sushant, Shweta Singh Kriti dah mula bersuara untuk dapatkan keadilan atas kematian Sushant. Dengan adanya FIR dari pihak keluarga Sushant, kes kematian Sushant mula dianggap serius dan dibincangkan di kebanyakan media rasmi di India. 

1 comment:

  1. Betul-betul terancang si Rhea ini buat kerja..
    Harapnya dapatlah keluarga sushant ini menuntut keadilan untuk sushant..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!