Movie Review : The Last Wish

Sunday 17 May 2020


Director : Yu-sheng Tian
Writer : Da-Guang, Da-Kuan, Da-Jung Nam, Yu-sheng Tian
Cast : Yuchang Peng, Talu Wang, Daxun Wei, Mengxue Zeng, Bing Jia,  Yang Yue, Ge Li
Production Company : Hengye Movie, New Saint Film Studios
Distributor : New Saint Film Studios, Wuzhou Film Distribution, Hua ying tian xia (Tianjin), Shanghai Taopiaopiao Film Culture, Beijing Yu Le Bao
Genre : Drama / Comedy
Running Time : 107 minutes
Release Date : 12 September 2019 (China)
Trailer :


Movie yang diadaptasikan dari movie Korea, The Last Ride bertemakan persahabatan akrab antara Gao Yuan (Yuchang Peng), Xu Hao (Darren Wang) dan Zhang Zhengyang (Wei Daxun) yang berlatarbelakangkan zaman sekolah menengah. 


Setahun selepas Gao Yuan dipindahkan ke hospital akibat sakit saraf yang melumpuhkan seluruh badannya, dia mula terima hakikat yang dia tak akan sembuh sebab keadaan dia makin teruk. Ayah Zhang Zhengyang (Bing Jia) juga merangkap doktor Gao Yuan bagitahu ibu (Ge Li) dan ayah (Yang Yue) Gao Yuan yang dia tak ada masa yang lama untuk hidup. 


Saban hari parents Gao Yuan tanya dia ada apa-apa hajat tak supaya mereka dapat tunaikan tapi Gao Yuan clueless sebab dia dah terbiasa hidup begitu. Sementara si ibu hantar surat kepada pemain basketball fav Gao Yuan, si ayah pula bawa Gao Yuan join marathon tapi end up jatuh masuk longkang. Parents Gao Yuan akhirnya minta bantuan Xu Hao dan Zhang Zhengyang supaya find out apa last wish Gao Yuan. 


Xu Hao dan Zhang Zhengyang curi-curi bawa Gao Yuan keluar pergi ke laut sebab tu impian mereka bertiga untuk spend time dekat laut tapi malang betul nasib bila laut kotor tak macam yang mereka angankan. Gao Yuan pula hampir lemas sebab mereka berdua penat untuk dukung Gao Yuan bila wheelchair tak mampu nak bergerak atas pasir. 


Sudahnya Gao Yuan bagitahu yang dia nak bercinta. Garu kepala mereka berdua nak cari calon yang ikhlas cintakan Gao Yuan sampai minta bantuan dari ex ataupun admirer diorang tapi semuanya gagal. Mereka berdua teringat  Sima Gang (Wang Yuwen) yang pernah syok dengan Gao Yuan tapi malangnya Sima bagitahu dia sebenarnya suka dengan Xu Hao bukannya Gao Yuan. 


I tak pernah tengok movie The Last Ride so tak boleh nak compare yang mana lagi best but for me movie The Last Wish ni dah cukup rencahnya sebagai teen buddies walaupun ada scene komedi yang nampak try hard. But still mesej dan sentuhan emosinya sampai dan menyentuh hati especially bila dah masuk second half. 


Susah nak jumpa kawan-kawan yang sanggup buat apa saja untuk kita happy. Xu Hao kerja part-time di kedai manakala Zhang Zhengyang jual banyak koleksi kad limited edition dan beberapa barang kesayangan untuk kumpul duit supaya dapat pujuk hairdresser cantik (Mengxue Zeng) untuk jumpa dan bercinta dengan Gao Yuan. 


Visual movie ni cantik sangat dengan sinematografi pelbagai kawasan cantik di China dan sentuhan visual effects untuk nampak lebih menarik. Set kawasan salon yang mereka singgah pun dihias cantik kena dengan mood dan vibe movie remaja. Also loved some camera shots. Music score sesuai dengan suasana setiap scene dan menambahkan impak kepada cerita. Chemistry mereka bertiga jadi kekuatan movie ni.




Walaupun dah tahu ending macam mana tapi tetap enjoy tengok persahabatan antara mereka bertiga. Of course this is not a spoiler sebab tajuk dia pun dah bagitahu movie ni tentang apa. Yang pergi tetap akan pergi tapi kenangan dan moments terakhir bersama tu akan diingati sampai bila-bila. Scene Gao Yuan bagitau rahsia dekat hairdresser cantik tu pun nampak yang dia sayang dengan kawan-kawan dia. Dekat credit scene ada beberapa gambar sahabat yang kehilangan sahabat, lagi buat nangis teruk lepas tengok kisah Gao Yuan dan kawan-kawan dia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

4 comments

  1. Mcm best je movie ni. Kna tngok ni nnti. Singgah sini

    ReplyDelete
  2. Macam best je cite. Nak kena cari movie ni nanti.. Habis la data laki ai...hehehe

    ReplyDelete

  3. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  4. Ala.. mesti sedih.. bukan sennag nak dapat sahabat macam nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.