Movie Review : The Flu

Tuesday 21 April 2020


Director : Kim Sung-su
Writer : Lee Yeong-jong, Kim Sung-su 
Cast : Soo Ae, Jang Hyuk, Park Min-ha, Lester Avan Andrada, Lee Hee-joon,  Lee Sang-yeob, Ma Dong-seok
Production Company : iLoveCinema, iFilm Corp.
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Medical / Drama
Running Time : 121 minutes
Release Date : 14 August, 2013
Trailer :


Bermula dengan wabak virus yang dibawa oleh pendatang tanpa izin dari Filipina yang datang dengan kontena kargo. Lepas 9 hari, adik-beradik Ju Byung-woo (Lee Sang-yeob) dan Ju Byung-ki (Lee Hee-joon) yang in charge untuk hantar semua pendatang, datang untuk check kontena tu terkejut bila semuanya mati dalam keadaan agak ngeri. Tapi ada seorang yang selamat, si Monssai (Lester Avan Andrada). 


Byung-woo, orang pertama berjangkit dengan wabak virus tu kemudian pergi ke farmasi dan spread dekat orang lain. Cara virus ni merebak melalui droplets sama macam covid-19 lah senang cerita. Bila mangsa batuk tak cover mulut, memang mudah sangat lah yang lain kena sebab droplets boleh bergerak sejauh 1 meter. 


Tak ambil masa yang lama pun untuk virus ni menyerang dan melumpuhkan imun badan mangsa sampai mangsa muntah darah, sawan dan kemudiannya meninggal. Dari seorang, jadi beratus kemudian beribu sampai satu bandar Budang.

Kalau ikutkan perspektif team The Flu di awal movie, virus ni sangat cepat merebak sampai doktor professor ambil keputusan untuk lockdown walaupun ada beberapa menteri meroyan sebab business akan down. Tapi lagi parah kalau Seoul yang kena so doktor nak bendung sebelum makin parah dan makin ramai yang kena. 


Dalam masa yang sama, pendatang Filipina terjumpa Mirae (Park Min-ha), anak kepada doktor pandemic specialist, Kim In-hae (Soo Ae) yang keluar untuk bagi makan kucing secara senyap-senyap bila mak dia terpaksa on duty gara-gara Byung-woo. Of course Mirae berjangkit dan menjangkiti watak hero  Kang Ji-goo (Jang Hyuk). 


Tapi yang peliknya Ji-goo tak tunjuk tanda-tanda dijangkiti pun walaupun dia kontak rapat Mirae dan mangsa yang dia selamatkan di escalator pun batuk berdarah siap terpercik dekat dia. Belum masuk dekat pasaraya dan tempat pembuangan mayat. Dia punya imun badan tu punya lah power sampai tak perlukan mask pun macam In-hae. Both Ji-goo dengan In-hae jadi superhuman sebab boleh berlari, berlawan tanpa makan atau tidur langsung. 


Kalau second half virus merebak dengan cepat dan huru-hara suasana perbalahan antara frontliner dan para menteri, masuk second half dah caca-marba dah sebab dah jadi menteri versus rakyat siap nak tembak guna peluru berpandu. Kau ada virus ke tak ada ke orang dah tak kisah dah, yang penting kena pergi Seoul walaupun kena tembak, kita mesti menang. 


Watak Jeon Gook-hwan (Ma Dong-seok) sebagai villain yang tak sudah jaki dengan hero pun ada imun yang agak kuat walaupun dia dah ada tanda terkena virus bila ruam muncul dekat muka tapi sampai ke sudah dia hidup bertenaga. 

I seriously confused macam mana virus ni membunuh. Kalau virus slow down sebab semburan wap sanitizer dekat kem tu, then kenapa diorang tak sembur je yang di kawasan affected? Kalau virus slow down sebab berbeza imun then kenapa doktor pandemic and her team tak recognize benda ni dari awal? Pelakon tempek mati kemain awal sampai muntah darah, yang utama diragui tahap jangkitannya sampai boleh tahan batuk. 


Lagi pening bila tengok Presiden kena buli dengan advisor dari US? As if team The Flu ni nak tunjuk yang Presiden Korea berjiwa rakyat dan letakkan salah dekat US yang kejam. Walhal kuasa Presiden paling tinggi kan bak kata Menteri masa first half sampai ramai-ramai naik helicopter pergi Seoul jumpa Presiden minta lockdown. Then kenapa second half berubah jadi badut pulak? 


Scene hujung paling draggy bila tiba-tiba buat melodrama in slo-mo. Unnecessary. Hero pula tak sudah dengan semangat jiwa frontliner dia yang dia perlu bantu semua orang dan tinggalkan Mirae bersendirian? Pihak bomba takkan tak ada SOP menghadapi pandemic? This is not the first pandemic ever happened in Korea and globally sebab dalam movie ni ada mentioned kes virus lain juga di awal movie. 


Merepek bila dia beria nak selamatkan yang terkurung dalam pasaraya walhal dah ada yang berjangkit. Yang makcik pregnant tu kalau nak keluar lepas pagar tu keluar je lah, yang beria tahan kaki In-Hae tu dah kenapa? Bukannya kau tak ada kaki. Susah ye nak faham logik ataupun wujudkan rasa simpati dengan dua watak utama movie ni sebab yang sorang selfish, yang sorang lagi try hard sangat nak tanamkan sifat humanity dekat audience. 


Quite disappointed lah sebab movie ni dari virus tiba-tiba berubah jadi perang antara manusia. Nak survive untuk habiskan movie ni tak ada masalah sangat tapi nak survive dengan wild thoughts yang somehow kerajaan akan bunuh rakyat bila tak mampu kawal virus dan panic tu yang susah tu. Tskkk what a movie.  T.T


1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10

5 comments

  1. Dah tengok movie ni time covid mula mendadak naik ritu.. huhu agak sama.. Takut tengok..

    ReplyDelete
  2. banyakkan sebenarnya movie2 pasal pandemic flu ni..

    ReplyDelete
  3. ya Allah..dulu tengok movie ni kat cinema dengan kawan2, memang mindblowing!

    ReplyDelete
  4. Memang tak tengok filem ini walaupun min jang hyuk.. Huru hara perasaan nanti..
    Lepas baca review Farhana lagilah tak nak tengok.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.