Drama Review : Psycopath Diary

Monday 6 April 2020


Director : Lee Jong-jae
Writer : Choe Sung-jun, Kim Hwan-chae, Ryu Yong-jae
Cast :  Yoon Shi-yoon, Jung In-sun, Park Sung-hoon, Lee Hae-Young
Genre : Thriller / Comedy
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : November 20, 2019 – January 9, 2020
Production Company : KeyEast
Distributor : tvN
Trailer :


Yook Dong-Sik (Yoon Si-Yoon) yang bekerja di company pelaburan saham decide untuk bunuh diri bila dia dipaksa menjadi kambing hitam untuk skandal melibatkan company client walhal dia dah bagitahu consequences kepada ketua dia, Ryu Jae-Jun (Lee Hae-Young). Keluarga dia pula kecewa bila dapat tahu berita dari kawan-kawan dan kenalan di majlis birthday cucu.

Tapi belum sempat Dong-sik bunuh diri, dia menjadi saksi utama pembunuhan seorang homeless di construction site. Homeless tu sempat baling diari merah kepada Dong-sik. Dalam ketakutan, Dong-sik lari ke arah jalan lalu dilanggar oleh kereta peronda polis yang dipandu oleh Sim Bo-Kyung (Jung In-Sun) sampai mengakibatkan dia amnesia akibat hentakan yang kuat.


Bo-kyung selalu check keadaan Dong-sik sebab takut Dong-sik akan buat report dilanggar tambah pula bila Bo-kyung yang cuai semasa memandu. Bo-kyung pulangkan diari merah kepada Dong-sik lepas dia dibenarkan discaj dari hospital.


Dong-sik yang amnesia pula sangka diari merah tersebut kepunyaan dia dan mula berlagak seperti pembunuh psiko bersiri. Tapi disebabkan karakter dia yang loser, banyak kali dia gagal untuk membunuh sebab cepat kesian. But at least diari tu dah bantu dia untuk jadi berani. Thanks to his swarm collection of psycho genre movies, dia selalu immersed dalam karakter dalam movie-movie tu semua.


Disebabkan minat dia juga, dia dapat bantu Bo-Kyung solve beberapa hint untuk pembunuhan bersiri yang mempunyai modus operandi yang sama. Mangsa mati dibunuh tapi direka sebagai bunuh diri dan ibu jari ada kesan dicucuk. Makin lama, persamaan antara pembunuh dan hint yang dia dapat, Bo-Kyung mula syak Dong-sik dalang di sebalik kematian bersiri di kawasan tu.

Dalam masa yang sama, Seo In-Woo (Park Sung-Hoon), CEO di syarikat pelaburan saham tempat Dong-sik bekerja mula resah bila diari merah dia halang dan homeless yang cuba dibunuhnya berjaya larikan diri.


Walaupun tajuk drama ni Psycopath Diary dan bertemakan pembunuhan bersiri tapi jalan cerita kelakar dengan watak Dong-sik sebagai loser buat cerita ni menghiburkan walaupun cerita ni sepatutnya berhenti dekat episod 10. Episod seterusnya memang director sengaja nak stretch dan drag sampai hilang momentum. But thank God, they back on track after some episodes though tak sekemas seperti episod-episod awal.


Lakonan Yoon Si-Yoon antara faktor utama drama ni menarik bila dia mampu buat situasi ngeri jadi kelakar dan bila dia bertarung dengan minda dia sendiri bila dia cuba mencari jawapan kenapa dia hidup sebagai seorang psiko. Feels connected dengan dia bila dia tertanya sendiri ada ke psiko yang loser? Scene dia mula kenal In-woo pun kelakar tambah bila In-woo sangka Dong-sik sejenis dengan dia.


As much as I love the pillar character of this drama – Dong-sik, I pun suka dengan watak In-woo sebab cara kerja dia kemas, cekap dan teliti. For me he did justice in portraying a psycho villain. Cuma sayangnya dekat hujung drama watak dia macam dah hilang pertimbangan bila dia buat banyak mistake yang bianasakan diri dia. Because we all know how weak Dong-sik is so tak faham kenapa team Psycopath Diary nak drag cerita ni dengan buat beberapa scene In-woo main tarik tali dengan Dong-sik.


Great visuals effect for this drama, suka scene setiap kali Dong-sik berubah mode psycho dengan flashback movie yang dia refer. Sebab quotes yang dia delivered, rasa nak tengok semua movie dalam collection dia. Jalan cerita yang menarik, lakonan bagus dari pelakon utama dan sampingan, plot twist yang tak disangka, komedi yang menghiburkan antara sebab kenapa you guys kena layan Psycopath Diary. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

7 comments

  1. eh eh rare gilerr cerita ni..tunggu la dia masuk netflix dulu, baru tengok..haha

    ReplyDelete
  2. hampeh betul Dongsik ni, gigih psikokan diri sendiri untuk jadi pembunuh. apapun memang kelakar drama ni..haha

    ReplyDelete
  3. Waaa.. bila baca jalan cerita dia ni..rasa mcm tertarik pulak nak tengok. Sis bkan peminat Kpop.. tapi mcm best je kalau dapat isi masa lapang musim PKP ni. TQ sharing! n happy blogging!

    ReplyDelete
  4. memang best.. suka tengok sebab watak utama tu..

    ReplyDelete

  5. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  6. alaa comelnya ShiYoon ni =D
    belum download lagi sebab banyak gileee dalam list nak tengok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.