Drama Review | Misteri Mona (2020)

Thursday, 23 September 2021

Pengarah : Amor Rizan

Penulis Skrip : Abdul Nasir, Amor Rizan

Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Zarynn Min, Zizan Nin, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syafi Tee, Azhar Amir, Syed Irfan, Alif Hadi, Amir Rahim, Elly Suhail

Syarikat Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd

Penyiaran : Slot Samarinda TV3, Netflix

Genre : Psikologi / Seram / Misteri

Jumlah Episod : 8 Episod

Tarikh Tayangan : 10 Disember 2020

Trailer :


Bertemakan kesihatan mental, drama Misteri Mona mengisahkan tentang Anom (Janna Nick) pesakit mental tahap kronik sehingga boleh mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya semasa dia keluar pbekerja. 

Tak susah pun tugas Farah sepanjang bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang bila dia cuma perlu masak breakfast juga lunch untuk Anom dan pastikan dia makan ubat on time. Hari pertama Farah dah gagal jalankan tugas dia bila Anom berhalusinasi dan ternampak kelibat Mona (Ruzana Ibrahim) yang sentiasa mengganggu gara-gara skip makan ubat masa lunch. 

Mona bukan lah sesiapa tapi kakak Anom sendiri cuma kehadiran dia dianggap sebagai ancaman terhadap Anom. Farah selalu rasa diri dia diperhatikan bila berada dalam rumah tersebut tambah pula dia pernah dapat nota dengan tulisan tangan minta supaya dia jangan terpedaya dengan realiti. Farah cuba menyiasat sikit demi sedikit misteri yang berlaku di dalam rumah tersebut dengan bantuan Ikmal (Syafi Tee). 

Dalam masa yang sama Dr. Nadeem rasa kusut dengan hal kerja dan juga peribadi bila Anom mula ingat sedikit demi sedikit tentang anak mereka yang mati dibunuh oleh Mona. Ingatan tu menjadi punca sakitnya bertambah teruk. Dr. Uwais (Amir Rahim) sarankan supaya Dr. Nadeem pergi bercuti dan luangkan lebih masa dengan Anom. 

Dulu pernah tengok preview drama ni lepastu lupa nak tengok full. Nasib baik drama ni masuk dekat Netflix, boleh la marathon terus satu drama sebab episod dia pendek je. Pace drama ni perlahan jugak lah sebab layan guna speed 1.5x pun terasa lambat. Nak tunggu Farah naik tangga loteng pun boleh skip 10 saat. Lagi terasa lemaunya bila soundtrack guna lagu Suatu Pernah – Fynn Jamal. Mungkin lagu tu sesuai dengan penceritaan tapi suara Fynn mendatar tanpa emosi buatkan babak tu suram dan hambar.

 

Alur cerita Misteri Mona arahan dan penulisan Amor Rizan menarik dan fresh dengan tema psikologi dan misteri. Walaupun pengarah bermain dengan susur masa tapi plot diolah dengan baik supaya tak serabut dan berjaya reach target audience yang kebanyakannya lebih berusia dan belum familiar dengan masalah sakit mental yang dahulunya dianggap taboo. 

Fizikal Janna Nick nampak berisi dalam drama ni yang mana menjelaskan lagi watak dia yang sentiasa di bawah pengaruh ubat. Dia cuma makan dan tidur je sebab badan dia selalu terasa lesu. Sepanjang dalam drama ni watak dia tak pernah guna makeup, memang nampak lah team production bagi perhatian pada aspek ni supaya nampak real. Lakonan barisan pelakon kanak-kanak pun tak nampak canggung dan pandai deliver watak dengan ekspresi muka terutamanya Duerra Mitilda.

Memandangkan dah selalu layan movie psikologi dari negara luar jadi dah boleh agak lah ada sesuatu yang tak kena bila Nadeem rawat sendiri wife dia dan guna ubat yang berdos tinggi. Curious perkara yang sama dengan Farah bila dia tanya kenapa dia tak pernah nampak Mona dalam rumah tu? Kalau betul Mona wujud, siapa yang bagi Mona makan? 

Watak Nadeem pun antara hint terbesar juga sebab karakter dia tak match dengan profesion sebagai pakar psikatri. Tambah pula bila watak Kathy cakap advice Dr. Nadeem bukannya membantu selesaikan masalah dia pun. Dekat pertengahan drama ni pun dah boleh agak siapa sebenarnya Dr. Nadeem. 

Drama ni memang sarat dengan ilmu psikologi cuma cara penyampaian tu agak baku sampaikan terasa berat info yang disampaikan. Lebih menarik kan kalau watak-watak yang terlibat tu terangkan dalam bahasa yang mudah faham atau bahasa pasar. Bila masuk part bagitahu ilmu tiba-tiba macam baca buku teks padahal elok je tadi menyembang kasual. 

Teknik visual yang digunakan pun bagus dengan transition antara Mona dan Anom dalam beberapa babak. Boleh nampak perbezaan karakter antara mereka dua beradik dan menambahkan lagi ketegangan dalam beberapa situasi. Suka tengok wardrobe Anom yang bermotifkan batik dalam pelbagai jenis rekaan. 

Lepas dah tengok drama Misteri Mona ni rasa nak layan sekuel pula, Misteri Mona : Kuserumu Kembali sebab baca sinopsis, Anom nak cari anak dia yang pernah kandungkan dulu sebelum dibunuh oleh Mona. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Shopee | KANU Choco Mint Latte & KANU Latte

Wednesday, 22 September 2021

Gara-gara tengok Chanwoo buat review makanan berperisa choco mint dekat Youtube channel dia - Chanwoosari, haaa dah tersangkut dah satu produk dari Korea. Serious talk, I memang suka flavor chocolate mint tapi dah sebulan lebih cari aiskrim chocolate mint tapi tak ada. Tak tahu lah kalau rakyat Malaysia ni memang tak suka perisa ni sampai sales product merudum teruk hihu


Lepas tengok video tu saja belek dekat Shopee ada tak kopi jenama KANU ni sebab tak pernah lagi try kopi berperisa choco mint. Even masa Chanwoo minum tu pun dia kata dia suka sebab tak terasa sangat chocolate mint tu walaupun bau dia kuat. Malangnya kopi ni tak ada dekat Malaysia so kena beli dekat seller Korea. Kalau beli dekat sana kena tunggu lama sikit lah dalam seminggu macam tu. 

Alang-alang dah beli produk dari seller Korea, tambah lagi satu produk - KANU Latte sebab saja nak try Latte dekat sana macam mana. Kalau you guys pernah tengok drama Vincenzo dekat Netflix, mesti perasan si Corn Salad tu suka minum Maxim Coffee Gold Mocha sampai sales naik mencanak walaupun ada protest sebab product placement kerap sangat dalam drama mafia tu. 

Sumber : Shopee

Walaupun jenama KANU ni di bawah syarikat Maxim tapi kopi diorang tak sama sebab KANU lebih kepada pasarkan produk kopi dengan konsep on-the-go sebab tu packaging dia lebih kecil dari biasa. Produk dia pula lebih terarah kepada kopi yang dijual di cafe macam - Tiramisu, Latte, Choco Mint Latte, Dolce Latte dan lain-lain. Packaging dia pun cantik sesuai dijadikan sebagai hadiah. 


Lepas seminggu maka sampai lah produk yang ditunggu-tunggu. Bagus seller ni sebab packaging dia rapi dan kemas. Dia siap bagi nota penghargaan sebab beli barang dari kedai dia sampai letak satu uncang teh herba sebagai free gift membeli dengan dia. Lepas ni kalau nak beli kopi KANU memang beli dengan dia lah. 


Memandangkan I tak gemar sangat minuman panas, haruslah bancuh KANU Mint Choco Latte ni dengan ais. Betul lah cakap Chanwoo tu, bau dia memang kuat tapi bila minum tak terasa sangat pun. Rasa dia macam makan aiskrim choco mint tapi celup dalam latte gittewwww. Sedap! I suka hehe


As for latte pulak, rasa kopi dia agak strong so bila minum tu rasa pahit kopi walaupun I tambah susu segar pun masih lagi terasa kuat. Bila minum dengan ais okay sikit la kot or my brain just calmed me down a bit. Kopi beli mahal takkan nak buang macam tu pulak kan? 

Harga untuk sekotak KANU Choco Mint Latte ni RM18 tak termasuk shipping fees dan harga ni akan sentiasa berubah mungkin sebab perubahan matawang (ni teori palatau ja naaaa). Dalam satu kotak tu ada 8 sticks je. For me, harga dia agak mahal sebab isi kandungan serbuk kopi tu separuh je tau dari sticks packaging. Tapi kalau nak minum sebulan sekali boleh la kot. Apa lah sangat kan demi secebis kebahagiaan. Padan muka lah tekak suka perisa kompleks :')


Bila dah masuk hujung tahun, suku keempat ni memang akan busy dengan lodgement Audited Financial Report untuk semua klien Company Secretary. Selalunya start hujung bulan Ogos sampai lah bulan Januari tahun depannya. 

Memandangkan keadaan sekarang tak menentu gara-gara pandemik, urusan berkenaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) banyak terganggu jugak lah. Kalau nak lodge apa-apa dokumen kena guna smartbox. Dokumen yang memerlukan pembayaran kena letak cek berjumlah sekian sekian dalam envelope lepastu masukkan dekat smartbox SSM. Nanti pegawai akan pickup naik ke tingkat atas. 

Ingatkan tahun ni sama jugak tapi masa Selangor kena PKPD, tak sangka pulak smartbox tak dibuka. Menggelupur la check borang temujanji dekat portal SSM tapi malangnya tarikh penuh sampai ke tahun depan. Awalnya ingatkan system error tapi bila tanya memang betul tarikh temujanji penuh sampai tahun 2022. Mampos la kitorang macam mana nak lodge document dengan financial statement kalau penuh? 

Nak buat express filing memang tak mampu lah sebab 1 dokumen kena charge sampai RM100. Kalau ada 10 dokumen nak lodge takkan nak spend sampai seribu lebih kan? Kalau call memang susah nak berangkat. Kusut fikir pasal ni sebab dateline dah dekat. Godek punya godek baru dapat tahu boleh hantar dokumen kepada SSM guna Registered Post

Baru je nak lodge document guna registered post, dapat notifikasi yang smartbox SSM dah boleh guna. Haihh buat cuak je, tak memasal anxiety level menaik. Lepas ni kalau jadi lagi dah tahu lah nak guna medium apa untuk lodge document dekat SSM. 

Perbezaan Pesuruhjaya Sumpah, Notari Awam dan Salinan Diakui Sah

Tuesday, 21 September 2021

Semalam ada update entry pasal Notari Awam tapi ada yang confuse dengan Pesuruhjaya Sumpah. Dua individu ni berbeza sebenarnya walaupun fungsi lebih kurang sama. Begitu juga dengan individu yang buat pengesahan untuk salinan dokumen yang diakui sah. 

1. Salinan Diakui Sah

Selalunya salinan diakui sah ni boleh dilakukan oleh mana-mana pegawai sekurang-kurangnya gred 41 (dahulunya dikenali sebagai pegawai gred A). Kalau dekat firm ni, mana-mana peguam boleh buat salinan diakui sah untuk salinan dokumen seperti sijil akademik, salinan kad pengenalan dan dokumen-dokumen lain yang berkenaan dengan urusan rasmi. 

I selalu prepare document Certified True Copy / Salinan Diakui Sah ni untuk Director's Circular Resolution supaya klien boleh berurusan dengan pihak bank atau pihak SSM kebiasaannya. Yang ni di bawah bidang tugas Company Secretary.  

Caj harga untuk Salinan Diakui Sah kalau dengan penjawat awam, percuma lah setakat yang I tahu. Kalau dengan peguam selalunya RM5 hingga RM10 satu salinan dokumen. 

2. Notari Awam 

Notari Awam adalah orang yang dilantik oleh Peguam Negara menurut Akta Notari Awam, 1959. Biasanya, Notari Awam adalah Peguambela dan Peguamcara yang telah mempraktikkan guaman tidak kurang dari 15 tahun.

Berdasarkan Akta Notari Awam, 1959 kuasa dan fungsi Notari Awam adalah sama seperti dengan Notari Awam di England di mana fungsi utama adalah mengesahkan dan membuktikan dokumen yang akan digunakan di luar negara (di luar Malaysia) kerana Notari Awam diiktiraf di peringkat antarabangsa. Secara ringkas, seorang Notari Awam boleh:

i. menjadi saksi diatas apa-apa pelaksanaan perjanjian/persuratan;

ii. mengesahkan penyata/salinan yang diakui sah diatas apa-apa dokumen termasuk pasport, dokumen pengenalan, sijil kelahiran, sijil perkahwinan, transkrip akademik, penyata bank, bukti surat cara pembayaran vide bil utiliti;

iii. mengesahkan dan menerima bukti dokumen termasuk pengeluaran Sijil Pengesahan;

iv. mengendalikan apa-apa sumpah atau pengakuan diatas mana-mana afidavit atau perakuan berkanun untuk digunakan di mana-mana mahkamah atau tempat di luar Walau bagaimanapun, pengecualian yang penting kepada apa yang boleh dilakukan oleh Notari Awam adalah untuk menguruskan apa-apa sumpah dan pengakuan untuk kegunaan di mana-mana mahkamah di dalam Malaysia.

Untuk urusan Notari Awam di firma guaman, individu atau tuan empunya dokumen mesti hadir secara peribadi dan menandatangani dokumen-dokumen di hadapan Notari Awam. Segala dokumen akan disahkan menggunakan tarikh semasa bukan tarikh yang telah berlalu (backdate). Dekat salinan dokumen yang dibawa untuk disahkan oleh pihak notari akan diletakkan seal berwarna merah, tanda tangan notari sebagai saksi salinan tersebut sah, cop notari awam dan juga tarikh semasa. 

Caj notari awam kebiasaannya RM30 hingga RM50 untuk satu dokumen tapi bergantung kepada jenis dokumen juga. Better call dan tanya dulu caj harga yang dikenakan kalau ada dokumen yang banyak. Ada je kes tak mampu nak bayar lepas dah selesai notari ataupun pertikaikan harga sekian sekian. 

3. Pesuruhjaya Sumpah

Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh YAA Ketua Hakim Negara di bawah seksyen 11, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.

Sumber : Shopee

Tugas Pesuruhjaya Sumpah adalah mengakui sumpah atau akuan yang dibuat oleh individu tersebut sah berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada beliau pada ketika itu. Akuan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah untuk urusan rasmi yang akan membantu keputusan dalam sistem perundangan Malaysia

Macam sebelum ni I kerja dekat syarikat lelong hartanah, I akan jumpa Pesuruhjaya Sumpah untuk sahkan perakuan ekshibit untuk setiap lampiran yang dikemukakan. Sekarang pulak kerja dekat law firm, jumpa Pesuruhjaya Sumpah untuk buat perakuan dekat sijil ekshibit atau Statutory Declaration. Semua dokumen tu I guna untuk urusan di Mahkamah nanti.

Antara tugas Pesuruhjaya Sumpah ialah :

i. menerima akuterimaan perempuan bersuami dalam semua hal jika akuterimaan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam; 

ii. menerima akuterimaan ikatan jaminan atau bon jaminan; 

iii. mengendalikan sumpah untuk- 

   - justifikasi jaminan;

   - mengambil apa-apa afidavit atau ikrar; 

   - menerima dan mengambil jawapan, rayuan, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan mana-mana pihak atau pihak-pihak dalam apa-apa tindakan; 

   - pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau de bene esse atau pemeriksaan utama atau pada mana-mana keadaan lain; 

   - sumpah wasi dan pentadbir; dan 

 - sumpah mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah.

iv. mengambil dan menerima akuan berkanun. 

Caj untuk setiap dokumen adalah berbeza so boleh refer dekat jadual yang dikeluarkan oleh Unit Pesuruhjaya Sumpah. Kos tambahan mungkin dikenakan kalau dirasakan perlu jadi seeloknya tanya dahulu pihak Pesuruhjaya Sumpah tersebut sebelum datang berurusan. My experience, I pernah call tanya semua Pesuruhjaya Sumpah berapa caj dikenakan untuk beliau pergi ke balai polis supaya dapat sahkan perakuan memandangkan anak guam ditahan dalam lokap. 

Hopefully entry ni membantu you guys nampak perbezaan antara 3 autoriti berkenaan urusan rasmi ni sebab ada kes yang keliru nak buat salinan akuan sah tapi berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah. Ada yang nak guna dokumen di luar negara tapi jumpa Pesuruhjaya Sumpah juga. I update yang basic sahaja tau supaya boleh nampak perbezaan tu. Have a nice day everyone and please doakan adik I berjaya jawab exam Pesuruhjaya Sumpah pada hari Rabu nanti :)

Caj Notari Awam Untuk Salinan Sijil Digital Vaksin

Monday, 20 September 2021



Minggu lepas ada dapat call ada staff Syarikat XXX nak buat appointment untuk khidmat notari awam sebab dia nak hantar pekerja dia ke negara luar. Dalam senarai semak semua dokumen tu salah satunya salinan digital vaksin yang disahkan dengan notari awam. 

First time dapat request untuk notarikan salinan sijil digital vaksin ni sebab first time jugak merasa hidup di zaman pandemik kan. Bila Selangor dah menginjak ke Fasa 2 jadi kerja pun berjalan macam biasa lah. Pening jugak masa dapat call tu sebab benda baru so kita refer pada yang lebih arif. 

Bila dah usulkan kepada Managing Partner, dia bagitahu dah keluar circular pasal Notari Awam pada salinan Sijil Digital Vaksin. Memandangkan sijil digital vaksin ni sesuatu yang penting sebab melibatkan nyawa orang lain, maka prosedur pun agak ketat dan teliti. 

Sumber : Sinar Harian

Kepada individu yang datang untuk buat notari awam pada salinan sijil digital vaksin perlu tunjukkan pada lawyer bahagian Profile pada aplikasi MySejahtera. Bila lawyer dah jadi saksi bahawa Sijil Digital Vaksin tu asli dan butiran peribadi sama dengan butiran pada Kad Pengenalan, baru salinan tu akan disahkan benar menggunakan seal Notari Awam. 

Harga untuk satu pengesahan pada Sijil Digital Vaksin adalah RM100 hingga RM150. Kalau caj notari awam pada dokumen biasa dalam RM50 macam tu tapi untuk salinan sijil digital vaksin ni agak tinggi lah harganya. 

Bagi yang tak pernah tahu tentang Notari Awam, meh nak cerita sikit alang-alang dah share pasal ni.
 
Notari Awam adalah orang yang dilantik oleh Peguam Negara menurut Akta Notari Awam, 1959. Biasanya, Notari Awam adalah Peguambela dan Peguamcara yang telah mempraktikkan guaman tidak kurang dari 15 tahun.

Berdasarkan Akta Notari Awam, 1959 kuasa dan fungsi Notari Awam adalah sama seperti dengan Notari Awam di England di mana fungsi utama adalah mengesahkan dan membuktikan dokumen yang akan digunakan di luar negara (di luar Malaysia) kerana Notari Awam diiktiraf di peringkat antarabangsa. Secara ringkas, seorang Notari Awam boleh:

i. menjadi saksi diatas apa-apa pelaksanaan perjanjian/persuratan;

ii. mengesahkan penyata/salinan yang diakui sah diatas apa-apa dokumen termasuk pasport, dokumen pengenalan, sijil kelahiran, sijil perkahwinan, transkrip akademik, penyata bank, bukti surat cara pembayaran vide bil utiliti;

iii. mengesahkan dan menerima bukti dokumen termasuk pengeluaran Sijil Pengesahan;

iv. mengendalikan apa-apa sumpah atau pengakuan diatas mana-mana afidavit atau perakuan berkanun untuk digunakan di mana-mana mahkamah atau tempat di luar Walau bagaimanapun, pengecualian yang penting kepada apa yang boleh dilakukan oleh Notari Awam adalah untuk menguruskan apa-apa sumpah dan pengakuan untuk kegunaan di mana-mana mahkamah di dalam Malaysia.


Untuk urusan Notari Awam di firma guaman, individu atau tuan empunya dokumen mesti hadir secara peribadi dan menandatangani dokumen-dokumen di hadapan Notari Awam. Segala dokumen akan disahkan menggunakan tarikh semasa bukan tarikh yang telah berlalu (backdate)

Hopefully entry ni boleh membantu kepada sesiapa yang mencari maklumat berkenaan Notari Awam. Kalau ada pertanyaan lanjut boleh drop comment dekat bawah ataupun DM I dekat my social media. Have a nice day everyone. Stay safe and take care.