Pengalaman Akaun Instagram Disekat

Sunday, 15 August 2021

 

Sebelum ni baca pengalaman orang lain bila akaun Instagram diorang kena sekat sampai terpaksa buat akaun baru. Kali ni bila terkena dekat diri sendiri memang terciduk lah sebab mengganggu kerja-kerja yang berkaitan dengan paid content. Garu kepala juga masa kena tu sebab tak tahu apa punca, macam mana nak selesaikan dan berapa lama ambil masa untuk pulih balik. 

Cari jawapan dekat Google pun ada banyak kemungkinan antaranya beli followers, spam komen, spam like ataupun update status yang melanggar komuniti. Teringat lah masa tu I pergi stalk account Jackson Wang lepastu spam like dari recent post membawa ke tahun 2018. Ye lah, mana kau nak sedar kalau terpana dengan keindahan ciptaan Tuhan. Sedar-sedar dah berjam habiskan masa dekat situ. 


Tak ingat dah bila dikenakan tindakan dari pihak Instagram sebab bukannya aktif sangat pun dekat platform tu. Dalam seminggu tu buka dalam sekali dua macam tu je. Buka pun untuk stalk account artis favorite je. Sedar notis ni keluar pun sebab nak drop comment dekat post kawan. 

Seksanya kena sekat dengan Instagram ni bila nak drop comment tak boleh, nak like pun tak boleh, apatah lagi nak follow account lain. Bila update IGstory atau update post tak boleh mention account user lain. At first macam okay lah takpe biar je dulu, hantar report panjang berjela explain kenapa perlu sangat account ni pulih balik. Dari sehari membawa ke seminggu tapi tak okay jugak padahal hari-hari hantar report. 

Nak tak nak terpaksa lah buat akaun baru sebab dapat job yang perlu publish dekat Instagram dan mention account penaja. Memang rajin lah update IGstory dekat akaun baru sebab nak cari balik followers ramai bukannya senang. Dalam masa yang sama hantar juga report dekat Instagram sampai satu tahap tu dah putus asa dah. Punca utamanya, tak tahu pihak Instagram dapat ataupun tak report tu sebenarnya. Walaupun dia cakap dah terima tapi belum tentu dia betul-betul terima. Boleh jadi tu cuma auto-reply lepastu masuk dekat bahagian spam. 

Bila dah shift sepenuhnya ke akaun baru, tiba-tiba hari Jumaat lepas dah boleh guna macam biasa tapi tak boleh paste link blog dekat situ. Perasan dah boleh guna pun sebab ada DM masuk. Pulun lah like post orang lain siap komen sebab nak test betul ke dah boleh guna balik. Memang betul dah boleh dan sampai ke hari ni boleh guna lagi. 

Kalau akaun lama dah boleh guna, akaun baru tu macam mana? Pening kepala fikir sama ada nak biar ataupun buang sebab tak suka handle banyak akaun ni. Renyah. Tapi buat sementara waktu ni biarkan je dulu akaun baru tu sebab in case akaun lama ni kena sekat lagi, ada backup ye dak? Memandangkan Instagram dengan Facebook di bawah management yang sama jadi rules dan perangai pun sama jugak lah. Apa-apa pun bersyukur dah dapat balik akaun lama sebab ada platform sebagai micro influencer :')

Gagal Menang Olimpik? Try Catlympic!

Dari Khamis lepas nampak kawan dekat Twitter retweet updates dari account Popcat pasal kedudukan Malaysia dekat website tu. Curious betul apa yang netizen Malaysia dok berlumba sakan sangat dari siang membawa ke malam. Masa tu nampak ranking Malaysia dekat nombor ke-14 tup tup esoknya dah naik ke tangga kedua! Ramai jugak yang celebrate dapat silver medal katanya. 

Sebelum tidur saja lah gatal tangan buka website Popcat ni. Cara nak join mudah je klik je dekat kucing tu. Bila mulut dia ternganga dan keluar bunyi pop maka satu klik dikira. Tak perlu daftar ataupun log in. Setiap klik akan dikira mengikut vpn masing-masing. Kalau buka melalui vpn Malaysia maka klik akan dikira di bawah negara Malaysia lah. Kalau ada yang rajin pergi tolong negara lain, dipersilakan juga. 

Website Popcat ni dibina oleh saintis komputer dari University of Sheffield - Joshua Rainbow, Edward Halls dan juga Freddy Heppell. Tak pasti projek yang bermula pada Disember 2020 ni untuk apa tujuannya. Yang pastinya website ni viral sejak April 2021 kemudiannya makin menggila minggu ni. 

Masa first time main Popcat tu saja nak try best ke tak, dapat kumpul 1,001 terus tidur sebab bosan lagipun Malaysia dah di tangga kedua. Harini bangun sementara tunggu breakfast siap saja main lagi sebab nak achieve 10,000 pulak. Bila dah dapat terus gian nak klik sampai 50,000 pulak. 

Macam mana nak klik dengan pantas? Klik guna 5 jari dekat skrin tapi legit kalau guna handphone lah sebab dekat desktop kena klik dengan spacebar. Kang tercabut kang satu hal kena bawa ke kedai untuk repair. Lagi satu cara ialah guna auto-clicker hahahaha


Masa dapat 50,000 tu nampak negara Thailand dah menggila sebab 1 juta orang tengah main Popcat ni sedangkan Malaysia cuma 80 ribu orang. Memang jatuh lah cerita dia. Dari tempat kedua terus Thailand kalahkan Taiwan kemudian cecah 19 billion klik. 


Bila dah cecah 100,000 kira personal achievement lah bantu nama Malaysia tersenarai dalam carta walaupun jatuh ke pingat gangsa. Geram je tengok Thailand menang sampai 26 billion dalam masa singkat. Kalau tengok dekat Leaderboard di bahagian bawah tu, boleh nampak betapa pantasnya netizen Thailand klik dalam masa sesaat. 


I dah cakap dengan adik diorang ni power betul, mentang-mentang tengah lawan monarki dengan askar, dekat sini pun nak perform teruk. Bila baca tweet ni rasa macam hmm alaaa ambik lah pingat emas tu. 

Apa ganjaran yang netizen Malaysia akan dapat kalau menang tempat pertama/kedua/ketiga? Tak tahu. Tapi kalau saja-saja main nanti jadi gian lepastu tangan lenguh hahaha. I main benda ni masa tengok movie so tak terasa la bila klik tu. Popcat ni untuk hiburan di kala lemau dikurung terlalu lama je, jangan ada yang sakit hati ataupun jadi terpaling berguna pulak bila tengok orang lain update pasal benda viral ni. I dah berjaya pengaruh orang lain, so good luck lah siapa yang terjebak hahaha kbai. 

6 Perisa Baru Dimsum Dollu

Minggu lepas Ms Fisah belanja satu office makan dimsum sebab ada flavor baru katanya. Kalau bab dimsum memang diorang selalu order dekat sini. Sebelum ni kalau buat jamuan ke celebrate birthday ataupun saja nak minum petang memang order dimsum dua tiga kotak dari Dimsum Dollu ni. 


So far ada 8 pilihan kalau tak silap, ada perisa ayam seaweed, ayam cheese, ayam blackpepper, ayam original, ketam, udang, salted egg, chicken button mushroom. Minggu lepas Dimsum Dollu launch lagi 6 perisa baru untuk pilihan pelanggan. Masa Ms Fisah beli 3 set ni, Dimsum Dollu bagi satu box free untuk dia try. 


Cantik dimsum dalam box ni sebab meriah warna-warni. 6 perisa baru tu perisa Tomyam, Mozarella Cheese, Spicy Sausage, Sotong, Black Fungus dengan Kuchai Fungus. Haritu sempat rasa Tomyam je, sedap tapi tak lah strong sangat rasa tomyam dia. Yang Spicy Sausage tu memang pedas tapi jenis pedas dekat tekak dan pedas dia lambat terasa. Dah telan baru membara dekat tekak. Yang suka spicy boleh la order. 

Dimsum Dollu ni makan dalam 6 ketul pun dah kenyang. Kalau buat minum petang pun 4 kali ngap dah khalas dah lepastu tunggu dinner pulak. Ms Fisah order 3 box pun luak sikit je lah sebab minum petang je. Kalau masa jamuan memang dimsum ni habis dulu. Bab harga satu box ada yang RM16, ada yang RM20 tak termasuk delivery charge. Banyak lagi pilihan dekat Dimsum Dollu ni, yang duduk area Subang, Shah Alam , USJ, Puchong, Gombak, Melaka dan Port Dickson, try lah usha IG diorang. 

Iced Cafe Mocha Zus Coffee

Sebelum ni nafkah bulanan dekat office ialah drinks dari Starbucks tapi kali ni beralih angin kepada Zus Coffee pulak sebab ramai yang request nak minum jenama kopi lokal ni. At first nak beli sendiri dengan Kak Nora tapi ramai pulak nak menyelit lepastu En. Kai belanja. Heh rezekiiiii. Bulan depan Pana belanja pulak hahaha *kalau budak office baca sila screenshot untuk claim Zus Coffee anda*

Disebabkan ni kali kedua minum Zus Coffee so tak nak lah order flavor yang sama. Semedang Iced Roasted Hazelnut Latte macam bosan jugak kan? Scroll punya scroll dapat lah buat pilihan, ambil Iced Cafe Mocha pulak sebab dah lama tak minum Mocha. As for now tak pandai lagi nak olah sendiri drinks tu sampai kena dengan tekak sendiri macam selalu buat dekat Starbucks. 


Rasa original dia pun dah sedap dah so tak perlu nak sesak kepala fikir nak adjust itu ini. Tapi kalau dia chocolate chips ataupun cookies sedap jugak muehehehehe. Kalau order Zus Coffee ni memang dalam Grab apps tu ada pilihan dekat Atria Shopping Gallery je. Dua kali kitorang order dekat sini rasa dia tak pernah lah mengecewakan lagi. Tekak I lah, tekak Kak Nora yang order Australian Chocolate tu dia kata tak sedap. 

Cafe Mocha ni mahal sikit dari Roasted Hazelnut Latte, harga dia RM11.90 satu cup. Mungkin mahal sebab gabungan kopi dan coklat premium dari Zus Coffee. Sedap je rasa dia tak lah pahit sangat sebab both ingredients strong. Lepas ni macam nak order Spanish Latte pulak sebab kopi dari Spain. Jangan tanya kenapa sebab saja nak merasa je hahaha kbai. 

TV Show Review | The Sixth Sense Season 1 Episode 8

Saturday, 14 August 2021

 

Producer : Jung Chul-min
Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Cha Tae-hyun
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020

Sedihnya bila dah episod last untuk Season 1 walaupun excited nak tengok season 2 sebab ada kisah percintaan Jessi dengan Sang Yeob nanti hahaha. Ni semua berpunca dari video dekat Tik Tok. Panel jemputan kali ni ialah pelakon Cha Tae-hyun yang kelakar jadi set tu tak lah sendu sangat walaupun dah episod akhir. 


Untuk episod akhir ni production crew memang all out sampai mengembara ke 100 tempat dan makan 100 jenis menu sampai jumpa 2 restoran yang unik dan reka satu restoran palsu. Menariknya dalam episod akhir ni dah mula nampak kemunculan pihak penaja so boleh assume yang rating show The Sixth Sense terbitan tvN ni dah meningkat. 

Mesti dah banyak restoran yang request untuk feature dalam rancangan The Sixth Sense sebab banyak business yang terjejas dek pandemik covid-19. Dekat Malaysia pun Jonker Walk, Melaka dan Langkawi dah tutup sepenuhnya sebab tak ada pengunjung yang datang ke situ. 


Berbalik kepada restoran unik yang pertama ialah restoran yang mempunyai akuarium dipenuhi ikan hiasan. Pelanggan yang datang boleh pilih untuk makan atas akuarium tapi akuarium ni bukan yang grand macam dekat Aquaria, KLCC tu. Akuarium rekaan sendiri oleh owner restoran je untuk tampil berbeza berbanding restoran lain. 

Restoran akuarium tu dah wujud selama 20 tahun dan menu yang paling popular ialah belut bakar,  maeuntang dengan soy sauce crab. Tengok belut dia terus craving ugghhh mana nak cari belut frozen dekat Subang ni? Nak balik Sabak Bernam entah bila. 


Restoran kedua terletak di kawasan yang jauh dari bandar dan keunikan dia bila diubahsuai dari stesen keretapi. Cantik sangat kawasan tu kalau shooting movie ataupun bergambar untuk Instagram. Stesen Keretapi Daejong dah berhenti beroperasi lepas 42 tahun dibuka. Baru masuk ke restoran tu Mi-joo dah rasa fake sebab hiasan dinding sama dengan dinding restoran pertama dalam episod 7

Restoran kedua ni hidang mi kalguksu yang dibuat sendiri dengan dumpling kimchi yang dibuat dengan sup tulang. Sebelum ubah menjadi restoran, bangunan tu sebenarnya pasaraya milik orang tua owner tersebut masa stesen keretapi beroperasi. Na-Ra rasa sup dumpling tu macam frozen yang dia makan sebelum ni so dia rasa restoran tu fake. 


Restoran ketiga paling unik sekali sebab makanan dihidangkan menggunakan roller-coaster. Owner dapat idea tu masa pergi bercuti di German dan bina sendiri restoran yang sama di Korea. Jangankan budak-budak kagum dengan roller coaster tu, yang dewasa pun sampai tak berkelip tengok makanan tu turun ke meja. 


Dah puas makan dekat 3 restoran unik, tiba lah masa untuk buat pemilihan yang mana satu adalah palsu dan rekaan production crew. Masa dekat voting booth Jessi menangis sebab dah episod last so nanti dia rindu dengan rancangan ni. Cha Tae-hyun pilih restoran ketiga sebab dia nampak staff buat eye contact dengan owner masa dia tengah bersoal jawab dengan panel. 


Bila dapat tahu keputusan tu memang terkejut gila sebab tak expect langsung restoran tu adalah restoran palsu. Memang betul lah production crew all out untuk tipu semua panel. Show ni bukan setakat promote business orang je tapi promote sekali team production yang terlibat dalam pembikinan rancangan ni. Confirm ada production house yang roger diorang untuk setup set filem ataupun drama. Puas hati betul tengok kegigihan production crew dari semua department. Amazing such an understatement. Jinja! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10