Drama Review | Miss Match (2020)

Thursday, 11 March 2021

 

Pengarah : Tam Suhaimi

Penulis Skrip : Tam Suhaimi

Pelakon : Kilafairy, Mimi Lana, Bella Dally, Donna Muslim, Atiq Azman, Emelda Rosmila, Sharifah Rose, Izara Aisyah

Genre : Drama / Romantik

Jumlah Episod : 4 Episod

Tarikh Tayangan : 25 Februari 2020

Syarikat Produksi : Imaginal Pictures Sdn Bhd

Penyiaran : WeTV, iflix


Drama Miss Match yang ditayangkan di WeTV dan iflix ni mengisahkan tentang Melisa (Kilafairy), pengacara program realiti, Berdua Bersatu di mana dua orang peserta akan disatukan berdasarkan preferences masing-masing. Ada je yang tak nak terima tapi kerana pujukan Melisa, peserta jadi okay je sebab lepas habis program tu bukannya ada yang nak ambik port dah. 

Syad (Bella Dally) sebagai pengarah selalu tertekan dengan sikap produser mereka, Elyna (Emelda Rosmila) yang tak habis-habis mengkritik dan merendahkan kemampuan mereka satu team. Personally for me, betul la jugak apa Elyna cakap tu, idea Syad klise sangat. Penonton dah boleh predict dah pun hala tuju program diorang. Bila Iqy (Atiq Azman) cadangkan pelakon join program tu, haaa siapa pulak nak bayar kos? Lagipun kalau artis yang join stress lah kalau dah habis program still kena berlakon bercinta jugak. Takkan semua pelakon yang join tu nak bagi alasan takde jodoh? Klise….

Satu hari Melisa dapat mesej dari Fara dengan Edlin (Sharifah Rose) untuk jadi committee member majlis reunion sekolah diorang. Melisa dah mula cuak sebab dia tak suka dengan Adrea (Mimi Lana) yang suka buli dia setiap kali ada peluang. Tak sangka even dah besar pun, perangai Adrea masih lagi tak berubah. 

Comel okay Sharifah Rose ni!

Walaupun tertekan dengan perangai Adrea, Melisa happy dengan kehadiran Harris (Donna Muslim) dalam hidup dia. Pertama kali bertemu di kafe dan tersalah anggap Harris sebagai stalker kemudiannya makin rapat selepas beberapa kali bertemu secara tak sengaja. Harris cuba nasihatkan Melisa supaya abaikan Adrea dan tarik diri dari jadi committee member. Settle semua masalah. Tapi Melisa nak juga buktikan yang dia mampu kawal keadaan dan tak akan dibuli oleh Adrea lagi.

Toxic people macam Adrea ni memang takkan berubah sebab dia nak perasaan superior tu dalam hidup dia. Boleh mengarah orang sana sini. Nak pulak bila ada social media lagi lah menjadi-jadi perangai diorang untuk kejar perhatian. Bukak je lah mana-mana platform, akan jumpa jugak orang macam ni. The best way haruslah abaikan manusia sebegini. Toxic toxic pun I tengok sebab Mimi Lana berlakon. Tak pernah la gagal deliver watak dengan bagus. 

I rasa macam dah terbagi spoiler tapi bukan susah pun nak agak jalan cerita ni lagipun ada 4 episod je drama arahan Tam Suhaimi ni. Lepas tengok drama Cinta Itu Fairytale dengan Miss Match, boleh la simpulkan yang signature Tam more to feminine dengan jalan cerita yang santai dan modern. 

Suka dengan sentuhan Tam Suhaimi sebab cerita dia tak cliché, ada mesej yang kuat, paparkan realiti dunia sebenar dan tak meleweh. Bonus juga bila dia suka masukkan educational scene secara santai macam kenapa Harris pilih hairdresser sebagai kerjaya. By the way, watak Atiq dalam dua-dua drama sama je ea. 

Suka dengan watak Ari (Izara Aisyah) sebab muncul sekejap je tapi dia drop bombs dekat Melisa. Walaupun watak Elyna tu annoying tapi dia antara strong character jugak lah dalam drama ni. Dia bukak mulut je berdesing telinga memasing nak hadap. Program Kau Perasan Tak tu best sebab dialog dia guna bahasa netizen. Hos dia tu ambik inspirasi dari Kak Jah Sungai Dua ke? 

Drama Miss Match under Imaginal Pictures Sdn Bhd ni dah siap lama dah tapi baru sekarang ditayangkan sebab Tam Suhaimi busy dengan drama lain. Sebab tu dalam drama ni Kilafairy tak pakai tudung lagi dan dia pun taknak promote drama ni due to her personal reason. 

Bila dah habis layan 4 episod ni rasa tak puas sangat sebab rasa cerita boleh dikembangkan lagi. Tapi okay lah kot stop dekat situ je sebab chemistry antara Kilafairy dengan Donna pun okay lah. You guys boleh tengok secara percuma dekat iflix atau WeTV. Happy watching!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

Office | Install Smart TV Baru

Awal bulan haritu ada hearing untuk kes client so managing partner nak pasang smart TV yang besar dekat meeting room. Plan asalnya nak TV saiz 50 inci katanya tapi dekat kedai elektronik tu ada 44 inci je. Okay la kot tak lah lari jauh sangat beza dia. 


Sebelum ni guna projektor je tapi bila Zoom meeting tak best lah sebab projektor kabur. Resolution dia pun tak gempak macam smart TV Skyworth ni - 4k resolution. Lepas dah survey yang mana berkenan, technician tu datang pasang dekat office. 


Ruang dia agak terhad lah sebab saiz dia yang besar lepastu taknak lah terlanggar dengan pintu kabinet bila buka nak ambil barang. Bracket dia pun tak boleh lah nak pergi jauh sangat sebab saiz smart TV yang besar ni. Lepas pasang tu okay lah, boleh la nak gerak sana sini ikut keselesaan yang guna. 


Dah settle pasang ada lagi satu pulak problem dengan smart TV ni. Nak connect dekat laptop problem sikit sebab cable HDMI kitorang tak panjang. So terpaksa lah letak laptop dekat kerusi bawah tu. Nampak messy sikit lah tapi sementara ada masa sebelum hearing tu, sempat lagi nak cari yang panjang. 


Bila try untuk tengok video dengan resolution 4k, memang puas hati lah cerita dia. Dekat smart TV ni ada Netflix dengan Android TV. Tekan je dekat remote tu nanti keluar lah. 

'I nak usulkan yang kita buat movie time setiap hari Isnin dari pukul 2 sampai balik.' - En. Abu

Takde maknanya nak buat movie time sebab dia pun dah tenggelam dalam timbunan file litigation dia. Entah dia ingat entah tidak movie time dia tu haha

Movie Review | Tere Naal Love Ho Gaya (2012)

Tuesday, 9 March 2021

Director : Mandeep Kumar

Writer : Abhijeet Sandhu

Cast : Ritesh Deshmukh, Genelia D'Souza, Om Puri, Tinnu Anand, Smita Jaykar, Chitrashi Rawat, Kartar Cheema, Navin Prabhakar, Gurmeet Saajan

Production Company : Tips Industries, UTV Motion Pictures.

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 130 minutes

Release Date : 24 February 2012

Trailer :

Viren (Ritesh Deshmukh) bekerja keras bawa rickshaw dari siang hingga malam untuk capai impian dia mempunyai sebuah travel agency dengan 6 buah kereta untuk ke beberapa destinasi perlancongan yang popular di Patiala, India. Tapi impian Viren dicuri oleh majikan dia, Bhatti (Tinnu Anand) keesokan harinya selepas dia bagitahu kenapa nak kumpul banyak duit. 

Malangnya duit simpanan dia sebanyak Rs60,000 ada dalam rickshaw yang digantikan dengan kereta. Duit simpanan Viren tu kemungkinan besar dibelanjakan untuk majlis pertunangan Mini (Genelia D'Souza), anak perempuan tunggal Bhatti. Kecewa dan sakit hati dengan tindakan majikan dia yang bongkak, Viren pergi ke majlis tersebut dalam keadaan mabuk dan ugut supaya kembalikan semua wang simpanan dia. 

Mini pula anggap ni peluang dia untuk larikan diri sebab tak nak berkahwin dengan Sunny (Kartar Cheema) yang mengharapkan duit keluarga dan pemalas so dia berlakon seperti diculik oleh Viren. Sunny dankawan-kawan dia tak mampu nak buat apa sangat sebab masing-masing pun pengecut walaupun selalu pergi gym dan shooting range. 

Viren dan Mini pergi ke Kasauli dan menginap sementara di sebuah rumah tak bertuan di kawasan tersebut. Dekat situ Mini ajar Viren untuk peras ugut ayah dia supaya mereka dapat wang tebusan sebanyak Rs1 juta. Viren akan dapat balik Rs60,000 dia manakala lebihan tu untuk Mini lari ke Canada. Dalam diam Viren dan Mini masing-masing dah jatuh cinta walaupun perangai mereka jauh berbeza. Bila sampai pada hari yang dijanjikan, lain pula yang jadi bila Mini dengan Viren diculik oleh seseorang. 

‘First, my daughter was kidnapped. Now the kidnapper’s been kidnapped as well!’ – Bhatti

 

Kalau dah genre romantic comedy, jalan cerita memang santai je lah tambah pulak chemistry antara Riteish dengan Genelia nampak comel sangat onscreen untuk movie solo lead yang pertama. Lagipun both of them memang bercinta in real life dan movie Tere Naal Love Ho Gaya arahan Mandeep Kumar ni release lepas beberapa minggu mereka berdua berkahwin. Terserlah sangat muka bahagia masing-masing. Bila tengok scene romantik kemain tersengih sekali hshshs

Visual dalam movie ni walaupun kebanyakan latar tempat di kawasan kampung tapi tetap nampak menarik dan cantik dari lensa Chirantan Das dengan panorama kawasan sawah padi, kawasan pergunungan, hutan dan banyak lagi. Bila tengok movie ni rasa tak sabar nak pergi bercuti dekat kawasan macam ni. 

Music album dari komposer duo Sachin–Jigar merancakkan lagi alur cerita dengan gubahan lagu dari pelbagai genre. Dari tahun 2012 lagi suka layan music album Tere Naal Love Ho Gaya sebab ada beberapa lagu yang best. Kalau demotivated dengar lagu Jeene De yang berkisarkan semangat Viren untuk buat yang terbaik dalam hidup. Tapi my fav haruslah lagu Piya O Re Piya sebab MV dia comel sangat. Suka tengok senyuman Genelia. Boleh kata antara kekuatan movie ni disebabkan lakonan dan comic timing dia.

 

Walaupun diinspirasikan dari movie British - A Life Less Ordinary (1997) tapi olahan penulis Abhijeet Sandhu menerapkan suasana masyarakat Punjabi yang ceria dan diadun supaya sesuai dengan selera penonton movie Bollywood.  Banyak positive reviews dari critics tapi sayangnya movie di bawah syarikat produksi Tips Industries dan UTV Motion Pictures cuma dapat sambutan yang sederhana di panggung wayang. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.7/10