DARI PAHANG KE PERAK, KISAH RUMAH MELOR YANG DIANGKUT RATUSAN KILOMETER DEMI KHADAM

Tuesday, 16 June 2026

Dalam filem seram Khadam, rumah Melor (Aghniny Haque) bukan sekadar lokasi penggambaran, malah menjadi elemen penting yang membantu menghidupkan keseluruhan penceritaan. Namun ramai tidak mengetahui bahawa rumah yang dipaparkan di layar itu sebenarnya melalui perjalanan luar biasa sebelum menjadi set utama filem tersebut.

Menurut pasukan produksi, antara cabaran terbesar adalah mencari sebuah rumah yang benar-benar menepati gambaran dalam skrip. Rumah Melor perlu mencerminkan seni bina rumah kampung sekitar era 1950-an dengan reka bentuk yang sangat spesifik. Pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah diteroka, namun tiada yang memenuhi kehendak kreatif produksi.

Pencarian itu akhirnya membawa mereka ke Raub, Pahang, apabila sebuah rumah lama ditemui dan dilihat bertepatan dengan visual yang diinginkan. Namun begitu, persekitaran di sekeliling rumah tersebut tidak sesuai dengan dunia dan suasana yang ingin diwujudkan dalam Khadam.

Daripada mengubah konsep yang telah dirancang, pasukan produksi mengambil langkah berani yang jarang dilakukan dalam pembikinan filem tempatan dengan memindahkan keseluruhan rumah tersebut ke lokasi baharu di Perak. Rumah papan berkenaan dibuka satu persatu dengan penuh teliti, manakala setiap kepingan dan komponen dilabelkan secara sistematik bagi memastikan proses pemasangan semula dapat dilakukan dengan tepat. 

Setelah dipasang semula, pasukan seni produksi turut mengambil peluang untuk menambah baik beberapa elemen struktur dan susun atur rumah agar lebih selari dengan keperluan visual serta pergerakan kamera sepanjang penggambaran. Walaupun beberapa bahagian perlu diganti dengan kayu baharu bagi menjamin ketahanan dan keselamatan struktur, karakter serta identiti asal rumah tersebut tetap dikekalkan seperti yang diimpikan dalam skrip. 

Hasilnya, rumah Melor berjaya dibina semula mengikut visi yang diimpikan oleh pasukan produksi dan tampil sebagai antara elemen paling ikonik dalam Khadam. Di sebalik setiap dinding dan papan yang menghiasi rumah itu, tersimpan kisah dedikasi serta usaha luar biasa yang membuktikan bahawa untuk menghasilkan sebuah filem yang autentik, kadangkala sebuah rumah perlu dibawa merentasi negeri demi sebuah cerita.

Bagi anda yang masih belum menonton Khadam, dapatkan tiket anda sekarang dan teruskan menyokong sambil kongsikan pengalaman atau pandangan anda menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan, serta ikuti media sosial rasmi Primeworks Studios dan Khadam The Movie untuk perkembangan terkini, kandungan eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik.

Rebutan hadiah bagi pusingan pertama Tonton Non Stop, On Top! kini dibuka dengan pelbagai ganjaran menarik tersedia untuk dimenangi😍🙌

Pelanggan berpeluang memenangi 4 buah kereta, 70 telefon pintar OPPO dan 1,120 baucar tunai Watsons dengan hanya melanggan TontonUp dan menonton kandungan terpilih di Tonton sekarang!

Cara penyertaan cukup mudah:

- Langgan TontonUp selama 3 atau 12 bulan
- Tonton kandungan terpilih untuk mengumpul mata
- Hadiahkan langganan kepada keluarga atau rakan untuk memperoleh mata tambahan
- Nikmati Turboost pada setiap hujung minggu bagi mendapatkan mata berganda

Lap 1 berlangsung dari 15 Jun 2026 (12.00 pagi) hingga 28 Jun 2026 (11.59 malam), tertakluk kepada terma dan syarat.

Semakin banyak mata yang dikumpul dengan menonton, semakin cerah peluang untuk berada dalam kelompok pemenang. Tonton je Non Stop, boleh dapat hadiah On Top! 

Layari Non Stop, On Top Contest | Tonton untuk maklumat lanjut.

#Tonton #TontonNonStopOnTop #TontonDanMenang

Kopie Satu Hospital Sungai Buloh

Monday, 15 June 2026


Masa pergi melawat ke Hospital Sungai Buloh mesti ternampak ada yang minum kopie satu lepastu ternampak pulak banner dia dekat escalator ada minuman baru. Menarik juga lah Coconut Cafe Latte. 



Alang-alang dah datang kan, mesti lah kena cuba kopi dia. Masa kitorang pergi order tu tak ramai lagi orang so boleh lah belek lama sikit menu apa yang ada. Ingat nak try yang dekat banner tapi tak ada pulak dalam menu ni so I try yang biasa je lah dulu. Kalau sedap, baru ambil new released. 

I order drinks biasa minum je, Iced Vanilla Latte. Fariha ambil Iced Spanish Coconut Latte.




Sementara tunggu tu tengok lah sekeliling sebab cafe dia kecil je tapi ada banyak benda yang menarik perhatian. Tak lama lepas tu order siap, I think around 5 minutes macam tu. 



Kopi dia okay okay lah for me sebab tak pekat. Nak kata sebab murah tak lah juga since harga dia lebih kurang kopi Family Mart. Even kopi 7E yang lagi murah pun lagi pekat dari Kopie Satu. Iced Spanish Coconut Latte dia a bit too creamy sampai hilang rasa kopi. Kopie Satu ni guna santan KARA sebagai tanda support local. 



Dekat sini ada pastries dan western food yang ready to eat jugak. I beli chicken lasagna untuk Nurin sebab dia suka makan. Makanan hospital kan sedih, so nak galakkan selera makan dia, kena lah beli apa yang dia suka makan. Dia kata sedap so okay lah. 


I beli Mushroom Chicken Meltz tapi sedih betul bila selak belah dalam dia. Harga dia RM7.80 satu ni tapi inti sikit je. Roti dia gebu tapi terasa betul kosongnya. Pengalaman makan dan minum dekat sini sesuai lah dengan nama dia, kopi satu je dah cukup. Tengok dekat Threads ramai jugak yang suka so I guess bukan selera I lah hihu

Denggi | Day 2

Masa bersiap nak pergi kerja dapat whatsapp dari adik yang dia dah kena pindah ke wad biasa sebab doktor pakar check pukul 7 pagi. Rezeki lah dapat jumpa doktor awal pagi. Disebabkan dia dah masuk ke wad biasa, dah kurang lah sikit risau tu. Dia pun cakap demam dah kebah tinggal IV drip je tak boleh tanggal sebab jantung dia laju gara-gara dehydration. 

Memandangkan semua kerja, kitorang decide nak tunggu adik dari Johor sampai ke sini lepastu melawat belah petang. Masa ni jalan dah start jam sebab orang dah mula balik kampung. Katanya sampai pukul 4 petang so just nice lah untuk sesi melawat petang. 

Pergi kerja pagi tu badan dah start dedau pastu sakit kepala sudahnya tengahari balik rumah telan panadol dua biji lepastu tidur sampai petang. Adik sampai terus pergi Hospital Sungai Buloh. Rupanya pergi waktu siang pun tak boleh nak nampak sangat signboard kecemasan tu sebab terlindung dengan pokok. Tak faham kenapa guard tu nak perli masa kitorang pergi Kecemasan


First time pergi bahagian wad Hospital Sungai Buloh. Dari kawasan parking awam tu kena berjalan sampai bangunan pertama lepastu naik eskalator pergi ke lobi. Masuk bahagian wad wanita lepastu naik tingkat 4. Dari lif berjalan sampai ke hujung untuk sampai ke wad 4D. Masuk dalam pun kena berjalan sampai ke hujung sekali sebab adik dapat katil no 36. Transit bed sebab wad penuh jadi tak ada lah langsir. 

Ubat demam dah stop tapi branula melekat lagi dekat lengan. IV drip masih lagi on, dah masuk botol kedua masa ni. 


Masa sampai ni makanan malam baru je dihantar tapi adik tak lalu nak makan sebab ikan masak lemak. Dia bab makan memang memilih sangat. Tapi kena lah makan, nanti malam lapar pulak. Abang dia rajin suapkan nasi sambil tanya ada nurse cantik tak dekat sini 😑


Kitorang tak bermalam sebab tak ada ruang pun untuk penjaga tidur. Dia pun okay je dekat situ cuma kena minum air banyak untuk discharge. Dah bekalkan word search dengan jajan so should be fine lah kot. Dekat hospital pun dia banyak tidur je, lenguh badan pun dah hilang. 


Masa nak balik rumah lepas habis waktu melawat tu nampak pulak langit cantik macam dalam anime. Sebab panas sangat, langit jadi warna ungu 💜

Denggi | Day 1 - Zon Kritikal

 

Masa minggu Raya Haji tu kebanyakannya dah fikir pasal cuti tapi ujian kitorang baru bermula. Nasib baik lah tak plan nak balik kampung atau bercuti dekat mana-mana sebab nak guna masa tu untuk rest je dekat rumah. 

Tak sangka pula kena spent energy dekat tempat lain. Hari Sabtu malam tu adik dah start demam tapi tak syak apa pun lah sebab ingatkan dia demam gara-gara kena hujan masa balik dari interview kerja. Hari Ahad pun demam dia tak kebah. Lagi teruk bila dia tak boleh nak makan sebab dah start muntah dan sakit kepala. 

Isnin waktu siang tu masing-masing pergi kerja tapi dah tinggalkan ubat dan makanan untuk dia. Malam tu dia cakap badan dah tak selesa dan penat sebab asyik muntah. Mata pun dah start merah so bawa dia pergi Klinik Syifa. Masa menunggu giliran pun dah 2 kali dia muntah. 


Disebabkan dah 3 hari demam, doktor buat blood test. Doktor kata bukan gastrik sebab dia tak ada pedih ulu hati. Bukan demam influenza juga sebab tak ada selsema dan batuk. Lepas 15 minit, dapat keputusan ujian darah, dia rupanya kena denggi. Doktor kata platelet darah 120 tapi denggi dah dekat border. Kalau 3 jam tak bawa pergi hospital, dia akan kena denggi berdarah. 

Tunggu lagi 10 minit untuk klinik siapkan referral letter ke Hospital Sungai Buloh. Lepas dah settle dekat Klinik Syifa, balik rumah kejap untuk pack semua barang dia nak guna dekat hospital nanti sebab sah-sah la kena warded. Berapa lama kena tahan tu je yang tak tahu. 

Pukul 12 gerak pergi Kecemasan tapi kitorang salah masuk ke bangunan wad. Waze pun bawa ke situ. 

😖: Maaf nak tanya, kecemasan dekat mana ye?
😏: Keluar dari sini lepastu ambil kiri, stay je kiri sampai nampak kecemasan
😖: Oh ye ke, okay okay terima kasih ye
😏: Signboard kecemasan tu besar, dari tepi jalan dah boleh nampak. Kalau duduk dalam ambulans pun boleh nampak. 

I was like ermmm ayat last tu tak perlu kot sebab kitorang first time datang Hospital Sungai Buloh, pukul 12 malam pulak tu dalam keadaan panik. Kadang besar pun memang tak nampak. Bila dah ikut arahan yang dia bagi, kitorang macam lahhh memang patut lah tak nampak sebab signboard dia malap lepastu terlindung dengan pokok. 

Sampai dekat kecemasan, bagi referral letter dekat kaunter pendaftaran tapi awal tu kes macam nak kena reject tapi accept jugak sebab jantung laju sangat so kena refer dengan doktor pakar. 


Nurin kena masuk zon merah sementara tunggu doktor pakar. I follow belakang sebab zon merah cuma seorang pelawat saja dibenarkan masuk. Masuk je dekat dalam hospital, nurse bunyikan bell untuk inform semua ada patient masuk tapi reaction semau nurse dekat dalam tu annoying betul. Semua emo sebab ada patient. 

'Dah dah la tu.'
'Aduhhh ada lagi'
'Tolong stop dekat yang ni je.'

Muka masing-masing memang tak sorok langsung tapi I just nak inform je lah yang demam denggi ni kitorang tak plan pun. Kalau boleh nak lepak tengok movie dekat rumah makan ayam gepuk daripada pergi hospital. 

Dah sampai zon merah, kaunter suruh pergi buat bayaran dekat kaunter hasil. Jem palo nak keluar pergi ke depan balik sebab nurse tadi jalan laju sangat sampai tak sempat nak hafal. Try juga cari jalan sendiri, ikut signage exit lepastu sesat. Bila dah stuck, tanya dekat nurse dekat zon lain tapi dia pandang atas bawah lepastu cakap cari je exit. Membantu sangat. 

Lepas beberapa minit serabut sendiri, finally dapat lah jumpa laluan keluar itupun sempat tersalah masuk dalam bilik stor 😩


Selesai dekat kaunter hasil, dah daftar dan bayar RM1, kena bawa resit sebagai bukti dah bayar ke zon merah balik. Haihh another try and error. Kali ni minta Fariha teman lepastu ikut signage menuju ke zon merah. Signage tunjuk belok kiri tapi bila belok kiri jumpa tandas. Haihhh lepastu cari guard then dia kata kena masuk dalam lepastu belok kiri. Masuk dalam tu pandai-pandai lah fikir mana zon merah. 

Bila dah sampai dekat kaunter zon merah, dah tunjuk resit dari unit hasil, dia kata okay takpe, simpan je. Lepastu berdiri lah lama depan kaunter sebab tak tahu nak buat apa. Yang dekat kaunter pun tak cakap apa, I lagi lah tak tahu nak buat apa. Bukannya hari-hari check in zon merah. Setengah jam tunggu depan tu pastu ada nurse bagitahu tunggu lagi setengah jam untuk diorang dressing. 


Lepas setengah jam, masuk balik ke zon merah. Masa ni dah pakai baju hospital pastu nurse asingkan baju dia pakai tadi masuk dalam plastik untuk dibawa balik. Sebelah tangan kena cucuk IV drip, sebelah lagi ubat demam untuk turunkan suhu. Masa dekat zon merah, suhu dia dah jatuh ke 37 dc dah. Mual dan sakit kepala dah tak ada. Badan je tak selesa sebab rasa lenguh. 

Nurse bagitahu kena tunggu lagi 3 jam untuk jumpa doktor pakar. I keluar balik pergi ke kaunter unit hasil tunggu sampai pukul 3 pagi. Tertidur sebenarnya tapi tak nyenyak sebab depan ruang menunggu tu ada bilik rawatan sekunder. Kejap-kejap nurse jerit panggil patient masuk. 


Kepala dah start sakit sebab tidur terkejut terkejut macam tu. Pergi dekat mesin air ni, order teh tarik sementara tunggu pukul 3. Nampak lah amaran dia kata panas tapi tak sangka panas menggelegak. Jenuh tunggu suhu dia berkurang tapi bila minum mehhh. Rasa dia milk tea bukan teh tarik, ceroi. 

Pukul 3 lebih I masuk dalam zon merah balik lepastu nurse dekat kaunter bagitahu kena tunggu doktor pakar so keluarga boleh balik. 

😦: Nurse, adik saya macam mana ye?
👩: Kena tunggu doktor pakar check dulu. Nanti kita call lah bagitahu bila dah transfer ke wad biasa. 
😦: So malam ni dia kena stay dekat zon merah dulu ke?
👩: Betul, takpe keluarga boleh balik dulu nanti esok datang balik sebab saya rasa doktor pakar available pagi esok. 
😦: Pagi tu agak-agak pukul berapa ye? Sebab semua kerja jadi nak confirmkan kalau perlu ambil EL
👩: itu kita pun tak pasti bila doktor pakar datang check. yang pastinya waktu pagi.
😦: Hospital akan call bagitahu kan nanti?
👩: Kita tak akan call.
😦: Eh tadi.. kata nak call?
👩: Kita tak call, pesakit ada hp kan? Dia yang akan inform nanti. 

Dah pukul 3 ni memang malas ye nak balah dengan orang. Masa ni nak balik tidur je sebab adik pun dah ada katil dekat zon merah tinggal nak jumpa doktor pakar je. I nak tinggalkan bag yang dah pack semua barang tu tapi tak tahu nak tinggal dekat mana. Risau bag tu tertinggal dekat wad masa kena transfer nanti, tak memasal pulak hilang barang penting dalam tu so kitorang bagi handphone dengan power bank je. Yang lain kitorang pegang dulu. 

Selesai dekat zon merah, kitorang balik berehat dekat rumah sebab esok semua nak pergi kerja. 

RM14.2 JUTA & POLONG MASIH MELANGKAH!

RM14.2 JUTA & POLONG MASIH MELANGKAH! | Terima Kasih Malaysia, Kini Bisikan Bergema Menuju RM15 Juta 

Sokongan luar biasa rakyat Malaysia terus mengangkat Polong sebagai antara filem tempatan paling hangat diperkatakan ketika ini. Selepas mencipta fenomena di pawagam sejak hari pertama tayangan, filem seram arahan Zulkarnain Azhar itu kini berjaya mencatat kutipan RM14.2 juta, sekali gus menghampiri satu lagi pencapaian besar.

Kejayaan ini bukan sekadar angka tetapi bukti sokongan dan kepercayaan penonton terhadap karya tempatan yang berani tampil dengan identiti tersendiri. Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi. Polong berjaya mencuri perhatian penonton menerusi gabungan elemen seram tradisional, naratif psikologi yang mendalam serta pengalaman sinematik yang mencengkam emosi.

Sejak mula ditayangkan, Polong terus menerima pelbagai reaksi positif daripada penonton dan penggiat industri. Ramai yang memuji kekuatan penceritaan, atmosfera seram yang mendebarkan serta persembahan mantap daripada barisan pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Jun Lojong, Namron, Nadiya Nisaa dan Amir Nafis.

Lebih manis, pencapaian RM14.2 juta ini hadir hasil sokongan berterusan penonton dari seluruh negara yang terus memilih untuk menyaksikan Polong bersama keluarga dan rakan-rakan di pawagam. Sambutan yang diterima membuktikan bahawa karya tempatan berkualiti masih mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia.

Kini, #RoadTo15m bermula dan setiap tiket yang dibeli membawa Polong selangkah lebih dekat ke destinasi seterusnya.Terima kasih Malaysia atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Teruskan momentum ini!

Ajak keluarga, sahabat dan insan tersayang untuk merasai sendiri pengalaman seram yang sedang menghantui seluruh negara. Polong masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

#Polong #DiaKembali #KiniDiPawagam #RoadTo15m


14 Jun lepas ALPHA lancarkan album pertama - The First Wave dengan 11 buah lagu. Dalam banyak-banyak lagu, Haru Biru lagu paling romantik didendangkan bersama Daiyan Trisha. Jujurnya, lagu berdurasi 3 minit ni tak puas didengar. I wish Haru Biru a bit longer. 

Penulis lirik adalah penulis yang sama dengan lagu P. Ramlee & Saloma jadi tak hairan lah kalau vibe romantik tu sama tapi gabungan suara ALPHA dan Daiyan buatkan lagu ni meninggalkan impak yang mendalam. 

Belum ada perancangan untuk terbitkan MV tapi harapnya akan ada in future. 

LIRIK LAGU HARU BIRU
Penyanyi: ALPHA ft Daiyan Trisha
Komposer: Mohsein Kush, Justin Seow, Prem Anand, Daiyan Trisha
Lirik: Mohsein Kush, Justin Seow, Prem Anand, Daiyan Trisha
Label: Rocketfuel Entertainment

[Daiyan] 
Aku… tahu… mendung langit 
Tak akur kasih aku dan dirimu
[ALPHA] 
Haru (haru) biru (biru) 
bagaikan hujan batu membasahi jiwaku
[Duet] 
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa adamu

[Chorus 1]
Mencintai kamu
Menyenangkan aku
Jangan pernah kau ragu 
Hatiku milikmu
Hanya kau saja
Ku ingin dekati
Dengarlah sang mentari
Kau selalu di hati

[Bridge]
[Daiyan] Seandainya dunia memisahkan kita 
[ALPHA] Genggam tanganku buat sementara
[Daiyan] Mungkin di lain semesta 
[ALPHA] Kau dan aku bersama

[Chorus 2]
Mencintai kamu 
Seluruh diriku
Jangan pernah kau ragu 
Hatiku milikmu
Hanya kau saja
Ku ingin dekati
Dengarlah sang mentari
Kau selalu di hati

Kemeriahan filem seram komedi 5 Bomoh terus dirasai apabila siri Jelajah 5 Bomoh mendapat sambutan hangat daripada para peminat yang hadir memeriahkan beberapa lokasi terpilih sekitar Lembah Klang. Kehadiran ramai pengunjung sepanjang jelajah berlangsung membuktikan keterujaan orang ramai terhadap filem ini yang kini sedang ditayangkan di pawagam. 

Suasana di setiap lokasi bertambah meriah dengan kehadiran peminat daripada pelbagai lapisan umur yang hadir seawal program bermula. Mereka bukan sahaja berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama para pelakon, malah turut menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang jelajah berlangsung.

Barisan pelakon terdiri daripada Datuk Aaron Aziz, Dato’ Afdlin Shauki, Datuk Amy Search, Johan, Ozlynn dan Ungku Hariz nyata menjadi tumpuan apabila peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar, mendapatkan autograf serta berkongsi keterujaan mereka terhadap filem ini. Gelak tawa dan sorakan yang mengiringi setiap sesi membuktikan hubungan rapat antara para pelakon dan peminat yang hadir memberikan sokongan.

Beberapa lokasi jelajah termasuk di TGV Central i-City, Shah Alam dan GSC Setia City Mall, Shah Alam turut berlangsung meriah dengan kehadiran peminat yang ingin mengenali lebih dekat keunikan 5 Bomoh. Perkongsian pengalaman di sebalik tabir pembikinan filem serta pelbagai kisah menarik sepanjang penggambaran berjaya mencuri perhatian dan menghiburkan pengunjung yang hadir. 

Bagi yang terlepas menghadiri Jelajah 5 Bomoh, jangan risau kerana anda masih berpeluang menyaksikan filem ini di pawagam dan merasai sendiri pengalaman hiburan yang dijanjikan. Untuk perkembangan terkini serta kandungan eksklusif, ikuti platform media sosial rasmi 5 Bomoh dan gunakan tanda pagar #5Bomoh serta #Jelajah5Bomoh.

Movie Review | 5 Bomoh (2026)

Pengarah: Syed Fariz
Penulis Skrip: Fairul Nizam Ablah
Pelakon: Aaron Aziz, Scha Alyahya, Ungku Hariz, Tiara Suraya Rose, Khairy Jamaludin, Dato Afdlin Shauki, Johan, Datuk Amy Search, Aedy Ashraf, Ozlynn Waty, Imran Bard, Yusof Haslam
Syarikat Produksi: Global Station, Skop Productions, Aizu Group, Mask Team
Pengedar: Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 97 minit
Tarikh Tayangan: 4 Jun 2026 (Malaysia)
Trailer:


Rashdan (Aaron Aziz) merupakan seorang usahawan yang pernah bankrap gara-gara pandemic Covid-19 kemudiannya mengusahakan perniagaan mengutip bola golf. Kerana masalah yang dialami semakin buatkan dia percaya kepada amalan tahyul seperti mempunyai amalan tertentu sebelum dia keluar rumah. 

Masalah berlaku apabila anak perempuannya, Nisa (Tiara Suraya Rose) gagal mendapatkan 8A ketika ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kata Alam (Ungku Hariz), mungkin kerana mereka sekeluarga tak mandi bunga seperti yang disuruh bomoh sebelum ni. Mereka perlu mandi bunga setiap malam tapi 30 malam atau 31 malam? 


Rashdan juga menempah 80 biji botol air Penawar dari bomoh di platform maya tapi sekali lagi tertipu setelah membelanjakan RM22,000. Isterinya, Sakinah (Scha Alyahya) mengamuk kerana duit yang digunakan adalah simpanan untuk mereka berdua mengerjakan ibadah haji. 

Alam kebetulan berjumpa dengan Mr. K (Khairy Jamaluddin) yang mencadangkan agar Rashdan berjumpa dengan Bomoh Mbah Slamet (Dato Afdlin Shauki). Nisa dan Sakinah tak yakin dengan Bomoh Mbah Slamet dan syak wasangka mereka ternyata betul. Rashdan kemudiannya mengajak mereka pergi ke Pahang untuk bertemu dengan Bomoh Ngok Tawong (Ozlynn Waty) yang menetap di dalam gua bersama orang alam ghaib. 


Sakinah semakin sakit hati melihat wang yang dibelanjakan oleh Rashdan hanya semata untuk lihat keputusan cemerlang sedangkan dia percaya pada usaha dan doa. 

Naskhah komedi satira arahan Syed Fariz menggunakan tema dukun penipu yang sentiasa mengambil kesempatan atas kehendak dan keterdesakan orang lain. Lagu tema Temberang nyanyian Mimifly menjadi pilihan yang sesuai dengan penipuan bomoh-bomoh yang tampil dalam filem 5 Bomoh. Rentak yang catchy juga mendukung vibe 5 Bomoh hasil penulisan Fairul Nizam Ablah.


Filem 5 Bomoh merupakan filem komedi pertama yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan watak Rashdan dikembangkan tanpa personaliti yang kelakar. Mungkin pengarah cuba untuk hadirkan humor dari rambut dan penampilan yang skema bersama gigi arnab tapi percubaan itu gagal. Sakinah pula cuma isteri yang biasa. Nisa pula hanya diberi ruang yang lebih ketika berjumpa Bomoh Mbah Slamet. 


Kalau watak utama adalah keluarga yang kelakar, rasanya filem 5 Bomoh lebih menarik untuk ditonton daripada bergantung sepenuhnya pada bomoh-bomoh. Tak semua bomoh kelakar, ada yang menjadi macam Johan dan ada pula yang tak mampu bagi punchline seperti Bomoh Alami (Datuk Amy Search).

 
Penceritaan 5 Bomoh bergerak laju sebab ada banyak watak dan sub-plot yang dimasukkan. Mungkin sebab itu juga filem ni tak terasa mendatar selama 97 minit tayangan. Patutnya babak Imran Bard dipanjangkan lagi atau tukar dengan bomoh utama yang lain sebab watak dia menjadi. Mungkin lepas ni ada pengarah atau produser yang boleh approach Imran Bard untuk watak pembantu dengan screentime yang lebih panjang. 

Babak Alam bertemu dengan bunian patutnya dikembangkan lagi sebab keluar dari konflik utama. Menarik lah juga bila tahu Alam kena scam juga dengan makhluk alam lain tapi tak boleh nak gelak lebih sangat sebab babak tu tak mendalam. Lawak berkaitan nama Alam pun berulang-ulang sampai naik jelak sebab tak kelakar pun. Ramai je orang ada nama macam Alam. 


Filem 5 Bomoh ada idea yang menarik dan mesej sosial yang bagus untuk diketengahkan sebagai filem namun kelompongan pada penulisan juga kelemahan olahan dari pengarah buatkan filem terlihat dangkal dan bosan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Belum pun seminggu ditayangkan di pawagam, Khadam sudah mula mencipta gelombang tersendiri. Bukan sahaja menjadi bualan hangat penonton di media sosial, malah filem ini terus mengundang pelbagai reaksi positif daripada mereka yang telah menyaksikannya.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah pelakon dan pengacara terkenal, Yasmin Hani yang menyifatkan Khadam sebagai sebuah karya yang “deserves a space on my grid” dan mengakui filem tersebut masih bermain di fikirannya walaupun tayangan telah berakhir. Turut berkongsi keterujaan ialah Sazzy Falak yang menyatakan bahawa Khadam ini bukan sahaja memenuhi jangkaannya, malah berjaya melangkaui apa yang diharapkannya daripada sebuah filem seram tempatan.


Lebih mengujakan, pengarah dan pelakon tersohor Datuk Afdlin Shauki turut melontarkan pujian, apabila menyifatkan Khadam sebagai calon yang berpotensi untuk meraih pengiktirafan di festival filem akan datang. Kenyataan itu sekali gus menggambarkan keyakinan penggiat industri terhadap kekuatan naskhah dan mutu pembikinan filem ini.

Pujian turut hadir daripada nama-nama besar lain seperti Datin Seri Umie Aida, Sofea Jane, Erma Fatima, Vince Chong, Shahz Jaszle, Sophie Koshka dan Amir Ahnaf. Rata-rata memuji keberkesanan penceritaan, kualiti produksi yang mantap serta pendekatan segar yang dibawakan oleh filem ini. Ada yang menyifatkannya sebagai sebuah karya yang lengkap dan memuaskan, manakala ada juga yang melihat filem ini sebagai nafas baharu kepada genre seram tempatan.

Deretan respons positif daripada figura terkenal tanah air ini membuktikan bahawa Khadam bukan sekadar sebuah filem seram biasa, sebaliknya sebuah karya yang berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada penontonnya. Dengan gabungan elemen seram, emosi dan penceritaan yang kuat, filem terbitan Red Communications dan Komet Productions ini terus menerima pujian daripada ramai selebriti serta penggiat industri tempatan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan yang wajib ditonton tahun ini.

Menampilkan Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong serta pelakon cilik Zarra Zhaf dan Karl El. Khadam mengisahkan Melor, seorang ibu bisu kepada dua orang anak yang terperangkap dalam warisan keluarga berupa saka turun-temurun. Demi melindungi keluarganya, Melor cuba menolak tanggungjawab tersebut, namun tindakannya mengundang gangguan dan kuasa gelap yang mula menguasai hidupnya sehingga dia kehilangan identiti dan dibayangi paranoia. Ketika keadaan semakin tidak terkawal, keluarganya berusaha merungkai kebenaran di sebalik perubahan itu sebelum segalanya terlambat, hingga akhirnya Melor terpaksa melakukan pengorbanan besar untuk menghentikan kegelapan yang tercetus.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri filem yang sedang diperkatakan ramai ini di pawagam seluruh negara. Kongsikan pengalaman anda menggunakan tanda pagar #JanganSampaiJadiTuan dan ikuti platform media sosial rasmi Primeworks Studios serta Khadam The Movie untuk mendapatkan perkembangan terkini, kandungan eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik berkaitan filem ini.

#Khadam #JanganSampaiJadiTuan #DiPawagam