ASTRO ANGKAT 10 PENDAKWAH MUDA BERBAKAT DALAM PROGRAM REALITI ISLAMIK TERBAHARU ‘MUALIM MUDA’
Thursday, 11 December 2025
Kuala Lumpur, 10 Disember 2025 – Setelah hampir sedekad tanpa program realiti Islamik, Astro kembali dengan rancangan baharu yang segar dan relevan, ‘Mualim Muda’. Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah platform untuk mencungkil bakat kepimpinan agama dalam kalangan belia, mendidik masyarakat melalui pendekatan dakwah kontemporari, serta melahirkan ikon muda Islam yang dihormati oleh generasi baharu. ‘Mualim Muda’ bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Dalam landskap dunia yang semakin dipacu oleh teknologi, kecerdasan buatan (AI), kepesatan media sosial serta cabaran dan isu semasa yang kompleks dalam kalangan belia, keperluan kepada panduan, nilai dan kepimpinan berteraskan ilmu agama menjadi semakin mendesak. ‘Mualim Muda’ direka dengan misi yang lebih besar, menginspirasi generasi muda untuk memperkukuh ilmu agama, membina jati diri, berbakti kepada masyarakat, dan mengaplikasikan nilai Islam dalam segala realiti kehidupan. Setiap minggu, mereka akan berdepan tugasan yang mencerminkan isu semasa seperti kepimpinan belia dan kesejahteraan komuniti, sambil menyampaikan dakwah dengan cara yang kreatif, segar dan relevan kepada generasi masa kini.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat. Antara tugasan teras dalam ‘Mualim Muda’ ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi. Penilaian ini bukan sahaja menguji ilmu, tetapi juga kesediaan peserta untuk menjadi contoh teladan dan meninggalkan kesan positif kepada masyarakat.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, berkata, “Astro komited untuk terus memainkan peranan dalam mencungkil dan membimbing bakat baharu, bukan hanya dalam dunia hiburan, tetapi juga dalam melahirkan generasi pelapis yang mampu memimpin ummah pada masa hadapan. Melalui ‘Mualim Muda’, kami berharap platform ini menjadi ruang yang membina, mendidik dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Ini bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi satu usaha berterusan untuk membentuk masa depan yang lebih baik. Dengan kembalinya program realiti islamik ini, kami juga berharap ia tidak terhenti di sini. Sebaliknya, kami menaruh harapan agar ia terus mendapat sambutan positif daripada anak-anak muda dan menarik lebih ramai penyertaan pada musim-musim akan datang.”
Sebagai peneraju kandungan tempatan, Astro terus melabur dalam program yang menggabungkan nilai agama dengan realiti semasa, selaras dengan perubahan dunia yang pesat. ‘Mualim Muda’ berfungsi sebagai platform strategik untuk membantu generasi muda mengekalkan asas kepercayaan agama sambil menyesuaikan diri dengan cabaran kehidupan moden. Inisiatif ini menegaskan peranan Astro dalam menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menghibur, tetapi membina daya tahan masyarakat dan memperkukuh ekosistem kreatif negara.
‘Mualim Muda’ bakal menampilkan pendakwah bebas Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga selebriti Neelofa sebagai juri program. Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. Gandingan selebriti ‘Pencetus Ummah’ Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid Fakhrul UNIC pula bakal mengemudi pentas sebagai hos program.
Para penonton turut boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.
PENJURIAN & TRIVIA MUALIM MUDA
Secara ringkas, setiap episod menampilkan para peserta menyampaikan mesej dan mendidik masyarakat melalui pendekatan dakwah kontemporari. Mereka akan bersaing untuk memenangi peluang menjadi duta Astro Oasis, wang tunai RM30,000 dan juga pakej Umrah. 10 peserta akan mempersembahkan dakwah mereka di hadapan 2 juri profesional & 1 juri selebriti.
Para peserta akan melalui 4 peringkat iaitu rakaman realiti, tazkirah, penjurian dan penyingkiran.
- Rakaman Realiti merupakan salah satu tugasan untuk para peserta mengupas isu yang berkait rapat dengan realiti masyarakat dan juga para penonton. Ini adalah tugasan buat para peserta untuk memanfaatkan kelebihan idea-idea yang inovatif dan kreatif sebagai metod dakwah mereka.
- Tazkirah pula adalah tugasan teras, dimana para peserta perlu menguasai kebolehan untuk menyampaikan tazkirah dengan baik.
- Penjurian Mualim Muda akan dilakukan berdasarkan tahap pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan dan juga kemahiran komunikasi para peserta.
- Proses penyingkiran Mualim Muda akan dilakukan berdasarkan penilaian oleh juri kepada para peserta, tertumpu kepada kesediaan setiap peserta untuk menjadi contoh dan menyampaikan mesej atau dakwah yang meninggalkan kesan kepada masyarakat.
Program ‘Mualim Muda’ turut ditenagakan oleh Apcel Cafe sebagai Penaja Utama. Bangkitkan semangat pagi anda dengan secawan Apcel Café, Kopi Tenaga Premium dengan herba semulajadi untuk tenaga, fokus & stamina luar biasa.
Mengenai Apcel Café
Apcel Café ialah kopi pracampuran premium yang menampilkan aprikot sebagai ramuan utama, diperkaya dengan habbatussauda sebagai ramuan sunnah, serta tongkat ali dan ganoderma sebagai herba semula jadi dan tonik. Setiap cawan memberikan rasa kopi yang enak sambil menyokong tenaga, fokus, dan kesejahteraan harian, sesuai untuk gaya hidup moden yang aktif dan bertenaga.
Sejak diperkenalkan, Apcel Café telah berjaya terjual lebih satu juta unit di Malaysia, menandakan sambutan hangat daripada pengguna yang mencari minuman kopi berkualiti dengan manfaat semula jadi. Dengan kombinasi rasa yang enak dan formulasi berkhasiat, Apcel Café terus menjadi pilihan utama pengguna dalam memulakan hari dengan yakin dan bertenaga.

















