CHELOT terus menggegarkan pawagam seluruh negara apabila berjaya mencatat RM1.1 JUTA kutipan menerusi Tayangan Awal & Hari Pertama Tayangan Rasmi, sekali gus menjadikan CHELOT sebagai filem no. 1 di Malaysia!
Pencapaian ini tidak mungkin terlaksana tanpa sokongan luar biasa daripada seluruh rakyat Malaysia yang memilih untuk turun ke pawagam dan menyaksikan sendiri aksi serta debaran yang dibawakan menerusi CHELOT.
Dengan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theebaan G, filem arahan, tulisan dan terbitan Adrian Teh ini mengangkat kisah penuh mendebarkan yang menyatukan keberanian, pengorbanan serta pertarungan antara keadilan dan dunia jenayah yang dipenuhi muslihat.
Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap karya tempatan. Namun, perjalanan CHELOT masih belum berakhir! Jom terus serbu pawagam, ajak geng, keluarga dan kawan-kawan, dan sama-sama gegarkan lagi pawagam seluruh Malaysia bersama CHELOT!
Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, mengajak anda untuk terus mengikuti perkembangan terkini filem ini dan berkongsi keterujaan menerusi tanda pagar #CHELOT.
TERIMA KASIH, MALAYSIA!

terbaek.. tak sabar nak tengok..
ReplyDeleteSaya tunggu sampai masuk Netflix, baru bisa lihat 😍😍. Kalau film action begini memang sukaaa
ReplyDelete