TV Show Review | iKON On-Air Episode 6: Kony’s Pen-Vacation #1🏠

Sunday 12 June 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Koo Junhoe, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo
Production Company : YG Entertainment
Distributor : YG Entertainment iKON official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 10 episodes (15:01 minutes for episode 6)
Release Date : 22 March 2022
Video : 


Lepas dah penat bersukan dalam Episod 4 dan Episod 5, iKON dapat peluang pergi bercuti. Chan happy sebab dah lama iKON tak keluar bercuti sama-sama. Tapi tak lah lama sangat pun sebab iKON bercuti masa shoot iKON’s Type siap naik kapal layar enjoy tengok sunset lagi. 

Comel tengok iKON main game dalam bas sementara nak sampai ke destinasi percutian tu. Geram tengok Jay yang paling tua tapi macam maknae. Si kembar macam biasa memang tak nak kalah sementara JuNe enjoy walaupun blur dengan game. Paling comel masa DK ajak diorang main game tikus sebab peraturan permainan tu mudah je. Comel betul Chan dengan Jay jadi tikus. Ahhhh banyak moment comel je masa main game ni >.<


Memandangkan iKON pergi bercuti masa musim bunga jadi outfit diorang lebih kepada jaket dan kemeja kecuali Bobby dengan swag outfit. Seluar dia pakai tu rasanya macam sama dengan seluar dia pakai masa iKON’s Type. Handsome betul DK dengan rambut blonde yang makin panjang. Pakai baju warna putih biasa pun nampak segak dari jauh. Yunhyeong pun sama, pakai t-shirt hitam biasa je pun dah habis smart dah. 

Bobby : You’re so good looking
Yunhyeong : What did you say? 
DK : Hehehe


Happy betul iKON bila sampai dekat guesthouse sebab besar, stylish dan lengkap dengan kemudahan untuk beriadah. Ada kolam renang, ada meja snooker, ada board games dengan ruang yang luas dekat luar untuk diorang main bola tampar. 

Rasanya sejak Covid ni owner Airbnb improve their game dengan letak semua entertainment facilities dekat rumah dan kecilkan ruang tamu dengan pantry sebab dua ruang ni orang tak guna sangat pun kalau pergi bercuti. Sebelum ni ada kemudahan untuk BBQ dan berkamping je banyak. Masa tengok Treasure Maps pun kebanyakan guest house diorang pergi ada kelebihan ni. Dekat Malaysia je di takuk yang sama tapi harga penginapan makin naik hshshs 


DK dengan Bobby dah check peti sejuk ada minuman beralkohol ke tak sebab dah lama tak minum. Masa iKON TV (2018) dulu yang kuat minum tu Jay dengan Junhoe, sekarang dah bertambah ramai pulak. 

Yunhyeong dengan Jay have fun dekat bilik karaoke kemudian DK dengan Bobby join sekali. Comel betul Jay show off rap skill dia. Jay macam bagi hint dia akan rap dalam solo album dia sebab masa Episod 3 dia bagitahu dia rapper. Hshshs clowning.

Friendship Gugu dengan Nunu makin bercambah ye lepas JuNe muncul dekat Chanwoosari untuk ambil friendship test tu. Comel tengok diorang spend time sama-sama lepas entah berapa tahun hidup awkward sejak zaman Mix & Match (2014)


Lepas dah puas main baru JuNe dengan Chanwoo join rave party iKON dekat bilik karaoke. Yunhyeong makin semangat untuk perform sebab dah dapat markah tinggi. Durasi untuk episod 6 ni pendek je dengan 15 minit padahal banyak lagi staff boleh letak dalam tu. Geram dengan variety show ni sebab makin lama makin pendek pulak. 

Tapi tak boleh nak salahkan staff jugak sebab iKON sendiri yang jenis tak banyak bercakap selain Yunhyeong. Kan best kalau staff buat game macam Treasure main dalam Treasure Map Season 1 Episode 19. Bukannya main game beria pun cuma buat mission senang lepastu main game sembunyi barang. Tak boleh berhenti nak bandingkan antara dua idol group sebab di bawah agensi yang sama. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.