TV Show Review | iKON On-Air Episode 5: Kony's Sports Day #2

Sunday 12 June 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Koo Junhoe, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo
Production Company : YG Entertainment
Distributor : YG Entertainment iKON official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 10 episodes (18:52 minutes for episode 4)
Release Date : 22 March 2022
Video : 


Bersambung dari Episod 4 di mana iKON sertai Hari Sukan untuk uji ketahanan stamina dan kepintaran strategi mengatur strategi. Game keempat ialah ‘Bubble Suit Ssireum’ bila pemain perlu tolak pihak lawan jatuh atau keluar dari garisan. Mana-mana kumpulan yang bertahan sehingga tamat tempoh masa akan dikira sebagai pemenang. 

Kelakar tengok iKON pakai bubble wrap sambil tolak each other. Macam-macam jenis bunyi keluar masa tu. Belum masuk part yang jatuh tergolek sebab badan tak seimbang. Game ni memang bagi disadvantage dekat Kumpulan Biru lah sebab Jay kecil je. Bila pakai bubble wrap tu memang tenggelam terus. Entah dia nampak entah tidak. 


Walaupun Yunhyeong sekarang ni aktif berbasikal untuk kuatkan otot kaki dia tapi entahlah, mengelirukan betul stamina dia. Lawan gusti peha kalah, lawan bubble wrap pun mudah sangat tolak keluar. Susah nak jangka siapa yang akan menang dalam permainan ni. 

Q : Were you guys this strong when younger too?
Bobby : We did put our name out there when we’re young. 
DK : Yeah, he is on the top floor, and I fought on the floor beneath.


Bergerak ke game yang kelima iaitu ‘Rodeo Game’. Mudah sangat peraturan game ni bila pemain kena bertahan atas rodeo tanpa jatuh. Kumpulan yang paling lama bertahan akan menang. Macam biasa iKON tentukan siapa yang jalan dulu dengan paper-rock-scissors dan ajaibnya JuNe menang. Jarang JuNe nak menang main osom ni. Mungkin tuah dia sebagai MC kot. 


Awalnya rodeo tu bergerak normal je tapi disebabkan iKON kononnya kata tak syok kalau tak laju maka staff YG tunaikan permintaan diorang. Menangis Chan bila turn dia sampai sebab lembu tu agak gemuk dan tak ada handle yang boleh grip dengan selesa dan kuat. 

Disebabkan tak puas hati dengan keputusan akhir sebab beza 1 saat je, Yunhyeong cabar pihak lawan untuk main game ni lagi sekali. Kumpulan yang kalah kena belanja semua orang minum. Berjaya ke tidak Kumpulan Merah menang game ni kena tengok sendiri lah dekat Youtube channel iKON. 


Game yang terakhir ialah ‘Pillow Game’ di mana setiap pemain perlu jatuhkan pihak lawan ke bawah jambatan. Struggle betul DK pegang bantal tu sebab besar dari badan dia. Yunhyeong pulak menangis dalam hati bila kena lawan dengan Bobby. Dia punya beria attack sana sini tapi Bobby tenang je tunggu masa nak attack. 

Disebabkan kedua-dua kumpulan seri maka pusingan kedua ubah peraturan kepada permainan berkumpulan. Kumpulan Biru letak Jay dekat belakang sekali dan Bobby di bahagian hadapan sementara Kumpulan Merah letak Yunhyeong di bahagian hadapan. Bertambah murung Yunhyeong bila kena berlawan dengan Bobby sampai dua kali. JuNe dah pesan supaya simpan energy tapi Yunhyeong tetap juga struggle untuk berlawan dengan Bobby. 


Kumpulan yang menang Athletic Championship ni dapat set Hanwoo satu kotak. Memang bahagia lah kumpulan yang menang untuk makan malam. Berbalik kepada persoalan Yunhyeong dekat Episod 4, sama ada fokus bersukan ataupun entertainment, jawapannya haruslah entertainment. No wonder lah Junkyu dengan Asahi fokus jadi kelakar je setiap kali Treasure kena bersukan sebab dah tahu dah takkan menang. Baik bolot screentime dengan jadi kelakar untuk secure fanbases.  

By the way tahniah kepada manager Jae Ho yang akan berkahwin bulan Julai nanti. Tak sabar nak tengok iKON pergi wedding dia nanti menyanyi lagu For Real ataupun My Type. Please nyanyi lagu For Real pulak sebab lagu tu sweet hiksss~!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Part pillow game tu kelakar.. akak tengok part bobby tu.. kelakar betul..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.