WEBTVASIA, SYARIKAT EKONOMI PENCIPTA TERKEMUKA, BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT MEDIA DIGITAL YANG PALING PESAT BERKEMBANG KOREA SELATAN, UZUROCKS, UNTUK MEMBENTUK PAKATAN STRATEGIK SERTA MEMBANGUNKAN EKONOMI PEMBIKIN KANDUNGAN PAN-ASIA

Friday 3 June 2022

WEBTVASIA, SYARIKAT EKONOMI PENCIPTA TERKEMUKA, BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT MEDIA DIGITAL YANG PALING PESAT BERKEMBANG KOREA SELATAN, UZUROCKS, UNTUK MEMBENTUK PAKATAN STRATEGIK SERTA MEMBANGUNKAN EKONOMI PEMBIKIN KANDUNGAN PAN-ASIA 

WEBTVASIA dan UZUROCKS menandatangani perjanjian MoU jalin kerjasama strategik untuk berganding bahu dalam pembangunan ekonomi pembikin kandungan Pan-Asia

WEBTVASIA akan membantu dalam pengedaran, pengiklanan dan pengurusan, kandungan digital, muzik dan artis UZUROCKS di sekitar zon Asia Tenggara.

Kedua-dua syarikat akan bekerjasama; antara SME Music dan syarikat penghasilan filem dari Korea Selatan dan Asia Tenggara.

Bersetuju untuk bekerjasama bagi transformasi dari era Web 2.0 ke Web 3.0 dengan menggunakan teknologi baharu. 

Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif UZUROCKS, Eddie Park sedang berjabat tangan bersama Ketua Pegawai Operasi WEBTVASIA / Ketua Pegawai Eksekutif Singapura, Victor Chin, selepas menandatangani MoU di ibu pejabat WEBTVASIA Singapura.


UZUROCKS, iaitu sebuah syarikat hiburan media digital dan perdagangan yang terkenal di Korea Selatan, kini menjalinkan kerjasama dengan WEBTVASIA, yang merupakan syarikat utama baharu dalam ciptaan pembangunan ekonomi Pan-Asia. Tidak sahaja tertumpu di Korea Selatan, objektif utama perjanjian ini adalah untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya di Asia Tenggara.

Kedua-dua syarikat media digital ini telah menandatangani perjanjian MoU bagi menghasilkan perjanjian strategik demi pembangunan syarikat yang melopori ekonomi Pan-Asia secara menyeluruh. Antara intipati perjanjian tersebut adalah seperti;  mengembangkan dan merapatkan hubungan artis-artis dan media Korea Selatan di sekitar zon Asia Tenggara dan wilayah-wilayah di China, serta membangunkan kandungan asli, solusi pemasaran bagi jenama rentas sempadan, perdagangan sosial, perniagaan rangkaian berbilang saluran, dan kemudahan kerjasama antara syarikat penerbitan muzik dan filem tempatan negara di Asia Tenggara dan Korea.


UZUROCKS telah memperoleh reputasinya dalam industri media digital dengan menjadi syarikat rangkaian berbilang saluran yang utama dalam aplikasi TikTok di Korea Selatan, pembangunan saluran saiz mega dari awal seperti Lee Si-Young, pelakon wanita Korea daripada siri Netflix 'Sweet Home'. Saluran TikTok Lee Si-Young menjadi muka media yang utama dalam penerbitan kandungan oleh seorang wanita yang mencapai 10 juta pengikut. Kini, salurannya telah memperoleh 17.3 juta peminat.  UZUROCKS juga menghasilkan pelbagai  kandungan asli untuk selebriti terkenal seperti Ji Suk-Jin daripada ‘Running Man’, Din Din daripada ‘2 Days & 1 Night’, dan Lee Ji-Hye, bekas ahli kumpulan K-pop ‘S#ARP’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UZUROCKS, Eddie Park, “Kini, kami mengembangkan perniagaan melangkaui pengeluaran dan pengedaran kandungan media sosial. Seperti WEBTVASIA, kami menyediakan perkhidmatan dalam pemasaran jenama, perdagangan sosial, barangan, pengeluaran kandungan asal OTT dan teknologi. Saya memutuskan untuk bekerjasama dengan WEBTVASIA adalah  kerana,  kami mempunyai beberapa persamaan dan juga perbezaan yang boleh dipertingkatkan lagi. Baru-baru ini, UZUROCKS juga menjalinkan bekerjasama dengan syarikat ternama seperti Netflix, SM Entertainment dan SBS.


Fred Chong, selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WEBTVASIA pula berkata, “Kerjasama ini tidak hanya terhad kepada pengembangan merentas sempadan  bagi kandungan dan bintang yang sedia ada, malahh, juga merupakan sebuah model perniagaan ekonomi pencipta baharu. Sebagai inovator terkemuka dalam ruang ekonomi pencipta, Eddie, Ketua Pegawai Eksekutif UZUROCKS, dan saya berkongsi visi yang hampir sama. Kami berdua cuba untuk menggabungkan teknologi Web 3.0 untuk memberikan autonomi yang lebih dan peluang kepada pencipta kandungan. Kerjasama kami tidak akan terhad kepada perniagaan Web 2.0 yang sedia ada. UZUROCKS boleh menjangkau jutaan penduduk Asia di luar Korea Selatan, dan kita boleh memanfaatkan industri hiburan paling maju di Asia. Perkongsian ini boleh mewujudkan sinergi di luar imaginasi kami.”


WEBTVASIA mempunyai rekod prestasi perniagaan yang lama dalam pengembangan perniagaan rentas sempadan serta bakat dan kerjasama media di Korea. Pada 2017, WEBTVASIA berjaya melancarkan siri animasi 3D mega hit 'BoBoiBoy', dengan memperoleh perjanjian pemerolehan eksklusif dengan salah satu platform video terbesar China iaitu Tencent Video, dengan lebih 129 juta pelanggan. 

Walaupun dalam era pandemik baru- baru ini, WEBTVASIA turut bekerjasama dengan YouTube untuk menganjurkan konsert dalam talian maya, 'One Love Asia'.  Dengan adanya sokongan Unicef, konsert tersebut berjaya mengumpul derma bagi menyokong kanak-kanak yang terjejas akibat pandemik Covid19. Turut memeriahkan One Love Asia, adalah 50 bintang popular yang mempunyai pengaruh besar di Asia seperti, Choi SiWon, Duta Serantau Unicef dan ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, Super Junior, Apink Jung Eun-Ji, Namewee, dan ramai lagi.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.