TV Show Review | iKON On-Air Episode 3: 🔮 A bit strange Tarot Master 🔮

Sunday 12 June 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Koo Junhoe, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo
Production Company : YG Entertainment
Distributor : YG Entertainment iKON official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 10 episodes (20 minutes per episode)
Release Date : 22 March 2022
Video : 


‘The following film was shot for fun and the tarot readings are not real’

Awal lagi staff dah letak disclaimer tapi kalau tarot master tu Jung Chanwoo memang tak lah orang nak percaya. Ikut sedap mulut dia je nak goreng cerita. Pelanggan pertama ialah Yunhyeong dengan JuNe yang datang berjumpa Tarot Chan untuk cari jalan naikkan viewers untuk Youtube channel diorang sebab jumlah subscribers cuma 23 orang sahaja. 


JuNe dengan Yunhyeong perlu pilih kad tarot yang disediakan atas meja dengan alas kain hitam tersebut. Pilih 3 kad tarot untuk Tarot Chan tengok nasib mereka berdua sebagai rookie Youtuber. 

‘This card is showing the reality of you guys right now. You two are wearing dirty clothes and wondering around like beggars. You guys are walking on the streets.’ Tarot Chan


Masa diorang shoot iKON On Air Episod 3 ni, ibu jari Yunhyeong belum pulih lagi dari housewife eczema macam dalam The Game Caterers YG Family tu. Even pipi Jay pun masih lagi bengkak lepas cabut gigi geraham. JuNe pula mudah betul terhibur dengan apa yang Chanwoo cakap pasal tarot tu. Terhibur betul dia bila Yunhyeong in character sebagai mukbang Youtuber. 

Lepas diorang berdua, datang pula sekumpulan trainee - Jay, DK dengan Bobby untuk tengok impian mereka untuk jadi idol group popular iKON akan tercapai ataupun tak. Power betul Tarot Chan bila sebut semua tarikh lahir 3 orang trainees tu. Kalau JuNe yang jadi tarot master confirm gagal dekat part ni. Tak pernah langsung dia ingat tarikh lahir member yang lain. 


Jay : There’s thunder storm… and a building is on fire
Tarot Chan : The three of you are stuck in this particular form. That’s why you have to get out of it as soon as possible.

Masa Chan cakap macam tu dah terkejut dah, dia shade YG ke hahaha but let’s not jump to that. Bila tengok YG bawa balik imej YG Family, rasa macam iKON selesa dan happy dekat situ. Tapi kalau iKON decide untuk keluar dan continue dekat agency lain pun okay je sebab masing-masing dah tahu potential masing-masing. Comel tengok Bobby menari lagu Wayo – Bang Yedam Treasure. 


Pelanggan terakhir Tarot Chan ialah iKON dengan Chanwoo standee. iKON risau macam mana diorang nak buat iKONIC happy selain dari comeback album. Tarot Chan minta iKON buat aegyo untuk iKONIC sebab benda tu yang paling asas sekali untuk bahagiakan fans. DK lah yang terpaling comel dekat mata I seperti seharusnya haha

Kerisauan kedua iKON bila diorang nak tahu album baru ni akan berjaya ataupun tak. Tarot Chan kata dia belum dengar lagi lagu baru tu tapi dia tahu iKON akan dapat sambutan yang bagus. Katanya memang result dari comeback tu penting tapi yang lebih penting ialah iKON have fun promote album baru dan dapat enjoy jumpa dengan iKONIC since iKON akan buat konsert bulan Jun ni. Tak sabar nak tengok konsert iKON! 


Suka tengok set yang staff YG sediakan untuk iKON On Air Episod 3 ni sebab cantik walaupun kecil je ruang yang digunakan. Nampak misteri tapi tenang, keluar dari konsep tarot reading macam Hollywood movie suka buat bila penuh dengan patung seram dan voodoo. Tempat Tarot Chan ni dreamy lah walaupun iKON member asyik dapat kad yang ngeri haha. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.